Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

masa & rasa

ketetapan ada waktunya masing masing


diskusi monolog antara aku dan mereka
bahawa “setiap orang ada masanya
dan setiap masa ada orangnya

bagaimana pula dengan ketinggalan rasa dalam masa ?

aku melewati titik terhancurku sendirian

kerana tidak akan ada yang mampu fahami tentang soal perasaan
kecuali buat mereka yang fahami tentang apa yang aku rasakan

ketetapan ada waktu masing - masing
seperti senja yang mula berpaling
buat kita yang telah pun usai asing

tanpa uluran tangan
mahupun rangkulan
tiada langsung dekapan
hanya tinggalan kebingungan
dan kehilangan tempat kepercayaan

bersemadi dalam kekecewaan
buat semua kemanisan yang tersimpan dalam kenangan
tiada maaf, aku telahpun sampai ke persimpangan pengajaran
yang mengajar aku untuk kekal bertahan sendirian

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro