NEW BOOK WILL UPDATE SOON🤞🏻
Is as Tun Isyak
• Anaknya Temenggong
• Orang penting istana
• Picture snap at Balairung
Danny as Daeng
• Orang kampung
• Khadam Tun Isyak
• Picture snap 'scene Danny fight Is'
Danial as Derahim
• Orang kampung
• Pedagang kain
• Picture snap at his house
Khairy as Zei Wei
• Pahlawan muda di Dinasti Cina
• Orang penting istana
• Picture snap mandi di sungai with Danny n the geng
Side character
sorry, Aliya termasuk side character sebab scene dia masuk lambat.
Hendra and Sari as Aliya
• Bunian people
• Pasangan suami isteri
• Picture snap at 'Majlis pernikahan'
Wajra
• Orang kampung
• Berguru dengan arwah Tok Mudim
• Picture snap 'Behind the scene.'
Sejora
• Orang kampung
• Berguru dengan Panglima Hitam
• Picture snap 'Behind the scene'
Mastika
• Orang kampung
• Adik Daeng
• Picture snap 'Behind the screen'
Author dah penat pilih gambar, memandaila korang imagine sendiri. Bab gambar ni failed sikit. Uhurks.
....
"Jadi, jika mereka kembali di zaman mereka. Apa yang terjadi pada senjata sakti di zaman mereka?" Shahir tertanya ingin tahu.
"Ia hancur menjadi debu. Masuk ke alam bunian, mestilah sejarah sudah berubah." Shafira berpeluk tubuh. Bangga menerangkan penjelasannya.
Aliya tersenyum melihat kerenah Shafira dan Shahir yang memberi pelbagai jawapan dan pertanyaan itu.
"Iya, jika mereka sudah bangkit kembali. Senjata sakti itu hancur menjadi debu dizaman itu, hal ini kerana senjata sakti itu sudah berpindah tempat ke alam kita." Jelas Aliya. Wajah sepasang Putera puteri itu dilihat melongo kagum. Mengangguk faham akan ceritanya.
"Bonda rasa mereka kembali ke zaman merekakah?"
Aliya tersenyum kecil, rambut anak lelakinya dibelai kasih.
"Bonda yakin mereka sudah kembali, Shahir."
Shahir tersenyum lebar, puas mendengar pengakhiran cerita bondanya.
"Tapi tak happy ending." Kembar Shahir, Shafira menggelembung mulutnya. Jelas dia berbeza jawapan dengan si abang.
"Amboi, fasih ya bahasa asing?" Datang Hendra dari belakang Aliya, Aliya menyalami suaminya yang baru habis mandi setelah perjalanan jauh. Hendra lalu duduk sebelah Aliya, hendak berbual sama.
"Sudah tentu, harus advance ayatnya. Baru bisa glamour." Shafira bermuka sombong, naik meluat Shahir melihatnya. Hendra dan Aliya tertawa, ambik perangai sape lah tu.
"Anakanda semua hendak tahu dia pengakhiran sedih atau pengakhiran yang bahagia? Cuba teka? Bapak akan bagi hadiah jika kamu berdua benar." Hendra mencuit si hidung Shafira.
Shahir teruja.
"Happy ending!" Dia yakin tentang itu.
Shafira menggeleng.
"Tak, dia sad ending." Shafira mempunyai jawapan jelas berbeza dari abangnya. Masih menegakkan pendapatnya.
Aliya dan Hendra saling berpandangan lalu masing-masing tersenyum.
"Shafira, bonda hendak tahu kenapa kamu memilih sad ending?"
"Sudah jelas mereka mati, kembali ke zaman asal pasti tidak jumpa dengan hantu Aliya lagi. Pasti sedih, kehidupan mereka pasti sunyi. Bukan tu sahaja, kehidupan mereka terasa asing setelah kejadian yang berlaku saat mereka menjadi Perentas waktu. Pasti mereka sedih kehilangan orang-orang tersayang. Seperti mas Danny, kehilangan Mastika." Shafira faham, jika Danny pulang beerti kesedihan di dapatkan.
"Memang benar jika mereka kembali ke zaman asal tidak akan jumpa hantu Aliya lagi, tapi Shafira ingin jika hantu Aliya itu sentiasa menjadi roh gentayangan dan mengganggu manusia? Kamu ingin?" Aliya hendak tahu, meski dia masih merahsiakan siapa dirinya, biarlah rahsia dia antara suaminya sahaja.
"Tidak mahu." Perlahan Shafira menjawab. Dia juga tak mahu hantu Aliya terus menjadi roh gentayangan.
"Tentang Mastika itu pula, Bonda yakin Danny mampu menghadapinya. Dia berjiwa kuat, mustahil dia akan merenung nasib cintanya begitu saja. Dia tahu, jika dia bersedih. Mastika pasti ikut sedih."
"Hmm, iya bonda. Fira berharap mas Danny baik-baik saja." Jelas Shafira akur dengan jawapan bondanya.
"Begitulah anak bonda." Aliya menggosok rambut anak gadisnya.
"Engkau suka mas Danny ya?" Usik Shahir tersengih-sengih.
Naik berona pipi Shafira mendengarnya.
"Apaan kamu!?" Malu dan geram dalam satu masa terus dipeluk bondanya, menyebam wajahnya yang jelas malu. Terang lagi bersuluh dia sukakan Danny dari yang lain.
Aliya ketawa menggeleng. Hendra mencubit pipi Shahir, kerja nak menyakat je.
"Shahir, kamu pula kenapa memilih pengakhiran yang bahagia?" Hendra menukar topik, tidak mahu Shafira bersedih. Kita dengar jawapan si abang pulak.
"Mahu tahu?" Shahir tersengih-sengih. Pipinya yang pedih dicubit si bapak digosok tidak kisah. Tahu bapaknya bergurau.
Aliya dan Hendra mengangguk. Shafira meleraikan pelukan dari Aliya. Dia berpeluk tubuh, menunggu jawapan kembarannya.
"Kerna happy ending dengan adanya kami." Shahir bercekak pinggang, bangga dengan jawapannya.
"Apa kaitannya kita!?" Shafira ketuk kepala Shahir. Eee, dari tadi semua jawapan dia tak berasas!
"Aduh! Sakit. Iyalah, kau mahu tahu happy ending bukan? Kitalah jawapannya, jika kita tidak lahir, tiadalah ceritanya. Benarkan Bonda?" Shahir menggosok kepalanya sambil menatap si Bonda yang tersenyum manis.
"Benar, kamu berdua jawapannya." Aliya memeluk kedua-duanya. Mereka sangat gembira. Hendra tersenyum melihat kerenah anak-anak yang manja dengan isterinya.
"Bagaimana bisa?" Shafira masih saja tidak puas hati.
"Tenang, bawak bertendang. Nanti mas Danny bingung engkau asyik mengatakan pengakhiran yang sedih." Usik Shahir sengaja buatkan Shafira termalu. Dibenam wajahnya dalam pelukan Aliya.
Aliya menggeleng kepala sambil tersenyum.
.
.
.
.
Aliya mengeluarkan baju suaminya dari beg laguage. Zaman sudah maju, sudah semestinya alam bunian dan alam manusia mempunyai masa yang berbeza. Hendra saja yang boleh keluar masuk ke alam manusia untuk membeli sesuatu. Manakala dia akan menjaga anak-anaknya.
"Sayang, kenapa tidak tutup pintunya. Nanti Shafira dan Shahir masuk, hendak menunjuk beg itu?" Tegur Hendra masuk ke bilik. Pintu dikunci.
Beg laguage beroda itu diambil di tangan isteri lalu disorokkan di bawah katil mereka. Walaupun sudah lama bersembunyi di alam bunian, tetap sahaja mereka belum memberitahu tentang alam manusia yang sudah maju pada Shafira dan Shahir. Ini demi keselamatan anak-anak mereka.
"Mereka keluar bermain kanda, bagaimana dengan Danny dan yang lain?" Aliya memeluk suaminya. Rindu.
"Saat ini mereka sedang melanjutkan pelajaran, dan juga mereka sudah pindah tempat. Mereka baik-baik saja."
"Sari gembira." Aliya lega mendengar berita tersebut. Sepertinya Danny dan yang lain dah berserah pada qada' dan qadar.
"Syukurlah mereka kembali sedar di zaman mereka." Ucap Hendra lalu mencium ubun-ubun Aliya.
"Nampaknya tiada lagi cerita housemate aku hantu itu." Aliya tersenyum tipis. Pengakhiran buat kedua buah cerita mereka.
"Usah risau, jika ada peluang. Akan ada cerita lain. Bisa saja Shafira atau Shahir pula yang dijadikan cerita seterusnya." Ucap Hendra bergurau.
Aliya tertawa. Membayangkan anak mereka dijadikan watak utama untuk cerita seterusnya. Bagaimana mungkin?
"Tapi kenapa dinda termenung saat anak kita memberi pengakhiran cerita tadi?"
"Sari risau, jika mereka tidak bangkit setelah sadar." Ujar Aliya, tiada bab seterusnya menceritakan tentang keadaan Danny dan yang lain.
"Tidak apa-apa, syarat untuk kembali sudah tercapai oleh mereka. Mereka harus mati dan kembali ke sana." Hendra mencium lembut ubun isterinya itu.
"Hmmm."
"Dinda?"
"Sari hanya risau jika mereka tidak kuat dengan ingatan kisah silam." Luah Aliya akhirnya. Dia tidak yakin dengan jawapan yang diberikan pada anak-anaknya tadi.
"Tidak apa-apa, mereka itu kuat Sari, pasti tidak selamanya bersedih. Aku sendiri melihat mereka.. Ya sudah, dari tadi bicara tentang mereka, aku baru bisa pulang, tidak rindu?" Bebel Hendra masam lalu mencubit kedua-dua pipi tembam Aliya. Geram, dari tadi tanya pasal lelaki lain. Eeeee!
Aliya tertawa, dia tahu Hendra cemburu. Melihat senyuman isterinya, Hendra membelai rambut Sari lembut dan mendakap tubuh langsing itu. Menatap dalam mata Aliya dengan penuh cinta.
"Ini happy ending." Hendra memujuk, senyumannya melebar.
"Benarkah?"
"Ya, pengakhiran yang bahagia."
"Alhamdulillah.."
End
Kau senyum apa tu ha?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro