Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

The reunion, the last hope ⁶

Semua tetamu di majlis tercengang dan mula berbisik-bisik. Tidak menyangka ada orang datang selamba pergi tegur si pengantin lelaki. Tindakan yang kurang sopan itu buatkan beberapa pengawal mula bertindak.

"Siapa engkau?" Tun Iskandar bersoal pelik. Isterinya Kesuma sudah pasang raut wajah tidak senang.

"Ni aku, takkan kau tak perasan ni suara aku Is?" Ujar Aliya sedikit perlahan. Mata-matanya diliar kiri kanan berhati-hati dengan apa yang dituturkannya.

Apa yang penting, dia nak Is sedar dirinya Aliya! Dia nak Is tegur dia!

"Aku.." Tun Iskandar terlihat jelas sedang berfikir. Dia tidak kenal wanita lain selain Kesuma Cengkih.

"Siapa dia Kanda?" Kesuma berbaur cemburu menyoal si suami.

"Kanda tidak kenal dia dinda." Akui Is buatkan Aliya terpempan. Rupanya Is memang tak kenal dia. Mungkin dia salah tegur.

Aliya berundur ke belakang. Harapannya berjumpa Is rupanya sia-sia.

"Ampunkan isteri hamba, dia seperti mencari kenalannya. Sejak akhir ini dia sering begini. Ampunkan isteriku." Hendra mendekat seraya merafak sembah maklum.

"Oh isteri." Tun Iskandar mengangguk faham. Jelaslah sekarang dia selamat dari tenungan Kesuma.

"Bawa isterimu menjauh, tidak elok dipandang orang disini." Tegur Kesuma Cengkih perlahan sedikit berbisik. Tidak mahu mempermalukan kedua tetamu yang entah datang dari mana.

"Ampunkan kakanda, mereka tetamuku. Akan kubawa mereka pergi." Tun Isyak tiba-tiba datang menghampiri, riaknya serius terlakar. Belakang Tun Isyak ada tiga lagi orang.

Kesuma Cengkih terpanar, di lihatnya saat ini mereka sangat bergaya. Patutlah semua anak dara terpandang-pandang saja mereka yang segak lagikan kacak.

"Baiklah, sila menjamu santapannya nanti." Ramah Tun Iskandar berkata.

Is bersama yang lain membawa Sari dan Hendra pergi dari situ. Saat ini mereka hendak tahu siapa Sari yang mengenali Is.

Setibanya mereka di beranda. Masing-masing duduk, bersedia untuk memulakan topik perbualan.

Dijamu teh serta kudapan buatkan Hendra pula tidak sedap hati. Kenapa Tun Isyak sangat memberi perhatian pada mereka sampaikan membawa mereka lari dari tetamu di halaman rumah utama? Apa yang difikirkan Tun Isyak?

Hendra mengerling si Sari yang masih beriak kecewa. Saat ini, dia tidak mampu menceriakan si isteri saat hatinya gelisah hendak berbuat apa.

Sedangkan musuh di hadapannya, bersama pula isteri tercinta. Dia risau jika dia berbuat tidak perlu, Sari akan membencinya.

"Siapa engkau Sari?" Kali ini Tun Isyak tidak seramah tadi, nadanya juga sudah kasar.

Aliya tersentak dari lamunan. Siapa dia? Sudah tentu dia Sari.

"Sudah tentu hamba Sari."

"Aku bukan bermaksud luarannya, tapi dalamannya." Is berkias.

Siapa saja tidak faham maksud Is, Hendra juga mengerling si isteri yang terbeliak mata dek tergamam.

"Siapa?"

.
.
.
.
.
.
.
.

Berulang kembali di kejadian Sari mengejutkan semua orang termasuk Danny, Khairy dan Danial.

"Plushhh!" Tersembur air diminum Danny ke muka Danial.

"Bodoh la kau." Danial yang tadinya ikut terkejut sudah geram dengan Danny tersengih tak serba salahnya.

"Sorry bro, sorry bro. Aku terkejut je." Jelas Danny, Khairy pulak tergelak-gelak.

Danial lap muka dia. Memang semua orang terkejut, termasuk Is dah jadi tugu negara dekat tengah-tengah lautan manusia sekarang.

"Kau pergi usha Is tu, dah ternganga macam orang gila dah kenapa?" Danial tolak Danny. Meminta Danny sedarkan si Is tu. Kalau tak, masuk lalat mulut tu.

"Wah, dia kenal Is do." Khairy yang tadinya berdiam ikut terkejut dalam pada masa yang sama teruja. Siapa kali ni?

"Kalau tubuh perempuan, jadi dia perempuan la." Agak Danial.

"......"

"......"

"Goddam!" Serentak mereka berdua berkata, masing-masing teruja. Siapa siapa siapa siapa siapa!?

Danny tepuk bahu Is. Is tersedar. Dia perati je Sari sekarang, tak tahu nak ekspresi macam mana.

"Kau jangan menganga macam tu sangat bro, bonda dan ayahanda kau tu dah panas buntut nk masuk campur, better kau tarik perempuan tu. Dia ada kena mengena dengan kita jugak." Jelas Danny tersengih-sengih.

Is terangguk-angguk. Faham. Disebabkan dia rasa lain macam dengan Danny yang terlebih ceria dari dia, buat dia pulak bingung.

Sape Is sape Danny?

Is perasan mata Bondanya dah berbulu tengok Sari yang menjadi tatapan ramai. Tak boleh jadi, dia kena masuk campur.

Baru je dia melangkah, Hendra sudah terlebih dahulu pergi.

Al-maklumlah, Hendra tu kan suami dia.

Setelah itu, barulah dia menyelamatkan mereka saat keadaan sudah ditenangkan Hendra. Masing-masing menarik nafas lega bila dapat tahu lelaki kacak seperti Hendra mengakui Sari itu isterinya.

Sempat Is meminta maaf dengan bonda dan ayahandanya sebelum pergi melarikan Hendra dan Sari ke rumah tetamu.

.
.

Sekarang, kembali pada sesi soal siasat mereka.

"Siapa engkau?" Is beriak serius. Sape perempuan di zaman moden kenal dia?

"Aku pernah menemui engkau di hutan sesat." Tiba-tiba Danial buka mulut.

Sari yang tadinya berdebar-debar hebat menoleh menatap Danial a.k.a Derahim.

Setahunya, diingatan Sari ada menemui manusia yang tersesat ke hutan tempat di diaminya. Hutan itu adalah satu-satunya ke tempat perkampungan orang Bunian.

"Manusia tersesat!" Aliya tunding jari.

Danial yang sudah ingat siapa perempuan itu turut terkejut, ikut menunding sama.

"Kau orang bunian!"

Suasana sunyi sepi. Hendra apalagi, terus menarik Sari masuk ke dalam pelukannya, pisau yang disembunyikan di kakinya dikeluarkan lalu dihunus  kepada mereka.

"Jangan apa-apakan kami, terutama isteriku. Lepaskan kami, aku mohon." Rayu Hendra. Saat ini, bila-bila masa saja Tun Isyak boleh mengarahkan semua pengawal yang berada dimana-mana untuk kepung mereka berdua. Sudahlah dia hanya bersenjata pisau saja.

"Tunggu." Danial tahan.

"Hendra, aku tidak apa-apa." Disebabkan terkejut dengan sikap suaminya, malah dia pula berona malu wajah dek di lindungi Hendra sebegitu rupa.

'Oh my god, he so caring!' Nak saje Aliya teriak kat situ.

"Cukup berbasa basinya, jika engkau tidak mahu menjelaskan siapa dikau, lepaskan cadarmu. Kami akan melepasmu pergi jika berbuat demikian." Ugut Is.

"Kecantikan isteriku hanya milikku. Aku tidak percaya manusia seperti kalian. Aku.." Hendra menahan perilaku Sari yang sudah bersedia hendak membuka kain selendang di wajahnya.

"Usah risau, kami menepati janji. Meski engkau puak Bunian, kami hanya bernafsu sesama manusia sahaja." Potong Khairy tiba-tiba, dia tampak bosan menanti. Sudah tentu saat ini dia juga hendak melihat bagaimana rupa Sari.

Ya, itu dipinta Danny. Danny cakap macam kenal suara perempuan tu. Danial pun siap setuju. Khairy tak tahu siapa dimaksudkan. Tapi teruja jugak nak tahu.

"Baiklah, terima kasih kerna mengerti keadaan kami berdua. Aku tahu rupaku pasti mengundang pelbagai persoalan di khalayak tetamu, kerna aku puak Bunian. Kecantikan ini terlalu luar bisa pada puak manusia." Ucap Aliya sedikit berbangga diri. Dia melepaskan kain selendang di mukanya. Hendra sudah siap bermain dengan pisau jika manusia dihadapannya meluru menyentuh Sari.

"......."

"......."

"......."

"........"

"Wah.." Khairy mula dulu. First time dia tengok wanita cantik dekat zaman itu. Maklumlah, dia dah biasa tengok perempuan cantik dekat zaman dia.

Khairy tersengih, lalu pandang Hendra yang tajam tatap dia.

"Biasa je." Siap cakap macam tu lagi. Hendra berkerut, jadi isterinya tidak menjadi tatapan si pemuda itu? Sari tidak cantik dimatanya?

Bagaimana manusia lain?

"Hmm.. Bagaimana, aku harus memakai kembali cadarnya. Kalian sudah berjanji melepaskan kami. Tapi, aku masih ingin tahu tentang barangan sakti Tun Isyak." Ucap Aliya tersenyum tawar, tujuannya hendak tahu tentang barangan sakti. Jika identiti mereka terungkap, nampaknya dia harus pergi. Bahaya jika manusia lain tahu tentang mereka.

Sari hendak memakai kembali kain selendang ke wajahnya.

Namun, tanpa disangka Danny malah menarik kain selendang tersebut. Tindakan spontan itu buatkan pasangan suami isteri terkejut.

"Aliya...."

Mata Aliya berguli-guli cecair, tatapannya terkedu namun disemat bahagia kerna ada orang mengenalinya.

"Aliya, macam mana kau.." Danny cubit dua-dua pipi tembam Aliya. Buatkan Hendra yang memandang saja sudah berpanas hati. Terus ditolaknya tangan Danny dengan kasar, Sari terus dilindungi.

Bersama dengan pisau tadi, laju dihunus ke arah Danny. Danny berundur, sedikit saja lagi tersasar mukanya di gores. Hendra betul-betul tak boleh bawak bincang.

"Dasar! Kenapa kau perbuat tidak sopan dengan isteriku!? Sari, kenakan kembali cadarmu, sudahku perjelas manusia seperti mereka berniat keji ke atas engkau!" Marah Hendra. Dia sudah berniat hendak pergi, namun Aliya tidak berganjak. Masih setia duduk, meski tangannya ditarik kasar oleh Hendra untuk bangkit.

Dia menatap keempat-empat pemuda yang masih menatapnya terkejut. Aliya akhirnya sudah memahami, mereka berempat seperti dikenali di kehidupan lalu. Seakan imbas bayang pada keempat pemuda itu akhirnya.

"Ya, aku Aliya. Bukan hantu Aliya lagi." Air mata bahagianya jatuh mengalir di pipi akhirnya.

Bersambung




Bahasa Melayu klasik

Engkau = kau
Kanda = abang

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro