
Bab 8
KERETA diparkir masuk dengan begitu baik sekali. Doktor Zaki kelihatan begitu teruja membawa temannya itu menghadiri first symposium of ECP therapy.
"Afiq, kau nampak tak apa yang aku nampak?" ujar Doktor Zaki secara tiba-tiba. Saat itu Doktor Afiq Naufal baru sahaja melangkah keluar dari keretanya.
"Nampak apa, Ki?" soalnya seakan-akan tidak berminat. Namun, sebaik sahaja dia mengangkat wajah, matanya tertancap pada figura yang kerap kali muncul dalam fikirannya sejak akhir-akhir ini. Wanita cantik yang sedang mengatur langkah ke arah pintu utama Hotel Renaissance kelihatan begitu mesra dengan pasangan di sebelahnya itu.
"Aku syak dia orang memang ada skandal la," sampuk Doktor Zaki. Ini sudah masuk kali kedua dia melihat Doktor Khairil dan wanita cantik itu.
Doktor Afiq Naufal hanya terdiam sepi. Tiba-tiba sahaja terasa bahang menyapa wajahnya terutama sekali saat melihat wajah ceria yang dipamerkan Aira ketika itu. Bukan main lebar dia senyum apabila bergandingan dengan doktor pakar itu.
"Jom, Afiq. Aku nak pergi tegur Doktor Khai kejap," kata Doktor Zaki.
"Tak nak la aku. Bukannya aku kenal dia pun. Lagipun, takkan kita nak ganggu dua merpati sejoli tu." Dalam nada sinis Doktor Afiq Naufal berkata.
Meletus ketawa kecil Doktor Zaki mendengar celoteh temannya itu.
"Nampak macam kau cemburu aje, Afiq?" duga Doktor Zaki sambil sebelah keningnya diangkat tinggi.
Cepat-cepat Doktor Afiq Naufal mengawal riak wajahnya.
"Mana ada. Kau ni, kan aku memang tak suka dengan dietitian. Takkan la aku nak ada hati dekat minah tu pula? Aku cuma rasa panas hati sebab sebelum ni dia cakap dia tak suka doktor tapi boleh pula dia keluar dengan Doktor Khairil tu," jawab Doktor Afiq Naufal bersahaja. Getar di dada berjaya dia selindung dengan baiknya.
"Kalau tak suka kau takkan rasa panas hati, Afiq," usik Doktor Zaki lagi dengan tawa kecilnya. Bukannya sehari dua dia berkawan dengan Doktor Afiq Naufal tetapi sejak dari zaman belajar lagi mereka sudah pun berteman. Rezeki pula tu dapat bekerja di hospital yang sama.
Doktor Afiq Naufal terdiam tanpa bicara. Ya tak ya juga, kan? Kenapa yang aku nak panas hati sangat ni? Isy... Masalah hati ini. Usikan Doktor Zaki dibiar sepi tanpa jawapan. Mereka kemudiannya bergerak masuk ke dalam Hotel Renaissance itu.
Seharian berlalu dengan banyak perkara yang dibincangkan oleh para tetamu jemputan yang hebat-hebat belaka. Paling menarik sekali tentulah ilmu yang disampaikan oleh Profesor Madya Doktor Danial Tarmizi yang sebelum ini merupakan seorang pakar bedah jantung yang sangat berpengalaman. Namun, satu peristiwa ngeri yang berlaku kepada dirinya membuatkan dia mengubah laluan kerjayanya.
"I was a cardiologist before but I got a heart attack on 2002 and I had two ninety percent of blockage. Cardiologist pun dapat heart attack? Yes, can you imagine that? I spent more than half of my life working to stop people dying of heart disease but end up I'm the one yang dapat heart disease. I know how to fix their heart but don't even know how to fix my heart," ujar beliau dalam nada gurauan.
"Then, I was admited to ward and my colleague advised me for the bypass. Terkejut tak tau nak cakap. All of you know right, in medicine we always attempt to understand how a patient feels but you can never truly understand that until you have experienced it by yourself. I keep asking myself. Kenapa I dapat heart attack and why me? Exactly sama macam pesakit yang selalu merungut dekat I."
"I was keen to know about how my body works. I felt bad actually. How come I treat so many patients but not even know how my body actually works. Funny right? That was a great lesson for me. Then, I decided not to go for by pass and what I did was, I look at it holistically. Luckily, my daughter introduced me with this integrated medicine and holistic approach. I start changing my food, I took supplements, did exercise, fasting, stress management, get a proper sleep and of course I did ECP as well," sambungnya lagi.
Semua peserta yang datang turut teruja mendengar cerita itu. ECP adalah singkatan nama bagi mesin external counterpulsation yang merujuk kaedah rawatan alternatif bagi pesakit jantung. Rawatan ini adalah non-invasive dan sering menjadi pilihan bagi mereka yang tidak mahu melakukan pembedahan pintasan jantung (by pass) dan prosedur konvensional yang lain. Secara global, ECP sebenarnya sudah lama diperkenalkan dalam dunia perubatan manakala di Malaysia rawatan ini telah diperkenalkan oleh Doktor Mohamed Ebrahim Sulaiman. Dan apa yang menariknya adalah kaedah rawatan ini diluluskan oleh pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) pada tahun 1997. Sayangnya, penggunaannya masih belum meluas di Malaysia.
"After first session of ECP, I went back and slept. I never slept that well especially lepas diagnos dengan heart disease. If you have a heart disease, you not even sure if you can get up on the next day. Buatnya tak bangun esok hari macam mana? I takut mati. Hahaha..." Gurauan beliau disambut gelak tawa oleh mereka yang hadir.
"Dipendekkan cerita, I habiskan thirty five sessions of ECP together dengan treatment lain juga. I ubah I punya lifestyle especially my food intake. Tapi, bab makanan ni I tak risau sangat as my daughter is a dietitian. So, I just follow aje apa yang dia dah plan for me. She's very good in taking care of our family. Lagipun, dia pernah bekerja dengan integrated doctor before. In fact, she's the one yang buka mata hati I untuk faham tentang holistic approach ni," cerita profesor itu lagi.
"Kau dengar tak, Afiq? Anak dia dietitian kut. Ni kau dok pandang serong lagi pasal dietitian." Sempat lagi Doktor Zaki memerli teman baiknya ketika itu.
"As a conclusion, kalau you nak sembuh, you tak boleh just depend on one treatment only. Why? Sebab semua organ dalam badan kita adalah interconnected. For example, if you have a heart disease, it doesn't mean that you heart is weak. It can be due to many factors like too much toxins, body inflammation, acidic body, nutrient deficiency or maybe you have hormone imbalance or masalah-masalah lain lagi. It is very important to know what is the root cause of your health problem. Sebab tu la kita kena tengok secara holistic iaitu whole body. Kalau you cuma fixing on heart without look at other possible root causes, you takkan selesaikan masalah," nasihat beliau berdasarkan pengalaman yang beliau rasai sebelum ini.
"And up until now, no more chest pain and my heart is a good enough. Many people said that I look younger than my age and I did hiking a lot you know. Alhamdulillah. I bersyukur pada Ilahi dan sejak dari situ, I ubah my mode of treating patients. I run my own clinic centre and chose to go more on natural, alternative and complementary way. It's a long journey to go but one thing for sure this is the future. Thank you so much for listening."
Tepukan paling gemuruh diberikan kepada Profesor Madya Doktor Danial Tarmizi. Masing-masing kagum dan penuh dengan emosi saat mendengar kisah benar yang diceritakan sebentar tadi. Benar kata beliau. Doktor takkan benar-benar faham apa yang dirasai oleh para pesakit mereka melainkan mereka sendiri yang mengalami kesakitan tersebut.
"So, macam mana, Afiq? Apa yang kau belajar the whole day dekat sini?"
Doktor Afiq Naufal mula meraup wajahnya. Satu keluhan berat muncul dari bibirnya.
"Fuh... Banyak gila aku belajar hari ni. Rasa macam nak percaya tak percaya tapi entah la. I need time," balas Doktor Afiq Naufal.
"Tak apa. Lagipun ni first time kau datang dengar conference macam ni. Take it easy first. Cuma one thing, aku tak nak kau berprasangka buruk pada dietitian dah. Kita kan satu team. Tak perlu la cari pasal dengan dietitian cantik tu lagi. Kau mengaku ajelah yang kau sebenarnya dah terpikat dekat dia," kata Doktor Zaki berbaur nasihat kali ini.
"Orang yang buta aje tak nampak yang kau asyik tenung dia dari tadi lagi." Doktor Zaki masih belum mahu mengalah.
"Jom la balik." Segera Doktor Afiq Naufal bangun dari duduknya. Beberapa orang peserta yang lain mula meninggalkan dewan hotel itu. Melihat wajah yang sudah bertukar merah dan tindak-tanduk Doktor Afiq Naufal ketika itu membuatkan Doktor Zaki melepaskan tawa besarnya.
"Biar betul. Kau dah jatuh cinta ke, Afiq?" soal Doktor Zaki bagaikan tidak percaya.
"No! Tak mungkin aku akan suka dia," sangkal Doktor Afiq Naufal.
"Eleh, dan-dan kata tak. Kau tak payah nak tipu aku la, Afiq. Jantung kau rasa berdegup kencang tak bila pandang wajah dia? Rasa macam susah nak bernafas tak?" soal Doktor Zaki bertalu-talu bagaikan sedang menyoal kepada pesakitnya. Sebelah tangannya terus diletakkan ke dada Doktor Afiq Naufal dengan selamba.
"Isy... Kau ni. Aku cakap tak, tak la!" bentak Doktor Afiq Naufal sambil menolak jauh tangan Doktor Zaki yang berada di dadanya kala itu.
"Ya Allah, macam nak meletup dah aku dengar degup jantung kau ni. Bahaya ni, Afiq. Tapi kan, aku rasa kau kalah la kalau nak dibandingkan dengan Doktor Khairil tu." Bersungguh-sungguh Doktor Zaki menghangatkan keadaan.
Wajah Doktor Afiq Naufal serta-merta bertukar kelat dengan pernyataan teman baiknya kala itu. Mood yang tidak berapa baik dari pagi tadi menjadi makin teruk menjelang petang.
"Aku nak baliklah. Kalau kau lambat, aku tinggal kau dekat sini," ugut Doktor Afiq Naufal kali ini. Terus langkah kakinya diatur pergi meninggalkan temannya.
Gelabah Doktor Zaki saat mendengar ugutan temannya itu.
"Afiq, kejap la. Aku nak jumpa dengan Prof. Danial. Kau ni sejak bila pandai sentap?" Segera langkah kaki Doktor Zaki mengejar langkah temannya itu. Namun, sempat Doktor Zaki mengerling ke arah meja yang diduduki mereka sebentar tadi. Bimbang jika ada barang peribadinya yang tertinggal di situ. Saat itulah dia terlopong melihat satu adegan mesra yang tidak disangka-sangka.
"Afiq!!!" Jeritan kecil itu mengejutkan Doktor Afiq Naufal yang berada beberapa tapak di hadapan.
"Apa?"
"Tu... Tengok sana," arah Doktor Zaki. Segera matanya menghala ke arah yang dimaksudkan oleh Doktor Zaki. Terkaku dia melihat Aira yang sedang berpelukan dengan Profesor Danial Tarmizi.
"Kau nampak tak apa yang aku nampak?" soal Doktor Zaki bagaikan tidak percaya. Apa hubungan Aira dan Profesor itu? Doktor Khairil juga dilihat berada di situ.
"Hoi... Buat apa lagi dekat sini? Kau orang tak nak balik ke?" Sergahan Doktor Damia mengejutkan mereka berdua yang masih kaku berdiri di situ.
"Kau ni Mia, tak reti bagi salam ke? Mujur aku ni tak ada sakit jantung," ujar Doktor Zaki sambil mengurut lega dadanya.
"ECP kan ada. Hahaha... Apa yang kau orang tengok sampai ternganga mulut tu?" selidik Doktor Damia lagi apabila melihat wajah ternganga dua orang doktor itu.
"Tak payah nak buat muka terkejut sangat la. Tak salah pun Aira tu nak peluk dengan ayah dia," ujar Doktor Damia bersahaja.
"Ayah?" Serentak Doktor Zaki dan Doktor Afiq Naufal berkata. Terkejut beruk mereka mendengar pernyataan itu.
"Maksud kau Profesor Danial tu ayah Aira?" soal Afiq Naufal bersungguh-sungguh.
"Yalah. Doktor Khairil tu pula abang dia." Selamba Doktor Damia menjawab.
"What???" Hampir menjerit mereka berdua di situ. Doktor Afiq Naufal menampar lembut dahinya. Doktor Zaki pula sudah mula meraup wajahnya berkali-kali. Tidak pernah terdetik dalam hati mereka bahawa hubungan mesra yang kelihatan di antara Aira dan Doktor Khairil itu sebenarnya hubungan adik-beradik. Aku sangkakan kekasih rupa-rupanya abang dan adik.
"Mana kau tahu ni, Mia?" Masih sangsi lagi Doktor Afiq Naufal saat itu.
"Kan tadi Prof. ada cakap yang anak dia dietitian. Lagipun, Aira sendiri yang beritahu aku. Aku suka la Aira tu. Low profile gila. Kalau tak disebabkan aku ternampak dia naik kereta dengan Doktor Khairil, mesti dia tak akan buka cerita sebenar lagi. Kalau kau orang nak tahu, ibu Aira pula doktor pakar bius tau. Kira Aira ni datang daripada keluarga doktor la," beritahu Doktor Damia bersungguh-sungguh.
Doktor Zaki dan Doktor Afiq Naufal sudah tidak mampu berkata apa. Sesekali mata mereka merenung ke arah Profesor Danial Tarmizi dan anak-anaknya yang sedang rancak berbual.
"Kau ni Afiq, nama aje satu wad dengan Aira. Kau tak pernah tegur dan berbual dengan dia ke?" sergah Doktor Damia secara tiba-tiba.
Doktor Afiq Naufal hanya tertunduk diam. Rupa-rupanya Aira bukan calang-calang orang. Ibu, ayah dan abang dia adalah orang yang berpengaruh dalam bidang perubatan dan kesihatan. Patut la gaya dia bercakap macam orang tak makan saman.
"Dah tu kenapa dia tak kerja dengan ayah dia aje?" soal Doktor Afiq Naufal bernada sindiran.
"Pasal tak kerja dengan ayah dia tu tak silap aku sebab dia nak cari pengalaman sendiri dulu kut. Tapi sebelum ni rasanya dia memang kerja dengan integrated doctor pun. Dia pernah beritahu aku yang sifu dia is one of the famous integrated doctor in Malaysia. Sebab tu dia tahu banyak pasal medical ni," cerita Doktor Damia lagi.
"Kau ni, habis semua tentang dia kau korek ke?" perli Doktor Zaki pula.
"Kami dah jadi rapat sejak akhir-akhir ni. Mana tahu rezeki aku dapat tackle abang dia," kata Doktor Damia bersama ketawa kecil.
Pecah tawa Doktor Zaki mendengar niat tak betul temannya itu.
"Kalau macam tu kau ada can la Afiq. Boleh tackle dietitian cantik tu. Boleh jadi menantu Profesor Danial la lepas ni." Gurauan Doktor Zaki membuatkan Doktor Damia melepaskan tawa besarnya.
"Tak payah berangan la, Afiq. Aira tu tak minat dengan orang kerja doktor ni. Lain la kalau kau tukar arah macam ayah dia." Selamba Doktor Damia menjawab bagi pihak Aira. Sebaik berkata, terus dia berlalu meninggalkan mereka berdua yang masih dalam keadaan tercengang.
Doktor Afiq Naufal menarik nafas dalam. Jadi, benarlah apa yang pernah diperkatakan oleh Aira sebelum ini. Kenapa aku tiba-tiba rasa sesak untuk bernafas? Dadanya ditepuk perlahan. Apa yang tak kena dengan aku ni? Takkan aku dah mula ada perasaan dekat dia? Tak... Tak mungkin la.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro