
♥7♥
[Author's]
Suasana riuh-rendah dari perkarangan rumah milik keluarga Haraf menandakan adanya keramaian. Walaupun hanya kaum keluarga terdekat diundang, kemeriahannya mampu menggamatkan seisi kampung.
"Wah, ramainya adik-beradik Ummi. Hmm, bila Along, Angah dengan Achik nak sampai ni. Tak sabar nak jumpa diorang" Aufa berbisik sendirian di muka pintu bilik.
"Woi, anak dara tak elok mengintai macam tu. Nanti dapat suami tua macam Haji Usin Ngok Ngek. Kau nak?" segera Aufa melabuhkan punggung di atas katil bersama Haraf.
"Akak masih percaya tahyul mahyul macam tu? Tak sangka, kolot juga akak ni kan?" perut berlapis Aufa dicubit oleh Haraf.
"Bukan percaya, tapi sakit mata memandang kalau Aufa asyik bertenggek dekat pintu. Aufa tu menghalang pemandangan akak dengan tisu adipos Aufa tu" Haraf tergelak apabila melihat wajah cemberut adiknya.
Lama dia tidak mengusik adik perempuan kesayangannya ini. Walaupun Aufa boleh dikategorikan sebagai 'rangka berjalan', dia tetap menyakat adiknya dengan menyatakan bahawa dirinya gemuk. Tapi jangan hairan kerana semua lemaknya tertumpu di perut, bukan bahagian lain.
Haraf dan Aufa berjalan beriringan ke dapur dengan niat untuk membantu ibu mereka.
"Ya Allah, Haraf ke tu? Rindunya akak dekat kamu" Hazrena, sepupu Haraf memeluknya erat. Pipi Haraf ditarik berkali-kali oleh Hazrena.
"Haraf pun rindu sangat dekat akak. Abang Rayyan datang tak?"
"Mestilah datang. Suami kesayangan tak boleh ditinggalkan" berderai tawa dua manusia itu. Aufa hanya tersenyum. Malas hendak menyertai duo bawang itu.
®©
Selesai minum petang, kebanyakan saudara-mara mereka mengambil kesempatan untuk membawa anak-anak mereka meneroka kampung. Hanya Hazrena, Yoongi dan keluarga Haraf sahaja yang tinggal di rumah.
Mereka semua duduk di pangkin berhampiran sawah belakang rumah. Angin sepoi-sepoi membuatkan rambut lembut Yoongi sedikit berterbangan.
"Haraf, pegang Aathif sekejap. Kak Rina kamu tengah mandi. Ummi ada kerja nak buat dekat dapur" anak lelaki Hazrena diletakkan di atas ribaan Haraf namun ditolak kembali kepada Hajjah Hasmiza.
"Tak naklah. Ummi tak ingat peristiwa 4 tahun lepas? Kalau terpeleot kepala budak ni, mana nak cari ganti? Bukannya ada jual dekat kedai"
"Masa tu kamu kecil lagi. Nak dukung budak pun terkial-kial. Nanti kamu ada anak sendiri juga" Hajjah Hasmiza mula memasang riak geram pada wajahnya.
"Haraf masih ada 11 tahun sebelum kahwin dan dapat anak" sebiji karipap digigit dengan bangga. Mahu saja Hajjah Hasmiza menerkam anak daranya yang satu ini.
"Nak tunggu kamu punya 11 tahun tu, alamatnya tak sempatlah Ummi nak rasa timang cucu"
"Along dengan angah kan ada?"
"Ya Allah, apa dosa aku? Kenapalah anak aku ni degil, suka menjawab? Kamu ni menjawab saja kerja. Makin dilayan, boleh naik gila aku cakap dengan kamu ni. Anak siapa entah? Yoongi tolong pegangkan" kanak-kanak itu didudukkan di riba Yoongi sebelum dia menuju ke dapur.
"Eleh, tak nak ngaku anak sudah" Haraf hanya bersikap selamba dan menikmati air teh buatan Umminya. Sesekali, dia memandang ke arah Yoongi dan Aathif. Dia tersenyum sendiri apabila Yoongi sengaja memelatkan suara semasa bercakap dengan Aathif.
Mereka berdua seperti bapa dan anak. Mempunyai keserasian yang luar biasa. Tanpa sedar, bibir nipis milik Haraf mengukir senyuman. Dia tidak menggemari kanak-kanak tetapi dia sangat menyukai lelaki yang sayang akan kanak-kanak. Baginya, lelaki sedemikian boleh menjadi pembimbing terbaik.
'Eh, aku bukannya sukakan lelaki ni pun. Tak, aku tak suka pun'
S
K
I
P
Yoongi memasukkan beberapa barangan peribadinya ke dalam bagasi. Begitu juga dengan fail syarikat dan resume miliknya. Tiket penerbangan yang telah ditempah beberapa bulan lalu dimasukkan ke dalam passport holder. Dentingan dari telefonnya menghentikan aktiviti mengemas yang sedang dia lakukan
Abang-abang Hotz 👅
ᵈⁱᵐⁱⁿⁱᵉ,ʲⁱⁿ ʰʸᵘⁿᵍ, ʲᵒᵒⁿ, ᵏᵒᵒᵏⁱᵉ.....
Ⓣⓐⓔⓣⓐⓔ
🙊Yoon hyung, lusa kami sampai kampung
🙊Yahooo!
🙊Tak sabar nak jumpa hyung
😼Waalaikumsalam
🙊Erk..
🙊Assalamualaikum
Ⓢⓔⓞⓚⓚⓘⓔ
🐴 Waalaikumsalam
🐴 Kau ni, Tae
🐴 Tak reti simpan rahsia langsung 😒
😼 Sudahlah, tak payah bergaduh
😼 Hyung memang dah tahu korang nak datang
😼 Nanti kalau dah sampai, bagitahu
😼 Hyung ambil korang dekat lapangan terbang
Ⓓⓘⓜⓘⓝⓘⓔ
🐥 Otey hyung
🙊Kau pernah kena tumbuk sebelum ni?
🐥 Sibuk jelah kau ni
🐥 Pergilah main dengan beruk kesayangan kau tu
🐥 Sibuk je aku nak manja dengan Yoon hyung pun tak senang
😼 Sudahlah. Tak payah gaduh-gaduh
😼Jin hyung dengan Joon mana?
Ⓚⓞⓞⓚⓘⓔ
🐰 Tengah berasmara
😼 Kook, behave please
😼 Kook tu budak lagi
🐰 😒 bosanlah Yoon hyung ni
Yoongi tergelak sendiri dengan perangai adik-adiknya. Telefon bimbit dicas sebelum dia menyambung aktivitinya yang tergendala.
🍥🍥🍥
"Mana Hoseok hyung ni? Lambat betullah orang tua ni" Jungkook mendengus sebelum menghirup Chocolate Chip Frappe yang telah dipesannya tadi. 5 lagi abangnya asyik melayan telefon pintar masing-masing.
"Ah, maaf Kook. Kak Maya suruh hyung beli piza untuk dia tadi" Hoseok melabuhkan punggung di kerusi yang kosong.
"Ada sesiapa antara korang yang jumpa Yoorae? Yoongi tanya pasal Yoorae tadi" Namjoon mula bersuara.
"Aku ada jumpa dia tadi. Bila aku cakap pasal Yoongi, terus dia bidas aku. Tak pasal-pasal kena tengking depan pelayan outlet piza tu. Nak je aku sepak perempuan tu tadi" Hoseok menggulingkan apabila mengimbas kembali peristiwa memalukan itu.
"Tak apalah, nanti dia berbaiklah dengan Yoongi. Takkanlah nak berdendam sampai mati. Dahlah, jom kita pesan makanan. Korang nak makan apa hari ni? Hoseok belanja" sengaja Seokjin menyakat Hoseok. Hampir saja kening Hoseok bertemu kerana tidak berpuas hati.
"Kenapa Seok yang kena?"
"Kau datang lewat"
"Okay, fine!"
🍘🍘🍘
"Yoorae!" Ji-ah berjalan masuk ke dalam kelab yang bingit sekali. Kelihatan Yoorae sedang asyik melayan muzik dan minuman keras.
"Ji-ah! Sampai pun! Hari ni, aku belanja kau White Russian. Seminggu aku buat tempahan, baru dapat" cecair berbau tengik itu dituang ke dalam cawan Ji-ah.
"Cheers!" jerit dua gadis itu. Muzik semakin rancak apabila masuk jam 12 malam. Pastinya, semakin melalaikan pengunjung sarang maksiat itu. Lengan Yoorae direntap oleh seseorang.
"Jom balik. Nak minum sampai mati ke?" Yoorae menepis tangan lelaki itu.
"Kau tak payah nak masuk campur urusan aku. Kau jaga urusan kau dengan Tuhan kau je. Tak takut masuk neraka sebab masuk tempat macam ni hah?" lengan Yoorae direntap kasar sehingga mereka keluar dari kelab malam itu.
"Apa masalah kau ni, Jimin? Kenapa kau ni suka menyibuk hal aku?"
"Yoongi hyung amanahkan aku supaya jaga kau dekat sini. Kenapa kau ni degil sangat? Aku dah pesan banyak kali, jangan masuk tempat ni. Mahu saja aku tempeleng kepala kau ni" penumbuknya digenggam. Mujurlah Yoorae ni perempuan. Kalau lelaki, memang merasa penumbuk sulung Jiminlah jawabnya.
"Aku dengan Yoongi dah tak ada apa-apa. Aku tak kenal dia. Jangan cuba nak baikkan kami semula. Aku takkan terima dia dan aku takkan lupa apa yang dia buat dekat kembar aku" Yoorae berjalan meninggalkan Jimin.
"Yoorae! Datang sini balik! YOORAE! Ish, degillah perempuan ni!" tin minuman kosong yang berada di tepi jalan menjadi sasaran Jimin melepaskan geram.
"Tak guna! Siapa yang sepak tin ni sampai kena kepala aku? Kalau aku dapat, memang aku cincang 18!" jerkah seorang samseng yang mengawal pintu masuk kelab itu. Jimin membuka langkah seribu meninggalkan kawasan itu.
Salam sayang dari author, tons of love from me to you 🌹
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro