Is as Tun Isyak ²
Dua hari sebelumnya
Is melambai Daeng yang sudah hendak balik, mereka hari ni banyak buat exercise je. Dari push up sampai melepak makan ulam-ulaman yang diberikan bondanya Tun Isyak.
"Tun Isyak? Ingin menjemput Tun Iskandar di pelabuhan hari ni?" Tanya khadamnya.
Is gosok dagu, dia tak rasa hendak berjalan jauh harini. Sudah tengah hari.
"Kita tunggu sahaja dia di rumah. Pasti ayahanda dan bonda ingin menjumpainya juga." Ucap Tun Isyak memilih untuk duduk di rumah sahaja. Penat semalam masih lagi belum hilang.
Is melepak di beranda rumah di hadapan biliknya. Dia juga hendak mengenal si abang yang dikatakan luarbiasa.
Is yang tiada apa-apa hendak dibuat, baring di beranda biliknya. Dan terlelap disitu juga dek angin sepoi menenangkan.
.
.
.
.
.
.
.
"Is, andai kata ada satu kes ni kau terpaksa kena bunuh aku. Kau bunuh aku tak?"
"Tun Isyak, Tun Isyak."
Is membuka kelopak mata. Wajah si khadam Abu menyapa pandangannya. Is mengusap wajahnya dan duduk bersila. Sudahlah dia mimpikan si Danny.
'Banyak-banyak mimpi, mimpi karut tu jugak yang muncul.' Is senyum tipis. Dia tidak sukakannya. Ia lebih kepada bukan mimpi, ia kenangan mereka. Semasa mereka sedang menduduki PMR.
"Tun Isyak, kakanda Tun Isyak sudah pulang, sekarang dia sedang bersantap bersama Temenggong. Tun Isyak ingin menyapa?"
Tun Isyak tersenyum lebar. Siapa tak nak kenal abang? Dia sudah lama jadi anak tunggal! Tak tunggu khadam Abu bersuara lagi, lekas Is bangkit dari duduk dan meninggalkan Khadam Abu yang terkejar-kejar di belakangnya.
Jauh dari ruang santap, kedengaran suara orang sedang berbual di dalam bilik. Is datang idea nakal hendak kejutkan satu keluarganya, ehek keluarga Tun Isyak. Hehehe.
Dengan langkah berhati-hati, dia berselindung disebalik dinding.
Satu.
Dua.
Tiga!
"Pakaboo!"
Is muncul buat gaya kejut orang. Yang terkejutnya cuma bondanya Sari Kembang dan ayahandanya Temenggong. Abangnya yang membelakangi lantas menoleh.
Waktu itulah, terasa masa seakan berhenti.
"Ya ampun Isyak! Engkau jangan buat orang tua ini terkejut, bonda ini sudah tua! Jantung bonda akan copot!" Geram Dari Kembang.
"Jangan begini anakandaku." Temenggong mengurut dadanya.
Tapi, Is masih statik. Menatap Tun Iskandar. Lama.
"Engkau apa khabar? Sihat saja?" Tegur Tun Iskandar bangun lalu berdiri.
Memeluk adiknya. Lantas membisik sesuatu.
"Terima kasih melepaskan Kesuma Cengkih, aku juga cinta dengannya." Ucapnya lalu tersenyum manis.
Is tidak terkejut pasal itu. Dia teliti dalam-dalam wajah itu. Tanpa kata apa, lantas wajah abangnya itu dibelek. Tun Iskandar pelik.
"Engkau sudah kenapa Isyak? Rindu benar engkau denganku sampai membelek wajahku." Tun Iskandar tergelak-gelak. Diikuti bonda dan ayahandanya.
"Tak mungkin, tak mungkin." Is terundur, dia dah serabut. Kepalanya diramas. Siap tunding dengan muka tak puas hati dia.
"Ni muka aku, ni patutnya muka aku. Kenapa? Kenapa!?" Is menggumam sendiri. Dia tersandar ke dinding kayu. Terasa dihentam dengan satu batu besar.
"Isyak, engkau kenapa? Sakit?" Hairan Tun Iskandar. Cuba mendapatkan Is.
"Anakanda.." Sari Kembang sudah risau. Temenggong ikut bangun, hairan dengan tingkah pelik anaknya itu.
"Kau, lepaskan aku. Lepaskan!" Is jerit, ditepis tangan abangnya lalu hendak lari dari situ. Tapi Tun Iskandar yang menyedari sesuatu tidak kena pada adiknya lantas dikunci pergerakannya.
"Lepaslah s*al! Kau tak patut wujud! Muka ni muka aku!" Is menggila. Tapi segala pergerakannya sudah dikunci.
Melihat kekecohan itu, Temenggong mengarahkan beberapa pengawal kediaman menahan anaknya seakan ingin lari.
Tun Iskandar tiada pilihan lain, lalu menghentak belakang leher adiknya. Tun Isyak terkulai pengsn selepas itu.
"Kenapa dengannya?" Sari Kembang terus memeluk Tun Isyak, dia mengalir air mata risau.
"Dia membenci anakanda sejauh ini, pasti merasa berat dia melepaskan Kesuma Cengkih." Tun Iskandar merasa serba salah. Salah faham apa yang dikatakan oleh Tun Isyak sebentar tadi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Is baring, menatap siling kosong. Mood dia benar-benar kacau. Masih ingat lagi Tun Iskandar yang sebijik macam muka dia. Kenapa perlu menjadi abangnya? Dengan muka dia? Kenapa!?
"Aku nak balik!" Is mengamuk, pergelangan tangannya dihentak geram ke sisi. Bukan sekali, bukan dua kali dia mencari cara hendak balik, tapi sia-sia. Dia masih tak faham.
Sejenak, masa berlalu dengan pantas malam itu. Meski bonda dan ayahandanya datang melawat dia di dalam bilik, namun dia masih tidak dapat menerima kehadiran Tun Iskandar yang serupa dia.
"Abu.." Panggil Is. Khadam itu muncul di sebalik langsir pintu.
"Ya Tun Isyak? Ada perlu apa-apa?"
"Besok, jika Daeng datang. Katakan kepadanya, bahawa aku memberinya rehat dua hari. Kalau dia menanyaiku, katakan saja aku gering."
"Menjunjung titah Tun Isyak." Akur Khadam itu lalu berlalu pergi.
Is tak betah duduk situ. Dia harus keluar dari rumah itu, lantaklah dah malam buta. Yang penting dia nak dinginkan kepalanya.
Kediamannya jauh ditinggal. Is berjalan-jalan sekitar perkampungan. Makhluk halus yang berada disisi jalan mahupun semak, tidak dihiraukan. Dia sedang gelisah dan runsing memikirkan masalah dia.
"Patut ke aku bermalam di rumah Derahim? Agak-agak dia okey tak?" Is berpeluk tubuh. Dia perlukan seseorang untuk mendengar masalahnya. Tapi rumahnya jauh.
Atau dia harus ke rumah Daeng? Tapi ada Mastika pula. Malu kalau Mastika mendengarnya mengeluh. Ah sudah.
"Engkau buat apa disini anak muda?"
Pantas Is menoleh, seorang lelaki, dalam lingkungan 30 an, sedang menyapanya. Di tangan ada obor-obor.
"Saya, sekadar bersiar menikmati angin malam." Jujur Is berkata. Sambil matanya mengerling Pak belang yang setia disisi lelaki itu. Pasti pendamping, tak pun saka.
"Jangan hampiri jambatan gantung itu, kelak engkau terjerat ke alam lain." Ucapnya lalu tunjuk jambatan gantung yang tidak jauh dari mereka.
Is baru tersedar, kakinya hanya melangkah ikut suka. Hampir saja dia melalui jambatan itu. Tengah-tengah malam pulak tu!
"Terima kasih. Saya Tun Isyak, anaknya Temenggong."
"Oh, anaknya Temenggong. Aku Ustaz Abuya, engkau sedang masalah? Masakan tadi jalannya kedepan tidak pandang belakang terus." Tegur Ustaz Abuya sambil tersenyum ramah.
"Er, ya. Sedikit. Ustaz, saya pamit dulu. Ustaz hati-hati pulangnya." Is tidak betah bersama dengan ustaz itu, sudahlah pak belang itu mengelilinginya semacam.
Pak belang tu, antara jin terkuat. Ganas! Jangan mencari lawan! Dia sendiri pun yakin tak mampu melawan.
Ustaz Abuya melihat jauh kepergian Tun Isyak, pak belang mengaum disisi. Hanya dia sahaja yang mendengarnya.
"Bau yang sama? Apa maksud engkau belang?"
Ustaz Abuya menatap si pak belang. Hanya dia memahami bahasanya.
"Belang, sudahi niat engkau. Aku tidak berminat dengan makanan orang lain." Ustaz Abuya berubah serius. Menatap geram si pak belang yang asyik itu ini.
.
.
.
.
.
.
.
"Isyak.."
Is memekakkan telinganya, berpura-pura tidur. Tak sanggup dia hadap muka yang seiras dia tu. Rasa macam jumpa doplegangger. Lagi seram sejuk dari jumpa hantu.
"Isyak.."
Terdengar derap kaki masuk ke biliknya, Is pejam mata rapat. Dia tak nak tengok muka dia sendiri dalam gelap. Trauma!
"Aku, minta ampun. Jika engkau sebenci itu denganku, akan kunikahi Kesuma Cengkih secepat mungkin dan keluar dari rumah ini."
Terbuka mata Is. Jadi sekarang, abangnya itu nak pergi dari rumah itu? Semata-mata hendak menjauh dari dia?
"Is-Iskandar." Rasa pelik panggil nama sendiri.
"Engkau belum beradu, ku sang-"
"Aku ingin bicara sekiranya engkau tutup mata engkau dengan kain."
"Ba-Baiklah."
Meski kedengaran mengarut, tapi Tun Iskandar tetap akur. Cuba memahami permintaan Tun Isyak yang pelik.
"Sudah."
Is menoleh. Dia duduk, melihat dirinya saat ini. Wajah itu, tubuh itu, seakan dirinya. Kenapa dia boleh berada di tubuh Tun Isyak tapi bukan di tubuh Tun Iskandar?
"Engkau? Ingin katakan apa-apa?"
Tersentak Is, masih seriau dengan Tun Iskandar yang seiras dia itu sedang bercakap.
"Begini, kuserahkan Kesuma kerana dia tidak cinta denganku, itu satu. Yang keduanya aku buat masa ini tidak selesa menatap engkau. Sejujurnya aku tidak mahu melihat engkau lansung. Bukan kerana benci, tapi kerana aku cuba menerima engkau perlahan-lahan. Mohon mengerti, engkau tidak berbuat salah denganku." Is tak tahu sebenarnya Tun Isyak dan Tun Iskandar pernah bertengkar berebutkan Kesuma.
Tapi sekarang dia Is, bukan Tun Isyak. Masalah sekarang, dia tak nak muka tengok muka dia sendiri diguna orang lain.
"Hm, jika itu yang engkau inginkan, aku mengerti. Terima kasih kerana sudah jujur."
Is terundur saat tangan abangnya menggapai dirinya. Mengigil Is. Kalau hantu, dia terima lagi. Tapi ini! Meremang tubuh Is. Kau bayangkan, ada orang guna muka dia, suara dia, tubuh dia, sebijik!
Pahanya ditepuk lembut. Is masih gelisah. Risau, macam-macam dibayangnya. Seperti dicekik dopleganggernya sendiri. Ngeri!
"Baiklah, selamat malam. Aku pamit dulu." Dia bangkit dari duduk dan membuka kain dimatanya lantas membelakangi Tun Isyak. Dia akan ikut sahaja permintaan adiknya itu.
Melepaskan Kesuma Cengkih untuknya itu hanya mampu dibalas dengan permintaan Tun Isyak itu. Pengorbanan itu sungguh besar.
Sebaik Tun Iskandar pergi, Is tarik nafas laju-laju. Dia terbatuk semput. Macam baru lepas perang.
"Kalau macam ni hari-hari, aku tak boleh tahan. Aku kena menumpang rumah sape-sape dulu, rumah Daeng? Atau rumah Derahim?"
Is tertidur sambil berfikir selepas itu.
Bersambung
Bahasa Melayu klasik
Bersantap = Makan
Gering = Sakit
Menjunjung perintah = Melaksanakan perintah
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro