Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2

BIBIR Aira masih tidak lekang dengan senyuman sebaik melihat pesakit pertamanya itu. Adik Haikal baru berusia sepuluh tahun tetapi beratnya sudah seperti orang dewasa. Melihat tubuh gempal yang comel itu membuatkan Aira sentiasa ingin tersenyum. Adik Haikal dirujuk oleh doktor kepada Aira disebabkan oleh masalah obesiti kanak-kanak.

"Assalamualaikum, Haikal," tegur Aira penuh adab sopan. Ibu dan bapa Haikal tersenyum membalas salam Aira manakala Haikal asyik sibuk dengan iPad di tangannya. Tipikal budak zaman sekarang.

"Haikal, jawab salam doktor tu," tegur ibunya.

"Khusyuknya dia main iPad tu," usik Aira sekadar ingin memulakan perbualan.

"Saya Aira, dietitian wad ni. Tadi doktor ada cakap nak refer anak encik dan puan pada pakar pemakanan, kan?" tutur Aira.

"Ya, doktor. Haikal ni kuat sangat makan sampai kami ni tak tahu nak buat macam mana dah," balas bapa Haikal.

"Saya akan tanya beberapa soalan sebab saya nak selidik tentang corak pemakanan Haikal dulu. Kalau ada mana yang tak patut tu saya akan betulkan selepas ni. Boleh, kan?"

"Boleh, doktor." Laju mereka menjawab. Aira tersenyum tipis. Dah biasa sangat pesakit dan ahli keluarga pesakit memanggil aku dengan panggilan doktor walaupun pada hakikatnya pegawai dietetik ni bukan doktor tau, omel Aira dalam hati kecilnya.

"Haikal nak cepat balik rumah tak?" pancing Aira. Melihat rekod perubatan Haikal, dia dimasukkan ke hospital disebabkan oleh masalah asmanya. Keluarga ini rupa-rupanya menetap di Kuala Lumpur dan pulang ke kampung di Kelantan sempena cuti sekolah.

"Kita main nak tak?" Cuba Aira lagi apabila kanak-kanak itu seakan tidak mahu memberi respons.

"Main apa?" Barulah dia bersuara.

"Setiap kali Haikal jawab soalan, akak akan bagi sepuluh sen dekat Haikal," kata Aira bersama senyuman manisnya.

"Sepuluh sen aje?" soalnya kembali.

Tersenyum panjang Aira. Bijak budak ini. Kecil-kecil dah pandai menilai wang.

"Sepuluh sen tu walaupun kecil banyak nilainya. Lagipun, akak nak tanya banyak soalan ni. Nak tak Haikal? Kita tengok berapa yang Haikal dapat kumpul dari akak," pujuk Aira lagi sambil menggoyangkan bekas kecil yang dipenuhi dengan duit syiling sepuluh sen.

"Akak nak tanya soalan apa?" soalnya tidak sabar. Ipad mula diletakkan ke tepi.

"Berat Haikal sekarang ni berapa?" Sengaja Aira menyoal perkara itu walaupun ia sudah tertulis di rekod perubatan Haikal.

Laju dia menggeleng.

"Tak ingat la. Berapa, ibu?" ujar Haikal cuba meminta jawapan daripada ibunya.

"Hah. Tak aci la tanya ibu. Berat Haikal sekarang ni 70 kg. Jadi, untuk soalan pertama ni Haikal tak dapat sepuluh sen daripada akak sebab Haikal tak dapat jawab dengan betul," kata Aira.

Haikal mencebik. Tersenyum lebar ibu dan ayah Haikal melihat gelagat Aira melayan anak mereka.

"70 kilo? Bukan baru 60 lebih ke?" soalnya dengan penuh hairan.

Meletus tawa kecil Aira. Tahu pun dia.

"Itu berat dua bulan lepas. Sekarang ni dah 70, sayang. Boleh beritahu akak setiap hari apa yang Haikal selalu makan? Dari bangun tidur sehingga nak tidur semula. Ingat tak?" soal Aira lagi.

"Hmmm... Semua benda Haikal makan. Tapi Haikal paling suka ayam goreng. Kalau boleh hari-hari Haikal nak makan ayam goreng," cerita anak kecil itu dengan penuh kesungguhan.

Duit syiling sepuluh sen dihulurkan kepada Haikal tanda dia menjawab soalan itu dengan baik.

"Haikal ni memang berselera makan apa saja. Nasi pun sekali makan dekat tiga empat senduk. Dalam sehari ada la tiga empat kali dia makan nasi dekat rumah. Katanya lapar. Ayam goreng KFC tu lagilah. Bukan seketul tapi empat ketul baru dia kenyang. Itu belum kira lagi Pizza Hut yang regular tu dia balun dekat dia sorang aje," tambah ibu Haikal.

"Dan lagi satu doktor, dia suka sangat junk food. Keropok, coklat, snek, potato chips semua tu memang penuh stok dekat rumah," sampuk ayahnya juga.

Tersenyum mengangguk Aira ketika itu.

"Sebelum pergi sekolah Haikal sarapan dulu tak?"

"Tak sempat la, akak. Haikal bangun-bangun terus pergi sekolah," cerita Haikal. Aira tersenyum mengangguk. Sempat dia membelek tentang latar belakang ibu dan bapa Haikal sebentar tadi. Bapa dan ibunya adalah ahli perniagaan. Jadi, sudah pasti sibuk dengan urusan business mereka. Duga hati kecil Aira.

"Pergi sekolah bawa duit poket berapa ringgit?"

"Sepuluh ringgit, akak," jawabnya bukan main laju sekali.

Aira hanya tersenyum tenang. Dahsyat budak zaman sekarang, ya. Zaman aku dulu bawa tiga empat ringgit macam tu sahaja.

"Dekat sekolah apa aje yang selalu Haikal makan? Habis tak sepuluh ringgit tu?" siasat Aira lagi.

"Haikal suka makan nasi ayam. Kadang-kadang bihun sup. Lepas tu Haikal beli pula sosej, nuget atau keropok lekor. Burger pun Haikal suka makan juga. Air pula Haikal selalu beli sirap dengan teh ais," ceritanya lagi.

"Hah. Haikal suka minum air gas juga. Pepsi dengan Coca-Cola," sambung Haikal menambahkan maklumat yang diperlukan oleh Aira.

Aira mendengarnya penuh khusyuk. Mendengar semua itu sudah membuatkan dirinya diburu perasaan risau dan resah. Kasihan anak-anak kecil zaman sekarang. Corak pemakanan mereka sahaja sudah menunjukkan betapa berisikonya mereka untuk mendapat pelbagai jenis penyakit pada masa hadapan. Dalam hal ini, kita tidak boleh menuding jari seratus peratus kepada ibu bapa mereka sahaja, kerana ibu bapa sendiri kadang tu tidak tahu apa yang terbaik untuk anak-anak. Kenapa tidak tahu? Kerana kurangnya pendedahan berkaitan dengan pemakanan sihat ini. Bukan main panjang lebar Aira bermonolog dalam hati.

"Petang-petang Haikal ada bersenam tak? Main apa-apa permainan ke?" Soalan Aira dibalas dengan gelengan oleh Haikal.

"Mana ada main apa-apa. Asyik dengan iPad dan video games dia memanjang. Sambil main mulut tu pula tak berhenti mengunyah. Semua jajan dia bantai," sampuk ibu Haikal.

Sesi soal siasat berjalan dengan lancar sekali. Banyak maklumat yang diperoleh dari Haikal dan ibu bapanya. Apa yang boleh disimpulkan Haikal ini boleh dikatakan berada dalam keluarga yang cukup mewah. Ibu bapanya juga berada dalam golongan orang yang berpendapatan tinggi. Kebiasaannya mereka terlalu sibuk dan tidak sempat memantau perlakuan anak mereka. Kesibukan mereka membuatkan mereka lebih memilih untuk makan makanan segera. Tambahan lagi apa yang anak mahukan akan dituruti sahaja. Itukah namanya sayang?

"Encik dan puan tahu kan yang berat badan Haikal sekarang ni berada di tahap obesiti? Jadi, kalau boleh kita nak kawal bagi elakkan daripada dapat penyakit-penyakit lain pula. Obesiti ni sebenarnya ibu segala penyakit. Di Malaysia pula, peratusan kadar obesiti memang sangat tinggi. Ini yang patut kita bimbang," ujar Aira panjang lebar. Terdiam lama ibu bapa Haikal mendengar kata-kata Aira.

"Kalau ikut trend terkini, memang prevalens obesiti dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak ni akan terus meningkat dari tahun ke tahun. Kementerian Kesihatan sekarang ni pun tengah bertungkus-lumus nak tackle masalah ni. Jadi, saya harap kita boleh sama-sama buat perubahan. Yang penting sekarang ni kita nak pastikan berat Haikal takkan naik dah. Biar maintain. Kalau boleh turunkan berat lagi bagus."

Wajah ibu bapa Haikal mula bertukar gelisah. Aira mula dipagut rasa bersalah. Bukan niatnya untuk menakut-nakutkan mereka tetapi ini semua untuk kebaikan Haikal juga.

"Kami faham. Kami pun risau dengan keadaan Haikal yang semakin hari tak boleh nak kawal nafsu makan dia. Kadang tu, kalau tak bagi dia makan, dia akan ugut cakap tak nak pergi sekolah," jawab ayah Haikal.

Aira tersenyum tipis. Inilah masalah ibu bapa sekarang. Bukan ibu bapa yang mendidik anak-anak tetapi anak-anak pula yang mendidik ibu bapa supaya ikut cakap mereka. Sepatutnya ibu bapa perlu menjadi lebih tegas dalam menangani masalah ini, bebel Aira dalam hati.

"Okey, tadi puan ada cakap susah nak kawal nafsu makan Haikal. So, sekarang kita nak cari punca yang menyebabkan nafsu makan Haikal ni jadi tak terkawal. Puan dan encik pernah dengar tak tentang hormon leptin?" soal Aira.

"Tak silap saya tu hormon yang kawal rasa kenyang," jawab ibu Haikal.

"Ya, betul. Hormon leptin ni yang kawal rasa kenyang dan boleh jadi starvation hormone juga. Secara ringkasnya, sel-sel lemak dalam badan kita akan hasilkan hormon leptin ni dan kemudiannya bagi signal dekat brain yang kita dah enough fat stored. Maksudnya bila dah enough dia akan bagi signal suruh stop makan," cerita Aira.

"Tapi orang obese ni dia akan banyak fat cells. Bila banyak fat cells, levels of leptin juga akan jadi tinggi. Masalah akan mula timbul apabila signal leptin ni hilang fungsinya. Leptin tak dapat bagi signal dekat brain yang kita dah enough fat stored. So, brain thinks that the body is starving dan dia akan bagi signal to eat more. Rasa kenyang tu tak ada, yang dia tahu nak makan, nak makan dan nak makan. Of course la lepas tu akan gain weight," sambung Aira lagi.

Sebenarnya Aira boleh sahaja terus memberi nasihat atau guidelines untuk pesakit obese seperti kena makan pada waktu yang tetap, guna saiz pinggan yang kecil, tak boleh tinggal sarapan, makan makanan yang berkhasiat, elak makanan segera dan sebagainya lagi. Senang sahaja sebenarnya nak cakap pasal tu tetapi Aira lebih memilih untuk kembali ke basic science.

Ibu bapa Haikal perlu tahu bagaimana cara tubuh badan kita bekerja sebenarnya dan tak guna kalau kita bagi nasihat panjang lebar tapi kita tak touch pun on the root cause of the problem. Obesiti tu adalah kesannya tetapi apa sebenarnya punca terjadinya obesiti tu sendiri?

"Ohhh... Bahaya tu. So, apa yang menyebabkan leptin tu boleh jadi resistance, doktor?" Habis berkerut dahi ibu dan bapa Haikal. Ia merupakan satu ilmu baru yang dipelajari mereka hari itu.

"Faktor yang kebiasaannya adalah disebabkan oleh body inflammation dan juga gaya pemakanan yang tidak sihat. Sebagai dietitian, fokus utama saya lebih kepada pemakanan ya. Inflammation atau dalam bahasa Melayu kita panggil sebagai keradangan ni merujuk kepada luka dan kerosakan sel-sel tubuh badan kita. Kenapa badan kita boleh dapat luka dalaman ni adalah berpunca daripada pengambilan makanan yang tinggi gula secara tidak terkawal, makanan tinggi lemak jahat seperti makanan bergoreng, makanan yang diproses, makanan segera dan sebagainya. Jadi, nak kurangkan keradangan kena la kurangkan pengambilan makanan-makanan yang tidak sihat ni."

"Puan dan encik memang kena watch carefully on high sugar food dan juga makanan-makanan yang mengandungi food additives ni. Gula ni memang sangat bahaya tau. Makanan yang tinggi gula dan food additives ni akan buat kita addicted and craving. Makan sikit nak lagi. Rasa tak puas dan ketagih. Bahaya tu sebab slowly akan jadi bad habit dan susah nak stop. Lebih parah lagi kalau jadi insulin resistance pula nanti."

"Faham, doktor. Terima kasih Doktor Aira. Baru la kami faham dan ada klu sikit sekarang. Tapi, boleh tak doktor suggest dekat kami makanan yang sesuai untuk Haikal?" ujar bapa Haikal. Mereka sangat menghargai penjelasan jelas Aira waktu itu. Jarang nak jumpa orang yang akan betul-betul cerita dengan begitu mendalam sebegitu.

Aira tersenyum memahami. Bagus betul soalan kedua-dua ibu bapa Haikal ni. Sepanjang Aira bergelar dietitian, dia selalu perasan yang dietitian ni sering kali bagi nasihat jangan makan itu dan jangan makan ini. Asyik jangan-jangan sehinggakan pesakit pun keliru. Habis tu nak makan apa kalau semua benda jangan??? Cuba straight to the point cakap apa yang saya boleh makan daripada beritahu apa yang saya tak boleh makan. Kan senang!

"Untuk breakfast, Haikal boleh makan telur sama ada telur rebus, buat omelette letak sikit sayur dalam tu, atau pun buat sandwic telur. Kenapa saya suruh makan telur sebab telur ni akan provide complete protein untuk Haikal. Protein at the same time akan buat dia kenyang juga. Then, ajar Haikal untuk sukakan sayur dan yang penting sekarang adalah untuk reset dia punya taste buds. Sebab taste buds dia dah tak kenal rasa natural food. Sama la macam kita pun. Dah macam-macam yang kita sumbat masuk dalam badan kita," nasihat Aira panjang lebar. Terangguk-angguk ibu dan bapa Haikal.

"Cara yang paling mudah untuk reset taste buds ni adalah dengan buat vegetables blend every morning. Blend sayur tomato, celery, cucumber dan carrot sekali gus. Ni resipi mudah yang saya selalu nasihat la. Kalau nak sedap sikit puan boleh tambah buah macam berries, epal ke sebab kadang tu budak tak suka rasa sayur ni. Puan dan encik kena cuba untuk diri sendiri dulu sebab saya jamin dalam masa seminggu both of you dah tak ada rasa craving benda pelik-pelik especially sweet foods and carbohydrates."

"Really? Wah... Kita kena try ni, abang. Saya rasa dah sampai masa kita ubah cara makan kita. Luckily we meet you today," ujar ibu Haikal bersungguh-sungguh.

"Alhamdulillah. Puan dan encik kena show a good example to Haikal as prevention is better than cure. Saya boleh bagi nasihat tapi effort bergantung pada patient tu sendiri. Oh ya, please stop eating processed food dan juga jajan. Saya juga tak sarankan untuk ambil bijirin pagi sebab tinggi kandungan gula. Kalau untuk makan tengah hari dan malam, pastikan lengkap ada nasi sikit, sayur banyak, lauk sikit dan pastikan guna pinggan yang kecil aje. Kalau untuk snacking, puan boleh biasakan Haikal dengan mixed nuts or fruits macam almonds, cashew nuts, avocado, dates, raisins, kiwi, berries dan sebagainya."

"Baik, doktor. Haikal dengar tak apa doktor pesan?" kata ibunya kepada Haikal yang kembali sibuk dengan iPad di tangannya.

"Luangkan banyak masa dengan Haikal. Bawa dia ke taman waktu petang ataupun ajak dia main dekat halaman rumah. Sekurang-kurangnya bersenam dalam masa 30 minit sehari. Hadkan masa untuk Haikal menonton televisyen, bermain video games dan juga main iPad," nasihat Aira penuh adab.

"Insya-Allah. Kami akan ikut nasihat doktor. Mungkin dah sampai masa kami buat perubahan untuk kebaikan keluarga. Mungkin salah kami juga sebab tak pernah tegur dia selama ni. Apa yang dia nak semua kami ikutkan." Kata-kata yang dituturkan oleh ibu dan bapa Haikal membuat Aira tersenyum bahagia. Semoga mereka terus istiqamah melakukan perubahan ini.

"Haikal, cuba kira berapa yang Haikal dapat kumpul daripada akak," kata Aira sebelum meminta diri dari situ.

"Satu ringgit aje, akak," jawabnya bersahaja. Kedengaran seperti tidak puas hati dengan jumlah wang yang sedikit itu.

"Selepas ni tugas Haikal untuk beranakkan duit seringgit ni. Belajar menabung dari kecil untuk kepentingan masa depan. Nak jadi besar dan banyak kena bermula dari kecil dulu. Haikal kena ingat pesan akak ni. Duit kalau makin besar dan banyak tu kira bagus tau. Tapi, berat badan kalau dibiar berkembang dan besar lama-kelamaan akan bagi keburukan pada kita. Cuba bayangkan, Haikal ada duit yang banyak tapi Haikal sakit. Tak seronok la kan kalau macam tu? So, mulai hari ni Haikal kena jaga berat badan Haikal dan ikut cakap ibu ayah. Boleh?"

Lama Haikal termenung sebelum akhirnya dia mengangguk kepala. Jelas riak kelegaan di wajah Aira, ibu dan bapa Haikal.

"Baik akak cantik," jawabnya bukan main ceria. Makin mekar senyuman di bibir Aira. Ilmu terus diberikan, cuma tinggal mereka yang perlu melaksanakannya. Selesai satu kes yang dirujuk kepadanya. Kalau ikutkan Aira banyak lagi perkara yang ingin disentuhnya kerana obesiti tak semudah yang disangka. Tapi, kalau cakap banyak-banyak sangat pun orang tak boleh fokus juga. Biarlah langkah demi langkah. Alhamdulillah. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro