♥12♥
[Author's]
Nuha Syafira melangkah masuk ke dalam bilik tidur milik suaminya ketika lelaki itu masih bergelar anak bujang. Kini, bilik itu menjadi bilik perkongsian antara dirinya dengan Nazreen setiap kali bertandang ke kampung.
Kelibat suaminya yang sedang termenung di jendela kayu menyapa pancainderanya. Bahu lelaki awal 30-an itu ditepuk lembut.
"Abang termenung apa tu? Macam jauh saja. Entah-entah dah sampai ke Dubai" selorohnya diakhiri dengan kekehan kecil. Walau bagaimanapun, ianya tidak mengundang senyum di bibir lelaki pujaan hatinya.
"Kenapa ni? Abang risaukan Haraf?" apabila nama si adik disebut, barulah lelaki itu mahu menatap wajahnya.
"Saya risau dengan keselamatan adik saya di sana"
"Yoongi kan ada?" Nazreen menatap isterinya lama sebelum melemparkan pandangan ke arah sawah padi yang terbentang luas di seberang jalan.
"Abang, kalau saya tanya, abang jangan marah ya?" hanya anggukan dihadiahkan oleh Nazreen.
"Saya perasan yang Abah selalu marah Haraf walaupun tentang perkara remeh-temeh. Cara Abah layan Haraf berbeza dengan layanan Abah pada yang lain. Saya perasan perkara ni dah lama. Sejak saya jadi tutor upahan Ummi untuk ajar Haraf dulu--" wanita itu berjeda seketika.
"--Haraf anak angkat ke?"
"Hish, awak ni" potong Nazreen serta-merta.
"Di sijil lahir dia, tertera nama Abah dan Ummi. Tak mungkinlah. Jangan mengarut"
"Abang tahukan yang saya ni anak angkat? Ya, memang Papa dan Mama tak pernah bezakan saya dengan adik-adik. Tapi, anak angkat tetaplah anak angkat" terdetik tanda tanya di hati lelaki itu. Adakah Abah dan Ummi juga mendaftarkan Haraf sebagai anak mereka sedangkan gadis itu bukanlah keturunan sedarah dengannya?
🍵🍵🍵
"Ummi" panggil Nazreen perlahan. Wanita separuh abad yang sedang memotong sayuran itu mengalihkan pandangannya ke arah si sulung. Kerusi berhampiran tempat duduk si ibu ditarik sebelum punggung dihenyakkan perlahan.
"Ummi rasa, patut ke Along carikan wali hakim untuk Haraf. Atau kita cari saja ibu bapa kandung Haraf. Lagipun, kita masih ada banyak masa sebelum Haraf kahwin" Hajjah Hasmiza menghentikan aktivitinya lalu tatapan tajam bak pedang dihadiahkan untuk Nazreen.
"Apa kamu mengarut ni, Haraf Nazreen?"
"Bukan ke Haraf tu anak ang--" Hajjah Hasmiza meletakkan pisaunya kasar di atas papan pemotong membuatkan Nazreen tersentak. Wanita itu bingkas bangun meninggalkan ruangan dapur.
"Abang, ada apa bising-bising ni?" Syafira menjengukkan kepala dari ruang utama. Kelibat Hajjah Hasmiza yang berselisihan dengannya juga dipandang sekilas. Nazreen terdiam. Begitu juga dengan Syafira.
Hajjah Hasmiza melangkah ke biliknya lalu berdiri di tepi jendela kayu dengan perasaan hiba.
"Jangan samakan isteri kamu dengan anak Ummi. Haraf Nadia Aqira anak kandung Ummi, lahir dari rahim Ummi, bukan dipungut dari rumah anak yatim" ujarnya perlahan sebaik derapan tapak kaki si sulung kedengaran di depan pintu.
Bisikan halus yang cukup untuk didengari oleh Nazreen. Tanpa mereka sedar, Syafira juga berada di tepi bingkai pintu. Mencuba untuk pasang telinga dan mendengar butir perbicaraan kedua anak-beranak itu yang akhirnya melukai hatinya sendiri.
"Tapi, Ummi. Kenapa Abah selalu bagi layanan berbeza pada--"
"Haraf Nazreen Asfan! Keluar sebelum Ummi lafazkan perkara-perkara tak baik pada kamu" sebaik derapan tapak kaki Nazreen mendekati bingkai pintu, Fira segera menyeka airmatanya dan membuka langkah gergasi ke bilik tidur mereka seolah-olah tiada apa yang berlaku.
S
K
I
P
"Mana Ummi kamu?" soal Haji Syed Heelman apabila kerusi yang sering dihuni sang isteri tiba-tiba kosong.
"Ummi kata dia tak berselera. Dia suruh kita makan dulu" sampuk Aufa yang datang dengan sedulang lauk-pauk dan juga mangkuk berisi nasi. Serban yang tersangkut dikerusi dicapai dan disibak ke atas bahu. Bilik tidur utama menjadi hala tuju langkah kakinya.
Daun pintu dikuak perlahan menampakkan sosok sang isteri yang lengkap bertelekung namun masih tidak berkutik.
"Miza, awak dah solat?" hanya anggukan dihadiahkan pada sang suami tanpa menoleh sedikit pun.
"Awak tahu kan? Tak baik membelakangi suami. Saya tak pernah ajar, kan?" ujar Haji Syed Heelman sambil menghenyakkan punggung di hujung katil. Hajjah Hasmiza menghela nafas perlahan sebelum menyungging senyum yang membawa seribu makna.
"Abang selalu ajarkan perkara baik-baik pada saya dan anak-anak. Tapi kenapa ya? Abang tak boleh ajar hati abang untuk terima Haraf?"
"Haraf mana satu yang awak maksudkan?" Hajjah Hasmiza membalikkan badan, menghadap suaminya.
"Abang tahu Haraf mana yang saya maksudkan" wanita paruh abad itu segera melipat telekung dan sejadah lantas melangkah keluar ke pangkin di hadapan rumah.
🐦🐦🐦
"Kita nak ke mana hari ni? Siapa ada cadangan?" soal Seokjin sebaik selesai sarapan. Masing-masing menggelengkan kepala tanda tidak tahu-menahu tentang pulau asing ini.
"Apa kata kita ke taman burung" ujar Cha dengan girang mengundang anggukan semua orang kecuali Yoongi.
"Dekat taman burung ada ular tak?" soal Yoongi cuak.
"Ada" jawab Haraf sepatah sambil membelek muatan menarik di Instagram miliknya.
"Jom pergi taman burung! Jomlah!" ujar si bongsu, Jungkook.
"Kau tak boleh pergi" ketus Taehyung selamba mengundang jelingan tajam dari Jungkook.
"Kalau nak pergi taman burung, pergilah bersiap-siap. Burung tu tak tunggu korang" apabila si ketua bersuara, semua ahli hanya mampu mengangguk dan melakukan seperti yang disuruh.
"Hyung, kalau Yoon tak ikut boleh tak?"
"Eh, takut ke?" perli Haraf dari kejauhan.
"M-mana ada saya takut"
"Kalau tak takut, jomlah pergi taman burung"
"O-okey. Siapa takut" Yoongi menggaru belakang tengkuknya kekok sebaik Haraf meninggalkan ruang tamu untuk ke dorm perempuan. Butiran peluh dingin mula merenik di dahinya yang ditutupi juraian hitam rambutnya.
"Tak apa. It's okay, Min Yoongi. You can do this. They're not gonna harm you 'cause they're caged. Yes, they're caged" Yoongi memaksakan otot wajahnya untuk tersenyum sebelum melangkah ke almarinya untuk menukar pakaian.
°°°°
Suasana hiruk-pikuk menyambut kehadiran mereka. Sorakan girang dari anak-anak kecil memenuhi segenap penjuru taman seluas lima hektar itu. Yoongi memainkan hujung kemeja putihnya, menahan rasa gugup dan debaran yang semakin menggila.
"Yoon tak apa-apa?" soal Yuni yang menyedari perubahan tingkah laku lelaki itu. Pipi lelaki itu memerah hebat ditambah dengan peluh yang membanjiri bangs miliknya. Lelaki berdarah kacukan Korea-Jerman itu hanya mengangguk sekilas.
"Hati-hati ya, semua. Di sini, burung-burung dibiarkan bebas dalam taman. Jangan sampai terpijak sudahlah" pesan Seokjin selaku person-in-charge kali ini. Lebih tepatnya lagi, setiap kali adanya rombongan mereka bersepuluh.
Haraf mula mendapat idea nakal untuk mengajak mereka semua ke taman reptilia, satu seksyen yang menempatkan haiwan berdarah sejuk. Tepat jam 1 petang nanti, para petugas akan mengeluarkan ular sawa albino supaya pengunjung dapat berswafoto dengannya.
"Ular sawa dah keluar dari kandang!" teriakan girang Jungkook membuatkan bulu roma Yoongi, Hoseok dan Seokjin berdiri tegak.
"Gelilah, euw" ujar Hoseok dengan memasang ekspresi jijik. Yoongi pula hanyut dalam detak jantungnya yang menggila. Ophidiophobia, sejenis fobia terhadap ular merupakan fobia yang dialami Yoongi sejak berumur tujuh tahun.
"Yoongi! Tarik Yoona!"
"Sebab kau, Yoona meninggal. Aku takkan maafkan kau"
"Sebab kau, Yoona meninggal. Aku takkan maafkan kau"
Kata-kata itu terus berbisik di benaknya bagaikan kaset yang tiada berpenghujung. Seluruh tubuhnya menggigil hebat bahkan menjadi sorotan mata-mata yang berada di sekitarnya.
"Yoongi! Pandang saya" Haraf mencengkam bahu lelaki itu kuat. Sebutir gula-gula pudina dimasukkan ke dalam mulut lelaki bermarga Min itu seperti yang dipelajarinya di Internet.
Namun, usahanya gagal apabila Yoongi jatuh terjelopok menyembah bumi diiringi suasana kelam-kabut oleh para pengunjung yang tersentak dengan insiden itu.
Salam sayang dari author, tons of love from me to you 🌹
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro