satu dalam ribuan
adakalanya aku termenung
sehingga hilang kewarasannya
dalam lara aku terduduk menanti
bahkan sehingga bahuku kau usap sambil bersuara "seharusnya jangan menanti apa yang tidak pasti"
di antara ribuan yang hadir
di mana aku sering berpaling arah
di mana aku sering mencari rumah
dalam dilema, ternyata selama ini kau adalah rumah
bu, ya aku menyeru kamu
yang sentiasa tahu tentang isi hatiku
yang sering ditusuk pilu dengan egoku
namun masih sahaja mendekap haru
perlakuanku tapak kekadang terlalai
sehingga atmamu itu aku kian terabai
buat seisi dunia yang senantiasa keji
kewujudanmu selamanya amat berarti
bu, mereka tidak peduli tentang aku melainkan kamu
kerana tiada yang peduli buat 'aku' yang sedang layu
bu, aku ingin menjadi kuat sepertimu
agar dapat menepuh setiap tiupan bayu
biarpun dalam semu
dalam pangkuanmu
akan selalu aku tuju
ribuan terima kasih untuk ibuku
kerana sentiasa ada untukku
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro