Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Is as Tun Isyak ¹

Is bosan. Tak de kerja nak dibuat. Ape je Tun Isyak buat selain berburu binatang dan jaga keselamatan rakyat?

Tun Isyak bangkit dari duduk. Dia berjalan ke arah lemari dan menukar pakaiannya. Tiba-tiba terdengar suara khadamnya diluar bilik.

"Tun Isyak, patik sudah kembalinya mengekori Daeng pulang." Khadam Abu menunduk kepalanya.

Tun Isyak tersenyum.
"Engkau tahu rumahnya dimana?"

"Tidak jauh dari rumah penghulu, kampung seberang."

"Jauh jugak tu, kalaulah ada basikal. Boleh jugak aku guna." Gumam Is mengusap dagunya.

"Namun, dia menggunakan jalan yang berbeza Tun. Patik risau dia tidak tahu jalan utama." Ucap khadamnya ingin menjelaskan sesuatu.

"Jalan lain? Dekat mana?"

"Di Jambatan gantung. Patik hanya mengekori dia disitu dan berpusing ke jalan utama menunggunya."

"Jalan pintas? Jambatan gantung ya, aku nak guna situ jugak."

"Jangan Tun. Jambatan gantung itu tidak digunakan sesiapa kerana kisah mistik yang berlaku."

Is tertarik. Dia pandang khadam itu menceritakan lebih jelas.

"Jambatan gantung itu, sangat berbahaya. Banyak penduduk kampung ini sering hilang disana saat melalui jambatan itu."

"Sehingga kini, mereka tidak dijumpai. Sungai juga sudah direnangi. Namun jasad mereka tidak ketemui orang kampung."

"Pernah satu ketika, mereka hendak merobohkan jambatan gantung itu. Namun besok harinya, jambatan gantung itu masih ada."

"Kerana kejadian itu, penduduk kampung tidak membenarkan sesiapa melalui jambatan gantung itu kerana khuatir ke alam lain."

Is tercengang.

"Alam lain?"

"Penduduk percaya, ia adalah alam bunian."

Is melongo. Alam bunian sangat famous dizaman ya. Malah dikaji oleh para pengkaji dan paranormal. Tak sangka ada di Melaka.

'Berdasarkan cerita tu, memang betul-betul berlaku.'

"Besok kita halang Daeng guna jambatan itu."

"Patik mengerti. Tun Isyak pula hendak ke mana?" Tanya khadamnya ingin tahu.

Is sudah mengenakan pakaiannya. Dia puas hati.

"Aku nak ke pelabuhan."

"Apa yang Tun Isyak lakukan disana?" Hairan khadamnya.

"Saje makan angin." Jawab Is acuh tak acuh. Kepelikan khadam itu dengan bahasa Tun Isyak.

.
.
.
.
.
.
.

Selepas solat asar, Is bersama khadamnya ke kota pelabuhan. Dan sudah semestinya khadam menjadi penunjuk arah. Sangkanya berjalan kaki akan sampai awal dari sepatutnya.

"Dekat magrib jugak sampai." Luah Is. Dijeling khadamnya yang tidak terlihat apa-apa. Cis, relax je. Mujur dia ni kuat.

Kota pelabuhan agak meriah. Tapi terlihat mereka semua sudah mula beransur pulang. Terlepas Is nak mengusha-usha semua penjual dan barang dagangan.

'Kalau macam ni, sia-sia je aku pergi.' Is beriak sedih. Dia berpeluk tubuh, melihat pemandangan matahari terbenam. Cantik.

"Tun Isyak?" Khadamnya sudah berkerut seribu. Nak ambil angin petang ke?

"Aku hendak ke pantai, engkau duduk disini. Nanti aku kembali." Sesekali jalan tepi pantai pada matahari terbenam ni syok jugak. 'Layan sunset' bak kata orang.

Sepanjang kakinya memijak pasir lantai, Is termenung sambil berjalan. Dia mula membiasakan dirinya di zaman itu meski banyak yang tidak difahaminya, terutama bahasa melayu klasik. Kalau dia tak tahu, dia akan diam.

Tapi, sepanjang dia berada disana dia boleh melihat keindahan alam, semangat kemasyarakatan dan kesetiaan kepada sultan mereka. Bahkan dia rasa manusia di zaman ini bergerak kerana mengisi kekosongan dalam jiwa mereka dengan bekerja dan bergaul.

Tapi kalau dizaman ya, manusia tidak cukup dalam sistem 24jam. Ada sahaja membuang masa dengan perkara tak penting. Is benar-benar khilaf.

"Allahuakbar, Alhamdulillah. Diberi kesempatan macam ni kat aku Ya Allah banyak buatkan hambamu ni sedar akan kekhilafan dan takbur diri." Is bergumam sendiri sambil menyentuh dadanya dengan tangan kanannya. Pernah terselit perasaan bangga kerana dapat membantu orang susah, namun jarang dia menunduk diri.

"Astaghfirullah.." Is memejam matanya. Bunyi ombak laut menenangkan. Bunyi becak air dipijak seseorang membuatkan telinganya mendengar jelas. Is membuka matanya lantas menoleh ke sisi.

Seorang pemuda, sedang mengangkat segulung kain melepasinya. Mereka berpapasan disitu dan Is hanya melihat belakang pemuda itu menjauh pergi.

"Tun Isyak, sudah masuknya maghrib. Tun Isyak tidak mahu pulang?" Tegur Khadam mendatanginya.

Tun Isyak masih melihat kepergian pemuda tadi. Dia sedikit tertarik bagaimana keesokan harinya.

"Besok Tun Iskandar tiba bukan?"

"Ya Tun Isyak."

"Besok kita menjemput kakanda. Inginku lihat bagaimana tampangnya bila dia sudah bertunang dengan Kesuma Cengkih." Tersengih Is. Mujur dia single. Dia ni dah la tak pandai bercinta, nak jaga anak orang lagilah payah.

"Hamba mengikuti Tun Isyak kemana sahaja." Khadam itu mengangkat sembah.

Is berpusing, saat dia hendak keluar dari hutan. Dia sekali bertembung dengan pemuda tadi yang kini meletakkan barang dagangannya ke Tandu kerbau.

"Perlukan pertolongan? Aku melihat engkau bersusah payah sejak dari tadi." Tegur Is ramah.

"Eh, tidak perlu susah. Ini memang pekerjaan patik."

Is terkebil-kebil seketika. Ada yang mengenalinya? Pemuda itu tersengih-sengih sambil menggaru belakang kepalanya.

"Patik pernah melihat Tun Isyak di balai rung."

Memang pun ada orang mengenali dia. Tapi tak sangka sampai ke orang pelabuhan pun kenal dia.

Isyak tak peduli, dia tolong mengangkut kain-kain tersebut lalu diletakkan ke dalam Tandu kerbau.

"Tidak perlu Tun Isyak."

"Tidak apa-apa, aku hendak membantu juga." Is tersenyum tipis.

"Hm, terima kasih Tun Isyak."

"Sama-sama, kainnya sangat cantik. Engkau menjualnya di pelabuhan ini?"

"Ya, Tun Isyak ini sudah magrib. Tun Isyak tidak mahu pulang?"

Tun Isyak tersengih, pemuda itu terpegun. Ini kali pertama dia melihat kesantaian Tun Isyak.

"Maafkan aku, izinkan aku ingin singgah untuk solat. Aku khuatir aku kelelahan kembali ke pedalaman yang jauh. Selang asar ke magrib tadi mengambil masa yang lama untuk kemari."

Terkejut pemuda itu. Dekat satu jam lebih kalau berjalan kaki.

"Kalau begitu, mari pulang ke rumah patik dahulu, tidak jauh dari sini."

"Terima kasih."

"Sama-sama."

Tandu kerbau membawa mereka. Sepanjang perjalanan, mata-mata mereka mula menangkap kelibat beberapa makhluk sepanjang perjalanan. Ada yang terbang mengikuti. Ada juga sengaja mengacah kerbau mereka, buatkan kerbau kadang-kadang menggerutu gelisah dan takut.

Namun itu Is, yang sudah membaca beberapa surah pelindung dalam diam. Perjalanan mereka lancar selepas itu.

Pemuda itu menyedari.

"Tun Isyak, ingin patik bertanya sesuatu." Tanya pemuda itu.

Is yang diam-diam membaca memalingkan kepalanya dan melihat pemuda itu sambil tersenyum.

"Iya?"

"Apakah Tun Isyak menyedari keberadaan mereka?" Pemuda itu berkata dengan maksud tersembunyi. Khadam Tun Isyak mengerling pemuda itu, tidak faham.

Tidak bagi Tun Isyak, dia tahu maksud pemuda itu.

"Siapa namamu?"

"Patik Derahim. Juga mampu melihat mereka."

"Allahuakbar, kita mempunyai kekuatan yang sama. Aku sangkakan aku keseorangan."

Danial tersenyum teruja.

"Dalam dunia ini, bukan kita sahaja. Mungkin ada manusia lain serupa kita." Danial ingat lagi Danny dan Is. Mereka juga mampu melihat.

"Derahim, sejak bila engkau mampu melihat mereka?" Tanya Tun Isyak ingin tahu. Tak salah bercerita mengisi kesunyian mereka.

Kelibat kampung sudah nampak. Memang tidak ramai dan kesemua mereka sudah berada dalam rumah masing-masing. Siapa sahaja hendak keluar waktu magrib?

Danial terdiam, saat ini dia pernah menghadapi kemalangan di depannya disebabkan makhluk tersebut, sejak itu kekuatannya bangkit.

"Moyang patik terdahulu pernah mengahwini bangsa bunian, dan patik selaku keturunannya mempunyai kekuatan ini." Jelas Danial sebenarnya. Tidak salah berkongsi rahsia yang hanya keluarga dan kawan-kawannya sahaja yang tahu.

Is terlihat terkejut.
'Entah-entah dia ni keturunan atok Danial!' Sampai kesitulah Is pikir. Merepek lebih!

"Kita sudah sampai, Tun Isyak berjemaahlah sekali dengan patik."

Mereka menuruni Tandu kerbau. Sampai dihadapan rumah, Is mahupun Danial masing-masing membaca doa sebelum masuk rumah. Perbuatan itu buatkan khadam yang setia mengikuti berkerut dengan tingkah mereka yang sama.

Tun Isyak juga pernah berbuat demikian setiap kali keluar dan masuk ke rumah atau biliknya. Tapi disangka dia juga menjumpai orang seperti Derahim yang sama dengan Tun Isyak.

"Tun Isyak!"

Ketiga mereka berpaling. Melihat Salehuddin menatap mereka terkejut.

"Bapak, Tun Isyak menumpang solat."

"Begitu, silakan Tun Isyak."

"Terima kasih."

Is dijemput ke tempat mengambil wuduk dan menunggu Derahim selesai mandi. Mereka akan berjemaah sekali.

"Engkau tidak solat?"

Kali ini, khadam Abu tercengang dengan soalan Tun Isyak.

"Tun Isyak sudah lupa? Hamba bukan muslim?"

Is berpaling kehadapan, riaknya jelas kosong.
'Dahtu kenapa nama dia Abu. Abu apa dia? Aku ingat Islam selama ni.'

Danial sampai. Melihat khadam milik Tun Isyak tidak bersolat sama dia kepelikan.

"Marilah bersolat." Ajak Danial.

"Ampunkan hamba, hamba seorang Bugis."

Danial mengangguk faham. Muka macam orang Melayu. Tun Isyak dilihat, dia sedang menutup mata dan terkumat-kamit membaca sesuatu. Mungkin zikir. Dan kemudian berpaling menatap Derahim lantas bangkit berdiri.

"Allahuakbar, Allahuakbar......"


Bersambung








Bahasa Melayu klasik

Lemari = Almari
balai rung = Tempat rakyat menghadap Sultan
Patik = Saya
Khuatir = Risau
Selang = antara
Kakanda = abang
Tampang = riak(muka)
Bugis = Bangsa bukan beragama Islam (🔍)
Ampun = Maaf
Khadam = Patik


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro