fasa kecundang
"kepada jumantara aku tatap sepenuhnya sewaktu diri dikuasai dengan rasa sebal"
dari hati ke hati.
sebuah rangkaian kata jauh yang kelam
setelah yujana yang telah kau selam
aku izinkan kau terus memahami
tentang soal hati yang ingin didengari
untuk diri yang sentiasa ingin difahami
kegeruhan antara aku dan masa lalu adalah luar dari imaginasiku, jauh dari ekspektasimu
langkah demi langkah aku teruskan
biarpun tiada hala untuk aku tuju
demi menuju ke persimpangan
aku ingin keprihatinanmu
tiada tandingan jika ingin dibanding dengan masa lalu
semoga kau berangkat segera jika diri ini bukan lagi menjadi destinasi utamamu
kerana bagiku diri ini hanya sekadar tempat persimpangan yang ditetapkan, sedangkan dirimu adalah sebuah kepastian untuk aku memperjuangkan
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro