Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

♥8♥

Soft reminders 🎀

✥. Mengandungi aksi keganasan dan bahasa kasar

❖. Jangan jadikan ianya sebagai teladan

✥ . Jangan tiru aksi-aksi ini di rumah

❖. Jalan secara adalah fiktif belaka, tiada kaitan antara dengan yang hidup atau telah meninggal

✥. Komen dan undian anda amatlah saya hargai. Abaikan kesalahan tatabahasa dan typing error


──────⊱◈◈◈⊰──────

[Haraf's]

Pin! Pin!

Bunyi hon dari halaman rumah menghentikan aktivitiku yang sedang memetik cili. Kereta tu, macam pernah nampak. Tapi, dekat mana ya?

"Abah! Ummi! Abang Long balik ni!" besen plastik berisi cili padi itu aku letakkan di atas pangkin. Tubuh tegap Abang Long aku peluk erat.

"Ya Allah, baby Abang Long ni dah besar panjang. Cantik pula tu. Bila sampai? Tak cakap pun dengan Abang Long"

"Tak sampai seminggu pun. Kak Fira mana? Rindu dekat akak cantik tu"

"Ah, Kak Fira. Nasib baik Haraf ingatkan. Dia tertidur dalam kereta. Biasalah, bila dah sarat ni asyik nak tidur je kerjanya. Haraf kejutkan Kak Fira, boleh? Abang nak bawa beg kami ke atas" aku hanya mengangguk. Pintu di bahagian sisi kiri pemandu aku buka berhati-hati.

Wajah Kak Fira aku pandang sekilas. Tak sia-sia Abang Long kahwin dengan senior aku yang satu ni. Cantiknya tak pernah berubah dari zaman sekolah.

"Kak! Oh, akak! Bangunlah, akak. Akak dah sampai kampung ni" matanya digosok berkali-kali sebelum dibuka.

"Ya Allah, Haraf. Abang Long mana? Sampai hati tak kejutkan akak. Nak kena tumbuk betullah dia ni" aku memimpin tangan Kak Fira keluar dari kereta.

"Sayang dah bangun?" soal Abang Long sambil mengeluarkan sebuah lagi beg pakaian dari tempat duduk penumpang belakang. Jelingan maut dihadiahkan oleh Kak Fira.

Cepat-cepat aku larikan diri. Takut-takut tercetusnya perang dunia ketiga. Kak Fira pun boleh tahan ganas orangnya.

🍥🍥🍥

"Ummi, ni karipap yang Ummi pesan" Yoongi meletakkan plastik berisi karipap ke atas meja. Kak Fira yang sedang berdiri di sebelahku tersenyum sumbing.

"Kenapa senyum seorang-seorang ni? Ada benda nak cakaplah tu" kataku sambil membancuh teh panas.

"Haraf tak rasa apa-apa ke bila tengok Yoongi?" aku memandang wajah Kak Fira. Jelas terpancar kegirangan menunggu jawapan dariku. Namun, hanya gelengan yang aku mampu berikan. Satu tamparan hinggap ke bahuku.

"Ish, Haraf ni. Kacak bergaya macam tu pun kamu tak rasa apa-apa ke? Akak yang dah tua ni pun rasa kagum dengan rupa dia. Kacak tapi comel"

"Macam abang kan?" sahut Abang Long dari pintu belakang.

"Yalah, macam abang. Abang, kita jodohkan Haraf dengan Yoongi nak tak? Mereka berdua ni nampak secocok sangat. Tak sabar nak dapat anak saudara kacukan. Ya Allah, mesti comel kan abang?"

"Akak jangan nak mengarut. Haraf tak ada apa-apa pun dengan dia. Abang Long pun, jangan nak memandai nak cucuk jarum dekat ummi. Kalau Haraf tahu, siap Abang Long" aku tatang dulang berisi teko teh beserta set cawan ke ruang tamu.

Abah rancak berbual dengan Abang Rayyan, suami Kak Rina. Cawan-cawan bermotifkan bunga sakura itu aku isikan dengan air teh. Yoongi hanya tersengih-sengih mendengar perbualan abah dan Abang Rayyan.

"Memandangkan semua berkumpul, malam ni Ummi nak masak sambal udang dengan petai. Dah lama kita tak makan kan?"

"Yoon tak makan petai" aku menoleh ke arahnya dengan kerutan di dahi. Makin galaklah Kak Fira dan Abang Long mengusikku. Mentang-mentanglah mereka tahu yang aku pun tak makan petai.

"Uwu, kamu berdua ni ada keserasianlah. Haraf pun tak makan petai kan?" kali ini, Ummi pula tumpang sekaki untuk mengusik aku.

"Petai busuk. Memanglah ramai yang tak suka. Kebetulan je tu" sangkalku dengan harapan dapat menghentikan sesi mengusik itu.

"Tapi, kalau kamu berdua berjodoh pun apa salahnya. Ummi restu je" merah padam mukaku apabila seisi ruang tamu itu bersorak. Aku dapat lihat telinga Yoongi merah padam seperti baru dipiat. Sah, dia pun malu dengan keadaan ni. Segera aku berlari ke dapur semula.

Aufa yang sedang melahap karipap itu menjadi mangsa tamparanku. Tersedak gadis itu dibuatnya. Aku pula menyembunyikan muka di telapak tanganku.

"Nak adik mati ke? Agak-agaklah nak tampar pun. Ni sampai tercekik karipap dekat kerongkong ni. Dahlah karipap oksigen. Kedekut betul Mak Cik Yah tu sekarang" bebel Aufa sebelum menyambung kunyahannya.

"Ha, ni kenapa tiba-tiba datang sini? Kacau saja adik nak makan. Muka ni merah-merah kenapa? Nak cendol ya?" Aufa melarikan diri dari cubitan ketamku.

"Adik tak dengar ke riuh-rendah dekat depan tu? Semua orang nak kenakan akak. Nak jodohkan akak dengan abang angkat kesayangan adik tu. Eeee, memang taklah. Bukan citarasa akak langsunglah budak tu" Aufa memasang muka tidak percaya ke arahku. Senyuman sumbing yang mengejek terhias di bibirnya.

"Ya ke? Betul ke? Boleh percaya ke" aku menampar tangannya yang mencuit lenganku di setiap persoalannya.

'Dekat sini pun aku kena sakat. Baik aku duduk tepi sawah je kalau macam ni' aku lantas bangun dan beredar dari dapur ke sawah melalui pintu belakang. Kelibat Cha yang menuju ke rumahku ibarat membawa harapan baru.

"Jom jom kita ronda kampung" kataku setelah menyambar kunci motosikal Aufa yang berada di belakang pintu.

"Woi, aku datang ni nak jumpa dengan Ummi. Mak aku kirimkan--"

"Kalimah kasihmu?" wajah Cha bertukar cemberut sebelum mengetuk kepalaku.

"Tak lawaklah, sengal. Mak aku kirim sambal hitam Jawa ni. Mak aku masak untuk adik aku. Budak berhingus tu dah nak balik asrama esok" bungkusan yang berada di tangan Cha telah bertukar tangan sekarang. Plastik berisi sebekas sambal hitam Jawa itu aku letakkan di atas meja makan di dapur.

"Nak pergi mana tu? Nak merayaulah tu!" tegur Ummi yang berdiri berhampiran peti sejuk.

"Kalau dah nak meronda kampung tu, bawalah Yoongi sekali. Kasihan dia asyik terperap di rumah mengalahkan anak dara"

"Tapi, Haraf nak pergi naik motosikal dengan Cha. Takkan nak bagi dia naik dekat belakang? Takkanlah Ummi tak tahu. Dekat kampung kita ni, ada 'bawang busuk'? Nanti tak pasal-pasal kita jadi bahan umpatan diorang pula"

"Kalau macam tu, pergi petang nanti sajalah. Bila suasana dah teduh, boleh jalan kaki. Sekarang ni tengahari, matahari dekat atas kepala. Pergi tolong Ummi basuh pinggan, lagi bagus" aku mencebikkan bibir dan berlari anak ke luar rumah.

"Cha, petang nanti kita pergi pusing kampung nak? Tapi, kita jalan kaki sebab mak aku suruh ajak budak Korea celup tu. Pakai kasut sukan, tahu? Nanti kaki melecet, aku yang susah" aku memutarkan bola mataku ke atas. Bukannya aku tak kenal perangai perempuan ni. Suka sangat pakai selipar Jepun dia tu. Nanti, terputus dekat tengah jalan, kau baliklah dengan kaki ayam kau tu. Cha hanya menunjukkan simbol 'okey' lalu memecut pulang ke rumahnya.

S

K

I

P

Aku melihat Yoongi sedang meregangkan badannya di hadapan rumah. Aku segera menyarung kasut sukanku dan berdiri berhampiran dengannya.

"Jauh ke kita nak berjalan? Saya dah lama tak jalan kaki ni" Yoongi tersenyum menampakkan gusinya.

"Dekat je" jawabku singkat. Kelibat Cha yang sudah tiba di rumahku membuatkan aku sedikit lega.

"Ha! Jom kita jalan" ujarnya riang. Aku berada di tengah-tengah, Cha di kiri dan Yoongi di kanan.

Segalanya baik-baik sahaja. Yoongi, Cha dan aku berjalan dengan tenang sambil menikmati keindahan alam. Sekali-sekala, Yoongi mengambil beberapa foto keindahan landskap kampung ini. Yoongi dan Cha nampak seperti boleh menjalin hubungan yang baik. Tak seperti aku, langsung tidak bercakap sepatah pun dengan lelaki itu.

Deruan enjin motosikal dari arah belakang membuatkan kami bertiga membalikkan tubuh untuk melihat siapakah gerangan pemilik kenderaan itu.

"Korang, perempuan dari neraka dah turun ke Bumilah!" suara bingit yang paling aku kenal. Tak mungkin aku lupa pada suara yang telah merosakkan hubungan aku dengan abah.

"Kau bertiga nak apa hah? Tak habis-habis lagi nak cari masalah dengan kami? Kalau tak ada apa-apa, boleh balik sekarang" Cha mula naik angin dengan tingkah laku tiga perempuan tidak waras itu. Aku masih cuba menahan sabar. Sedari tadi, tak lekang tanganku daripada mengepal penumbuk kosong.

"Eh, engkau yang nak sibuk kenapa? Ada aku cakap dengan kau? Betul tak, girls?" Hanan bertanya pada dua orang rakan karibnya, Amelia dan Fatiha. Kedua-dua rakannya itu mengangguk. Patutkah mereka digelar kawan? Mungkin perkataan 'balaci' lebih sesuai untuk mereka.

"Aku ingatkan kau dah mereput dekat pedalaman sana. Macam mana? Seronok hidup di sana? Mesti lebih seronok sebab pergi sana atas paksaan" ketiga-tiga mereka ketawa seperti langsuir malam Jumaat.

Tanpa aku sedari, aku telah melepaskan tumbukan padu pada wajah Hanan yang membuatkan Yoongi segera menarik aku pulang ke rumah. Aku mendengar suara rengekan dari mulut perempuan itu. Rakan-rakannya turut mengomel namun tidak jelas butir perkataannya kerana kami sudah jauh dari mereka

"Sudah, mari balik ke rumah. Kalau makin lama di situ, makin teruk awak dan mereka akan bergaduh" Yoongi melepaskan genggaman tangannya pada lengan sweaterku.

"Matilah kita, Haraf. Kenapa kau tumbuk dia? Kenapa tak biar aku je yang tumbuk? Kalau aku tumbuk, mesti kau tak kena marah! Ya Allah, habislah kalau Ayah Haji tahu"

"Biarkan. Perempuan tak guna macam tu memang patut diajar. Baru dia tahu, siapa yang dia gelarkan sebagai perempuan dari neraka. Aku boleh buktikan tuduhan tu benar kalau dia nak" aku hanya tersenyum sinis. Dendam aku selama 2 tahun takkan terbalas dengan sekali tumbukan. Mungkin aku patut susahkan hidup dia macam mana dia buat aku menderita dan berjauhan dari keluarga aku.
































Salam sayang dari author, tons of love from me to you 🌹

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro