The reunion, the last hope ²
Khairy cuci mukanya, timba air diangkat tinggi ke atas kepala lalu menyerami satu badan. Lega badannya mendapat air sejuk itu kerana hari panas.
Panas? Tidak, mereka berempat baru lepas tadi sedang bermandi manda dekat sungai. Puas hati setelah dapat berenang meski dia betul tak selesa dengan rambut panjangnya. Cuma sekarang dia nak bersihkan rambut dia ni.
Pintu bilik mandi berupa kayu buluh tiba-tiba terselak dari luar.
Kedua-dua mereka bertatapan.
"ARGHHHH!"
Jeritan mereka bersatu akhirnya.
.
.
Danny gosok rambutnya basah. Dia melihat Melati sediakan makanan petang, cucur pengat pisang memberi haruman kelezatan. Nak terleleh air liur Danny. Baru nak ambil satu, terdengar jeritan dari luar rumah, yang pastinya bilik air ditempatkan di luar. Dia yang berada di dapur menghela nafas penat. Melati sudah tercengang habis.
"Arghhhhh! Kau dah kenapa masuk Is?! Aku nak mandi gila!"
"Apa salah aku!? Kau yang tak kunci pintu!"
"Keluarlah gila!"
"Kaulah blah! Aku nak terkucillah pompuan!"
"Pompuan otak kau! Buta ke tak nampak burung aku ni ha!?"
Pening kepala Danny, malas dia nak melayan dua ekor tu. Memekak je. Melati sudah berubah riak risau. Takut gaduh je tu.
Baru saja tadi Danny hendak menyuap pisang ke dalam mulut, sekali lagi terdengar jeritan dari luar rumah. Kali ini orang lain pula. Tak jadi dia makan. Danny rasa nak hentak kepala tiga-tiga ekor mangkuk hayun tu.
"Tuan Derahim.." Melati tutup mulut, kelakar mungkin.
.
.
"Weh Ry, mana tuala aku? Kau kebas ke.. ARGHHHHH!"
"ARGHHHHH!" Tiga ketul manusia tu menjerit bersama.
"Danny! Is dengan Khairy buat khalwat!" Pekik Danial dek terkejut melihat situasi dihadapannya.
"Otak kau!" Khairy dan Is mencarut sama. Dituduh khalwat oleh Danial memang satu topik luar alam.
.
.
.
.
.
.
Dia tak jadi balik, lebih kepada melepak di rumah keluarga Danial. Kali ini, suara mereka saja rancak berbual di ruang tamu. Ahsan mahupun Salehuddin tidak mencelah, mereka berada di dapur. Agak hairan mereka apabila melihat keakraban empat anak muda itu lain sangat.
"Melati? Apa yang terjadi kepada mereka?" Tanya Ahsan pelik.
"Melati juga tidak tahu, selepas mereka pulang dari mandi sungai petang tadi, kelakuan mereka seperti itu." Jelas Melati menundukkan sedikit kepala.
Dia yang dingin itu pun sedikit terhibur dengan perangai gila-gila mereka.
"Hairan benar aku melihat mereka, lagi-lagi Daeng itu. Ku sangkakan dia sudah pulang, rupanya dia kembali lagi." Salehuddin sedikit pelik.
Daeng dilihat tengah memaki hamun Tun Isyak. Tun Isyak pula dengan selamba korek telinga. Mohd dan Derahim rancak pula boraknya sambil saling menolak kaki. Gaduh kah?
"Korang ni, aduh pening aku." Danial stress.
"Aku jugak ke? Si Is ni problem." Danny selamba sepak pinggang Is. Buatkan Is duduk bersila itu tertolak ke sisi melanggar tubuh Khairy.
"Apa pulak aku, si Khairy ni yang mula dulu. Dia yang pakai semua tuala kita. Aku pi letaklah taik hidung aku dekat situ." Tersengih-sengih Is, bangga dengan apa dia buat.
"Rambut aku panjang, pahamlah sikit." Khairy peluk tubuh. Dia tak suka.
"Yang kau pergi letak taik hidung kau tu dekat tuala aku, bukan tuala kau!" Marah Danny pula.
"Aku yakin tu tuala aku." Is tak nak mengalah.
"Oi oi oi oi, sudahlah. Nanti aku minta tuala baru dekat Melati, pasal tuala pun korang nak gaduh ke!?" Marah Danial bengang.
"Kau dulu bukak cite pasal tuala." Khairy bosan.
"Haaa kau mula dulu." Is tunding jari, setuju.
"Haah." Sahut Danny sama.
"Takkan sampai bertekak macam ni? Aduh, ni belum lagi kita satu rumah tau tak?" Pening Danial. Kalau empat-empat satu rumah, ribut pun takut nak dekat.
Keempat mereka saling berpandangan. Suasana sunyi seketika dek masing-masing cuba bertenang.
"Dekat mana kita tadi?" Khairy cuba buka topik baru.
"Dekat bumi?" Is tersengih.
"Pasal kita?" Danny cuba serius. Malas peduli Is yang sememangnya tak serius. Dah biasa.
"Ya, pasal kita. Yang terjebak dekat sini." Sambung Danial setuju.
Khairy keluarkan serulingnya tiba-tiba, dia sahaja berwarna lain dari batu jed kristal yang lain.
Is keluarkan keris dia. Lipatan kain dibuka, batu jed biru kristal ditanam di salah satu pemegang keris itu.
Danial keluarkan pula cincin batu bertatah batu jed kristal juga.
"Mana kau punya Dani?" Tanya Is, pelik tengok Danial terkejut.
"Weh, korang memang ada barang macam ni ke?" Soal Danny jelas terkejut.
"Takkan kau tak ade bro?" Hairan Khairy.
"Aku, a-ada. Satu." Danny berucap perlahan. Dia teliti kesemua barang mereka.
"Kau punya tu apa?" Tanya Danial nak tahu.
"Kau ingat tak kita first time jumpa gaduh pasal gelang kau nampak tu?" Soal Danny buatkan Danial yang punya connection lambat itu akhirnya terbutang mata.
"Mastika!" Serentak mereka berdua menyebut.
"Kenapa dengan Mastika?" Is hairan.
"Siapa pulak Mastika?" Khairy tercengang.
"Aku punya gelang, disebabkan aku tak boleh pakai jadi aku minta adik Daeng tu pakaikan. Jadi gelang tu dekat dia." Jelas Danny.
Masing-masing sudah susah hati.
"Tak boleh buat apa bro, kita kena ambik jugak. Ni je clue kita kenapa benda ni buat kita ada kat sini." Jelas Khairy.
"Ye aku tau, esok macam mana kau Nial? Ikut tak?" Danny nak tau. Mana tau Danial ni nak kerja.
"Ikutlah, tak sanggup aku berpecah lagi." Ucap Danial perlahan sambil kerling keluarga Derahim di dapur yang sedang berborak.
"Aku rasa ni sumpahan do." Teka Is tiba-tiba.
"Kenapa kau rasa macam tu?" Danny nak tahu.
"Ingat lagi tak Shoko pernah pergi merapu ayat apa entah dekat kita masa kita semua tangkap Shoko? Masa tu dia menjampi sarapah bahasa pelik." Is menjelas. Dia ingat lagi masa tu.
"Dan aku boleh rasa seram sejuk masa tu." Sokong Danial.
"Aku tak rasa apa." Hairan Danny. Cuma tak sedap hati jela.
"Mungkin ni sumpahan buat kita jadi perentas waktu ke zaman ni." Tambah Is.
Masing-masing diam. Tidak sangka. Terkejut pun ada. Kalau mereka berjaya balik pun tak guna, sumpahan tu semacam kesumat dendam Shoko ke atas mereka. Nak pergi suruh Shoko hilangkan sumpahan ni? Perempuan tu dah gila, sekarang dalam hospital sakit jiwa.
"Just accept that we are time travelers, kita kena cari cara hapuskan sumpahan tu, kalau tak, kita akan terkurung di sini sampai bila-bila." Khairy memberi semangat dalam situasi genting itu.
Danny angguk setuju, buat masa sekarang mereka harus menilai situasi sekeliling mereka.
"So, apa kita kena buat dulu?" Is soal sambil tersenyum leret.
"Dapatkan gelang Danny." Danial mencadangkan idea sebelumnya.
Masing-masing mengangguk, nak menguji barang mereka itu plan kedua. Mereka harus satukan keganjilan yang ada untuk mencari sebab kenapa berada disitu.
.
.
.
.
.
Pagi itu, mereka menaiki perahu. Ramai juga hendak ke seberang. Bukan mereka saja ,tapi ada beberapa penduduk kampung lain.
Perahu membawa mereka ke sungai besar. Merentasi sungai memakan masa. Khairy yang setia membawa gitar itu memetik tali gitar. Mereka kini sedang dalam perjalanan ke pulang ke rumah Danny.
"Aku ada beli satu dekat rumah. Masa aku jumpa Danial pertama kali kat pelabuhan." Cerita Danny.
"Sayang tak ada drum zaman ni." Is mencebik.
"Hahaha, aku memang tak reti semua tu. Kalau korang suruh nyanyi, aku tak yakin suara Derahim ni kena." Tambah Danial tertawa kecil.
"Aku rasa okey je suara Derahim tu." Ucap Khairy, disetujui Danny dan Is.
"Nanti ah nyanyi." Danial mengelak.
"Dani, nanti sampai kau nak stay rumah aku tak? Luas sikit. Danial pun dah bebas tu dari bekerja. Bolehlah duduk satu minggu sampai abang aku nikah.." Is buat rancangan.
"Boleh gak tu, aku free je. Dah lama tak pekena nasi minyak ni." Ucap Danny.
"Cakap pasal abang kau, nama dia Tun Iskandar kan? Nama dia semacam nama kau." Derahim teringat.
"Hmm, bukan nama je." Is tak selesa ingat balik semua tu.
"Jadi?" Danny ingat yang Is betul-betul tak suka abang dia. Rupanya bukan Tun Isyak.
"Hmm, nanti korang tengok sendirilah. Takde mood aku nak cakap pasal dia." Is tarik muka. Untuk pertama kali mereka melihat Is sensitif bila cakap tentang sesuatu.
"Tapi malam ni stay rumah Danny dululah, penat do jalan jauh. Nak patah balik rumah makan masa tak Is?" Tanya Khairy.
"Haah, aku sendiri pun tak tau rumah Danny." Is toleh tatap Danny.
"Mujur aku dah besarkan sikit rumah Daeng tu." Danny senyum. Dia pun penat.
Sesampai mereka di jeti, mereka naik ke darat. Danial menoleh, sedar-sedar dia berpapasan dengan seseorang yang telihat seperti pemain pedang.
"Macam Zoro dho."
"Ish terkejut aku Is." Danial urut dada. Is tersengih. Dimakan ada magic.
"Haah, macam Zoro dalam cerita One piece. Beza dia rambut warna hitam je." Setuju Danny.
"Kembar dia kot." Danial ikut gelak.
"Weh jom, pembunuh tu jangan pandang." Bisik Khairy. Ditarik ketiga-tiga orang itu, macam tak pernah tengok orang cosplay kali.
"Series la kau!" Terkejut Danial.
Mereka pergi dari situ. Tak nak main mata dengan orang berpedang tiga itu. Kalau dah Khairy kata begitu, cabut larila.
"Assalamualaikum pak lebai."
"Waalaikumussalam, engkau baru saja pulang dari pekerjaankah Hendra? Dimana kekasih engkau?"
"Iya Pak Lebai, dia bersama ibuku. Pak Lebai, hendak menunggu orang lain naik perahu ini?" Hendra duduk. Sejenak matanya tajam tertangkap kelibat empat pemuda yang sudah hendak pergi dari situ.
"Tiada lagi, kita bisa berangkat sekarang." Pak lebai melepas tali perahu. Dia mendayung kembali.
.
.
.
"Macam mana kau tau dia pembunuh?" Tanya Danny hendak tahu.
"Bau dia, takkan korang tak cium bau darah tadi?" Khairy memang jenis cepat perasan kalau soal bau.
"Aku tak cium apa-apa." Ujar Danial.
"Tapi dia berpedang." Is setuju dalam diam.
"Aku dah biasa tengok orang berpedang macam tu dekat kerajaan Cina. Rupa macam tu, tak lain tak bukan orang yang dah sentuh darah manusia. Kau ingat zaman sekarang pedang tu display je? Tayang sana sini acah tunjuk saje-saje. Tak, zaman ni lain korang. Zaman ni keras, hati kena kental."
Mendengar akan itu, tidak berani mereka hendak berkata lebih pada Khairy.
"Macam tu hati-hati jela." Danny berpesan. Mereka mengangguk mengiakan. Betul sangat, even ada ilmu persilatan dalam diri belum tentu mereka menang dengan orang bersenjata.
Bersambung
Bahasa Melayu klasik
_
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro