Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 10

DAH dua hari Janna tidak masuk kerja dan hanya mengurungkan diri di dalam bilik. Bila ditanya mak long, Janna hanya membalas bahawa dia demam. Kejadian hitam yang berlaku atas dirinya beberapa hari yang lepas tidak diberitahu kepada orang lain. Hanya Faliq dan Shima sahaja yang tahu pasal kejadian itu. Dengan Shima, mana boleh dia simpan rahsia. Shima adalah telinganya.

   Pada kejadian malang itu, Faliq sebenarnya membuat rondaan di aras yang menempatkan deretan Executive Suite sebelum dia terdengar sayup-sayup jeritan dan tangisan perempuan di salah satu bilik. Sebab itu dia bertindak untuk menerobos masuk ke bilik tersebut menggunakan kad akses utama miliknya. Memandangkan tiada orang yang ada ketika kejadian berlaku, jadi perkara itu tidak diketahui sesiapa. Hanya Faliq dan Janna. Dan juga Shima.

Janna melangkah turun menuju ke pintu rumah. Hari ni dia bertekad untuk masuk kerja. Dua hari berkurung di dalam rumah membuatkan dia sering memikirkan soal kejadian hitam itu. Tak! Dia tak boleh terus berada dalam dunia itu. Dia harus keluar menyibukkan dirinya sendiri.

   "Eh Janna nak pergi mana? Kan demam tu masih belum kebah," mak long muncul daripada dapur lalu menghampiri Janna yang sedang berdiri di muka pintu. Segaris senyuman Janna hadiahkan buat mak long.

   "Janna dah sihat lah, mak long. Dah dua hari Janna asyik tidur aje, bila nak sihatnya? Lebih baik Janna pergi kerja, keluar juga peluh." balas Janna.

   "Tapi kan Janna tak sihat lagi. Muka pun nampak pucat lagi tu," mak long menyentuh pipi Janna, lembut. Tangan mak long dipegang.

   "Janna okey. Betul, Janna dah sihat lah mak long. Janna pergi dulu eh? Habis shift malam nanti Janna balik," Janna menunduk menyarung sneaker di kaki. Mak long hanya memandang anak saudaranya itu. Degil!

   "Janna pergi dulu. Assalamualaikum," tangan mak long dicium sebelum dia bergerak ke arah kereta Iriz yang dipakir di luar pagar rumah. Kereta ni Shima yang tolong hantar balik ke rumah pak long memandangkan pada hari itu dia pulang dihantar Faliq. Nasib mak long dan pak long tak syak bukan-bukan.

Ya, disebabkan kejadian itu... Stop Janna! Jangan ingat lagi!

Hon dipicit sekali sebelum dia memandu tenang pacuan empat roda itu menuju ke tempat kerjanya.


NAFAS ditarik lalu dihela panjang sebelum dia melangkah masuk ke dalam lobi Lauren's Hotel. Kemudian dia bergerak menuju ke bahagian bilik pekerja untuk menukar uniform dan meletakkan begnya. Dia bertembung dengan Shima usai menukar pakaian. Wajah Shima sedikit terkejut memandangnya.

   "Janna! Kenapa kau datang kerja hari ni? Kau dah okey ke?" Shima menyoal sambil memegang bahu Janna sebelum tangan naik ke dahi. Janna senyum.

   "Aku okey. Kalau aku tak okey, tak ada nya aku nak datang kerja hari ni." jawab Janna lalu bergerak ke arah locker. Dia menyangkut pakaian sebelumnya ke dalam locker dan meletakkan barangan peribadinya di situ. Pintu locker dikunci.

   "Tapi badan kau panas lagi lah, Janna. Kau kena rehat lagi ni."

   "Untuk apa rehat banyak-banyak? Berkurung dalam bilik tu buat aku rimas, buat aku teringat benda yang terjadi dekat aku tu. Lebih baik aku sibukkan diri, at least aku tak kan ingat lagi dah sangat pasal benda tu."

Shima mengeluh. Janna dari dulu sampai sekarang, dia dengan degil dia memang tak boleh berpisah langsung! Dah macam isi dengan kuku.

   "Kau betul-betul okey ke ni? Serius?" Shima menyoal lagi, meminta kepastian. Buatnya kejap lagi Janna tiba-tiba pengsan, haru biru kang jadinya.

Janna angguk kepala, yakin.

   "Serius. Kalau aku tak okey, tak ada maknanya aku nak terpacak berdiri depan kau sekarang ni. Dah la, aku nak start kerja." bahu Shima ditepuk perlahan sebelum dia bergerak menuju ke arah stor, mengeluarkan barang-barang mengemas dan mencuci. Shima geleng kepala. Aku harap kau memang okey lah, Janna.


"BADRI Kamarulzaman, anak kepada Datuk Zed. Chief Operating Officer, COO Zeddd Enterprise. Baru dua tahun memegang jawatan COO di bawah Datuk Zed. Sebelum ni dia further study di Nottingham selama tiga tahun dalam jurusan business." tutur Sam, penyiasat peribadi yang sudah bekerja hampir sepuluh tahun dengan keluarganya. Faliq sandarkan tubuhnya pada kerusi sambil sebelah tangan bermain dengan batang pen. Diketuknya sesekali pada permukaan meja kayu. Riak wajah serius ditayang.

   "Kau dapat apa-apa info tak kenapa dia check-in hotel ni?" soal Faliq. Dia boleh saja mendapatkan maklumat daripada bahagian receptionist, tetapi dia tak mahu ada yang menghidu sesuatu jika dia meminta maklumat pelanggan daripada Front Office Department. Dia dah janji dengan Janna untuk menyimpan hal ini sebagai rahsia. Kerana itu lah dia menyuruh Sam, penyiasat peribadinya.

   "Daripada info yang saya dapat, Badri Kamarulzaman adalah seorang kaki perempuan dan pelanggan tetap VVIP Zouk, kelab malam terbesar di KL. Girlfriend dia kerja kat sini. Amelia. Staff Housekeeping Department. Apa yang saya dapat tahu, dia orang pernah berduaan dalam bilik hotel tanpa pengetahuan sesiapa dan pada waktu berkerja Amelia. Saya dah jumpa dan soal budak yang namanya Amelia tu sendiri. Dan dia mengaku bahawa Badri Kamarulzaman itu adalah teman lelakinya." jelas Sam.

   "What the...! So, dia orang pernah lah buat benda terkutuk tu dekat sini? In my place?!"

   "Errr berkemungkinan besar, Syed Faliq,"

   "Bodoh. Shit."

Terlepas satu carutan dari mulutnya.

Bergerak-gerak rahang Faliq. Dia paling pantang jika hotel di bawah kuasanya menjadi tempat manusia melempiaskan nafsu semata. Perkara ini boleh merosakkan nama baik hotelnya jika perkara ini terbongkar. Terus tak menunggu lama dia menekan punat interkom di hujung meja.

   "Suhana, call Encik Mizi from Housekeeping Department now!" arah Faliq seraya menampar kasar permukaan mejanya. Buku lima digenggam. Kemudian dia pandang Sam yang berdiri di hadapannya.

   "Then, kenapa dia cuba kacau staff aku? Kau tahu?" tajam Faliq pandang Sam.

   "Waktu tu Badri Kamarulzaman di bawah pemgaruh alkohol. Hasil siasatan saya, dia baru keluar daripada kelab malam sebelum dia memandu ke sini. Plannya nak jumpa dengan budak Amelia tu. Mungkin disebabkan dia nampak Cik Janna sendirian dalam bilik, that's why dia bertindak macam tu. Lelaki macam dia memang pantang tengok perempuan cantik sikit." jelas Sam lagi. Faliq ketap bibir.

Jantan tak guna!

   "Okey. Kau boleh pergi sekarang. Anything aku call kau lain,"

   "Baik Syed Faliq," terus Sam bergerak meninggalkan bilik itu. Faliq sandarkan tubuh pada kerusi empuk itu sambil sebelah tangan naik memicit pelipis. Badri Kamarulzaman... you're wretched!

Selang lima minit, Encik Mizi dah terpacak depan meja kerjanya.

   "Syed Faliq panggil saya?" soal Encik Mizi. Bulan ni, entah kali ke berapa dia asyik keluar masuk bilik CEO ni.

   "Ada pekerja housekeeping namanya Amelia?" soal Faliq, mukanya tegang seperti marahkan sesuatu. Encik Mizi anggukkan kepala.

   "Ada Syed Faliq. Tapi minggu ni dia shift malam,"

   "Bagitahu dia yang dia tak perlu masuk kerja mulai hari ni . Dia diberhentikan!"

   "Apa? Tapi kenapa Syed Faliq?"

   "Buat aje lah apa yang I suruh, don't ask too much! Pecat dia dan bagitahu dia yang dia tak diizinkan lagi jejakkan kaki dekat hotel ni. You boleh pergi."

Buru-buru Encik Mizi meninggalkan bilik pejabat itu. Faliq merengus sebelum dia sendiri bangun dari duduk. Blazer yang disangkut pada kerusi dicapai lalu disarung ke tubuhnya. Kemudian dia melangkah meninggalkan ruang pejabat.


TROLI ditolak keluar daripada Junior Suite. Berhati-hati dia menolak troli berisi barangan itu sebelum langkahnya terhenti. Tajam Faliq melangkah mendekatinya.

   "Syed Faliq..."

   "What are you doing here?"

Janna cari nafas. Tiba-tiba jantung berdebar apabila mata helang Faliq menikam anak matanya.

   "Saya kerja lah,"

   "I bagi you cuti seminggu kan? Kenapa you datang juga kerja?" soal Faliq.

   "Saya okey Syed Faliq. Saya betul-betul dah okey," balas Janna. Dia cuba kuatkan dirinya membalas pandangan mata Faliq.

Okey, kalah awal!

   "I bagi you cuti panjang right? And why you are here doing this thing?" soal Faliq, tegas. Janna mengeluh.

   "Maaf Syed Faliq. Saya betul-betul tak boleh nak terus berkurung dalam rumah lama-lama macam tu. Saya akan sentiasa ingat perkara itu lagi kalau saya asyik berkurung macam tu. Sebab tu saya datang kerja, sibukkan diri saya. Jumpa kawan-kawan. At least saya tak kan ingat perkara buruk tu lagi. Tolong lah faham keadaan saya. Lagipun, cuma mental saya aje yang kacau. Bukan fizikal." balas Janna. Dan sekarang kejadian itu kembali bermain di fikirannya. Janna pejam mata erat-erat.

Faliq berdecit.

   "You sendirian ke?" soal Faliq, mengendurkan suaranya. Tidak sekuat tadi.

   "Pardon me?"

   "You kemaskan bilik tu seorang ke? Takde teman?"

Perlahan-lahan Janna anggukkan kepala. Ya, memang dia seorang sahaja yang mengemas Junior Suite tadi. Jujur dia masih trauma, tapi dia kentalkan juga hatinya. Dia tak boleh terus menerus lemah. Lagipun, dia dah buka pintu bilik seluas-luasnya dan dia lebih berhati-hati. Spray pemedih mata dia dah letak dalam poket uniform. Plus, masih ada orang yang berada di aras itu. Bila-bila masa sahaja dia boleh menjerit meminta tolong jika perkara tempoh hari berulang.

Kedengaran rengusan keluar daripada bibir Faliq selepas itu.

   "You tak takut benda tu berulang ke? What if..."

   "Saya okey. Saya janji yang saya akan lebih berhati-hati lepas ni dan tak kan susahkan Syed Faliq lagi. Saya minta maaf kalau saya buat Syed Faliq tak suka dengan perangai saya, tapi saya betul-betul okey sekarang ni. Saya dah besar, saya tak boleh lemah." potong Janna. Wajah keruh Faliq dipandang. Dah kenapa dengan lelaki ni?

   "You betul-betul degil. I don't get it why..."

   "I'm sorry,"

   "Then, sambung lah buat kerja you tu. Teruskan dan tunjukkan dekat semua orang yang you adalah pekerja yang paling rajin dalam dunia ni. Okey?" Faliq menjeling sebelum kaki diheret pergi. Janna pandang belakang tubuh Faliq sehingga hilang di sebalik dinding. Nafas panjang dihela. Kuat Janna, kuat!


"BABE! Gosip," Shima tarik tangan Janna lalu sama-sama melabuhkan duduk di atas bangku. Berlapis-lapis dahi Janna memandang wajah Shima yang nampak begitu tak menyabar.

   "Gosip apa benda lah kau ni..." balas Janna, kurang gemar. Shima dengan gosip memang tak boleh dipisahkan. Perempuan sangat.

   "Kau tahu tak Amelia kena buang kerja?!"

   "Hah? Sebab apa dia kena buang kerja pulak? Dia buat kerja tip-top kan?"

   "Itu memang betul. Kau tahu sebab apa dia kena pecat? Arahan Syed Faliq."

Ternganga mulut Janna sedikit.

   "Motif?"

   "Entah. Maybe ada kena mengena dengan kes kau hari tu kut"

   "Then apa kena mengena kes aku dengan si Amelia tu. Bukan dia yang cuba rogol aku pun,"

Shima gelak lepas.

   "Itu kau kena lah tanya Syed Faliq sendiri. Dia aje yang ada jawapan. Ha, ada satu lagi gosip! Aku baru dengar dari mulut Encik Mizi sendiri tadi," Shima betulkan duduk.

   "Apa?"

   "Syed Faliq keluarkan arahan. Berkuat kuasa hari ni, mana-mana pekerja housekeeping tak dibenarkan kemas bilik sendirian. Maksudnya, kena ada partner. Even cuma Standard Room. Aku rasa kan ni mesti sebab dia tak nak kes macam kau berulang lagi. Hmm, care jugak Syed Faliq dekat pekerja dia kan? Sebelum-sebelum ni takde la obvious macam ni," Shima menjeling Janna penuh makna. Janna yang menyedari jelingan Shima segera menjongketkan keningnya, bertanya.

   "Apa?"

   "Syed Faliq care dekat kau kut. Yalah, sampai pecat si Amelia tu lepastu keluarkan arahan macam tu pula. Tak pasal-pasal kena rombak jadual tugas baru tau," terjuih-juih bibir Shima. Janna geleng kepala.

   "Whatever! Sekarang aku nak pergi cafe beli makanan sebab aku lapar gila. Kau nak ikut tak?" Janna bangun dari duduk. Malas nak fikir benda-benda yang tak penting tu. Amelia kena buang kerja, jadual kena rombak. Dalam dunia ni, semua benda takkan kekal. Hati pun kadang-kadang berbolak balik. Eh, eh.

   "Nak,nak!" terus Shima paut lengan Janna lalu keduanya membawa langkah menuju ke arah cafe.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro