Bab 5
SUASANA di dalam wad pada pagi itu kelihatan lengang sedikit. Doktor-doktor pakar sudah habis membuat rondaan. Aira juga sudah selesai melihat kesnya. Matanya sengaja dibawa ke segenap ruang wad kanak-kanak itu. Melihat wajah tabah yang dipamerkan oleh ibu bapa pesakit kecil di dalam wad itu membuatkan Aira berasa kagum. Mana ada ibu bapa yang sanggup melihat anak kecil mereka sakit. Namun, mereka tetap tabah kerana yakin di sebalik ujian itu pasti ada hikmah-Nya.
Mata Aira tiba-tiba tertancap pada sepasang mata yang kebetulan sedang merenung tajam ke arahnya. Doktor lelaki itu berada tidak jauh dari tempat Aira sedang berdiri dan dia kelihatan sibuk dengan fail pesakit yang berada di tangannya. Sibuk macam tu pun sempat lagi nak usyar aku, komen Aira.
Entah keberanian apa yang telah menghasut Aira sehingga dia berani mengatur langkah ke arah doktor muda itu. Aku perlu selesaikan masalah dengan doktor ni, bisik hati kecil Aira.
Doktor Afiq Naufal terus berpura-pura tenang saat melihat langkah kaki Aira kian hampir dengannya. Dia tidak menyangka bahawa renungannya tadi telah disedari oleh Aira.
"Doktor ada apa-apa masalah dengan saya ke?" Selamba Aira menyoal sebaik berdiri bersebelahan dengan doktor berkemeja biru laut itu.
"You ni kenapa?" bidas doktor itu tanpa melihat wajah yang sedang berdiri di sebelahnya.
"Oh... Lupa saya nak kenalkan. Saya Aira. Dietitian baru wad ni." Tenang Aira menjawab walaupun reaksi doktor itu kelihatan sangat menjengkelkan.
"I tak berminat pun nak tahu nama you," balasnya dengan penuh angkuh.
Menyampah pula Aira melihat wajah sombong doktor itu. Aku cakap elok-elok dia boleh buat berlagak. Kau ingat aku hairan sangat dengan doktor yang baru nak up macam kau ni? bebel Aira dalam hati.
"Kalau ikutkan hati saya pun tak berminat nak tegur doktor tapi saya rimas bila doktor asyik pandang macam tak puas hati dekat saya. Kalau rasa tak puas hati, baik cakap depan-depan, doktor. Baru masalah boleh selesai," leter Aira panjang lebar.
"Bila masa I pandang you?" kata Doktor Afiq Naufal dengan ketawa sinis. Matanya masih fokus pada folder pesakit.
Aira sengaja melepaskan tawa kecilnya. Naik geram dia melihat layanan doktor muda itu.
"Okey, fine! Mungkin saya salah lihat. Sorry sebab saya ganggu kerja doktor," balas Aira akhirnya. Dah terang-terangan aku nampak kau pandang aku, kutuk Aira dalam hati. Dengan perasaan panas hati Aira mula menyusun langkah untuk pergi dari situ.
"Cik Aira." Baru beberapa tapak melangkah terdengar sahutan namanya. Pantas Aira berpaling.
"You rasa dietitian diperlukan ke dekat wad ni?" Sindiran itu ditujukan tepat pada Aira.
Aira menarik nafas panjang. Rupa-rupanya inilah penyebab kau tak suka aku. Langkahnya kembali menghampiri doktor muda itu. Raut wajah bersih itu dipandangnya seketika. Muka segak dah tapi perangai pula tak berapa elok.
"Selagi patient perlukan saya selagi itulah saya diperlukan dalam wad ni." Tenang Aira menjawab.
"Tapi I rasa you macam tak ada function dekat wad ni. Setakat nak bagi kaunseling tentang pemakanan I pun boleh buat." Dengan penuh sinis dia berkata.
Aira berusaha mengawal rasa panas hatinya. Kau memang cari pasal dengan aku, Doktor Afiq!
"So, Doktor Afiq ni anti dengan dietitian la?" teka Aira. Mungkin dia pandang dietitian ni sebelah mata aje kut.
"Yes. I rasa you macam tak bawa kepentingan. Doktor kan dah ada. Buat apa nak hire dietitian lagi?" Selamba dia menjawab. Memang pentingkan diri sungguh doktor ni. Apa yang kau bangga sangat dengan pekerjaan kau tu?
"Dietitian ni wujud untuk memudahkan kerja doktor. Tak ada la doktor sibuk memanjang sampai anak isteri pun terabai. Macam ni la doktor, saya buat kerja saya dan doktor buat kerja doktor," balas Aira bersahaja.
"Masalahnya I tak nampak pun apa kerja you dekat sini."
"Tak apa kalau doktor tak nampak kerja saya asalkan Allah tahu apa yang saya buat. Mungkin doktor rasa kerja saya ni senang. Cuma bercakap dan mendengar tapi sekurang-kurangnya saya lebih rapat dengan patient. Tak macam doktor yang cuma datang sekejap. Soal itu ini. Terus tulis dalam folder dan blah macam tu aje. Kadang tu patient pun tak tahu dia sakit apa sebab doktor tak pernah explain dekat patient." Hah tu dia. Panjang lebar Aira bidas doktor itu.
"Amboi! Sedap mulut you aje kata macam-macam dekat doktor. Apa yang you tahu pasal doktor? You ingat kami ada masa ke nak explain satu per satu dekat patient? Kalau sorang patient tak apa la juga tapi sehari berpuluh patient nak kena review," komen Doktor Afiq pula tanda protes.
"I rasa you ni mungkin teringin nak jadi doktor tapi tak kesampaian. You tak tahu apa-apa tentang doktor. So, lebih baik you diam," sambungnya lagi.
Aira mula melepaskan tawa sinisnya. Aku tak tahu apa-apa tentang doktor? Hahaha.
"Saya rasa Doktor Afiq yang tak tahu apa-apa tentang dietitian. Sebab tu la asyik nak kutuk dietitian tak ada kerja. Jangan terlampau megah dengan pekerjaan doktor tu sampaikan nak pandang rendah pada orang lain. Cuba cek balik niat sebenar awak nak jadi doktor," tegur Aira tanpa riak.
Doktor Afiq memandang Aira penuh geram. Pandai menjawab juga perempuan ni. Macam-macam dia bidas aku.
"Saya bangga dengan pekerjaan saya. Saya tahu nutrition memang umum. Google aje semua maklumat boleh dapat. Tapi sama ke orang yang belajar dengan orang yang tak belajar? Kami juga belajar tentang semua jenis penyakit tetapi fokus kami untuk merawat pesakit melalui terapi pemakanan. Bagi saya, makanan tetap jadi yang pertama. Doktor tengok ajelah penyakit kencing manis, obesiti, darah tinggi, kolesterol tinggi dan buah pinggang. Kebanyakan berlaku disebabkan oleh faktor makanan. Makanan yang menjadi punca barulah lahirnya doktor untuk merawat. Jadi, peranan dietitian ni sebenarnya sangat besar. Kami perlu sebarkan ilmu tentang pemakanan tu supaya orang ramai boleh amalkan dan mereka tak perlu sakit. Doktor pun tak perlu buat kerja," sembur Aira dengan wajah bengangnya. Apa yang aku melalut pun aku tak tahu. Yang penting aku rasa panas sangat bila doktor ni cuma pandang kami sebelah mata.
"Awak sengaja bagi contoh penyakit yang simple macam tu. Kenapa awak tak sentuh penyakit lain macam pneumonia, denggi, SLE, kanser dan sebagainya. Kami pun belajar tentang nutrition juga, Cik Aira."
"Penyakit yang doktor anggap simple tu la dah menyumbang kepada banyak kematian dalam negara kita. Saya rasa doktor sendiri sedar tentang perkara itu. Ya, saya tahu doktor memang belajar tentang pemakanan tetapi bukan keseluruhannya. Kalau tak, patient buah pinggang saya tak ada la mengadu yang satu doktor ni nasihat dia supaya jangan makan semua sayur hijau sebab tinggi potassium. Habis dia pantang semua sayur hijau. Hakikatnya bukan semua sayur hijau tinggi potassium. Ada yang boleh dimakan dan ada yang perlu dikawal pengambilannya," leter Aira dengan nada tidak puas hati.
Terkunci mulut Doktor Afiq Naufal. Terdengar satu rengusan kuat dari bibirnya.
"Tak kesah la you nak cakap apa-apa pun. Yang penting I tetap tak suka kerja dietitian ni. I rasa macam you mengganggu kerja kami. We need more pharmacists not dietitian," kata Doktor Afiq penuh megah.
Aira sudah tidak mahu berlama situ. Takut ada yang makan penampar nanti. Suka hati kau la doktor.
"Wow... We need more pharmacists not dietitian? Maksudnya you want to prescribe more drugs that would give side effects to the body instead of using nutrients and food for healing?" perli Aira.
Wahai Doktor Afiq, di mana common sense anda? Dari tahun pertama pengajian sebagai pelajar perubatan anda sudah disogok dengan list of medications and drugs that need to remember. Tapi pernah tak anda berfikir, andai anda adalah pesakit, sanggupkah anda menelan semua ubat-ubat yang memang jelas ada kesannya pada tubuh badan anda? Soalan itu mula berlegar-legar di dalam kotak mindanya.
"Food for healing? No such thing la, Cik Aira. You are kidding me." Sinis bunyinya. Riak dan angkuh pun ada.
"Saya tak ada niat nak cari gaduh dengan Doktor Afiq but one thing I wanted to ask you. As a doctor, did you really cure the disease and heal your patients or you only prescribing harmful drugs to cover up symptoms of the disease but never address the underlying root cause of the disease?" soal Aira.
Terkedu Doktor Afiq Naufal. Namun masih cuba dijaga air mukanya.
Aira masih dengan wajah tenangnya. The fact is like that. Conventional medicine treats symptoms only and is not designed to address the cause of the problem. Buka mata hati anda dan soal kembali pada diri. Setiap masalah pasti ada puncanya. Begitu juga dengan setiap jenis penyakit. Contoh mudah yang Aira selalu beri pada para pesakitnya ialah katakan anda sakit kepala dan pilih untuk mengambil paracetamol. Ya betul, sakit kepala itu memang akan hilang tapi beberapa ketika kemudian, ia akan kembali menyerang kerana paracetamol hanya berfungsi untuk mengawal simptom sahaja. Kemudian anda makan lagi paracetamol dan hilang lagi simptom itu. Kenapa ia akan kembali menyerang? Kerana anda tak merawat punca utama sebaliknya hanya mengawal simptom. Hah tu dia. Bila dietitian mula memberi pandangan.
Sakit kepala adalah satu simptom dan signal yang sebenarnya memberitahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada tubuh anda. Ibarat sebuah kereta yang kehabisan bateri dan minyak akan memberi signal kepada anda, begitu juga dengan tubuh badan anda. Jangan dipandang remeh simptom kecil itu kerana jika dibiarkan lama ia akan mengundang keburukan pada diri anda.
"Whatever it is, I still rasa yang you memang tak diperlukan dekat sini. You are not doctor so don't teach me cause I know what I'm doing here," sembur Doktor Afiq Naufal. Terserlah keegoan tingginya.
Aira beriak biasa seperti orang tiada perasaan. Bukan pertama kali dia berhadapan dengan doktor macam ni. Dah banyak kali pun. It's okay. He don't know that's why dia respons macam ni. Take your time to see the truth, Doctor Afiq.
Badan kita adalah satu sistem yang nature. Jadi kenapa harus diberi ubat iaitu bahan sintetik, chemical dan dicipta manusia pula tu? It is a foreign subtance and our bodies were not engineered to work with these foreign subtances. Aira tidak pernah anti mahupun sangsi dengan mana-mana ubat kerana pada waktu kritikal dan kecemasan ia memang yang terbaik dan sangat diperlukan.
"Ikut suka hati doktor la. Yang penting saya dibayar gaji," balas Aira akhirnya seraya berlalu pergi dari situ. Namun, baru sahaja beberapa tapak melangkah dia kembali merenung tajam ke arah Doktor Afiq Naufal.
"Oh ya. Lupa saya nak beritahu. Saya pun memang tak suka orang yang kerja doktor ni. Tambah-tambah lagi kalau orang tu perangai dia macam awak. Sombong tak bertempat. Awak tu baru MO tau. Saya pernah jumpa doktor dan specialist yang lagi hebat tapi dia orang semua tu tak sombong dan hormat kerja saya. Sebab dia orang faham tugas saya. So, saya rasa saya perlu beredar dengan segera sebab saya tak suka duduk dengan orang yang negative thinking macam Doktor Afiq ni," sembur Aira panjang lebar dan segera melangkah keluar dari wad itu. Sempat dia menjeling tajam ke arah doktor sombong itu.
Doktor Afiq Naufal tidak sempat berkata apa dan hanya menggenggam kuat penumbuknya. Pertama kali rasa tercabar dengan keberanian wanita itu berkata-kata. Wajahnya bertukar bahang menahan rasa marah. Arghhh... Fail di tangan terus dihempuk kuat ke atas meja. Bengang dan berang dengan pertengkaran kecil itu. Dietitian memang bercakap banyak dan pedas macam dia kut? bentak Doktor Afiq Naufal seorang diri.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro