Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

1 | AWADAH

Rules? Ew, no.

AWADAH menarik nafas panjang, cuba menahan rasa rimas yang semakin menyesakkan dada. Tudung labuh yang terletak kemas di bahunya terasa seperti beban yang menghimpit. Tanpa berfikir panjang, dia menyelak sedikit tudung itu ke bahu untuk memberi ruang udara.

Namun, tindakannya segera ditegur. Zafira, menurunkan semula tudung Awadah dengan tangan pantas. "Awadah, jangan main angkat-angkat tudung macam ni. Tudung kena ikut peraturan. Kalau ada kakak-kakak nampak, enti boleh kena amaran," katanya dengan nada lembut tapi tegas.

Awadah mengetap bibir, cuba mengawal perasaan. "Tapi ... panaslah," rungutnya perlahan, cukup untuk Zafira mendengar.

"Kita semua rasa panas, Awadah. Tapi inilah disiplin. Peraturan itu melatih kita," balas Zafira sambil tersenyum nipis, seolah-olah cuba memujuk.

Awadah hanya mendiamkan diri, namun dalam hatinya bergolak. Melatih? Atau mengongkong? soalnya pada diri sendiri. Dia tidak suka perasaan dikawal oleh sesuatu yang terasa begitu remeh baginya. Hati kecilnya berontak, tetapi dia tahu tidak ada ruang untuk meluahkan rasa itu.

Sejak kecil, Awadah sudah terbiasa dikekang dengan pelbagai aturan. Sekarang, di sekolah yang penuh dengan peraturan ketat, dia merasa seperti terperangkap sekali lagi. Langkahnya semakin berat ketika mengikut Zafira ke kelas, tetapi di wajahnya tidak tergambar apa-apa. Hanya dalam hati, gelombang kecil mula terbentuk, menunggu masa untuk meledak.

• • •

Awadah mengeluh dalam hati, namun tidak menunjukkan apa-apa reaksi pada wajahnya. Dia terus menongkat dagu, cuba mencari sedikit ketenangan di tengah-tengah peraturan yang seakan menjerut.

"Awadah." Suara berbisik ketua kelasnya, Syahidah, memecah kesunyian. Syahidah memandangnya dengan raut wajah serius dan kekok. "Tolong turunkan tangan enti. Menongkat dagu itu tidak beradab. Guru yang mengajar nanti boleh rasa kecil hati. Tak elok tunjukkan sikap begitu," katanya dengan nada penuh lembut dan tegas.

Awadah memandang Syahidah dengan ekor matanya. Perlahan-lahan dia menurunkan tangan dari dagunya, walaupun hatinya penuh rasa jengkel. 'Sikit-sikit tak boleh. Semua benda ada peraturan. Apa salahnya aku nak rehat kepala sekejap?' rungutnya dalam hati.

Syahidah kembali ke tempatnya, kelihatan lega kerana 'menyelamatkan' suasana kelas. Namun, Awadah hanya bertambah geram. Peraturan di sekolah ini seperti tidak pernah berhenti menghalangnya menjadi dirinya sendiri. Dia menghela nafas berat sambil menunduk, cuba menahan diri daripada mengeluarkan kata-kata yang mungkin akan mencetuskan masalah.

Di sekelilingnya, pelajar lain fokus pada kerja masing-masing. Tiada siapa yang menyedari perasaan sesak yang melanda Awadah. Sekali lagi, dia terasa seperti terasing dalam dunia yang cuba memaksanya menjadi sesuatu yang bukan dirinya.

Awadah menundukkan kepala, meletakkan dahinya ke meja, cuba mencari sedikit ruang untuk melepaskan keletihan yang menyesak jiwa. Namun, suara berbisik Syahidah kembali memecahkan ketenangannya.

"Awadah, jangan letakkan kepala di meja," tegur Syahidah dengan suara yang perlahan. "Tak beradab. Guru boleh anggap enti tidak hormat."

Awadah mendongak dengan pandangan yang jelas tidak berpuas hati. Dia mengetap bibir, menahan rasa geram yang semakin membara.

"Semua benda tak boleh," gumamnya dengan nada rendah, namun cukup jelas untuk Syahidah mendengarnya.

Syahidah mengerutkan dahi. "Awadah, kita ada peraturan di sekolah ini. Kalau awak tak ikut, susah untuk kita kekalkan adab dan keharmonian," balasnya dengan berbisik lagi.

Awadah berdecit kecil sambil menyandarkan badan ke kerusi. "Apa pun tak boleh di sini," bisiknya dengan nada sinis, cukup perlahan untuk tidak memanjangkan isu. Namun, di dalam hatinya, dia bergolak.

Kawan-kawan lain mula memandang ke arahnya, namun tiada siapa yang berani bersuara. Syahidah hanya menggeleng perlahan sebelum beralih perhatian ke pelajar lain.

Awadah menahan diri daripada meletup. Sekolah ni macam penjara. Dia melipat tangan ke dada, pandangannya tertumpu ke luar tingkap, berharap dia berada di tempat lain yang lebih bebas, lebih 'hidup'.

Tetapi di sekolah lain, dia tidak selamat. Hanya sekolah ini yang berperaturan yang mampu mengawal tingkahlaku pelajar

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro