Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 2

Tamat sahaja perhimpunan pagi murid-murid diminta untuk masuk ke kelas mereka masing-masing untuk memulakan sesi pembelajaran.

Pelajar tingkatan enam berada dibangunan lain manakala pelajar tingkatan satu hingga lima berada di bangunan yang bertentangan dengan mereka. Zayyad yang dari tadi hanya duduk diam memerhatikan seseorang dari jauh. Perhatiannya tidaklah seratus peratus fokus terhadap apa yang diucapkan oleh para guru kerana ada yang lebih menarik baginya.

Perasaannya berubah enak apabila melihat gerangan tersebut dengan gembira menuju ke kelas bersama rakan-rakannya yang lain.

"Abang Zay," panggil seseorang takut-takut. Dia menjongket kening melihat ada seorang pelajar perempuan berdiri dihadapannya. Agaknya mungkin usia dalam lingkungan empat belas atau tiga belas tahun. Baru nak matang mungkin.

Tidak menyahut tetapi dengan pandangan tersebut cukup membuatkan dia meremang. Digagahkan diri untuk mengukir senyuman walaupun terasa kekok.

"Kita nak bagi makanan untuk abang Zay." Dia menyua bekal makanan itu ke arah Zayyad.

"Macam mana kau boleh ada dekat sini? Tak pergi kelas kau ker tadi?" Soalnya dengan dingin. Dapat didengar hembusan nafas kasar yang keluar dari hidungnya.

Pelajar perempuan itu menggigit bibir menahan rasa malu. Didalam kepala tengah merangka ayat yang sesuai untuk dikeluarkan untuk membela diri.

"Aku tak nak ambil makanan dari kau sebab nanti akan ada yang cemburu. Dan aku tak nak dia rasa perasaan itu. Jadi oleh sebab itu, Irfan!" Jerit Zayyad sedikit kuat memanggil Irfan yang berada di mejanya menyusun alat tulis dengan rapi .

Irfan melangkah ke arah mereka dengan wajah bingung. "Kenapa?"

"Ni untuk kau. Budak ni bagi dekat kau," ucap Zayyad lalu mengayun langkah ke mejanya kembali. Kepala terus diletakkan di atas meja menunggu kedatangan guru subjek sejarah.

Terbungkam pelajar perempuan itu manakala lain pula reaksi Irfan Anaqi.

Dengan senang hati dia menerima huluran bekal makanan itu dari pelajar perempuan tersebut.

"Terima kasih. Susah-susah saja adik ni. Semoga dimurahkan rezeki ya dek." Pelajar itu mengulum senyuman tipis. Lantaklah. Kalau tak dapat abang senior beku dapat kawan dia yang soft spoken itu tak mengapalah.

"Tapi adik, lain kali jangan susahkan diri untuk tunjukkan effort itu dekat orang yang layan kita acuh tak acuh. Takut nanti dia tak hargai effort yang kita bagi sebab perasaan dia sudahpun dimiliki oleh orang lain." Pantas Irfan berjalan meninggalkan pelajar tersebut berdiri kaku. Umur masih muda, waktu masih panjang mengapa perlu bazir masa dengan perkara yang belum tentu akan menjadi milik kita. Daripada mengejar cinta lebih baik mengejar ilmu dan cita-cita kerana itu lebih bermanfaat. Santai saja rakan-rakan, tidak usah risau tentang cinta dan perasaan kerana bila sudah tiba saatnya pasti dia akan munculkan diri juga nanti.

***

Kelas berjalan dengan lancar tetapi tidak bagi seseorang ini. Matanya dari tadi mengerling jam dinding yang berada didalam kelas mereka. Bebola matanya seolah-olah melekat disitu. Bibirnya pula menghitung waktu untuk tibanya masa rehat.

Perut yang berkeroncong membuatkan dia tidak dapat memberikan perhatian yang sepenuhnya. Ditambah pula subjek killer yang tengah berjalan sekarang ini. Lagilah dia rasa tidak bersemangat dan mengantuk.

"Aduh! Kenapalah perlu wujud math tambahan dalam dunia ni? Tak cukup lagi ke math biasa?" Gerutunya perlahan. Dagunya ditongkat oleh tangan manakala tangan yang sebelah lagi bermain-main dengan kalkulator miliknya. Tekan-menekan simbol dan nombor tersebut tanpa henti mahu menunjukkan dialah yang terpaling sibuk mengira matematik.

"Haish! Meluat haih aku. Duk error pasaipa tak tau kira daripada tadi lagi tak dapat jawapan!" Rungut rakan sekelasnya, Naina. Layla tergelak kecil melihat penampilan sahabatnya ini. Nampaklah tengah stress tu sebab tak dapat jawapan.

Dengan perlahan dia mendekati Naina yang masih berjiwa panas terhadap matematik tambahan. 



SAMBUNGAN BOLEH DAPATKAN DI DALAM EBOOK 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro