Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 10

DERINGAN telefon mengejutkan Aira yang ketika itu sedang ralit menonton drama Korea di kaca televisyen. Terus dia menjawab panggilan itu tanpa melihat nama pemanggil.

"Assalamualaikum, anak ibu," sapa suara dalam talian.

Aira terus mengangkat wajahnya. Gaya duduknya turut diperbetul. Skrin telefon sempat dilihat bagi memastikan nama si pemanggil.

"Errr... Waalaikumussalam, ibu," jawab Aira tergagap-gagap.

"Amboi! Sibuk sangat ke anak ibu ni? Aira dah lupa dekat ibu ke?"

Hah sudah. Aira meraup seketika wajahnya. Drama popular Korea iaitu Goblin langsung tidak menarik minatnya ketika itu.

"Ibu yang sibuk. Setiap kali Aira call tak pernah ibu jawab. Tengah meeting la, ada conference la, dekat operation theater la..." komen Aira panjang lebar. Ibunya pula yang terkena.

Terdengar keluhan berat terbit dari bibir ibunya. Desah nafas ibunya juga turut kedengaran dari corong telefon.

"I'm sorry, sayang. Ya, lately ni I'm quite busy. Aira pun selalu call ibu tak kena waktu," balas Doktor Saleha merangkap ibu kepada Aira.

Aira mencebik bibirnya. Quite busy? Setiap masa ibu selalu busy. Ibu jarang ada masa dengan Aira, komen Aira dalam hati. Itulah nasib anak kepada pasangan doktor ini.

"So, how's my daughter? Are you okay dengan persekitaran baru?" Segera Doktor Saleha mengubah topik perbualan mereka. Dia tidak mahu mereka terus berbalah mengenai perkara itu.

"Hmmm... Boleh la. Orang kat sini peramah jadi Aira tak rasa kekok sangat. But, Aira rindu Sarawak," ujar Aira bersahaja.

"Rindu Sarawak aje ke? Ibu ni?" duga Doktor Saleha.

Kedengaran ketawa kecil dari bibir Aira.

"Of course I miss you like crazy. Mom, can you just come here and hug me?" rengek Aira bagaikan anak kecil.

Doktor Saleha sudah mula tersenyum lebar di sebalik corong telefon. Aira adalah satu-satunya anak perempuan yang dia ada. Jadi, degil dan manja anaknya itu memang lain daripada yang lain.

"Minggu lepas Aira jumpa ayah. Dia ada bagi tahu ibu apa-apa tak?" sambung Aira.

"Ada. Dia cakap yang sayang kirim peluk cium dari jauh untuk ibu. Habis ayah gomol muka ibu," gurau Doktor Saleha bersama tawa kecilnya.

Aira ikut ketawa bersama. Perbualan bersama dengan ayahnya pada minggu lepas kembali terimbau di ingatan Aira.

"Miss you my baby girl," ucap Profesor Danial Tarmizi sebaik Aira tunduk mengucup kura tangannya.

"I miss you more, my favourite man," balas Aira bersama pelukan erat kali ini.

Pecah tawa besar Profesor Danial Tarmizi.

"Cemburu kalau your mom dengaq ni," kata ayahnya.

"Asyik ibu aje nak bermanja dengan ayah. Giliran Aira pula kali ni," ujar Aira bersama bibir muncungnya.

"Hari-hari baby nak bermanja pun boleh. Sayang, bila nak masuk kerja dengan ayah? I need you, miss dietitian," ujar Profesor Danial Tarmizi.

Aira sudah tersengih panjang. Ayah buat dah. Mula la dia nak cadang macam-macam.

"Alaaa... Aira baru nak mula selesa dekat sini. Nanti-nanti la kerja dengan ayah. Lagipun, kat sini kan ada along yang tolong jagakan Aira," jawab Aira menghilangkan kebimbangan ayahnya itu.

"Yalah, tapi lagi baguih kalau ayah sendiri yang tengokkan Aira," tegas pakar bedah itu.

Aira sengaja memuncungkan bibirnya sedepa ke hadapan. Aduhhh... Susah aih jadi anak perempuan kesayangan ni. Apa saja yang dilakukan Aira pasti akan mendapat perhatian ibu dan ayahnya. Kadangkala tu rasa seperti dikongkong pun ada juga.

"Ala, ayah ni. Biaq la Aira dekat sini temankan along. Ada la juga kawan along nak cari gaduh," sampuk Khairil yang baru saja tiba ketika itu. Aira mengurut lega dadanya. Mujurlah ada abang yang sangat memahami kehendaknya.

"Along tu tak lama lagi dah nak jadi suami orang. Kesian baby girl ayah tinggai sorang-sorang nanti," rungut ayah dua beradik itu.

Aira tersenyum geli hati. Doktor Khairil turut terhibur melihat perangai ayah mereka itu.

"Lambat lagi la ayah. Sementara tu biaq la along luangkan masa dengan baby girl kesayangan ayah ni," jawab Doktor Khairil. Bahu Aira terus dipeluknya manja.

"Ayah, Aira janji akan jadi anak yang baik dan tak akan buat perkara yang memalukan ibu dan ayah. I'm a big girl now." Bersungguh-sungguh Aira meyakinkan ayahnya ketika itu.

Barulah terbit senyuman lebar di bibir tua itu.

"Are you sure, baby?"

"Yes. Hundred percent sure," jawab Aira. Siap mengangkat ikrar di hadapan ayahnya lagi.

"Okey. I trust you. Kalau ada apa-apa masalah dekat tempat kerja, Aira bagi tau ayah. Jangan dok pendam sorang-sorang, nanti stres. Mau sini tak best, kita pindah dok dengan ayah," pesan Profesor Danial Tarmizi.

Aira hanya mengangguk lemah. Terkekeh Doktor Khairil ketawakan adiknya itu. Dalam pesanan, turut terselit kata-kata berbaur arahan.

"Lupa pula, ibu kirim salam dengan ucapan assalamualaikum dekat along dan Aira. Mula tu ibu cakap nak temankan ayah, tapi tiba-tiba dia ada hal dekat hospital."

"Waalaikumussalam..." Serentak Aira dan Doktor Khairil menjawab.

"Nanti, ayah tolong kirim peluk cium Aira untuk ibu. Ayah kena peluk ibu kejap-kejap dan gomol muka dia macam Aira selalu buat tu," pesan Aira.

"Bukan setakat gomol, lebih daripada tu pun ayah boleh buat," gurau Profesor Danial Tarmizi bersama tawa kecilnya. Makin galak Aira dan abangnya ketawa. Pandai pula ayah mereka bergurau manja.

"Sayang, are you still there?" Sapaan kali kedua daripada Doktor Saleha berjaya menyedarkan Aira daripada lamunan panjangnya.

"Sorry, mom. Ya, I'm here. Maybe hujung bulan nanti Aira balik Kedah sebab nak ambil kereta Aira. Baru syok nak jalan-jalan dekat sini," beritahu Aira akan hasratnya itu.

"Boleh la sayang jumpa dengan ibu nanti."

"Of course. So, Aira nak ibu ambil cuti untuk hari tu. Aira rindu nak rasa masakan ibu and I want to spend more time with you," pinta Aira dengan rengekan manjanya.

"Anything for you, sayang. Along ada tak dengan Aira sekarang ni?" soal Doktor Saleha.

"Along tiba-tiba on call la, ibu. Tinggal Aira sorang-sorang. So pity," rungut Aira.

"Alahai, kesiannya anak ibu. Baru ibu ingat, hari tu Uncle Man ada datang rumah. Dia sibuk nak kenalkan anak lelaki dia dengan Aira. Sayang nak tak?" ujar Doktor Saleha secara tiba-tiba.

"Apa? Tak nak la, ibu. Aira selesa dengan keadaan sekarang. I'm single and free. Haha."

"Sampai bila nak single sayang, oi? Umur tu makin meningkat. Ibu dulu kahwin muda tau. Baya Aira la," cerita Doktor Saleha.

"Aira nak ciri-ciri yang macam mana? Ibu ada kenal banyak medical doctor yang masih bujang. Anak-anak murid ibu. Depa tu sibuk sangat sampai tak sempat cari isteri," sambung ibunya.

Terkekeh Aira ketawa mendengar cadangan ibunya itu. Ibu nak jodohkan aku dengan doktor? Excuse me! Mintak simpang la.

"Ibu, Aira tak nak kahwin dengan doktor. No way!" Bersungguh-sungguh Aira berkata mengenai prinsipnya. Sebolehnya dia tak nak menjadi isteri seorang doktor kerana dia cukup memahami betapa besarnya tugas seorang doktor. Aku tak nak anak aku nanti menerima nasib yang sama seperti aku. Kurang kasih sayang, perhatian dan masa bersama keluarga. Aku impikan keluarga kecil yang sederhana tetapi cukup dengan kasih sayang.

"Amboi! Anti sangat aih dengan doktor. Ibu takut yang tak nak tu la akan jadi suami Aira nanti," kata Doktor Saleha.

"Ibu jangan la doa macam tu. Kata-kata seorang ibu tu makbul tau," rengek Aira. Meledak tawa besar ibunya. Suka benar dia menyakat Aira yang begitu tegas dengan prinsip tak nak bersuamikan seorang doktor. Ibu sentiasa mendoakan jodoh yang terbaik untuk anak ibu. Semoga Allah makbulkan doa ibu. Amin. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro