Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Kuasa Sakti

This chapter being fantasy and no logic, remind yourself to get more ready to understand the story line which is definitely a does not follow the actual storyline.

Kyya
________________________________________

Malam itu, Ustaz Saiful tidak banyak bercakap setelah berurusan dengan Ustaz Abuya. Ustaz Abuya juga sudah disuruh pulang tiba-tiba.

Masing-masing keliru dengan perilaku Ustaz Saiful yang dikatakan sedang risaukan sesuatu.

"Tun Isyak, bisakah kita bicara berdua?" Tiba-tiba dia bertanyakan pada Is. Is angkat kening, tak sangka topik pembicaraan tu ke arah dia.

Dia pandang Danny, Danny angguk seraya pergi dari situ bersama Khairy dan Danial.

"Perlu apa Ustaz bicaranya berdua?" Is mulakan pertanyaan.

"Ini tentang keris sakti pemberian Tok Mudim tidak lama dulu Tun Isyak. Tun Isyak masih menyimpannya?"

Terkejut Is, jadi ni tentang keris dia? Keris pelik yang buatkan dia tak boleh sentuh pun!?

"Ada kenapa dengan keris itu?" Is tak kenal Tok Mudim, mungkin orang itu pernah menitahkan Tun Isyak sebelumnya menjaga keris tersebut.

"Sadiq hendak merampas kembali. Jika Tun Isyak tidak memberikannya, Sadiq akan menyerang orang kampung."

Is berkerut. Dia tak kenal pulak Sadiq tu. Musuh Tun Isyak ke?

"Aku tidak akan menyerahkannya." Tegas Is.

Ustaz Saiful mengetap bibir. Dia kebingungan. Tak tahu nak pujuk Tun Isyak yang berdegil itu

"Tapi, jika engkau tahu tentang si Perentas waktu, aku akan pertimbangkan maksud engkau."

Riak Ustaz Saiful cukup terkejut. Bagaimana Tun Isyak tahu!?

"Bagaimana Tun Isyak tahu?"

"Dari siapa aku tahu itu bukan urusanmu. Tolong perjelaskan." Pinta Is. Dia sangat berharap.

"Tun Isyak, tentang si Perentas waktu itu bahaya diketahui sesiapa. Aku takut untuk membicarakannya pada Tun Isyak." Ustaz Saiful meminta maaf selepas itu.

"Sejora memintamu menjelaskan padaku."

"Se-Sejora?"

Is mengangguk.

"Jika benar, Sejora pasti melakukannya bersebab. Tun Isyak kenal Wajra?"

Is menggeleng.

"Dia antaranya Perentas waktu, dia ke zaman ini sebelumnya ingin menghancurkan sisa sisa barangan sihir diyakni adanya kuasa sakti. Namun, dia telah cedera parah dalam pertempuran itu." Cerita Ustaz Saiful.

"Ada orang lainkah menjadi Perentas waktu?" Is ingin tahu.

Ustaz Saiful menggeleng.
"Ia berlaku sering zaman. Kuasa sakti pada barangan itu memilih siapa pemiliknya."

"Ustaz tahu, ada berapa kesemua barang sakti itu?" Is hendak tahu.

"Kesemuanya ada enam, rantai adalah yang terkuat. Namun rantai itu sering menghilang ke kerajaan Cina. Rantai itu memilih pemiliknya di Cina. Tiada siapa tahu kuasa rantai itu. Dikatakan rantai itu adalah ketua segala barang sakti yang lain."

"Kedua adalah kerismu, ia sangat sakti. Mampu terbang sendiri seperti keris Hang Tuah. Memakan ketakutan musuh menjadi kekuatan bilahnya."

"Ketiga adalah gelang, kehebatannya mampu mengangkat gunung, mampu menerbangkan musuh jauhnya, gelang itu ampuh seperti pedang."

"Keempat, cincin sakti. Kuasanya mampu mengawal barang benda di sekeliling. Di gelar jari bayang kerna ia mampu menggerakkan sesuatu."

"Kelima, adalah tali pinggang sakti. Kuasanya adalah perisai terkuat. Ditikam, dicakar, ditembak. Pemiliknya tidak mati. Tali pinggang itu, kini berada di tangan Sadiq."

"Yang terakhir, cucuk sanggul. Mampu menyembuhkan luka, sedalam mana Lukanya, kembali seperti sediakala. Tapi ia telah hancur di pertempuran sebelum ini. Cucuk sanggul itu hancur berkecai. Menjadi debu ditelan angin."

Is tunduk, menghadam segala maklumat yang didapatinya itu. Bukan sebab cerita barang-barang tersebut dikatakan agak luar biasa.

Kerna luar biasa itulah membebankan mereka. How!?

'Aku dengar cerita fantasi ke ni?' Berpusing-pusing mata Is, dia sebolehnya tak nak percaya, tapi dah hakikat diorang tercampak ke zaman itu, makanya harus percaya.

"Ustaz percaya tidak?"

"Iya?"

"Barangan sakti itu dari dunia Indraloka?" Is tersengih, dia mampu cakap macam tu sebab percaya cerita Puteri limau. Terlebih tengok kartun Malaysia. Kau Ade?

"Hah? Tun Isyak yakin!?"

Is kembali serius.
"Aku bergurau saja." Lebih-lebih pulak Ustaz Saiful ni.

"Danny, kau dah dengar semuanya?" Is panggil, buatkan ketiga-tiga sosok yang di dalam rumah kembali keluar. Terkejut Ustaz Saiful.

"Tun Isyak, apa ini?"

"Ustaz, jika kami memberitahumu ini? Ustaz percaya tidak?" Danny kembali duduk, menghadap Ustaz Saiful.

Ustaz Saiful berwajah dingin.
"Perbuatan mencuri dengar itu perbuatan tercela Daeng."

"Namaku bukan Daeng." Danny terus membantah.

Ustaz Saiful berkerut.

"Kami ini Perentas waktu, perlukan bantuan Ustaz." Is mencelah.

"Pe-Perentas waktu!?" Ustaz Saiful terkejut besar. Seraya ditekup mulutnya dek terkejut amat.

"Kami mohon bantuan Ustaz, kami ingin pulang ke zaman kami." Mereka berempat menundukkan kepala mereka.

"Allahuakbar."

.
.
.
.
.
.
.
.

Keesokan harinya, hari yang buatkan keempat-empat orang itu menguji senjata mereka.

"Sudahkah kalian mengucapkan salam pada mereka?" Muncul Ustaz Saiful.

"Salam? Pada siapa?" Is yang duduk bersila duduk berpeluk tubuh menghadap kerisnya itu.

Manakala Danny pula cuba memakai gelangnya, tapi masih panas.

"Barangan sakti pada kamu semua. Mereka itu bernyawa. Sudah pasti ingin berkenalan dengan engkau semua." Hairan Ustaz Saiful.

"Selama ni bukan barang sumpahan ke?" Hairan Danial.

"Mende kau ni, tu barang sakti. Bukan barang sumpahan." Khairy tak suka dilabel rantainya begitu. Dia peluk serulingnya. Sayang betul dah tu.

"Iya, jika setengah orang ianya dikatakan barang sumpahan. Tapi bukan pada pemilik yang menyayangi barangnya." Ustaz Saiful duduk di beranda. Menikmati angin sepoi-sepoi bahasa pagi itu.

"Macam mana nak sarung cincin weh? Bagi salam macam mana?" Danial kembali hendak percaya. Cincin tu mampu gerakkan barang? Jadi, psychic?

"Ustaz, salamnya bagaimana Ustaz?" Danny datang hendak tahu. Bersimpuh duduk di beranda rumah itu.

"Salam seperti biasa kita datang ke rumah orang. Selepas itu berkatalah pada mereka, engkau ingin meminjam kuasa untuk kembali." Ucap Ustaz lembut. Bukan dia tidak tahu, semua barangan sakti itu mampu mendengar.

Danial tenung cincin di telapak tangannya di lapik kain. Dia menutup mata, dengan lafaz Bismillah, dia mula memberi salam.

"Assalamualaikum cincin sakti, hamba bernama Danial. Ingin meminjam kuasamu untuk kembali ke zamanku."

Krik krik krik

"Mampus mu!" Danial berang, di baling cincinnya itu ke tanah. Terkejut semua yang melihat. Danial peluk tubuh geram. Macam diperbodohkan je.

Khairy yang melihat tersengih. Tak de hati nak pujuk membe tengah frust. First time tengok Danial tak mampu bertenang.

Is masih setia merenung keris dia. Keris berbilah cantik itu dipandang lembut.

"Jika Tun Isyak berlembut dengannya, Tun Isyak pasti mampu menggunakan dia." Tegur Ustaz Saiful.

"Sudah ku katakan aku bukan Tun Isyak, Ustaz panggil saja aku Is."

"Aku tidak bisa." Ustaz Saiful tersenyum kecil.

Is menghela nafas, suka hati kaulah Ustaz.

Sekarang dia tak tahu nak buat apa. Keris itu dilihat lama. Baru dia menyedari sesuatu yang janggal.

'Keris ni tak de sarung ke?'

Is beralih tempat duduk, pergi ke dalam menyelongkar barang-barang dia. Setahu dia, dia ada bawak keris lain.

Keris lain itu keris biasa yang serupa dengan keris sakti itu. Hanya saja bilah keris itu tertanam batu jed.

Keris biasanya dikeluarkan, lalu mengambil sarung keris itu lantas dimasukkan keris sakti tadi.

"Hmm, muat-muat masuk. Ha keris, kau dah berbaju dah. Takdenya telanjang lagi." Ucap Is selamba.

Is tak tunggu lama, terus disimpan kedua-dua kerisnya itu. Dia malas nak merenung lagi keris sakti itu. Entah betul ke tidak cerita Ustaz Saiful.

Danny pula, masih berusaha memakai gelang tangan tersebut. Hampanya, gelang itu membahayakan dirinya. Nak melecur pergelangan dia disebabkan gelang itu dek panas gila.

"Danny, kau dapat pakai tak?" Datang Danial berwajah muak. Kesabaran dia menipis.

"Tak doh, tak faham aku. Panas weh."

"Mungkin sebab kita ni lain dari yang lain." Danial pandang Khairy, sedang mengukir seruling dia. Is dah baring santai, tidak peduli dengan keris dia. Move on dah tu.

"Diorang cakap, bila diorang sentuh, diorang pening. Kita pulak sentuh, panas gila." Hairan Danial.

Danny tiba-tiba dapat satu idea.

"Jum kita baca air Yassin, pastu rendam."

"Tapi, barang-barang ni semua benci dengan ayat-ayat Suci Al-Quran." Ujar Danial ada betulnya.

"Takpe, kita try dulu."

Danial mengangguk. Ikutkan je.

Situasi Khairy pula, dia masih mengukir seruling dia dengan pisau kecil. Dia puas hati.

Selesai sahaja, dia mengangkat tinggi serulingnya. Bibir dibawa je muncung seruling. Dia hendak meniupnya.

Baru saja satu siulan, tiba-tiba seruling itu berubah warna. Khairy yang terkejut, terus mencampakkan seruling dia. Tepat kena dahi Is yang tengah baring.

Puk!

"Aduh!"

"Weh weh, sorry do. Aku terkejut dengan seruling aku." Khairy datang gosok dahi Is. Is tepis tangan Khairy.

"Ye pun nak terkejut, tak payah lah baling." Bengang Is, sempat dia menghalang Khairy menggosok dahi dia. Makin pedih pulak.

Shing!

"Is....."

"Apa lagi?" Is masih tunduk pegang dahi dia. Masih pedih lagi.

"Ni keris kau ke?"

Is mengangkat pandang, dua keris kini terapung, seakan ingin menikam Khairy yang sudah terjatuh baring ketakutan.

"Allahuakbar!" Terkejut Is buatkan semua yang ada disitu memandang Is. Mereka ikut berkumpul melihat apa yang berlaku.

"Keris kau ada dua!" Terkejut Danial pula.

"Aku tidak tahu ia mampu mengandakan dirinya." Ustaz Saiful tertarik.

"Wah, batu jed kat keris kau dah bertukar merah Is." Danny kagum.

"Aku buat apa je doh." Is tak tahu. Sumpah dia tak tahu, alih-alih dia simpan keris dia tadi!

"Sebelum tu, kau tak boleh buat apa dengan keris kau ni? Aku takut weh dia pergi tikam aku." Risau Khairy, mengigil badannya.

Mereka tersedar.

"Keris, mai sini. Dia tak salah. Dia menolongku." Lembut Is pujuk, sekali tadah tangan lagi.

Dengan perlahan-lahan keris itu terbang mendarat di telapak tangan dia. Wah! Hebat! Dah macam dia punya haiwan peliharaan! Nak terharu rasanya bila keris itu akur dengan arahan dia.

Is tersengih, dia dah dapat keris sakti miliknya!

"Kau buat ape je do?" Tanya Danial.

"Aku bagi dia sarung keris, sebab dia tak ada sarung." Is tersenyum bangga.

"Kalau cincin bagi kotak cincin eh?" Danial buat lawak.

Mereka semua tergelak. Kecuali Khairy yang kembali dapatkan seruling dia.

"Ustaz, seruling saya ni tak apa-apa ke? Dia berubah warna." Risau Khairy tengok hitam pekat tu, tadi putih je warna seruling dia. Sakit ke?

"Hmm, hairan. Serulingmu ini mungkin memilih rupanya sendiri." Ustaz Saiful melihat lama. Rantai yang kini diikat pada seruling itu, buatkan dia tidak sedap hati.

Khairy hanya diam. Mengusap serulingnya sayu. Tanpa sedar, matanya tadi bertukar merah sekejap, lalu kembali berwarna hitam semula. Tiada yang menyedari akan itu.

.
.
.
.
.

Dengan lafaz bismillah, Danny dan Danial merendamkan kedua-dua barang mereka.

Tidak lama kemudian, cincin dan gelang itu mula bereaksi, menggelegakkan air yang sedia sejuk sebentar tadi.

Danny dan Danial membiarkannya cukup lama sehingga kedua-dua sudah berhenti beriaksi.

"Batu jed dah bertukar warna." Danial ceria. Baru sahaja hendak menyentuh air mengambil cincinnya, jarinya melecur kerana airnya panas.

"Hati-hati, barang-barang tu mungkin panas sebab kita ni pengguna yang tak sesuai. Diorang ni macam sombong baru nak mengalah." Danny membawa timba ke tanah, air dibuang. Masing-masing cuba menyentuh barang mereka, akhirnya setelah menunggu sekian lama, barang-barang sakti itu menerima mereka.

"Alhamdulillah." Ucap kedua-duanya. Tak sabar mereka guna kuasa sakti pada barang-barang tersebut.

"Weh, nak tengok tak?" Is muncul bersama kedua kerisnya yang setia disisi pinggang.

Di taman itu, hanya mereka bertiga. Khairy sudah masuk ke rumah membantu Ustaz Saiful menyediakan juadah makan tengahari.

"Apa tu?"

"Hehehe. See my move."

Dengan langkah silat, Is mengapungkan kedua kerisnya. Kedua keris itu berpusing cantik mengikut gerak tangan Is. Is duduk ke tanah. Dia tersenyum leret.

"Ambo, Chris."

"Pffttt!" Danial dah tergelak. Danny geleng kepala. Rupanya, Is nak tunjuk gaya Chris dalam cerita Ejen Ali tuh!

*Selit je*

"Sape Chris?" Khairy muncul. Tak tahu yang Is tengah buat lawak demo tengah-tengah halaman.

"Ala kau ni, tak pernah tengok Ejen Ali eh?" Is berdiri tegak. Potong mood betul Khairy ni. Kedua kerisnya kembali masuk sarung disisi pinggang.

"Sape pulak ejen Ali?" Khairy blur, al-maklumlah, CEO termuda tak pernah tengok cerita kartun.

Danial, Danny dan Is berpandangan. Kesian pulak dengan Khairy yang berusaha cuba nak tahu.

"Takpelah Ry, cerita kartun je tu. Kau pulak, dah tahu ke nak guna kuasa rantai tu?" Tanya Danial.

"Kuasa rantai tu paling kuat, entah macam mana kau nak gunakan dia.." Ujar Danny pula.

"Hm tengoklah nanti." Khairy tak tahu nak kata apa, dia rasa bukan rantai je, dengan seruling dia dah bersatu bersama rantai.

"Jomlah solat, pastu makan tengahari." Ajak Is. Mereka semua setuju.

.
.
.

Di ruang makan itu, mereka makan penuh berselera. Sudah pasti masing-masing lapar sebab tak bersarapan pagi. Sebok dengan barang sakti mereka.

"Semua sudah berjaya bangkitkan kuasa sakti?"

Mereka mengangguk.

"Selepas itu, kami perlu buat apa Ustaz?" Danny nak tahu.

"Kalahkan Sadiq."

"Apa!?" Nak terkejut mereka. Tersedak Ustaz Saiful, lekas dia meminum airnya. Bingit telinganya tadi digosok lembut.

"Bukan kembali ke zaman kami?" Khairy soal nak tahu.

"Aku tidak berkata seperti itu." Ustaz Saiful mengangkat punggung, mengambil air baharu.

Mereka berempat saling berpandangan. Macam sia-sia je tadi.

"Selepas kami kalahkan Sadiq, kami harus bagaimana Ustaz?" Tanya Danial.

"Engkau semua harus mencari Wajra. Dia tahu bagaimana hendak membawa engkau semua pulang kerna dia Perentas Waktu seperti kalian." Ustaz Saiful kembali duduk.

"I remember Sejora telling me about Ustaz being able to help us go back to our time. I got scammed." Ucap Khairy selamba buatkan Is yang tengah makan ikan tersedak tulang ikan.

Is lagi.

"Uhurk, uhurk, uhurk!"

Danial bantu tepuk belakang Is. Danny tersengih. Makan tak baca Bismillah.

Ustaz Saiful terdiam. Tak tahu bahasa yang Khairy gunakan. Anak muda itu terlihat kecewa.

"In Sya Allah kami akan cari Wajra jika semuanya sudah selesai." Ucap Danny akhirnya.

"Ustaz, kami akan pulang. Daeng aku bawa bersama, dia tinggal denganku." Is tepuk Danny sebelahnya.

"Jika begitu, kita berpisah hari ini. Semoga engkau berempat menemui jalan pulang."

"Iya, terima kasih atas bantuan ustaz."

"Sama-sama."

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Bersambung

Bahasa Melayu klasik

Pulang = Balik
Timba = Serupa kayu berbentuk baldi

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro