sebati yang tidak pasti
“untuk sebahagian yang telah sebati namun sudah lelah menjadi satu pasti”
semesta seakan telah menampar aku berkali - kali
mengatakan aku tidak sepatutnya menghadirkan diri
di antara mereka yang tengah rapi
ya, silap aku berharapan tinggi
sebelum aku pilih untuk melangkah pergi,
berulang kali aku kembali
berharap agar ada peduli
walaupun ‘kami’ sudah tiada arti
anggap sahaja aku kekal berdiri
berulang kali aku kembali
berharap agar bersemadi di naluri
walaupun ‘aku’ yang kau akhiri
anggap sahaja aku sudah mati
jika aku terus merenguh resah menginginkan apa yang sudah tidak mampu kembali lagi
nanti mereka kata aku perlu berhenti
namun ‘kita’ yang kau pernah sebut sebati
tetapi di akhir kali , mengapa kau pilih untuk melangkah pergi dan aku dibiar begini ?
andai aku tahu sepenuhnya tentang soal isi hati
‘kau’ yang selamanya dipanggil sebahagian yang telah sebati
sudah lelah untuk menjadi sebuah pasti
sayang, jasamu akan aku selalu hargai
tidak mengapa , aku sudah tidak perlukan simpati
dan aku tidak lagi menanti
ataupun memasuki semua ke hati
karna aku tidak ingin menimbulkan rasa ekspektasi
sehingga bertukar menjadi sketsa spekulasi
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro