Wajra | Sejora ²
Wajra melihat rumah Deang yang agak teruk dan seakan sudah diceroboh.
"Apa sudah terjadi?" Andika yang memapah abangnya merasa terkejut melihat keadaan itu.
"Mereka sudah bergerak, mencari keberadaan barang sihir itu." Wajra risau. Jika musuh mendapatkannya terlebih dahulu, pasti musuh menggunakan kekuatan dari barang terkutuk itu. Ia barang yang berbahaya. Jatuh ke tangan yang salah, binasa yang menanti.
"Dimana Deang Andika?" Tanya Wajra. Adiknya itu sudah menjadi mata-matanya dek dirinya belum sembuh total.
"Daeng masih bekerja sama Tun Isyak. Mastika kini berada dirumah Sejora."
Wajra menarik nafas panjang, dia cukup pening kenapa gadis itu masih terlibat.
"Dia itu berdegil." Wajra bergumam.
"Tapikan kanda, aku rasa dia hendak melatih Mastika." Jelas Andika tidak difahami Wajra.
"Maksud engkau?"
"Sejora kini menumbuhkan srikandi pemanah dan pasukan berkuda tiba-tiba. Drahman kata kakaknya tiba-tiba mengajari kesemua anak gadis yang ikut dengannya."
Wajra yang mendengarnya terkejut. Dia tak boleh halang Sejora, semua tu keputusan Sejora. Tapi kenapa? Adakah dia berfikir tanah Melayu Melaka kelak menjadi pertempuran?
'Sekejap, sekarang tahun ni berapa?'
"Andika, tahun ke berapa ini?" Tanya Wajra sedikit berdebar. Wajra berharap, mereka tidak masuk jalur peperangan sejarah Melaka.
"1560." Balas Andika yakin.
"Alhamdulilah." Wajra lega.
"Kenapa?" Andika bertanya pelik.
"Hanya orang dari masa depan saja tahu apa yang terjadi setiap tahun bersejarah Andika." Ucap Wajra.
Setahunya, Sultan Mansur Shah belum menjadi sultan Perak. Belum terjadinya penyerangan Siam ke atas Perak. Maka sebelum itu, Sultan Mansur Shah harus diputerakan Di bentan Riau, iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Melaka ini.
Wajra tarik nafas, mujur dia ingat serba sedikit sejarah tentang Sultan Mansur Shah itu.
"Eh, siapa sultan sebenar negeri ni?" Tanya Wajra. Sebolehnya dia tidak boleh terlibat dengan sejarah Melaka. Dia keliru
"Sultan Mansur Shah?"
"Bukan Sultan Muzaffar Shah?"
"Baginda sudah mangkat lama." Jawab Andika hairan.
"Oh tidak." Wajra sudah lemah sendi lututnya. Andika terkejut terus menahan abangnya dari jatuh terduduk.
"Kenapa kanda? Engkau merisaukan aku."
"Aku mula tahu kenapa Sejora membuat persiapan ini."
Bukan kerna serangan Siam atau Acheh yang hanya terjadi Perak, tapi ia adalah sebuah persiapan akan sejarah sultan seterusnya. Maka Sejora menerapkan semua ilmunya jika ada orang-orang berpergian dari tanah Melaka itu.
"Dia ni berhati-hati. Meski dia tahu merubah sejarah itu keterlaluan maka dia mengambil jalan lain." Wajra tak tahu nak buat apa ke atas Sejora. Hati gadis itu kental.
"Apakah Melaka dilanda musibah?" Andika sudah risau.
"Tidak, tidak pada tahun ini Andika." Tapi Wajra tidak tahu jika Andika menyertai tentera Istana. Maka harus bertempur satu masa hari kelak. Selepas Sultan Mansur Shah, Sultan Mahmud mempunyai jalur peperangan sejarah.
'Mujur aku tercampak zaman ni.'
"Lekas pulang, tiada perlu kemari selagi Daeng tiada disini." Wajra berencana hendak pergi. Andika membantu memapahnya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sejora melihat kesemua anak didiknya berlatih, termasuk sahabatnya Mastika yang juga tidak lepas dari latihan kerasnya. Berpedang mahupun memanah, adalah salah satu bertahan hidup.
Meski baru sehari, Mastika nampaknya mampu mengejar yang lain. Kerajinan serta keteguhannya menjadi semangat pembakar anak gadis yang lain.
"Kenapa engkau tiba-tiba membuat keputusan begini Sejora? Panglima Hitam mengkhawatirkan engkau." Ucap Drahman muncul disebelah. Dia lengkap mengena pakaian silat berwarna hitam serta menutup separuh mulutnya.
"Sudah ku bilang, ini semua pengorbanan. Apa yang dilakukan adalah tujuanku kehadapan lagi. Engkau tidak tahu masa depan." Ujar Sejora tegas, dia berpeluk tubuh.
"Engkau bilang begitu seperti engkau itu dari zaman hadapan." Jengkel Drahman berkata.
Sejora tersenyum leret, Drahman yang melihat terkejut dengan respon kakaknya yang tidak marah malah tersenyum mengejek dia kembali.
'Aku baru pulang dari masa depan. Tidak sia-sia aku kembali.'
"Bilang pada panglima hitam, tujuanku ini adalah memunculkan srikandi wanita terbilang. Pejuang di belakang para lelaki. Maka ku persiapkan pasukan pemanah untuknya." Sejora tersenyum leret. Dia umpama ketua ke atas anak didiknya.
"Engkau, aku tidak tahu hendak menegur engkau bagaimana lagi." Drahman berlalu pergi dengan kecewa. Dia lalu pergi ke tempat latihan mereka di pergunungan.
Sejora hanya memandang sahaja belakang Drahman yang berlalu pergi. Dia walaupun belum sembuh, tetap mengerjakan tugasnya sebagai srikandi wanita yang terkuat di antara anak didik Panglima Hitam, sejak dia kembali dari masa hadapan dia sudah memikirkan perkara itu setelah tiba ke zamannya.
Sejora sendiri meminta izin untuk mencipta kumpulannya sendiri yang terdiri daripada wanita. Ini adalah bentuk untuk melindungi diri. Wanita selalunya menjadi perkara pertama diincar pihak musuh kerana lemah.
Oleh itu, dia harus membela kaumnya! Sejarah- sejarah yang dibacanya di buku serta filem di zaman moden adalah nyata. Dia seakan mendapat impak besar daripadanya. Oleh itu, dia sebagai wanita pertama, menjadikan wanita bayang srikandi terhebat di zaman Melayu Melaka ini!
"Sejora.."
Sejora tersadar dari menungnya. Mastika menatapnya pelik.
"Engkau sudah selesai Mastika?"
"Iya, engkau kenapa Sejora? Termenungnya jauh sampai tidak sadar aku memanggil engkau." Hairan Mastika. Dia membuka penutup botol buluh lalu meminum air di dalamnya.
"Aku mengkhawatirkan masa depan Mastika. Kita tidak tahu apa yang terjadi. Aku sudah tentunya ingin membuat para gadis ingin melindungi diri mereka sendiri." Ucap Sejora. Dia sudah tentu sedih. Adakah tujuannya itu berjaya dicapai satu hari kelak?
"In Sya Allah Sejora, tiada yang mustahil dengan pengorbanan engkau ini. Lambat laun, perbuatan engkau ini memberi hasil kepada seseorang." Ucap Mastika, memberinya kata-kata semangat yang pasti buatkan Sejora semakin yakin.
"Terima kasih Mastika. Jika tidak ada engkau, aku putus harapan. Aku perlukan bantuanmu memberiku kata-kata sebegini." Sejora tersenyum haru.
Mastika mengangguk. Ya, dia akan ada untuk Sejora.
"Sejora, engkau tidak menjenguk Wajra?" Tiba-tiba saja Mastika membuka topik lain.
Sejora berubah riak. Dia sedar-sedar je memang cari Wajra. Terus disuruh Drahman pergi tengok. Alih-alih, tempat tinggalnya kosong. Tidak disangka Wajra meninggalkan dia.
Dia tahu kenapa, dia mula faham kenapa. Kini, Wajra tidak mahu dirinya terlibat lagi. Jika itu yang Wajra inginkan, dia berdoa supaya dia tidak berjumpa jejaka itu lagi. Hatinya sudah cukup terkilan.
"Sudah cukup tentang itu Mastika, aku tidak mahu membicarakan tentang dirinya lagi." Ujar Sejora lagi. Dia sudah cukup bersedih Wajra tinggalkan dia tanpa kata.
"Maafkan aku."
"Tidak, engkau tidak salah."
"Mmmm."
"Bagaimana jika engkau ceritakan tentang Daeng?" Sejora cuba menukar topik. Sebolehnya melupakan tentang Wajra.
"Sejak kapan sahabatku ini tertarik akan kekandaku?" Usik Mastika buatkan Sejora tersenyum malu.
"Sejak kapan ya?" Sejora menguis sisi rambutnya. Dia masih belum berjumpa Daeng lagi.
"Engkau sadar saja belum melihatnya, kenapa tiba-tiba saja? Lama dulu, engkau tidak suka akannya." Hairan Mastika.
"Aku hanya ingin tahu."
Mastika mengangguk.
Belum pun sempat dia menceritakan tentang abangnya, dari jauh nama Mastika dipanggil. Sejora mahupun Mastika menoleh sama ke arah itu.
"Kakanda Daeng?"
Ya, Daeng bersama Tun Isyak serta duanya yang tidak kenal.
Lama Sejora melihat kedatangan Daeng. Wajah itu sungguh maskulin, tubuh badan tegap berotot. Jelas itu bukan Daeng yang dia kenal.
"Siapa Mastika?" Soal Sejora terkejut.
"Itulah Kandaku Daeng, engkau sudah lupa rupa parasnya?"
"Tapi, bukankah dia kurus?" Ya, Daeng tidaklah berotot tegap sebegini!
"Iya, kerna itulah aku takut itu bukan Kandaku." Ucap Mastika tersenyum tipis..
Bersambung
Bahasa Melayu klasik
Bekerja sama = Bekerja dengan
Kakanda = Abang
Khawatir = Risau
Kapan = Bila
Mangkat = Meninggal
Baginda = Merujuk kepada orang terhormat/Sultan
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro