♥11♥
[Author's]
Udara di ruang itu sangat menyesakkan kala ini. Nafas diatur agar degupan di dada semakin reda. Malangnya, setiap hirupan udara bagaikan racun yang merengsa pernafasannya. Si pesalah menunduk di hadapan lelaki bermisai nipis itu. Belasan orang lagi mengintip dari rekahan pintu.
"Abah tak payahlah marah-marah lagi. Abah dah tengok sendiri kan? Hanan tu memang mengada-ngada" tegas Haraf Nazreen Asfan, putera sulung keluarga itu.
"Diam, Long. Along jangan bela Haraf ni. Makin lama, makin melampau. Kalau macam nilah perangai kamu, Abah takkan benarkan kamu balik ke Semenanjung. Sepatutnya Abah biarkan kamu tinggal dengan Mira di sana" Haraf berdecih kecil mendengarkan kata-kata Haji Syed Heelman.
"Jadi betullah apa yang Haraf dengar selama ni? Abah hantar Haraf ke sana sebab Abah malu ada anak macam Haraf?" apabila keadaan mulai tegang, Yoongi berura-ura untuk masuk campur. Setidaknya untuk meredakan ketegangan. Namun, Seokjin pantas menahan bahu Yoongi dan memberikan amaran mata supaya lelaki itu tidak ikut campur.
Syed Heelman hanya diam, mengekalkan riak tegas pada wajahnya.
"Abah nak kamu ikut Yoongi dan rakan-rakannya ke Langkawi. Selagi kamu tak ubah perangai, jangan balik ke sini" kelibat Haji Syed Heelman yang beransur ke dapur diikuti rapat oleh Nazreen.
Tangan berkulit sawo matang itu ditarik perlahan oleh si sulung. Cukup untuk membuatkan Syed Heelman mematikan langkahnya.
"Abah tahukan dia masih di sana? Abah nak bahayakan keselamatan Haraf?"
"Abah tahu apa yang Abah buat. Lagipun Yoongi dan rakan-rakannya ada untuk lindungi Haraf. Abah akan berbincang dengan ibu ayah Cha dan Yuni. Abah nak mereka ikut Haraf supaya mereka boleh pantau adik kamu yang degil tu" Nazreen mengeluh kecewa dengan sikap keras kepala bapanya itu.
"Padanlah anak-anak degil. Ikut perangai Abah rupanya"
S
K
I
P
Haraf menyusun pakaiannya di dalam bagasi dengan pandangan mata yang kabur dek genangan airmata. Barangan yang hendak dibawa disusun dengan kasar ke dalam bagasi burgundy miliknya.
"Mari saya bawakan bagasi awak" pelawa Yoongi sebaik sahaja pintu bilik gadis itu terkuak dari dalam. Haraf hanya mengangguk, mengiyakan pelawaan tersebut. Wajahnya menggusarkan sesiapa saja yang melihat. Tegang, tanpa ekspresi.
Haraf menyalami Hajjah Hasmiza lalu tubuhnya dipeluk erat oleh sang ibu. Haji Syed Heelman pula masih berada di kebun walaupun matahari sudah berteleku tegak di atas kepala. Salah satu helah klasik lelaki itu untuk mengelakkan diri dari seseorang atau lebih tepatnya lagi dari anak gadisnya yang satu ini.
Tiga gadis itu melangkah masuk ke kenderaan utiliti sukan yang dipandu oleh Yoongi dengan berat hati. Kisah 2 tahun lalu diulang tayang kembali bak kaset yang diputar.
"Haraf, Abah nak kamu teruskan pengajian di Sabah" Hajjah Hasmiza mengusap belakang tangan anaknya lembut.
"Kenapa Ummi? Sebab Abah dah muak tengok muka Haraf? Atau sebab Abah malu ada anak nakal macam Haraf?" wanita lewat 40-an itu mengucup sayang puncak kepala anaknya.
Di hatinya terdetik rasa terkilan. Gadis ini selalu dihadiahkan dengan sisi tegas sang bapa. Tidak seperti adik-beradik yang lain, dihadiahkan sisi penyayang seorang bapa. Wanita itu kesal. Dia bertarung nyawa demi buah hati yang satu ini, namun dibeza-bezakan dengan saudara yang lain kerana kenakalannya. Adakah salah ibu mengandung?
"Bukan, sayang. Abah cuma nak kamu berdikari. Suatu hari nanti kamu akan faham kenapa Abah buat keputusan sebegini"
"Haraf faham, Ummi. Abah nak lindungi maruah keluarga ni. Kalau Haraf terus di sini, orang kampung akan pandang serong pada Abah. Katanya orang alim, tapi tak pandai didik anak gadis"
Tanpa sedar, airmata jatuh setitik demi setitik ke atas ribanya namun diseka pantas. Dua sahabatnya hanya mematung untuk memberi peluang gadis itu meluahkan rasa yang terbuku di hati dengan airmata. Ada kalanya, rasa itu terlalu pedih sehingga tak mampu diluahkan dengan kata-kata.
Yoongi tidak fokus memandu. Matanya tidak lepas daripada memerhati Haraf melalui cermin pandang belakang. Namjoon yang berada di sebelahnya sesekali menepuk bahu lelaki itu agar dia menumpukan perhatiannya pada jalan raya.
🍿🍿🍿
Mereka tiba di bumi Langkawi setelah lebih 5 jam perjalanan meredah jalan darat dan jalan laut. Bayu pulau itu berpuput lembut menyambut kedatangan mereka. Tiga buah rumah batu bersaiz sederhana besar menyapa deria penglihatan mereka.
"Awak pilihlah rumah mana yang awak suka" Yoongi meletakkan tiga batang kunci di atas telapak tangannya. Kunci yang berada di tengah menjadi pilihan Haraf.
Tanpa basa-basi, tiga gadis itu melangkah ke rumah batu berwarna beige yang terletak di antara dua buah rumah berwarna warm ivory.
"Cantik kan rumah ni? Wah, balkoni kita menghadap lautlah! Yuni, cuba kau tengok ni!" Cha menarik tangan Yuni dengan penuh keterujaan. Haraf pula hanya memandang sepi kelibat dua sahabatnya itu. Dia lebih memilih untuk menyusun pakaiannya di dalam almari kayu yang tersedia di dalam biliknya.
"Haraf! Oh Haraf! Kau di mana?"
"Aku dekat bilik hujung, Cha"
Pintu bilik diterjah kasar. Memang sifat rakannya yang satu ini tidak dapat diubah lagi.
"Abang Adrian ajak kita adakan barbeku di tepi pantai malam ni. Lepas Isyak"
"Okey" jawabnya sepatah mengundang cebikan di bibir sang sahabat.
"Alah, macam tu saja reaksi kau?"
"Kau kena ingat, kau dan Yuni datang sini untuk temankan aku yang dibuang keluarga. Aku, dibuang keluarga" ayat singkatnya menyentak pangkal hati gadis berblaus ungu itu.
Namun, senyum yang terukir di bibir merah jambu itu lebih menyakitkan. Senyum yang terkandung rasa hiba di dalamnya. Cha yang mati kutu itu bingkas bangun dan melangkah ke muka pintu.
"A-aku nak rehat. Malam ni jangan lupa, ya?" pertama kali dalam sejarah persahabatan mereka, si gadis berblaus ungu gugup untuk bertatap mata dengannya.
🐰🐰🐰
"Hyung! Boleh tak kami buat unggun api" Jimin dan Jungkook tersenyum girang ke arah Yoongi sambil menuding kepada sekampit arang yang dibeli oleh Taehyung.
"Suka hati kau berdualah" dua lelaki berseluar pendek dengan motif bunga itu langsung mengambil beberapa ketul arang berukuran jumbo dan mula menyalakannya.
"Kalau kau berdua habiskan arang tu, aku campak kau berdua dalam laut" ujar Seokjin tegas dengan semangkuk ayam di tangannya. Dua orang bayi gergasi itu menjelirkan lidah ke arah abang tertua mereka dengan beraninya.
"Haraf, awak nak makan ayam atau udang?" tanya Seokjin mesra. Yoongi yang sedang melumurkan rempah kepada ayam-ayam itu mencuri dengar perbualan dua orang manusia yang dicemburuinya.
"Saya tak makan udang. Itu makanan kegemaran Along. Abah selalu sediakan yang terbaik untuk dia. Jadi, saya takkan makan sebarang udang yang Ummi sediakan. Agaknya saya sudah terbiasa, jadi saya tak makan udang sampai hari ni" lumuran rempah ke atas daging ayam itu menjadi perlahan. Suasana menjadi hening seketika.
"Hei, awak nak biarkan udang awak hangit ke?" seloroh Haraf ringkas. Seokjin langsung mengalihkan udang galah itu dengan penyepit.
'Ada apa yang aku tak tahu pasal keluarga ni?'
Salam sayang dari author, tons of love from me to you 🌹
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro