Musuh ²
Usik perindu di baluti kerinduan,
Si kekasih memberi dijadikan ingatan,
Kapan perindu menjadi igauan,
Gelang diberi buat kenangan.
Bersuami si pelaut menebar risau,
Diberi cincin buat si isteri renungkan,
Hilang si suami buatkan galau,
Maka yang tinggal dia keseorangan.
Dinasti cina menjadi tempatnya,
Ramai gundik mahupun pemaisuri,
Rantai menjadi pilihannya,
Menghiasi di leher jinjang nampak berseri.
Warisan Melayu lama, si keris sultan,
Bukan momokan, bukanlah kepalsuan,
Keris dijadikan kekuatan,
Menyampaikan yang benar serta keadilan.
Jika jatuh ke tangan yang salah, kelak binasa
Memakan diri. Jika benar ditangan yang ditentukan, mereka dianugerahi kekuatan yang digeruni.
Ustaz Abuya menutup buku bercoklat tipis itu. Di dalam buku itu diselit empat cerita mengenai tentang barang-barang yang dikatakan mempunyai kekuatan luar biasa.
Dia mengangkat pandang ke arah lelaki yang datang kepadanya malam-malam dingin ke rumahnya.. Di sekelilingnya terdapat beberapa pahlawan digeruni. Si pemain pedang dan juga pemegang sihir, anaknya sendiri Bunga.
"Apa yang hendak kau jelaskan ini?" Ustaz Abuya menyoal juga setelah lama berdiam. Mengerling anak gadisnya yang juga setia menjadi pengikut lelaki di hadapannya. Dirinya ditatap tajam oleh anak gadisnya yang berpurdah itu.
"Abuya, jika engkau tahu maksud pantun ini. Ku mohon berikan petunjuk buat kami mencarinya." Jelas lelaki itu. Dia berpakaian serba hitam, parut terlakar di bawah matanya yang buta sebelah.
"Engkau tidak layak menggunakannnya Sadiq." Ustaz Abuya menegaskannya.
"Itu barang aku Abuya." Sadiq menekan nada, menatap Abuya tajam. Lelaki itu kemudiannya menghela nafas panjang.
"Bapak, kami kesuntukan masa." Ucap Bunga dingin, bunyi sekitar dirinya seakan dicakar marah. Terlihat jelas lantai kayu rumahnya terhakis. Anaknya itu bergantung harap si saka Belang yang kini menjadi hamba Bunga. Saka itu telah berpaling tadah.
"Jika engkau tidak membantu, aku tiada pilihan lain memenggal kepala engkau.." Lelaki berpedang tiga mula membuka satu pedangnya. Memberi ancaman.
"Hendra, Bunga. Bertenang." Sadiq menegur. Sebagai ketua dia harus bersabar dengan kerenah orang tua dihadapannya.
Hendra mengerling dingin Ustaz Abuya, pedangnya disarung semula. Bunga pula berpeluk tubuh. Meski penampilannya begitu, dia berkuasa mengawal segala Jin dan iblis disekitarnya. Pengguna ilmu hitam sesat.
"Jika engkau tidak membantu, kami tidak ragu menyerang kampung ini." Sadiq memberi amaran keras.
Ustaz Abuya mengetap gigi. Meski dia rela dirinya terbunuh menyembunyikan perkara sebenar, tetapi dia tidak dapat mengelak jika orang kampung menjadi ancaman.
"Aku hanya tahu satu petunjuk." Ustaz Abuya tiada pilihan lain. Dia harus menyelamatkan orang kampung yang tidak bersalah.
"Apakah ia?"
"Seminggu kehadapan lagi, akan adanya majlis Kesuma Cengkih di kampung seberang. Engkau pergi mencari seseorang bernama Tun Isyak."
"Tun Isyak itu, anaknya Temenggong. Perlu apa kita menemuinya?" Hendra menyoal tidak suka. Kenapa perlu terlibat dengan dengan orang-orang istana?
"Tun Isyak, satu-satunya pemilik keris sakti yang engkau cari. Jika engkau temukan ia, aku yakin keris itu akan membawa engkau kepada tiga lagi barang sakti yang lain."
"Adakah keris itu, kuasanya kuat dua kali ganda dari tali pinggang yang di pakaiku?" Soal Sadiq dingin.
"Iya, kerna keris itu kedua terkuat dari rantai sakti. Engkau jangan apakan orang kampung. Jika kau berbuat demikian, orang istana akan masuk campur." Pesan Ustaz Abuya. Sedikit kesal kerna memberi maklumat tersebut.
Sadiq tersenyum meleret. Dia cukup gembira Kerna mendapat maklumat berguna. Tidak sia-sia dia kemari bertanyakan pada Ustaz itu.
Ustaz Abuya, salah satunya orang yang tahu akan kewujudan barang-barang sakti itu. Mereka meninggalkan dia setelah mendapat apa yang sepatutnya.
Ustaz Abuya menggeleng kepala. Dia risau, dia takut jika apa-apa berlaku ke atas keluarga Tun Isyak.
'Aku harus meminta tolong ustaz Saiful.' Ustaz Abuya bersiap-siap berkemas. Dia menukar pakaiannya untuk pergi ke rumah Ustaz Saiful.
Dia tidak mampu kalahkan Sadiq bersendirian, anak gadisnya sudah terpesong jauh. Walaupun kesal anaknya berubah, dia sudah berusaha keras memujuk anaknya kembali pada penciptaNya.
"Bangsat kau Sadiq." Gumam Ustaz Abuya melangkah penuh dendam. Walau bagaimana cara sekalipun, anaknya itu harus kembali padanya. Bunga sudah dicuci otaknya oleh Sadiq!
Tanpa sedar, kepergiannya itu diekori oleh Hendra dari belakang.
Sepanjang perjalanan, Ustaz Abuya tidak sedap hati. Tertoleh-toleh ke belakang risau jika dirinya diikuti. Melihat kegelapan yang berteman, dia meneruskan perjalanan. Laju langkah kakinya ke sebuah rumah tidak jauh dari tempat tinggalnya.
Sebaik tiba, dia ternampak sekumpulan lelaki sedang di beranda di rumah itu. Berhenti langkah kakinya melihat siapa mereka. Ustaz Saiful juga termasuk dalam kumpulan tersebut.
"Tun Isyak?" Kenapa Tun Isyak berada disini? Bagaimana dia mengenali Ustaz Saiful? Ustaz Abuya menggeleng kepala, sekarang bukan masanya untuk bertanya-tanya.
"Assalamualaikum Saiful!"
Sekumpulan manusia itu menoleh. Jelas terlihat terkejut Ustaz Saiful melihatnya muncul di malam-malam buta itu tanpa berteman api obor-obor.
"Waalaikumussalam, Ya Allah Abuya engkau tidak memakai api obor kemari?"
"Tidak sempat." Jawab Ustaz Abuya lalu ikut duduk dalam kumpulan itu. Tatapan pelik empat anak muda itu mengundang hairan.
"Siapa engkau bertiga? Ini Tun Isyak aku kenali."
"Abuya, mereka anak didik ku. Tun Isyak meski orang penting, dia juga ingin menuntut ilmu tasawwuf. Mereka ingin belajar." Saiful memberikan segelas air cawan dari tempurung.
"Kenalkan, dia Mohd. Orang Cina yang baru memeluk Islam. Ini pula Derahim, pedagang kain di pelabuhan. Manakala Daeng ini, khadamnya Tun Isyak." Jelas Saiful satu persatu.
"Assalamualaikum Ustaz, rasanya kita pernah bertemu." Daeng hendak menyalami Ustaz Abuya. Ustaz Abuya cuba-cuba ingat. Tangan Daeng disalami.
"Engkau anak tersesat itu."
"Hahaha, terima kasih atas pertolongan ustaz tempoh hari." Danny tersenyum lebar.
"Saiful, aku ingin bercakap berdua dengan engkau." Pinta Ustaz Abuya.
Mereka mengengsot sedikit ke sisi beranda, Ustaz Saiful memahami akannya.
"Mereka semua ini, datang bersebabkah Ustaz Saiful?" Ustaz Abuya mengerling Ustaz Saiful.
Ustaz Saiful mengangkat kening.
"Maksud engkau?"
"Tun Isyak?"
"Hanya belajar saja, kenapa?"
"Sadiq sudah bergerak."
Sebaik berkata begitu, Ustaz Saiful berubah air mukanya.
"Aku masih tidak menjumpai Wajra. Sejora juga tidak masuk campur lagi." Ujar Ustaz Saiful kali ini bernada serius.
"Sebenarnya, aku.." Ustaz Abuya mengerling Tun Isyak yang sedang bercakap-cakap dengan kawan-kawannya.
"Kenapa Abuya?"
"Aku memberitahu tentang keris itu, Sadiq ingin mendapatkannya dari Tun Isyak, sepekan nanti pada majlis Kesuma."
"Apa!?"
Terkejut Ustaz Saiful, sampaikan keempat-empat mereka berpaling hairan dengan tingkah Ustaz Saiful yang pelik dimata mereka.
"Kenapa engkau memberitahunya?" Marah benar Ustaz Saiful, namun nadanya saja ditahan supaya Tun Isyak dan yang lain tidak menyedarinya.
"Aku terpaksa, dia mengugut untuk membunuh orang kampung ini Saiful. Bantu aku, bagaimana harus aku perkatakan ini pada Tun Isyak." Rayu Abuya risau.
Saiful mengusap wajahnya. Dia juga ikut pening.
"Engkau harus menjelaskannya pada Tun Isyak, dia juga tidak tahu tentang keris Sakti miliknya." Saiful menoleh, melihat Tun Isyak yang turut menatapnya sambil tersenyum.
"Aku tidak mahu Tun Isyak terlibat, jika tidak. Binasa tanah Melaka ini." Saiful mengerling geram Ustaz Abuya yang tidak pandai menutup mulut.
"Maafkan aku Saiful, ini untuk nyawa orang kampung."
Bersambung
Bahasa Melayu klasik
Sepekan nanti = Minggu depan
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro