Bab 7
"AKU tengok kau ni macam tak senang duduk aje. Apa yang kau asyik pandang sangat dekat sana tu?!" sergah Doktor Zaki apabila melihat Doktor Afiq Naufal seakan-akan tidak senang duduk dari tadi lagi. Sekejap dia panjangkan lehernya, makanan di hadapan tidak dijamah mana pun. Dah kenapa dengan mamat ni? Kena sindrom apa dah ni? bebel Doktor Zaki dalam hati.
"Errr... Tak ada apalah," jawab Doktor Afiq Naufal sambil matanya khusyuk melihat sesuatu di hadapan.
Zaki cuba mengalih pandangan kepada arah mata Doktor Afiq Naufal. Namun, dia sendiri kurang mengerti apa yang Doktor Afiq Naufal sedang tenung. Sudahlah kafeteria itu sesak dengan orang. Memang tak ada masalah nak pandang-pandang orang.
"Kau ni nak tak aku cucuk biji mata kau dengan garpu ni? Asyik sangat pandang ke sana. Kau tengok apa sebenarnya?" soal Doktor Zaki lagi dengan seribu kerutan di dahi.
"Kau nampak tak pasangan dekat hujung sana tu?" ujar Doktor Afiq Naufal akhirnya. Cepat sahaja Doktor Zaki mengalih pandangan ke arah yang dimaksudkan.
"Pasangan yang mana satu pula ni?" jawab Doktor Zaki endah tak endah. Orang datang kafe untuk makan dia boleh pula sibuk usyar orang. Sejak bila kawan aku ni jadi macam ni, hah?
"Ala... Tu yang perempuan pakai baju kurung warna gold tu. Lelaki kemeja blue black," beritahu Doktor Afiq Naufal.
Zaki kalut memanjangkan lehernya ke arah yang dimaksudkan temannya itu.
"Ohhh... Tu Doktor Khairil. Yang pasangan dia aku tak kenal siapa. Macam tak pernah nampak pun sebelum ni," ujar Doktor Zaki.
"Kau kenal lelaki tu?" Afiq Naufal kelihatan teruja mendengar kata-kata Doktor Zaki itu.
"Hah... Dia doktor pakar nephro. Pernah satu wad dengan dia sebelum ni. Tapi memang hebat Doktor Khairil ni dan cara dia rawat pesakit buah pinggang pun lain macam juga. Dia selalu stres on nutrition kut. Aku boleh nampak yang dia memang tahu banyak tentang nutrition. Kau tahu la kan, kita waktu belajar dulu mana sentuh sangat bab-bab nutrition semua ni," cerita Doktor Zaki.
Afiq Naufal hanya mengangguk mendengar cerita temannya itu. Doktor pakar rupa-rupanya. Kata benci doktor, tapi boleh pula dia keluar makan dengan doktor, cemuh Doktor Afiq Naufal dalam hati. Mindanya tiba-tiba kembali teringatkan perdebatan mereka beberapa hari lepas.
"Kenapa dengan pasangan tu? Kau kenal juga ke doktor tu?"
Cepat Doktor Afiq Naufal menggelengkan kepalanya.
"Yang perempuan tu aku kenal. Dietitian wad aku sekarang ni," luah Doktor Afiq Naufal.
"Laaa... Ya ke? Dietitian baru la tu?"
"What is your opinion on dietitian?"
"Dietitian? Hurm... Actually aku suka tengok dia orang. Expert bahagian pemakanan."
"But kau tak rasa ke yang sesiapa pun boleh bercakap tentang pemakanan. Nutrition ni kan general? Anyone can talk about that including us."
"Of course semua orang boleh bercakap tentang nutrition tetapi kita bukan yang pakar dalam bidang tu. Dia orang ada evidence based, but us? Main cakap macam tu aje. Lagipun waktu study kita tak belajar banyak pasal nutrition."
"Entah la. Aku rasa dia orang macam mengganggu kerja kita," luah Doktor Afiq Naufal lagi dengan nada tidak puas hatinya.
"Kenapa? Dietitian baru tu cari pasal dengan kau ke?" soal Doktor Zaki sekadar ingin tahu. Dia yakin Doktor Afiq Naufal tidak akan bercakap sesuka hati sahaja. Ni mesti ada sesuatu yang dah berlaku.
"Tak la. Aku yang cari pasal dengan dia," balas Doktor Afiq Naufal bersahaja.
"Laaa... Kau buat apa dengan dia? Tapi kau perasan tak dietitian ni semua cantik-cantik. Dia orang pandai diet. Susah-susah sangat aku nak cari isteri dietitian ajelah. Senang sikit nak manage makan minum aku."
"Daripada kau cari dietitian, better kau kahwin dengan cef. Pandai masak pula tu," sindir Doktor Afiq Naufal dengan gelak tawa sinisnya.
"Kau ni perli aku ke apa? Kenapa yang kau macam tak suka sangat dengan dietitian?" soal Doktor Zaki.
"Entah la. Aku macam tak nampak kepentingan mereka. Buat semak aje." Pinggan yang sudah licin ditolak ke tepi. Matanya mencuri pandang ke arah Aira dari jauh. Nampak begitu mesra hubungan di antara Aira dan doktor pakar buah pinggang itu. Siap boleh bergelak ketawa lagi tu.
"Afiq, kau kena ingat yang kita ni satu team. Health care team. So, setiap orang ada peranan masing-masing. Kau kena biasakan diri bekerja dalam kumpulan," tegur Doktor Zaki tanpa berselindung.
Afiq Naufal cuba tersenyum. Tak pasal-pasal dah kena tegur dengan temannya sendiri.
"Aku ada satu soalan untuk kau. As a doctor, did you really cure the disease and heal your patients or you only prescribing harmful drugs to cover up symptoms of the disease but never address the underlying root cause of the disease?" soal Doktor Afiq Naufal. Sebenarnya dia hanya mengulang kembali soalan yang pernah dihulurkan Aira sebelum ini. Dua tiga malam dia tidak dapat melelapkan mata dan berfikir tentang soalan itu.
"Wow, biar betul? Kau pun berfikir sama macam aku ke, Afiq? Kau sedar tak dari tahun pertama di medical school kita dah mula hafal semua jenis drugs sebab tu kita memang hebat in prescribing drugs. Tapi persoalannya, are our patients getting better with the given drugs?" ujar Doktor Zaki.
"Wait, apa yang kau nak cakap sebenarnya ni?"
"Okey, contoh mudah macam ni. Kau bawa kereta kau pergi mekanik. Kau bagi tahu mekanik tu pasal masalah kereta kau. Your transmission's first gear was slipping, then ada knocking sound in the engine juga and the check engine warning light was on. Tiga jam kemudian, mekanik bagi tahu dah siap semua. So, bila sampai the first thing yang kau tanya, apa dia buat dekat first gear yang slip tu? Mekanik tu jawab yang dia dah buang gear tu. What? Gila kut padahal kau perlukan first gear tu. Then kau tanya lagi, apa jadi dekat check engine warning light pula. Dia jawab yang dia dah potong wayar yang menghala ke dashboard light. Takkan ada lampu yang menyala lagi lepas ni. Lagilah kau terkejut. Then last sekali kau tanya pasal knocking sound tu pula. Mekanik tu bagi ear plugs dan suruh kau pakai benda tu. So, kau takkan dengar bunyi tu lagi. Apa moral values yang kau dapat daripada cerita aku ni?"
"He's not a mechanic..."
"Yes, betul. He's not a mechanic but he's a doctor. Actually that is how we are taught to treat our patients. We are never taught how to fix what is wrong. We are only taught either to cover up symptoms of the disease by giving harmful drugs or to cut out the patient's organs or body parts. We never address underlying cause of the disease and so far aku tak pernah lagi dengar penyakit tu datang disebabkan seseorang tu ada too many organs or too many body parts. That's why cutting them off or out never cures the patient's problem. Have you ever think about that Afiq?"
Sekali lagi Afiq Naufal terkedu mendengar bicara teman baiknya itu.
"Memang aku tak pernah cerita pasal ni dekat kau sebab most of the conventional doctors don't understand and won't agree with this. Tapi sekarang ni kalau ada masa aje aku akan pergi attend class and conference about integrated medicine. Sayangnya kat Malaysia orang tak kenal dan tahu sangat tentang alternative and complementary medicine. Ia baru nak berkembang padahal dekat overseas dah menular. But aku percaya soon to be our future," ulas Doktor Zaki panjang lebar. Sudah ternganga mulut temannya itu.
"Integrated medicine? What does it mean actually?"
"Means that they combine western, traditional, natural, herbs and complimentary medicine into a strategic way to meet each patient's individual condition. Doktor yang practice integrated medicine ni percaya yang no treatment method if use alone could produce total body healing and their treatment basically more individualized and personalized according to patient's body condition."
"Ya ke?" Habis berkerut dahi Doktor Afiq Naufal. Apa yang dia baru dengar itu memang sesuatu yang sangat baru baginya.
"Yes. It's very interesting actually. Sebenarnya semua ni Doktor Khairil yang introduce bagi aku. Sebab tu aku memang tabik spring dekat dia. Dan aku dengar dia pun dalam proses nak buka clinic centre dia sendiri nanti," cerita Doktor Zaki lagi.
"Kau tahu tak siapa yang tanya aku soalan tadi tu?"
"Siapa?"
"Tu..." Bibirnya terus dijuih ke arah Aira.
"Ohhh... Dietitian tu ke? No wonder la. See... Kau bayangkan. Dietitian pun tahu bab-bab ni. Aku rasa macam aku pernah tengok muka dia tapi tak sure kat mana," komen Doktor Zaki.
"Afiq, nak tak hujung minggu ni kau join aku pergi symposium on ECP therapy? Damia pun join aku tau," ajak Doktor Zaki tiba-tiba.
"ECP therapy tu apa pula? Macam-macam la kau ni. Bunyi macam kau tengah cari pengikut aje. Ajaran sesat entah ni."
Pecah tawa besar Doktor Zaki.
"Hahaha. Tak adalah. Niat aku cuma nak tolong kawan-kawan aku supaya dia orang nampak dan rasa apa yang aku rasa. Kau dengar dulu then kau make judgement from that. Yang pasti bukan ajaran sesat. You must learn the truth and the key is to follow the nature. Ask yourself, Afiq. Are blood pressure medications actually helping patient's heart or just lowering the markers we measure? How about the medicines for arthritis? Are they fixing the problem or just managing the pain? Where is your common sense? Think logically, Afiq." Makin hangat topik yang dibincangkan itu.
Doktor Afiq Naufal mengangguk mengerti walaupun hakikatnya dia terkejut apabila doktor conventional seperti Doktor Zaki boleh bercakap sebegitu. Rupanya banyak perkara lagi yang aku ketinggalan.
"Frankly speaking, aku dah mula fikir tau cuma masih terawang-awang. Banyak benda yang belum clear. Apa yang kita jadi hari ni disebabkan apa yang kita belajar sebelum ni. I know this one is just a beginning dan aku yakin kebenaran akan terbongkar juga nanti," balas Afiq Naufal akhirnya.
Tersenyum lega Doktor Zaki. Begitu juga Doktor Afiq Naufal. Kalau fikir logik memang betul apa yang dikatakan Aira dan Doktor Zaki. Cuma aku perlu masa untuk meneliti semua ini. Kalau ikutkan hati egonya, dia merasakan Aira seolah-olah sengaja ingin menjatuhkan kredibilitinya sebagai seorang doktor. Aku doktor, jadi aku lebih tahu semua benda. Itulah kata hatinya sebelum ini tetapi setelah diselami dalam-dalam dan secara logik akal memang betul apa yang diperkatakan wanita itu. Malah lebih mengejutkan apabila teman baiknya juga rupa-rupanya berpendapat sebegitu. Mungkin aku patut renung kembali tentang apa sebenarnya niat utama aku bergelar doktor sebelum ini? Atau mungkin aku patut soal Pencipta aku? fikirnya sejenak.
Pandangan dibawa kembali ke arah pasangan merpati sejoli yang duduk tidak jauh dari mereka.
"Kenapa yang kau asyik tenung ke arah mereka tu? Apa kata kau bangun dan pergi join dia orang?" sindir Doktor Zaki bersungguh-sungguh.
Sengihan panjang terus dihadiahkan buat teman baiknya itu.
"Ke kau ada hati dekat dietitian tu?" teka Doktor Zaki kali ini. Pantas Doktor Afiq Naufal menggeleng.
"Mana ada. Pandai-pandai aje kau tuduh."
"Tapi aku tengok cantik orangnya. Sebab tu Doktor Khai boleh berkenan kut. Doktor Khai tu pun bukannya kahwin lagi," tambah Doktor Zaki lagi.
Telinga Afiq Naufal bertukar panas mendengar omelan temannya itu. Masih terngiang-ngiang lagi di telinganya ayat yang dituturkan oleh Aira sebelum ini. Katanya tidak suka dengan pekerjaan doktor tetapi boleh pula dia ada hubungan dengan seorang doktor. Atau mungkin disebabkan oleh Doktor Khairil itu adalah doktor yang lain dari yang lain??
"Jom la. Aku ada banyak kes lagi nak kena review dekat atas." Segera Doktor Afiq Naufal bangun dari situ diikuti dengan Doktor Zaki pula. Terasa berat kepalanya memikirkan bermacam jenis perkara. Harapannya aku dapat jawapan tidak lama lagi.
AIRA sibuk menulis folder di hadapannya. Hari ni kalut semacam sikit. Last minute tiba-tiba ada refer dietitian pula. Jam di tangan dibeleknya. Sudah hampir pukul lima petang. Mujurlah ini pesakit terakhir aku.
"Ehemmm..." Deheman seseorang mengejutkan Aira. Kepalanya yang tertunduk diangkat tinggi. Wajah bengis Doktor Afiq Naufal yang sedang merenungnya dipandang begitu sahaja. Alahai... Petang-petang mood tak dak ni dia mai buat apa tak tau? bebel Aira dalam hati dengan loghat Kedahnya.
"Sibuk nampak cik dietitian mengalahkan doktor pula tu," tegur Afiq Naufal bersama senyuman sinis. Aira masih buat muka berlagaknya. Malas hendak buka mulut di hadapan doktor berlagak sombong ni. Jam dikerling sekali lagi.
"Asyik tengok jam aje I tengok. Tak sabar nak pergi dating ke?" perli Doktor Afiq Naufal lagi. Geram apabila kata-katanya langsung tidak dibalas oleh Aira.
"Saya asyik tengok jam sebab nak balik la, doktor. Saya ni bekerja office hour. Tak ada on call macam doktor. Senang, kan?" balas Aira dengan nada sinisnya.
Doktor Afiq Naufal cuba mengawal riak wajahnya. Aku pula yang terkena?
"Sebelum ni you kata tak suka doktor tapi tadi I nampak you dating dengan doktor sini. Cakap tak serupa bikin," kata Doktor Afiq Naufal cuba untuk mengeruhkan keadaan.
Aira mula berhenti menulis. Aku dating dengan doktor sini? Doktor mana pula dah? Tadi aku pergi mana, eh? Ligat otak Aira memikirkan kata-kata doktor muda itu.
"Doktor salah tengok orang kut. Mana ada saya pergi dating pun tadi," balas Aira bersahaja. Sekali pun aku nak pergi dating kenapa yang dia kesah sangat? Aku bukan minta duit dia pun, kutuk Aira dalam hati.
Meletus tawa sinis Afiq Naufal saat mendengar jawapan dari bibir Aira.
"High class juga kan you ni? Tak layan MO tapi layan specialist macam Doktor Khairil tu," tuduh Doktor Afiq Naufal.
Kata-kata Doktor Afiq Naufal menyebabkan Aira melepaskan tawa kecilnya. Doktor Khairil? Isy, la mamat ni. Kalau ya pun nak tuduh aku, siasat la betul-betul dulu.
"Ohhh... Dekat mana awak nampak saya dengan dia? Of course la taste saya tinggi. Saya memang tak layan doktor sombong macam awak ni," bidas Aira.
Berubah kelat wajah Doktor Afiq Naufal. Aira memang sengaja memerlinya.
"Cik Aira, Doktor Afiq. Orang tua-tua pesan kalau selalu bergaduh ni nanti lama-lama jadi sayang." Satu suara tiba-tiba menyampuk mengganggu perbalahan kecil mereka. Abang Faris sedang tersengih ke arah mereka berdua. Aira tersenyum ke arah Abang Faris namun senyumannya terus mati sebaik matanya bertemu dengan mata Doktor Afiq Naufal.
"Tu pesan orang tua zaman Abang Faris. Orang muda zaman sekarang pula cakap, kalau tak puas hati dekat sesiapa, better sound direct aje. Tak gitu, Doktor Afiq?" perli Aira lagi.
"Hah. Orang muda zaman sekarang pun pesan kena berkata benar dan jangan cakap tak serupa bikin. Lain dekat mulut lain pula dekat hati," bidas Doktor Afiq Naufal.
Aira hanya berlagak tenang. Tengah mengata aku la tu. Ada aku kesah? Kau tu yang serkap jarang. Lain kali bagi salam dan tanya betul-betul. Ni tak, main redah masuk macam tu.
"Tapi kan Abang Faris, apa yang kita lihat tak semestinya sama dengan apa yang kita fikir. Sebab tu la sebelum nak tuduh apa-apa baik siasat terlebih dahulu," pesan Aira bernada sindiran.
"Tapi, mata kita tak boleh menipu, Abang Faris. Apa yang kita nampak tu la akan mencerminkan siapa orang itu," sampuk Doktor Afiq Naufal pula.
Abang Faris sudah menggelengkan kepala melihat kerenah mereka berdua yang asyik sindir-menyindir. Kedua-duanya tak mahu mengalah dan mengaku kesalahan sendiri. Apa nak jadi la dengan budak muda zaman sekarang, keluh Abang Faris dalam kebimbangan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro