Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

♥5♥

[Haraf's]

Aku mengemaskan lilitan selendangku buat kali terakhir. Jam di tangan aku tilik. Lagi satu jam, kenduri kesyukuran itu akan bermula. Meluat aku melihat makhluk tu sudah mula mesra dengan orang kampung.

"Haraf, dah siap ke belum? Tolong Ummi dekat dapur ni" aku menjongketkan kening. Takkan aku dah bersiap cantik-cantik ni kena angkat lauk?

Ternyata benar sangkaanku. Aku terpaksa mengangkat tiga bekas berisi gulai kawah, ayam panggang dan daging masak hitam. Habis berserabai tudung aku. Skaf pun dah senget-benget jadinya. Budak Korea tu ke mana? Majlis dia kan? Kenapa dia tak uruskan sendiri?

"Haraf, kamu tolong kunci rumah ya? Kunci rumah sudah Ummi letakkan di atas para dapur. Kamu pergi dengan Yoongi ya?" aku mengangguk perlahan. Patutlah tak nampak batang hidung, sedang bersiap rupanya.

"Awak dah siap?" aku membalikkan tubuh menghadap pemilik suara itu. Yoongi segak berbaju Melayu merah hati, bersongkok dan berseluar slack.

Segak bagi mata orang lain, tapi bukan pada mata aku. Bagi aku, dia ni hanya seketul semak yang menyemakkan rumah aku.

"Dah. Berjanggut aku tunggu kau dekat sini? Tercegat apa lagi? Jomlah, nanti Ummi marah aku pula. Kau kan anak kesayangan Ummi dan Abah" aku menggulingkan biji mataku. Dia pula terkocoh-kocoh menyarungkan sandal ke kakinya.

"Eh, kau nak ke mana tu? Kau pandu" kunci kereta aku lambung ke arahnya. Sedap-sedap je kau nak duduk dekat sebelah pemandu. Ingat aku kuli kau?

Sebaik masuk ke dalam kereta, cermin kecil aku keluarkan dari tas tangan. Biasan pada cermin itu membuatkan aku cemberut. Sekali lagi, aku betulkan awning tudung yang serabai di sana sini.

"Kalau saya cakap ni, awak jangan marah tahu?" suara garau Yoongi memecahkan keheningan. Matanya masih tertumpu pada jalan raya manakala tangannya ligat memutarkan stereng.

"Apa?" jawabku acuh tak acuh.

"Kalau awak labuhkan tudung tu sikit kan lebih manis? Gula-gula--"

"Okey, sudah! Aku faham apa yang kau cuba sampaikan" aku buka ikatan selendang untuk menjadikannya lebih labuh.

"Dah, puas hati?" dia tersenyum simpul. Tak pasti sama ada senyum kemenangan atau senyum sindiran. Apabila kami tiba di masjid, qariah masjid dan orang kampung sedang membantu mempersiapkan tempat untuk majlis kenduri itu.


Aku terus ke dapur yang terletak di belakang masjid. Cha dan Yuni tiba lebih awal ke masjid. Sengaja nak kenakan aku.

"Weyh, ada apa lagi yang belum siap?"

"Kau ambil mata kucing dalam tin yang ada dekat tepi pintu tu. Masukkan dalam jag, tambah air dan air gula. Lepas tu, hidang dekat depan" aku pun memulakan tugas seperti yang disuruh oleh Cha. Fuh, bau sedap je lauk-lauk kenduri ni. Kecur air liurku dibuatnya.

Aku lihat Yoongi datang dengan sengihan kerang busuknya. Sesekali dia menggosok belakang lehernya.

"Emmm, air dah siap? Awak buat air apa?" tiba-tiba ada idea jahat melintas di benakku. Inilah masanya untuk aku mulakan langkah pertama.

"Ni air mata kucing. Nama pun dah ngeri kan? Tahu tak, diorang ambil mata kucing lepas tu rebus. Campur dengan air gula. Sebab tu nama dia air mata kucing" aku lihat air mukanya mula berubah. Terlihat halkumnya bergerak-gerak seperti sedang menelan liur.

"Ouh, ya ke macam tu. Kalau macam tu, saya pergi depan dulu" bayangan sosok tubuhnya hilang dari pandangan. Hahaha. Puas hati aku dapat kerjakan kau. Ni baru sikit tahu? Ada banyak lagi lepas ni.

"Cha! Yuni! Tadi aku kenakan Yoongi. Aku cakap yang air ni air rebusan mata kucing sebenar. Jadi, kalau dia tanya korang, ya kan je. Tahu?" Cha dan Yuni tergelak besar.

"Wuish, jahatnya kau ni. Kasihan dekat dia" kata Yuni dengan tawa yang masih bersisa. Airmata yang mengalir di pangkal mata diseka menggunakan jari.

"Jom kita pergi depan"


®©


Kami masuk ke dalam masjid setelah selesai berwudhuk. Majlis akan bermula selepas solat Maghrib. Maka, kami akan solat berjemaah di dalam masjid. Telekung serta kain aku sarungkan ke badan. Sempat lagi aku menilik wajahku di layar telefon pintarku.

"Allahu akbar! Allahu akbar--" aik, suara siapa yang iqamat tu? Alahai, merdunya suara. Calon imam yang sempurna. Aku mengintai melalui belahan langsir yang memisahkan saf lelaki dengan saf perempuan. Cis! Aku tarik balik pujian tadi. Budak Korea tu rupanya. Aku pun mengabaikannya lalu mengangkat takbir.

Selesai saja solat, kaum wanita mula menata lauk-pauk di atas tikar yang terbentang luas di bahagian belakang masjid. Aku, Cha dan Yuni antara yang paling lambat kerana membaiki penampilan tudung masing-masing.

"Wah, sedap gila suara Yoongi. Kau tak cair ke?" Cha tersenyum gatal sambil mencuit lenganku. Aku menggulingkan biji mata.

"Telekung pun kau tak buang lagi. Ada hati nak fikir pasal lelaki. Zina hati tahu?" aku meninggalkan Cha yang nyawa-nyawa ikan akibat serangan ayat sentapku.

Bagus juga ada angkatan mak cik- mak cik ni. Sekurang-kurangnya, mereka dah siap hidangkan makanan di atas tikar mengkuang.

Aku bersila di sebelah Ummi yang sudah lama berada di situ. Tikar kami berada di tengah-tengah untuk memudahkan proses menghidang lauk ke tikar kiri serta kanan.

"Ish anak dara ni! Sibuk nak makan. Kita tuan rumah, tunggulah yang lain sampai dulu. Ni, ambil lauk-lauk ni lepas tu susun dekat tikar sebelah sana" terbantut pergerakanku yang cuba untuk 'menculik' seketul ayam panggang. Mangkuk berisi gulai kawah dan daging masak hitam itu aku susun di atas tikar seperti yang disuruh.

Kelibat jemaah lelaki sudah mula beransur keluar dari masjid. Ada saja yang mereka bualkan. Sesekali, gelak tawa mereka membuatkan aku terkejut. Mana tidaknya, suara masing-masing garau tak boleh dibawa berbincang.

Yoongi dan abah turut melabuhkan punggung di tikar tengah bersama kami.

"Terima kasih kepada semua yang hadir hari ni. Jemput makan, jangan malu-malu. Kalau tak cukup, tuan rumah tambah. Yoongi, baca doa" alunan doa yang diperdengarkan mengusik hati keringku. Ya Allah! Apa kena dengan kau ni, Haraf?! Jangan tergoda dengan dia!

Aku perhatikan gerak-geri Yoongi. Dia makan dengan berhati-hati. Sesekali, dia menegakkan badan. Mungkin, makanan yang ditelan tidak turun dengan baik melalui esofagus. Siapa suruh kau bendul sangat? Yoongi betul-betul percaya ke dengan apa yang aku cakap sampai air pun tak disentuh.

"Yoon makan nasi tak minum air ke?" soal Ummi yang duduk disebelah Abah.

"Tak naklah. Yoon tak yakin dengan air tu"

"Lah, kenapa pula? Sebab Haraf yang buat air tu?"

"Bukan. Haraf kata tu air mata kucing. Betul ke umi rebus mata kucing lepas tu campur air gula" aku, Cha dan Yuni sehabis daya menahan tawa. Nasib baik tak tersedak batang pisang yang dimasukkan ke dalam gulai kawah itu.

"Kamu percaya?" Yoongi angguk. Ummi dan Abah menggeleng seraya memandang kami bertiga. 

"Jangan percaya. Air ni ambil dari perahan buah. Buah tu orang sekitar sini panggil mata kucing. Orang bandar panggil longan" mulutnya sedikit ternganga apabila mendapat penerangan dari Ummi.

"Manalah Haraf tahu yang dia betul-betul percaya" aku mengekalkan riak tidak bersalah di wajahku.

'Bertuah punya budak!'




















Salam sayang dari author, tons of love from me to you 🌹

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro