pembelot duniawi
"kebiadapan yang dirasai selepas penghianatan datang membawa jawapan buat semua janji mati"
api amarahku semakin membarak
diseret masuk ke dalam otak yang berselerak
di simpan bagai nak rak
ingin memberontak sehingga muak dan ditolak
penghianatan yang telahku rasai takkan pernah mati
walaupun kebal luka bakar
tusuk atau janji sudahku genggam mati
walau diledakkan diancam untuk diobati
penghianatan datang membawa jawapan dari semua caci maki
yang bakal kau sesali
berulang-alik memijak jalan sama
berulang-ulang memikir apakah layak dia dimaafkan olehNya
batal dan buta melihat nilai yang tidak pasti
kesal nya hari ini atau nanti
setitis nila merosak meninggalkan tompok
satu dosa tiada kesan karna ia sudah pun berkelompok
kepuasan dari kepura-puraan
punca atas semua penderitaan
aku kebal berdiam di danau baran
berantakan semua , suara berteriakkan
dahulukan niat yang kau pernah katakan
yakin kemenangan menyusuri kau, bukan?
manusia antara pembelot duniawi
memakai pelbagai topeng sama sekali
sehingga aku sendiri tidak mengetahui
mana satu antara yang asli
ㅡ kim byunee & nolan
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro