selamat ulang tahun
"selamat ulang tahun , apakah semua masih sama dalam kemeriahan?"
ulang tahun kalini ini
sedikit berbeza dari tahun sebelum ini
sorak kemeriahan tampak sunyi dalam kini
hanya diselimuti ilusi
buat diri yang begitu kokoh berdiri
masih merasakan jatuh dan ingin mati
aku mula menerima diri sendiri
kembali terbiasa sendiri
selepas hanyut dalam konsekuensi
selepas terima segala komunikasi
aku mula mengasihani diri
karna saling melengkapi tidak mungkin berakhir pelangi
"selamat ulang tahun , apakah kau telah dilukai lagi?"
duhai hati
yang sering memberi
tanpa mengharapkan kembali
yang sepi lagi tidak terobati
aku menulis ini dengan penuh berat hati
seperti ada yang masih berbaki di sudut hati yang telah dilukai
apa lagi jika bukan ekspektasi
duhai hati
yang telah sebati dengan emosi
semoga tidak lupa diri sekali lagi
semoga kekal kuat di akhir hari
"selamat ulang tahun, apakah kau masih bersama harapan yang sama?"
tiada harapan
cuma peringatan
untuk segala yang digenggam erat adalah hanya pinjaman Tuhan
dan segala yang diterbangkan harus direlakan
barangkali
perjalanan hidup harus diteruskan
selagi masih ada kesempatan
selagi masih ada kesampaian
aku bakal hidup dalam kedamaian
walaupun masih dikutip sisa berantakan
aku akan terus bertahan
walhal sudah tidak punya harapan
aku akan terus berjalan
sehingga perang ini usai dipenghujung jalan
mungkin aku dijemput ilahi pada masa hadapan
karna pada akhirnya,
bukan sambutan yang kini aku harapkan
hanya mahu kedamaian dalam kesesakan kehidupan
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro