End
8000+ pp yerrr, make sure baca dalam keadaan selesa.
Author kyya
Keadaan di tapak latihan sangat bingit dengan pedang yang beradu. Bahkan orang yang sedang berlatih berlawan juga berkesempatan memberi peluang mereka menilai kemampuan masing-masing.
Danny mengerling Andika yang sedang berlatih bersama Is. Kadang dia tertanya mengapa lelaki itu mampu menyaingi latihan silat mereka.
"Yo Danny, kau tak ikut berlatih ke?" Danial datang sambil menyua air buluh. Danny menyambutnya.
"Aku, entahlah. Hilang semangat tengok si Andika tu. Kau tengoklah, gaya silat dia mampu setanding dengan kita." Luah Danny.
"Haah, aku baru perasan. Panglima Hitam pun kalah dengan kau. Tapi dia mampu mengimbangi Is." Danial juga ikut hairan.
"So korang pun syak something dekat dia kan? Samalah dengan aku." Khairy muncul tiba-tiba dekat belakang mereka.
"Kau pergi mana je ni?" Danial ingin tahu.
"Haah, dari pagi tadi dah lesap. Pergi mana?"
"Oh, aku pergi dekat kubur orang asli." Pendek sahaja penjelasannya buat mereka ternganga.
"Gila ke?" Danny pulak naik terkejut.
"Kau buat apa dekat sana?" Danial pelik.
"Dekat sana banyak tenaga negatif, seruling aku makan jiwa-jiwa manusia di sana. Pendek cerita, aku tengah nak kuatkan kuasa sakti seruling aku." Khairy selamba berkata benda yang tidak difahami Danny mahupun reader.
"Kau banyak baca buku fantasy ni." Danial pulak rasa kesian. Danny berkerut, cuba imagine.
"Eh betullah. Yang korang ni tak pergi berlatih ke?" Khairy tukar topik. Kalau diterangkan lebih jelas, memang sampai tahun depan takkan faham. Al maklumlah, hanya reader fantasy je faham.
"Takde semangat." Serentak Danial dan Danny menjawab.
"Pulak." Khairy tercengang.
.
.
.
.
.
Di tempat lain pula.
Sadiq mengerahkan pasukannya. Kini dia yakin tujuan sebenar Tun Isyak pergi ke bukit Chenor. Kerna disana mempunyai padang yang luas untuk bertempur, sekaligus berniat untuk memerangi mereka. Sadiq tersenyum sinis, orang-orangnya semakin lama semakin ramai, dia berpuas hati kerana pasukannya kini lebih kuat dari sebelumnya.
Dalam perjalanan ke bukit Chenor, mereka kini menghadapi pelbagai jenis ular kecil di jalanan. Sadiq mendengus saat ular yang datang adalah ular tedung, ular paling berbisa.
"Ada apa ini Bunga!?" Sadiq berteriak marah. Meski dia mampu membunuh kesemuanya, namun dia tidak mahu anak-anak buahnya membuang tenaga mencantas dan memotong ular yang asyik berdatangan.
"Ini ulah jin ular!" Jerit Bunga, mencantas pedang ke tanah, sekaligus membunuh ular yang menjalar ke arahnya ingin mematuk.
Situasi begitu kecoh dengan apa yang berlaku ke atas mereka.
"Cari Jin ular itu! Bunuh dia lekas!" Pekik Sadiq geram.
Bunga memerintah Pak Belang menghidu keberadaan Jin tersebut. Saat merasa kehadiran Jin ular tertangkap, saat itulah terjadi pertempuran ghaib.
Ular-ular kecil yang dikawal si Jin ular mula hilang kendali dan pergi menjauh. Ada beberapa orang berjaya terluka parah dengan bisa ular tedung.
"Sssssss!"
"Warghhhh!"
Pertempuran antara dua jin itu hanya mampu disaksikan oleh Bunga. Tiada sesiapa yang melihat kejadian tersebut.
Jin ular berusaha bergelut, membelit jin harimau itu. Pak Belang kesurupan hampir kehilangan nafas.
Bunga marah besar. Segera dia membaca mantera pada pedangnya lalu dengan pantas menikam badan si Jin ular.
"SSSSSSS!"
Si jin ular cedera parah. Berbirat besar seakan terkena asid, badannya tinggalkan kesan parut parah. Tidak tunggu lama dia terus pergi dari situ. Meninggalkan Pak Belang yang juga cedera.
"Belang.." Bunga kerisauan, Belangnya diusap lalu dipeluk lega. Mujur dia sempat menyelamatkan Pak Belangnya.
"Bunga, apa yang berlaku?"
"Belangku cedera, Jin ular jin penunggu tanpa tuan itu lebih kuat. Aku sudah tahu kenapa Jin itu berada di rumah Tun Isyak sebelum ini."
"Jin itu mencari tuan baru." Duga Sadiq mendapat anggukan Bunga.
"Maka, dia ingin berguna buat Tuannya jika dia melakukan hal ini." Bunga mendengus.
"Kita harus berehat. Ramai yang tercedera menerima bisa, engkau bantu yang lain mencari penawar." Arah Sadiq.
"Baik."
Saat Bunga membantu, dia tertanya sendiri kenapa Hendra dua menjak itu tiada bersama mereka. Sering sahaja hilangnya. Apakah Hendra mengkhianati mereka?
.
.
.
.
Aliya memeluk mak mertuanya. Berharap wanita itu mampu melindungi pusaka peribadinya.
"Sari berharap pada bonda." Pinta Aliya benar-benar berharap.
"Kain sutera juga salah satu barang mistik, sudah tentu bonda akan menjaganya seperti kain sutera kita." Surya tersenyum manis. Gelang diletakkan di dalam peti itu dilihat.
Dengan cubaan kali kedua, dia cuba menyentuh gelang itu. Namun, tetap saja tangannya tertembus. Hanya Sari mampu menyentuhnya.
"Hmmm, sepertinya kamu istimewa Sari. Bonda makin lama makin kagum sama kamu." Surya membelai rambut Aliya dengan kasih. Dia tiada anak perempuan, tapi bila anaknya membawa Sari, keberadaan gadis itu sangat istimewa dan penting untuk alam mereka. Dia menjadi sayang dengan menantunya itu.
"Terima kasih bonda. Sari dan Hendra kembali untuk dapatkan barangan sakti lain. Barangan itu terlalu bahaya di dunia manusia. Jika salah guna, Sari takut tempat tinggal kita mampu dicerobohinya." Itu salah satu petanda lain yang Hendra beritahu pada Aliya.
"Iya, bawakan semuanya ke alam kita Sari. Itu lebih baik jika tidak jatuh ke tangan manusia."
"Baik bonda."
Dengar cerita, Sadiq ingin memasuki alam bunian jika sudah terlalu berkuasa. Dia ingin bertarung dengan bangsa bunian yang dikatakan kuat. Hendra adalah salah satunya. Namun kerna alasan itulah, Hendra membantu Sadiq mencari barangan sakti itu, apakah benar mampu memasuki alam bunian?
Jika barang sakti itu bisa masuk ke alam bunian seperti Aliya yang memakainya, beerti ia memang boleh dilakukan. Hendra bersyukur dia tahu lebih awal tentang itu. Jika tidak, dia tidak mampu menewaskan Sadiq jika Sadiq memperoleh kesemua barang Sakti tersebut.
"Bonda akan menjaganya, kamu dan Hendra harus pulang dengan selamat." Pesan Surya.
Sari mengangguk. Berjanji akan hal itu.
.
.
.
.
Khairy yang ketika itu berbaring di dalam pondok dan bercakap dengan serulingnya mendadak bangun. Matanya dingin melihat kiri kanan. Telinganya kembali mendengar sesuatu yang hanya mampu di dengarnya.
Tak tunggu lama, terus Khairy menjerit melaung nama Danny di lapangan latihan. Semua manusia disana ikut menoleh hairan dengan sikap panik Khairy tiba-tiba.
Is dan Danial saling berpandangan pelik, ikut menghampiri Khairy.
"Kau pasal apa terjerit-jerit ni." Tak tunggu lama, Danny menghampiri Khairy yang akhirnya diam.
"A-Aku dengar.." Belum sempat Khairy bagitau, terdengar suara sorakan tidak jauh dari mereka. Semua kepala terteleng melihat ke arah yang sama.
"Mereka pergi mana tu?" Hairan Danial.
Is yang ingin tahu itu terlebih dahulu bergerak ke sana lalu diikuti yang lain. Alangkah terkejutnya mereka saat itu melihat ke arah tanah lapang, Ustaz Abuya tengah berlawan dengan Si Jin ular.
"Bunyi ular ni yang aku nak bagitau korang." Jelas Khairy saat melihat Ustaz Abuya tengah melawan sesuatu yang tidak nampak pada mata manusia biasa.
Seperti melihat dia berlawan di udara. Kadang terpelanting tinggi dek menerima serangan deras dari si Jin ular.
Rata-rata mereka semua tidak mampu melihat kehadiran Jin tersebut.
"Ustaz Abuya melawan Jin ular disana. Kalian jangan terlalu rapat, nanti bisa dirasuk." Wajra tiba-tiba di mencelah di antara mereka. Tampangnya terlihat tenang. Memanglah, sebab dia tak nampak.
"Engkau mampu melihatnya?" Tanya Danny sengaja.
Wajra yang menyamar sebagai Andika menggeleng kepala. Kerutan di dahinya jelas menampakkan situasi Ustaz Abuya begitu merepek baginya. Memang tidaklah dia percaya.
"Weh Dani, kau tengok badan jin tu. Kesian doh." Tegur Is mencelah perbualan mereka.
"Dia luka Danny, tu bukan luka sebab jin lain. Tu perbuatan manusia Danny." Danial pula meminta tolong Danny.
Danny melihat lagi ke lapangan, memang benar mereka tiada kaitan. Tapi melihat si jin ular sudah lemah kerana cedera, dia jadi kesian pulak.
"Apa yang engkau semua ini katakan?" Wajra tertawa lucu. Jin? Betul ke jin? Merepek!
"Danny, aku dengar dia merintih sakit. Kuat masuk kepala otak aku." Khairy datang dengan wajah pucat kali ni. Berkali-kali pukul telinganya. Danny yang melihat keadaan tak terurus Khairy segera menutup kedua belah telinga Khairy.
"Baca surah pelindung Ry. Jin ni cedera, apa kau dengar tu suara dia yang sakit dan Ustaz Abuya membaca ayat-ayat suci Al-Quran." Pujuk Danny lembut.
Is dan Danial merasa kasihan pula melihat keadaan Khairy yang kesakitan. Kalau bukan telinga Khairy mampu mendengar tiga kali ganda, mereka takkan tahu apa yang terjadi di sekeliling mereka.
"Telinga aku, berdenyut pedih Danny." Adu Khairy menahan sakit.
Mereka bertiga terkedu. Nampaknya mereka tiada pilihan lain memecah masuk medan pertempuran Ustaz Abuya.
"Tunggu sini." Pinta Danny akhirnya. Tidak betah mereka melihat kesakitan dialami Khairy.
Saat mereka hendak menuju ke arah Ustaz Abuya, Wajra menahan mereka.
"Kalian hendak buat apa?" Tercengang Wajra melihat tindakan ketiga anak itu yang sudah diperingatkan.
"Jangan halang kami." Dingin Danny berkata, lalu menepis tangan Wajra. Naik terkedu dirinya Danny bersekeras menuju ke arah Ustaz Abuya saat ini.
Jika bukan kerana Khairy, mereka malas nak menyibuk.
Si Jin ular sudah kalah tak terdaya untuk melawan lagi. Ustaz Abuya tidak tunggu lama hendak menikam si Jin ular dengan kerisnya. Keris sudah diangkat tinggi, bila-bila masa akan menikam si jin ular.
"Tunggu, Ustaz." Kumpulan Danny akhirnya menghentikan perbuatan Ustaz Abuya.
"Pergi! Kenapa kalian bertiga mendekat! Sudah ku bilang menjauh dari sini!" Marah Ustaz Abuya.
"Jin ini, biar aku yang urus. Dia datang kerenaku." Luah Danny buatkan kesemua yang ada di lapangan itu terkejut. Tidak percaya dengan kebolehannya mampu melihat jin.
Ustaz Abuya tidak jadi menikam. Kerisnya diturunkan lalu memandang si jin yang tidak terdaya untuk bangkit lagi.
"Luka di badannya dapat dari luka pedang, dia cedera parah Ustaz. Dia sudah kehilangan tenaga melawan Ustaz dari tadi." Jelas Danial pula, mendekati si Jin ular. Sebelum ini dikatakan Danny, Jin ular itu tidak memakan bangsa bunian. Dia yang berdarah kacukan bunian itu berani mengusap badan si jin ular yang luka itu.
"Apa yang kalian ingin lakukan?" Ustaz Abuya terkejut dengan keberanian ketiga-tiga mereka.
"Tu..an.." Jin ular membuka matanya..Sayu pandangannya jelas menatap Danny yang kini mengusap kepalanya.
"Apa? Ia berbicara?" Terkejut Ustaz Abuya. Selama berlawan tadi, tidak pula jin itu bercakap.
"Maafkan dia, dia tidak tahu kau datang padaku. Jadi, apa tujuan kau kemari dengan tubuh cedera ini? Luka kau dapatkan ini, bukanlah dari Ustaz Abuya pengguna keris.." Danny mengusap perlahan bahagian luka itu. Dilihat Is tadinya hilang, datang bersama daun herba yang sudah dilenyek.
Dia melekapkan daun itu di tempat luka si jin ular.
"Aku tengah merawat kau, jangan bergerak." Tegur Is saat jin ular itu merintih lagi. Sakit.
"Tuan mempunyai sahabat yang baik." Luah Jin ular itu.
"Daeng.." Ustaz Abuya tegur perbuatan Danny. Sedari tadi Daeng dipanggil tuan oleh si jin. Bukankah membela pendamping itu jelas berdosa besar?
"Aku tidak menjadikannya khadam, dia sendiri ingin memanggil ku begitu." Jelas Danny akhirnya.
Saat Wajra hendak mendekati, si jin ular bereaksi marah.
"Kau jangan apa-apakan dia!" Ustaz Abuya terus menghalang tindakan Wajra yang tiba-tiba berada disana. Wajra terpinga-pinga hairan melihat Ustaz Abuya melindunginya.
"Dia musuh aku!" Marah jin ular tersebut.
Danny pula menenangkan si jin.
"Jangan apa-apakan manusia itu, dia tidak tahu keberadaan engkau disini." Danny bersekeras. Dilihat Wajra berada di belakang Ustaz Abuya, jelas dia terpinga-pinga hairan. Dah tahu tak nampak, buat apa datang? Menyibuk betul!
"Dia musuh tuan, percayalah." Jelas jin ular sayu, dia kembali melingkar ke tanah, dibelakang Danny.
"Ya, kami percaya." Khairy muncul, telinga kanannya terlihat berdarah. Terkejut mereka semua melihat keadaan Khairy. Meski Khairy tidak mampu melihat, tapi dia mampu mendengar jelas.
"Tapi, biar aku bersiaga." Khairy mengerling Wajra. Mereka berpandangan saat itu. Wajra yang tidak memahami situasi, terpaksa berundur apabila Ustaz Abuya meminta.
"Jadi, apa tujuan kau kemari? Kau datang tidak mungkin hanya memberitahu tentang itu saja?" Hairan Danial. Dia membantu Is menyapu herba di badan si jin ular.
"Kalian harus lekas pergi, Sadiq dalam perjalanan. Aku sudah menumpaskan beberapa tenteranya. Mungkin saja dia sedang berehat kerana merawat tenteranya." Jelas si jin ular akhirnya.
Herba di tangan Is jatuh. Danial menganga tidak percaya. Khairy terduduk ke tanah.
"Lekas bersiap! Sadiq dan orang-orangnya sudah hampir tiba!" Jerit Danny buatkan semua orang disana terkejut, terpinga-pinga dengan arahan Danny yang tiba-tiba.
"Apalagi yang engkau semua lihat!? Pergi bersiap lekas!" Marah Ustaz Abuya pula kali ini buatkan mereka semua akhirnya beranjak.
"Apa yang kalian lakukan? Tenteranya ramai."
"Kami akan perangi mereka. Engkau menjauh dari sini."
"Tidak, aku akan bertarung sama tuan."
"Dengan keadaan engkau begini!?" Marah Danny, jin ular ni degil gila.
"Iya, aku pasti aku mampu lindungi tuan." Jin ular tiba-tiba mengigit bahu Danny. Serangan tiba-tiba itu mengejutkan Is dan Danial.
Namun belum sempat mereka membantu, Kulit si jin ular bercahaya. Dari kulitnya hijau dan penuh luka, kini berwarna kuning emas tampak membaik dari tadi. Malah dilihat berkali-kali, kekuatannya jauh dua kaki lipat sebelumnya.
Danny menggeleng kecewa dengan tindakan si jin itu.
"Darah tuan istimewa, aku mampu sembuh." Jelas jin ular tersebut, lantas menundukkan kepalanya. Melutut di hadapan Danny.
Danny mengerang sakit. Bahunya dilihat, jelas ada dua tusuk lubang disana.
"Tak ada bisa kan?" Sempat lagi Is ni.
"Dia makan darah aku." Jelas Danny berkerut menahan pedih. Seakan dia baru sahaja derma darah dengan terpaksa.
"Macam vampire do." Danial tak nak kalah.
"Dari korang bertiga tercongok depan aku ni, better korang pergi bersiap sekarang." Khairy ubah topik, mentang-mentang dia tak boleh tengok apa yang terjadi. Boleh pulak lupakan dia kat situ. Nyeh..
.
.
.
.
.
Malam itu, perang panjang mulai berlaku. Ketibaan Sadiq dan orang-orangnya sudah disedari awal oleh Danny dan yang lain.
"Tun Isyak! Serahkan barangan sakti serta barang yang lain. Maka aku tidak perangi engkau!" Jerit Sadiq sebelum memula perang di antara mereka.
Is merenung tajam Sadiq dari jauh.
"Barang sakti barang sumpahan, jatuh ke tangan engkau beerti menjemput kesalahan!" Bengang Is.
"Hahaha! Usah risau, aku tidak menggunakan untuk menghancurkan negeri ini, ia keperluan peribadiku saja." Jelas Sadiq.
"Sadiq, cukup berbasa basinya. Kami tidak menyerahkan ia." Danny bersuara tegas.
"Baiklah, nampak engkau sendiri inginkan perang." Sadiq menyeringai sinis.
"Semua, bersiap!" Danial mewakili barisan depan.
"Serang!" Sadiq memulakan serangan awal. Tajam renungannya ke depan, sinis melihat pihak lawan.
"Bismillahirrahmanirrahim.." Danny menggumam, tatapannya berubah serius.
.
.
.
.
Sadiq mencari Tun Isyak dalam kebisingan dan kebingitan perang yang berlangsung. Tidak peduli dengan keadaan sekelilingnya meski dia diserang hendap sekalipun, barang saktinya akan beriaksi sendiri.
Membuat penyerang menerima dampak dan terpelanting jauh. Apa yang penting saat ini, pengguna sakti harus berlawan dengan pengguna sakti!
"Hoi hoi hoi, tiga lawan satu?" Sadiq tersengih sinis, melihat Tun Isyak kini ditemani oleh Danial dan Khairy.
"Serahkan barang sakti Sadiq, engkau tidak layak memakainya." Tun Isyak meminta dingin. Sungguh saat ini dada mereka berdebar hebat, ini kali pertama mereka berperang secara langsung. Melihat keadaan sekelilingnya, membuatkan semangat mereka lebih membara.
Maka, tidak tunggu lama, Sadiq terus menumbuk tanah. Rekahan tanah menjalar membentuk cakar tanah yang ampuh.
BAM!
Is mengelak melompat ke belakang. Khairy naik ke atas pokok berdekatan sebelah kanan Sadiq. Meniup serulingnya. Matanya merah saga menunjukkan dia sudah mendapat kekuatan si seruling.
Danial pula berada disisi kiri, bersiaga bersama batu-batu tanah keras untuk ditembak pada Sadiq.
"Bismillahirrahmanirrahim.." Danial memulakan serangan, batuannya yang dikawal dilempar terus secara menerus menyerupai peluru berpandu, tidak memberi kelesaan kepada Sadiq, Khairy mengambil kesempatan ke atas Sadiq dengan mengawal jiwa jahat di dalam tanah di bawah kaki Sadiq.
Kesannya, lelaki itu terpasak ke dalam tanah, tidak mampu keluar.
"Bangsat!" Hamburnya, terus menarik belati yang tadinya bersembunyi di celah lengan baju.
"Aku tak akan biarkan!" Is masuk dari tengah, menikam Sadiq dari atas. Keris hendak ditikam tepat pada dada Sadiq!
Slash!
"Apakah.." Pertahanan Khairy berhenti.
"Allahuakbar Is!" Serangan Danial terhenti.
"Hahahaha!" Sadiq berjaya mengelabui mata mereka semua.
"T-tak guna kau Sadiq." Is menahan bahunya ditusuk belati. Bagaimana mungkin serangannya tidak berjaya sedangkan dia sudah hampir berjaya menusuk dada Sadiq dengan kerisnya.
Is terus menarik belati milik Sadiq dari bahunya. Darah mengalir banyak. Belati di lempar ke tanah dengan kasar. Darah menyeruak di bahunya.
"Kau mungkin tidak tahu kekuatan kuasa sakti ku Tun Isyak.." Sadiq menyengih sinis. Dia menumbuk tanah, lalu melompat keluar dari serangan Khairy dan Danial tadi.
"Pertahanan ku lagi ampuh dari engkau bertiga!" Sadiq menjerit bangga. Terus dia mengambil pedang yang jatuh tergeletak tidak jauhnya darinya, lantas membaling kuat ke arah Tun Isyak.
Selayak roket peluru yang dibaling oleh si Badang!
Is tergamam.
Bushhh!
"Allahuakbar is!" Danial cuba membantu dengan mengawal batuan yang tersisa, namun seakan dibaca bantuannya, serangannya dipatah oleh Sadiq tiba-tiba.
"Makan ini!" Sadiq menyepak segala batu tanah disekitarnya seperti bola. Akibat serangan rawak tersebut, Danial tiada pilihan lain melindungi dirinya.
Is kepenatan. Berpeluh-peluh menahan asakan pedang melayang!
Keris dan pedang berlaga, meski dibaling serangannya terlalu kuat buatkan dia terundur. Kaki pada tanah terseret ke belakang.
Is menahan serangan pedang yang seakan roket yang tidak berhenti. Masih mengapung hendak menembak kepalanya!
"Tsh!" Khairy yang melihat situasi itu tidak mampu membantu, dia adalah pengguna jiwa jahat. Bagaimana mungkin hendak menyerang secara berdepan!
Matanya melihat sekeliling. Jika ada mayat-mayat sekitar tapak perang saat ini, boleh digunakan untuknya.
Waktu itulah, matanya melihat kelibat satu jasad yang sudah tidak bernyawa. Segera, dia menggunakan jasad tersebut.
Bunyi seruling kedengaran.
"Hahaha! Engkau tidak mampu melawan aku Tun Isyak!" Sadiq tak tunggu lama terus hendak menyerang Is yang masih menahan pedang terbang ampuhnya.
Belati hendak ditikam pada leher Is yang masih menahan asakan pedang. Jika dia mengelak, satu saat ia mampu menghiris luka di bahu. Kerna itu dia tidak mampu mengelak!
"Mati kau!" Sadiq sudah mulai menikam.
Is menutup mata.
"Allah.."
Klang!
Seakan bilah belati berlaga pedang, Is membuka matanya. Terlihat satu wajah berlinang darah, mata putih dan terlihat buruk sedang menahan serangan Sadiq!
"Apakah.." Sadiq terkejut. Orangnya menahan serangan dia! Bagaimana mungkin!? Lelaki itu sudah mati!
"Elak Is!" Jerit Khairy buatkan Is mengambil keputusan menunduk kepalanya.
BUSH!
Pedang itu menembus laju kedepan terus membenam diri ke dalam dinding tanah bukit di belakangnya.
Sadiq pula melawan si tubuh tidak bernyawa, meski sudah dicantas, ditikam, dibunuh. Ia tetap bergerak menghalang kemaraan Sadiq menghampiri.
Danial melihat keadaan Sadiq terbuka luas terus mengawal kayu-kayu balak di sekitar berhampiran untuk menyerang Sadiq. Kuasa sakti cincin digunakan. Melayang kayu-kayu balak ke udara.
Kayu-kayu balak terus dihumban pada Sadiq membentuk penjara bulatan di sekeliling. Kedua-dua terperangkap di dalamnya. Mayat hidup masih cuba menyerang dengan menggigit dan mencakar buas! Menjadikannya satu lawan satu!
"Jahanam kau!" Sadiq keliru dalam marah. Mana tidaknya, dia tidak tahu kelemahan pada senjata milik Zei Wei, adik Wei Yang. Tidak sangka mampu mengawal jasad mati! Meski dia terus melukakan mangsa yang sudah mati, tetap sahaja masih menyerangnya!
Is ambil kesempatan dengan menyerang dari semua sisi. Keris-keris berterbangan cuba mencederakan bahagian penting anggota badan Sadiq.
Hampanya, pertahanan Sadiq terlalu kuat berkat tali pinggang sakti.
Seakan menggores lendir yang bercantum kembali! Kekuatan mustahil!
"Kita kena cari cara lawan dia." Danial menghampiri Is.
"Jangan risau, nampaknya pasukan kita nak menang. Tinggal dia je diurus." Ucap Is pandang sekeliling.
Memang benar, mereka hampir menang.
Melihat Danny melawan Bunga juga tahu bahawa Pak Belang dari jauh sudah kelelahan. Jin ular bukan tandingan sesiapa. Sekali dibelit, boleh bersepai daging. Ditambah jin ular itu mempunyai kekuatan dua kali ganda setelah pulih.
"Sadiq! Akui kekalahan kau! Orang-orang kau sudah banyak terkorban!" Jerit Danial sengaja. Buat Sadiq gelabah.
Khairy masih berlawan dengan serulingnya, tidak berhenti menghambat Sadiq yang kebingungan. Antara kekuatan tali pinggang yang abadi atau kekuatan mayat hidup yang dikawal oleh jiwa jahat. Siapa yang mampu bertahan?
"Argh!" Sadiq terus menumbuk kepala mayat hidup itu, tidak peduli jika itu orang-orangnya lagi. Dia harus melepaskan diri!
Naik bersepai kepala mayat hidup tadi. Namun, ia tidak berakhir begitu saja, meski kepala hilang badan itu tetap bergerak menyerang dan melawan. Sadiq terbutang mata. Begitu juga Is dan Danial yang melihat situasi tersebut.
Sadiq tak tunggu lama, terus menumbuk satu kayu balak disisinya.
Bang!
Pecah berderai kayu balak tersebut membuatkan dia melarikan diri dari serangan mustahil mayat hidup tersebut.
"Berundur!" Sadiq terus mengarahkan orang-orangnya berundur, impaknya mereka terus meninggalkan kawasan pertempuran.
Orang-orang yang berpihak pada Tun Isyak dan yang lain menjerit kemenangan.
"Ini belum berakhir! Aku akan datang lagi!" Jerit Sadiq untuk kesekian kalinya.
Is kelelahan, dia terduduk ke atas tanah. Begitu juga Danial, menyandar Is.
"Korang okey tak?" Datang Khairy dengan wajah cemas.
"Kalau bukan sebab mayat hidup kau kawal tu, Sadiq tak gelabah larikan diri." Ucap Is tertawa lelah.
"Pertama kali kot dia tengok kuasa sakti rantai kau." Danial tersenyum lemah.
"Tu baru sekor." Jelas Khairy buatkan mereka berdua berkerut.
"Jadi kau mampu kawal banyak dari ni!?" Is terkejut.
Khairy mengangguk.
"Seram, gile." Danial tunjuk muka risau dan takutnya. Sukar hendak menggambarkannya. Khairy berbeza dari mereka, dia serangan jarak jauh.
.
.
.
.
Sadiq melihat Bunga yang kini penuh luka. Tubuh yang selama ini ditutupi jubah hitam kini menampakkan aurat betis. Namun Bunga tidak terlihat peduli.
"Siapa yang engkau lawan Bunga?" Sadiq menyeringai marah. Orang pentingnya habis cedera parah.
"Daeng, pengguna gelang sakti serta berpasangan dengan jin ular." Jelas Bunga kesakitan. Menahan sakit di pinggangnya.
"Tak guna, aku terlalu remehkan mereka. Mereka hebat menggunakan senjata sakti mereka. Si pengguna rantai sakti juga sudah tahu mengawal kekuatan rantainya. Tsk!" Sadiq tersandar lemah di pokok. Saat ini, mereka kelelahan. Ramai berundur kerana tidak mampu mengalahkan kekuatan Tun Isyak serta orang-orangnya. Mereka terlalu kuat!
"Mereka mempunyai kekuatan berbeza, serangan kita bakal sia-sia jika tidak mempunyai perancangan rapi." Jelas Bunga.
"Dimana Hendra?" Sadiq mengubah topik. Dia tahu tidak mengekang kebebasan Hendra, kerna Hendra bukan orangnya. Hanya memberi bantuan kerana mencabar dirinya untuk mendapatkan barangan sakti. Apakah mampu dia masuk ke alam bunian, alam Hendra.
"Dia tiada tiga hari lalu, dia kembali ke alamnya." Jelas Bunga perlahan.
"Dia tidak tahukah kita sudah memula perang! Mana bantuannya!?" Bengang Sadiq.
Bunga diam. Tidak berani berkata banyak. Kehilangan Hendra betul-betul buatkan mereka kalah telak dalam kekuatan lawan.
Kekuatan Hendra berpedang tiga sangat diperlukan.
"Saat ini, aku harus mencari cara untuk atasi Zei Wei." Gumam Sadiq dendam.
Bunyi ranting pantai kedengaran tidak jauh darinya. Lekas Sadiq menoleh, melihat keberadaan seseorang dalam kegelapan mula muncul.
Senyuman orang itu nampak sinis.
"Wǒ chíle ma? (Apakah aku terlambat?)"
Sadiq merengus, tanda jawapannya bagi Wei Yang. Sudah tahu, buat-buat tanya pula. Pasukannya sudah kekurangan orang kerna kelewatan Wei Yang.
"Wǒ dàile yībǎi gèrén lái. Zhè huì bāngzhù nǐ. (aku membawa seratus orang. ini akan membantu kau.)"
Sadiq mengerling Wei Yang, jika hendak membantu pasti ada sebab tertentu.
"Wǒ zhīdào, wǒ bù huì pèng nǐ mèimei de. Bùguò yào xiǎoxīn. Tā shì qítā rén zhōng zuì qiáng de. (aku tahu, aku takkan sentuh adik kau. Tapi, hati-hati. Dia yang terkuat di antara yang lain.)"
Wei Yang tersenyum puas mendengar jawapan Sadiq. Itu yang dia nak. Dendam adiknya.
"Sadiq.." Bunga mencelah.
"Apa maumu Bunga?" Sadiq mengerling tingkah Bunga yang tidak kena.
"Belangku tidak mampu teruskan. Aku akan menghadapi Daeng dengan kekuatanku sendiri." Luah Bunga akhirnya. Pak Belang, terluka parah. Dia tidak mahu pak belang mati di tangan manusia yang istimewa itu. Daeng mempunyai kekuatan luar biasa pada pandangannya. Ia bukan kekuatan manusia biasa.
Sadiq tidak menjawab, sekadar diam merenung tajam.
.
.
.
.
.
.
.
.
Danny melihat bulan di dada langit. Tiada hujan, mahupun angin. Dia sungguh lega dengan kemunduran Sadiq dan orangnya. Namun dia tahu, Sadiq belum berputus asa.
"Kau menungkan apa tu?" Tegur satu suara.
Danny menoleh. Terlihat Is menghampiri. Perkara pertama dilihat adalah bahu Is yang dibalut kain.
"Luka kau macam mana? Ada okey?" Usik Danny bersama senyuman pahit. Dia tidak ada di masa Is dan yang lain bertarung, dia harus menumpaskan Bunga.
"Alhamdulillah, masih boleh gerak lagi." Ucap Is lalu duduk sebelah Danny. Pondok tidak berbumbung itu sangat tenang, dihiasi dengan bulan penuh di dada langit.
"Mana Khairy dengan Danial?" Soal Danny ingin tahu.
"Entahlah, dua-duanya tak nampak batang hidung."
"Kalau kau jumpa diorang, suruh rehatlah. Entah esok atau lusa Sadiq serang nanti."
Is mengangguk. Matanya melihat sekeliling.
"Kau cari apa?" Danny perasan keanehan Is. Sekejap-sekejap pandang belakang dia, sekejap atas sekejap bawah. Apalah yang dia cari tu.
"Erm, jin ular kau pergi mana?"
Danny menggeleng kepala, rupanya itu dirisaukan.
"Dia kembali ke alam dia. Mencampuri urusan manusia bukanlah perkara mudah bagi sesetengah jin. Mereka ada pantang larangnya. Tapi kalau dah terdesak sebab lawannya tadi pak Belang. Dia turun tangan. Aku yakin, pak Belang tak akan mampu teruskan perang seterusnya." Jelas Danny panjang lebar.
"Jadi, Jin ular tu cuma muncul sebab nak tolong kau?" Is hairan.
"Dia memang nak cari tuan. Memang taklah aku terima." Danny mencebik. Sekaligus buatkan Is faham maksud Danny.
Baru hendak bersuara, perbualan mereka dicelah seseorang. Drahman muncul dengan wajah cemas.
"Daeng, Tun Isyak..Ada musuh!"
"Apa!?" Danny terkejut. Takkan seawal ini?
"Siapa?" Is bersikap profesional menguruskan keadaan.
"Tidak tahu, Andika melawannya. Musuh itu mencari Tun Isyak.." Ujar Drahman.
Is dan Danny berpandangan.
.
.
.
.
"Lepaskan isteriku!" Mengamuk Hendra melihat Aliya ditahan kedua orang yang tidak dikenali.
Tadinya, dia hampir sahaja menumpaskan Wajra, namun tidak sangka isterinya pula dijadikan tahanan. Naik takut dirinya saat melihat Aliya dibawa pergi darinya.
"Engkau sudah punya isteri Hendra? Aku tumpang gembira. Apakah dia kelemahan terbesar kau?" Wajra tersenyum sinis, dia bersama dua bilah pedang yang ingin dihunus kepada Hendra.
"Bawakan Tun Isyak kemari, aku akan jelaskan keadaan ini." Hendra cuba berlembut, takut Aliya diapa-apakan. Kalau dirinya tidak apa lagi, tapi Isterinya? Sudahlah mereka kalah jumlah. Jadi, dimana Tun Isyak dan yang lain?
"Aliya!" Satu suara menjerit.
Hendra menoleh. Sedikit lega dengan kehadiran Derahim.
"Lepaskan dia Ustaz! Mereka temanku!" Pinta Danial, entah mengapa dirinya pula ditahan orang-orang Panglima Hitam.
"Mereka musuh kita!" Jawab Ustaz Abuya marah. Ustaz Saiful tidak banyak bersuara, menyetujui sahaja tindakan Ustaz Abuya.
"Kami berpihak kepada engkau semua!" Aliya menjerit geram.
"Hakikatnya, suamimu itu sudah membunuh orang-orang kami sebelum ini. Wajar saja, kami bermusuh dengannya. Kami tidak pernah percaya." Wajra datang menghampiri, hujung pedang sengaja mengangkat dagu Aliya yang tergamam. Mungkin tidak menyangka Hendra sebegitu.
"Jangan sentuh isteri aku!" Hendra menjerit risau. Habis dirempuh orang-orang yang menahannya.
"Kau bergerak lagi dekat, aku akan membunuhnya." Ugut Wajra dingin. Mati langkah Hendra.
"Andika! Hentikan perbuatan kau, gadis itu temanku." Derahim menghampiri, dia berjaya lepaskan diri dari orang-orang Panglima Hitam berkat kuasa sakti.
Lekas dia melindungi Aliya.
"Andika?" Hendra berkerut tidak faham apabila Derahim memanggil Wajra sebagai Andika.
"Kau tak apa-apa?" Danial menarik Aliya jauh dari mereka.
"Aku tak apa-apa." Aliya tersenyum tipis. Saat ini, mereka adalah musuh di mata orang-orang situ. Entah diterima atau tidak, dia ingin bersama Danny dan yang lain kali terakhir.
"Apa yang terjadi disini?" Muncul sesosok tubuh yang digeruni semua.
Tun Isyak dan Daeng muncul di khalayak ramai.
"Tun Isyak, mereka musuh kita. Kenapa diminta mereka kemari?" Ustaz Abuya soal tidak puas hati.
"Ustaz yakin mereka musuh?" Danny pula mencelah. Dia menghampiri Hendra yang ditahan. Sekali dia menyentuh segala pedang yang dihunus pada Hendra, kesemuanya membengkok. Naik gerun orang-orang disana yang melihat si kuasa sakti.
Maka, orang-orang Panglima Hitam tidak berani dengan kedinginan Daeng yang membela Hendra. Mereka berundur takut.
Mendengar Daeng berkata sedemikian, Ustaz Abuya tidak berani menjawab. Baginya, jika Hendra berpihak pada mereka, kemenangan sudah pasti ditangan mereka. Kekuatan Hendra itu amat diperlukan.
"Dia telah membunuh orang-orang kita!" Marah Wajra, teringat akan pertempuran dahulu. Siapa saja tidak trauma dengan peperangan yang akhirnya mengorbankan dirinya serta rekan-rekannya dahulu.
"Benar! Tapi saat ini sudah berubah! Dia berpihak pada kita!" Marah Danny. Mencerlung matanya menentang Wajra.
Wajra tergamam dirinya dibentak oleh Danny, yang padanya hanya sekadar remaja.
"Andika, sebenarnya kami tertanya-tanya siapa dikau sebenarnya.." Is bersoal dingin tidak suka.
Wajra terdiam.
"Dia ialah Wajra, bukan Andika." Akhirnya Hendra membocorkan identiti Wajra.
"Dah agak." Danny mencebik dingin.
"Patut aku tak boleh menang." Is menyengih sinis.
"Wajra, Hendra. Aku tahu tujuan kau berdua kemari. Niat kau berdua kemari, dan juga sebab kau berdua kemari kerana kami. Aku rela jika Aliya yang meminta, tapi bukan dia." Danny kerling Wajra tajam.
"Apa maksud kau Dani?" Is tak faham. Sejujurnya saat ini dia tidak faham maksud Danny.
"Kami sudah menemui cara untuk engkau semua pulang." Hendra berkata serius, dipandang Aliya yang menunduk sedih. Tapi mereka tiada pilihan lain.
"Weh, Dani. Betul ke? Kau tahu macam mana nak balik ke?" Is terkejut dalam pada masa yang gembira.
"Alhamdulillah..Kenapa kau tak bagitau kami Danny?" Danial menyoal suka. Berita gembira itu buatkan mereka kelegaan.
"Hendra, bila tiba masanya yang sesuai biar aku sendiri memberitahu pada mereka." Pinta Danny. Hendra mengangguk perlahan. Akur dengan keputusan Danny.
Danny menoleh pada Wajra yang berpaling pandang lain. Dia tahu, Wajra tak akan mengatakan perkara sebenar. Dia yakin, Wajra akan meneruskan rancangannya hendak membunuh mereka berempat. Dia terpaling tahu akan itu.
"Apa cara untuk kita kembali Dani?"
"Boleh aku bagitau selepas perang selesai?" Danny tersenyum tipis. Is mengangguk faham. Dia akan sabar menunggu.
"Wajra, kami akan berperang sampai mati." Jelas Danny mengerling Wajra yang sedari diam sejak dari tadi.
Wajra akhirnya pergi dari situ, tidak betah dia berada disana menjadi perhatian semua orang.
.
.
Aliya tersenyum manis saat dirinya diperkenalkan.
"Dia temanku, dia juga perentas waktu seperti kami." Is memperkenalkan Aliya pada ustaz Saiful. Ustaz Abuya tidak mencelah, sekadar merenung Aliya yang cantik rupawan. Begitu juga orang-orang sekeliling mereka, berbisik sesama sendiri. Manakan tidak, rupa paras Aliya itu terlalu cantik bagi wanita biasa. Sesiapa sahaja yang melihat pasti terpesona.
"Eherm.." Hendra berdehem sengaja, cemburunya bila banyak mata-mata memandang isterinya.
"Apa tujuan kau kemari? Apa yang buat engkau bertukar fikiran? Dan kenapa engkau berani menempah maut di kawasan musuh? Apakah engkau tidak risau Wajra membalas dendam ke atasmu?" Soal Ustaz Saiful bertalu-talu soalannya. Siapa saja tidak tertanya-tanya dengan keberadaan si makhluk bunian yang sengaja merosak alam manusia dan bergabung dengan Sadiq.
"Pertamanya, aku meminta maaf telah membunuh orang-orangmu serta manusia yang tidak bersalah. Hal ini kerna, sebelumnya aku berjanji dengan Sadiq untuk bekerjasama mendapatkan barang sakti. Tujuanku hanya ingin tahu kekuatan sakti itu. Adakah ia mampu dibawa masuk ke alam bunian. Kerna itu juga aku bersikap sombong mencabarnya untuk mendapatkan barangan tersebut. Sejak berjumpa dengan Sari yang kini menjadi isteriku, jelaslah barangan sakti yang ada pada isteriku itu bisa dibawa masuk ke alamku. Maka, aku harus menghalang Sadiq sebelum terjadi apa-apa dengan alamku. Aku menyesal mencampuri urusan manusia." Hendra terus melutut ke tanah. Dari perbuatannya itu jelas menunjukkan Hendra merendahkan egonya.
Suasana sunyi, kelam. Cahaya bulan menerangi malam. Aliya mengusap belakang Hendra, meminta suaminya itu kembali bangkit. Namun Hendra sekadar berteleku duduk, merenung tanah yang jelas menyesal akan perbuatannya.
"Apakah kau kemari kerna ingin menebus kesilapan yang telah engkau lakukan?" Ustaz Abuya menyoal ingin tahu.
"Itu adalah perkara pertama yang aku harus lakukan." Hendra mendongak kepalanya, tampangnya berubah serius.
"Apa yang ingin engkau lakukan?" Wajra muncul disana tiba-tiba. Matanya tajam merenung Hendra.
Kesemua mata memandang sosok Wajra, siapa saja tidak tahu akan perbalahan dua orang itu yang sering memerangi diantara satu sama lain.
"Aku akan merampas kesemua barangan sakti dari tangan manusia seperti kalian."
Sebaik Hendra berkata sedemikian, bunyi letupan kuat tidak jauh dari kawasan mereka kedengaran.
BUM! Seakan bunyi batu dipecahkan menyebar ke udara, pasti ulah Sadiq!
"Musuh menyerang!"
Danny tergamam. Begitu juga orang-orang disana, mereka tidak menyangka Sadiq kembali muncul dan memulai peperangan sebegitu cepat padahal baru beberapa jam mereka berhenti!
"Allahuakbar." Danial menggumam perlahan.
.
.
.
.
Okey, please rest kejap. Cuci muka kejap, and jangan lupa solat mana yang belum solat. Panjang noh Chapter ni. Mana yang mak suruh buat keje tu, lunaskan dulu ye.. Nanti bacanya tak selesa pulak.
.
.
.
.
.
Disaat peperangan dimulai, tampaknya Sadiq muncul bersama Wei Yang. Kali ini, mereka kalah jumlah dari orang-orangnya Wei Yang yang jumlahnya melebihi puluhan orang!
Khairy juga muncul dari dalam hutan. Dia sibuk mengurus mayat-mayat sebelum ini. Sudah tentu melakukan sesuatu tanpa sepengetahuan kawan-kawannya.
Melihat perang yang berlangsung, dia bergabung dengan Is yang tika itu sedang melawan Sadiq. Bunga mengambil tempat melawannya. Padahal dia ingin mencari seseorang. Jika tidak, kawan-kawannya pasti dijadikan sasaran Wei Yang.
Aliya menyorok di pondok berdekatan. Hendra memintanya untuk bersembunyi memandangkan dia tidak pandai berlawan. Apatah hendak mempertahankan diri. Matanya memerhati sahaja suaminya serta Danny dan yang lain bertempur, berharap selamat dari serangan.
"Ambil tempat masing-masing! Ikut rancangan kita!" Jerit Danial. Dia mengetuai beberapa pasukan untuk mengalahkan orang-orang Wei Yang.
Kuasa saktinya memberi kesempatan untuk mengawal apa-apa sahaja yang boleh dijadikan senjata meski hanya dedaunan sekalipun.
"Danial! Aku masuk barisan depan, cover aku dari belakang!" Pinta Danny. Hendak membantu Is yang sedang berlawan dengan Sadiq. Pertempuran mereka dari jauh saja sudah buatkan orang-orang disekeliling mereka menjauh takut.
Danial tersenyum meleret. Akur dengan arahan si sahabat. Saat menggunakan kekuatan cincin sakti untuk mengapungkan musuh disekeliling, Danny mengambil peran untuk masuk ke laluan yang telah dibersihkan oleh Danial.
DUK! Danial terkedu. Dadanya panas. Hulu pedang yang menembus dadanya dilihat kaku.
"Uhurk.." Dia terbatuk darah akhirnya. Matanya mengerling belakang, melihat siapa membunuhnya..
"Wa..jra..uhurk!" Darah dari mulut terhambur keluar...
Musuh yang terapung di udara jatuh ke tanah. Danny yang belum sampai ke barisan hadapan tercengang hairan, apakah Danial terganggu di barisan belakang? Dia dengan segeranya menoleh melihat situasi Danial.
Saat itu, seakan masa berhenti seketika. Degupan jantungnya berdetak perlahan. Suara-suara perang hanya kedengaran semakin menghilang. Pandangan Danny hanya terarah ke arah Danial yang kini mematung berdiri, menahan tusukan pedang oleh seseorang dari arah belakang.
Dari jauh, Danial hanya mampu memberi senyuman pahit.
"Danial!!!!!!!!!!!!"
Jeritan Danny menarik perhatian Khairy dan Is dari jauh. Saat melihat apa yang terjadi, mereka kaku tidak bergerak. Tergamam melihat apa yang berlaku di hadapan mata mereka.
"HAHAHAHA! Wajra! Engkau berada disini!" Sadiq ketawa seperti orang gila, tidak peduli dengan kematian Danial dibunuh Wajra dari arah belakang.
Danny terus berlari merempuh musuh ke arah Wajra!
"Arghhhhhhhh!" Danny terus memukul tanah dengan menggila. Tanah mencacak tinggi buatkan Wajra terus beredar dari tempatnya. Pedangnya yang masih menusuk Danial ditarik kuat, buatkan Danial yang dibunuhnya terus hendak jatuh ke tanah. Nampaknya, dia tidak sempat merampas cincin di tangan Danial. Lantas dia pergi dari situ.
Danny jatuh menggelongsor hendak memaut tubuh Danial sebelum jatuh ke tanah.
"Nial, Nial bangun, aku ada Nial. Aku ada, tahan Nial." Berlinangan air mata Danny saat melihat Danial terbatuk-batuk darah mencari nafas. Badan itu bergegar hebat tepat matanya!
"Tahan Nial!" Jerit Danny takut, menggigil tangannya menekan darah di dada Danial. Mengharap perbuatannya mampu melambatkan peredaran darah meski dia tahu semua itu sia-sia.
"Tolong Niai, jangan mati."
Danial tidak mengata apa-apa. Untuk kali terakhirnya, tangannya yang hendak memegang tangan Danny akhirnya jatuh terkulai ke tanah.
"Nial.."
Danny tersentak. Mata Danial terkatup sedikit bersama senyuman tipis itu buatkan dia terketar-ketar takut.
"Nial?"
Tubuh kaku itu tidak bergerak lagi, tidak bertarung nyawa mencari nafas semula seperti tadi, tidak memberi reaksi saat sahabat memanggil meminta untuk bertahan.
"Nial!" Raung Danny akhirnya.
Suasana menjadi pilu. Tidak dihiraukan perang yang berlangsung.
Aliya perlahan-lahan mendekati tubuh kaku Danial. Meski hanya berteman sebentar, dia tahu kepergian Danial akan ditangisi juga.
Dia terduduk disitu, melihat Danny yang kini sudah hilang semangat. Dia harus membantu Danny kembali, harus membuat lelaki itu sedar!
"Danny, dia dah kembali, dia kembali ke zaman asal."
.
.
Khairy berlari masuk ke dalam hutan. Mengumpan Bunga dan Wei Yang kini mengejarnya dari belakang. Tidak disangka, Bunga akan guna ilmu hitam. Bermain dengan makhluk halus menyerangnya dimana-mana.
Hijab pandangannya nya jadi terbuka disitu juga. Hantu galah muncul saat dia menyorok di belakang pokok. Telinganya berdarah sakit mendengar suara-suara pekik makhluk halus yang lain mencari keberadaannya.
Khairy mengesat pipinya yang basah dengan air mata sebelum ini. Kepergian Danial harus dia balas! Dia saat ini sangat berdendam dengan Wajra! Tidak dihiraukan keberadaan makhluk-makhluk yang berwajah pelik lagikan seram di matanya, saat ini dia hanya ingin membalas dendam!
Tapi sebelum itu, dia harus menumpaskan Bunga dan Wei yang!
Hantu galah tidak dilawan, dibiarkan begitu saja. Dia tahu, keberadaannya bersama rantai sakti lagi berbahaya.
Khairy mula meniup seruling. Seluruh hutan bergema dengan suara-suara gagak yang entah muncul dari mana.
"Pengguna roh jahat." Gumam Bunga panik dalam berdebar. Setahunya, hanya dia yang mampu mengawal ilmu hitam tersebut! Bagaimana mungkin ada orang lain mengawal makhluk halus yang lebih kuat darinya!
"Tidak.."
Hantu galah yang dilepaskannya mula menatapnya tajam.
"Aku tuan kau!" Marah Bunga berang saat arahannya mula tidak diterima si hantu galah.
Hantu galah mendekat, tajam pandangan menatap Bunga. Bunga sudah terdetik cemas, tahu kini senjatanya memakan diri sendiri!
Begitu juga makhluk lain yang selama ini dikurung Bunga. Masing-masing sudah beralih lawan saat mendengar bunyi seruling tersebut. Bunga tergamam takut dalam marah.
"Aku tuan kau semua! Kenapa dengan kalian!?" Bunga terus membaca ayat-ayat jampinya. Tangannya dihiris pisau mengeluarkan darah, lalu direnjis pada tanah.
Dia tidak peduli lagi! Dia harus menyelamatkan dirinya dari dibunuh oleh makhluk-makhluk s*Al tersebut!
Dia harus menggunakan senjata terakhirnya meski harus melanggar pantang larang!
"Suuuuu..."
Muncullah makhluk berbulu tebal dihadapannya kini. Matanya merah saga, kukunya tajam mencekam tanah. Dia memanggil makhluk yang terakhir. Atau lebih tepat dipanggil Siamang bersaiz besar!
"Aku perintahkan kau bunuh yang berada di hadapan aku!"
Siamang mendengar arahan Bunga terus membunuh makhluk-makhluk sejenisnya itu.
Tanpa Sadar, wajah Bunga mula membengkak. Dari seakan disengat tebuan kini mula memerah teruk. Dia tidak tahu apa yang telah terjadi ke atas dirinya.
Alat sulitnya mula kesakitan, mengalir darah dara jatuh ke tanah. Ilmu hitamnya memakan diri sendiri!
"ARGHHHHH!" Dia menjerit kesakitan. Menggaru wajahnya gatal. Cadar jubah disarung dibuka kasar. Alat sulitnya yang kesakitan dan terasa dibakar digosok ke tanah lagak haiwan.
"Engkau melanggar pantang larang." Si Siamang berbulu kini muncul dihadapannya bersama makhluk-makhluk halus yang lain.
Mula menatap Bunga seakan makanan mereka untuk kali terakhir.
"Tidak! Tidakk, tidakkkk!!!!!"
.
.
.
Wei Yang dan orang-orangnya melihat kejadian depan mata. Walaupun mereka tidak tahu apa yang terjadi, namun melihat Bunga yang sudah mati tanpa daging sudah membuatkan sesiapa sahaja akan termuntah. Mati mengerikan bersama ilmu sesat agak berbahaya buat sesiapa walaupun mereka berlainan agama.
Wei Yang mengarahkan orang-orangnya mencari Zei Wei yang masih bersembunyi. Meski saat ini bunyi seruling dan suara burung gagak saling bertautan. Pencarian tetap diteruskan.
"Wei Yang..."
Wei yang menoleh, melihat ke atas, dia seakan terdengar namanya dipanggil. Pandangan adiknya jelas berubah. Matanya berwarna merah darah.
Belum sempat Wei Yang menghambur kata-katanya, terdengar orang-orangnya menjerit. Segera dia mengalih pandang akan sesuatu yang jelas menyeramkan. Situasi yang sukar hendak dijelaskan.
Dihadapannya kini, jelaslah ia tidak masuk akal! Segala mayat-mayat yang entah dari mana dan juga mayat orang-orangnya kini bangkit sendiri!
Wei Yang tergamam.
Zei Wei berniat membunuhnya!
(You guys can imagine like this - Mao Dao Zu shi clip - Dong Hua.)
.
.
.
.
.
Pasukan mulai melemah. Mereka jelas kalah telak dalam jumlah. Ustaz Saiful dan Ustaz Abuya sudah mati menghadap Ilahi. Tinggal panglima hitam masih berusaha berlawan dengan anak-anak buahnya yang tersisa. Saat itu, semuanya mula berputus asa. Seakan berlawan untuk berniat menyelamatkan diri. Tiada lagi rancangan untuk mengalahkan Sadiq dan orang- orangnya.
"Apakah engkau sudah mengalah?" Sadiq tersenyum sinis, meski saat ini bajunya koyak rabak dan mengalami luka ringan, tetap sahaja belati sakti tidak mampu membunuhnya.
"........" Is yang lelah tidak menyahut, sebaliknya menglihat Danny di sebelahnya. Juga sudah bernafas semput dan tidak terdaya.
"Dani, kau boleh lagi ke?" Tanya Is ingin tahu.
Danny tidak menjawab, sebaliknya mengangguk perlahan. Is tahu, kematian Danial buatkan mereka kehilangan semangat, namun dia harus kekal tenang. Tidak akan dia tunjukkan dia lemah jika Danny sudah tumbang dulu semangatnya.
"Kenapa engkau berdua bersekeras?" Sadiq bercekak pinggang. Bangga dengan kekuatannya yang mampu menandingi keduanya. Mujur sahaja, pengguna rantai sakti tiada buat masa kini.
"........"
Melihat kebisuan kedua-duanya, buatkan Sadiq bengang dalam diam. Baginya saat ini, membunuh keduanya betul-betul menguras tenaganya meski dia masih kuat hendak menahan serangan keduanya.
Matanya mengerling suasana perlawanan yang kini hampir lenggang dengan orang-orangnya yang menguasai peperangan tersebut. Sepertinya mereka mampu menang dalam peperangan ini tidak lama lagi.
Is menyerang lagi, tidak mahu memberi celah Sadiq mengisi tenaga. Dia tahu, jika Sadiq berehat, kekuatan Sadiq akan kembali.
Keris terbang dikawal baik, sengaja mensasarkan titik-titik buta. Danny masuk berlawan secara langsung, tangan dibawa menumbuk Sadiq, namun sering tersasar kerana dibaca serangannya.
Saat Sadiq hendak membalas dengan pukulan padu, Danny terus berundur jauh dan mengelak baik. Saat itulah, matanya tertangkap keberadaan Wajra yang tepat dibelakang Is.
"Is! Belakang kau!"
Mendengar itu, Is terus berpusing dan mengelak terjahan pedang tiba-tiba dari Wajra. Danny bernafas lega.
"Wajar, aku nantikan pertarungan kita." Sadiq menggumam bersama senyuman meleret.
"Jika begitu, aku harus merampas barang sakti lain untuk mengalahkan kau." Wajra menjawab bongkak. Tampangnya jelas menunjukkan dia meremehkan Is dan Danny.
Is yang merasa dirinya menjadi sasaran seterusnya mengherdik marah.
"Engkau memang tak guna, kau bunuh kawan aku!" Marah Is. Akhirnya Wajra menunjuk muka semata-mata untuk dapatkan keris saktinya!
"Is, serahkan keris sakti." Pinta Wajra bersama pedang terhunus.
"Langkah mayat aku dulu!" Is memulakan serangannya.
Dua pertarungan sengit di antara Danny yang menawan Sadiq dan Is melawan Wajra. Masing-masing tidak berputus asa.
Namun saat pertarungan berlangsung, kemunculan beberapa anak panah di padang pertempuran buatkan musuh terpinga-pinga.
"Tsk, Sejora.." Wajra mendengus perlahan. Nampaknya Sejora kali ini betul-betul melampau untuk masuk campur lagi!
"Serang!!!"
Kemunculan Sejora membuahkan senyuman sekutu. Sejora tiba dengan pasukan pemanah dan berkuda sekaligus membantu orang-orang mereka!
"Kanda!" Dalam keramaian itu, Mastika muncul membantu.
"Mastika! Kenapa berada disini!?" Tergamam Danny dengan kemunculan Mastika.
"Mastika akan bantu kanda." Mastika terus menjaga belakangnya. Menembak musuh dengan panahnya. Jika pertarungan dekat, pisau dikeluarkan membunuh musuh tersisa yang menyerang. Sungguh kekuatan srikandi wanita dicipta Sejora betul-betul membantu disaat mereka hampir kalah!
"Allahuakbar!" Jerit Is bersemangat.
Wajra menjadi bengang dengan keadaan tersebut meski dia dipihak yang sama. Dia tahu, Sejora pasti menyelamatkan mereka!
"Yarghhhh!" Wajra melibas pedang ke kanan ke sisi, tidak memberi kelesaan pada Is yang ada kelebihan mengawal belati apung.
Tapi, keramahan terbesar Is adalah jarak dekat. Dia tahu kerana dia sudah berlatih lama dengan Is. Dia sudah membaca kelemahan Is sebelum ini!
Is yang merasakan serangan Wajra mula melaju dan tidak seperti biasa mereka berlawan. Belatinya tidak mampu mencapai kepantasan Wajra yang semakin menghampirinya.
Is terpaksa menggunakan langkah terakhir.
Kerisnya ditarik lalu digenggam kemas kedua-dua tangan. Dia tahu kepantasan Wajra sudah tidak mampu dikalahkan.
Pedang Wajra tidak berhenti menebas. Bukan satu pedang, tapi dua! Dia seperti ninja!
Is terhambat. Dia tahu, dia tidak mampu saingi kehebatan Wajra dalam berpedang. Lelaki itu mempunyai pengalaman yang banyak dalam membunuh orang! Tetapi dia!?
"Aku minta maaf." Wajra berkata untuk kali terakhir sebelum pedang panjangnya dibaling tepat pada dada Is. Is menyedari akan itu lekas menangkis.
Cing! Pedang berjaya ditangkis. Namun, dia..
".......!"
Pandangan mula berburam. Terasa dadanya sejuk panas. Sukar digambarkan untuk kematian yang mengerikan. Is mendongak kepalanya lemah, menatap Wajra yang jelas tidak merasa apa-apa saat membunuhnya. Tampang itu jelas menunjukkan tidak bersalah.
"Kau...Uhurk!" Darah tersembur lagi. Nafasnya kian semput. Entah untuk berapa lamanya, dia menutup matanya. Mulutnya menggumam hendak mengucap.
"Is!" Jeritan Aliya terdengar di cuping telinga. Suara raungan tangis Aliya bergema tidak jauh.
"ARGHHHHH!" Dan suara sahabat menjerit hampa.
Wajra membenamka. pedang satunya pada perut Is. Tidak memberi Is kesempatan untuk hidup. Tujuannya harus dilaksanakan. Dia harus kembalikan mereka!
"Asyhadu..." Is mengucap kali terakhir, darah tersembur mengenai bahu Wajra. Wajra menarik pedang, buatkan Is jatuh terkulai ke tanah akhirnya.
Pandangan Wajra kosong kelam tidak berperasaan.
"Tiidaakkk!" Suara Aliya mula berdekatan.
"Sari!" Suara Hendra bertindih dengan suara tangisan Aliya. Sudah pasti Aliya cuba hendak mendapatkan dia. Namun saat ini Hendra sibuk mengalahkan beberapa musuh yang datang ke arahnya!
Wajra melihat Aliya datang memeluk Is. Melihat Is tidak bernyawa lagi, buatkan Aliya mampu tangis tanpa suara. Segala kenangannya bersama Is mula muncul.
"Is, aku belum sempat nak cakap apa-apa." Gumam Aliya dalam tangisan. Dia tak nak berpisah seperti itu!
"Dia dah mati. Jangan risau, dia akan kembali ke zaman dia."
"Kau memang tak guna!" Hambur Aliya akhirnya, tatapannya tajam menikam ke arah Wajra. Air matanya jelas mengalir deras. Wajra tidak peduli dengan keberadaan Aliya, dia terus mendapatkan keris sakti di tangan Is.
Namun, belum sempat dia mengambil Aliya pantas merampasnya dan melarikan keris tersebut. Wajra yang melihat mula merasa marah.
"Bagi balik!" Wajra tak tunggu lama terus mencapai batu di tanah. Dibaling sekuat hati ke arah Aliya.
BUK!
Batu sebesar telapak tangan lelaki itu berjaya mengenai bahagian tubuh belakang Aliya. Buatkan Aliya akhirnya menjerit kesakitan dan terjatuh.
Hendra dari jauh mendengar suara isterinya menoleh pantas. Terbutang matanya melihat si isteri kini sudah jatuh ke tanah dalam kesakitan. Dengan lekas, keris disorok ke dalam bajunya. Tidak peduli kesakitan yang dirasainya.
"Wajra!"
Hendra tidak tunggu lama, terus mendapatkan Wajra. Pedang ketiga yang setia di pinggang akhirnya dikeluarkan. Dia mulai serius!
Wajra merengus. Hendra sudah tiba.
.
.
.
Danny melawan Sadiq. Air mata darah mengalir tidak henti. Matanya merah bercampur darah luka dikepala tidak dihiraukan lagi. Melihat serangan Danny tidak seiring dengan perkembangan, Sadiq menghidu kelemahan terbesar Danny.
"Apakah kematian sahabat engkau satu kelemahan terbesar engkau?" Ejek Sadiq ketawa sinis.
"......." Danny tidak membalas, segala serangan terus dilemparkan. Tangannya ditumbuk ke tanah menyebabkan lantai tanah merekah besar. Segera dia menumbuk lagi ke tanah. Tanah tercipta buatkan ia mencangkar Sadiq.
"Hiyarghh!"
Tanah terseret laju menerkam Sadiq, Sadiq yang kelelahan mengelak lambat. Akhirnya, menyebabkan dia terpelanting jauh. Danny tidak tunggu lama, terus berlari mendapatkan Sadiq. Dadanya berombak kencang dengan api kesakitan melihat kematian Is.
Sadiq bersama pedang yang masih ditangan, menghunus tepat saat Danny mulai menumbuk.
Danny terbutang mata. Kerna sikap terburu-buru. Kesannya, tanpa Danny sangka pedang itu tertusuk mengenai bahunya dek serangan mengejut tersebut.
"Uhurk!" Darah pekat mengalir di mulut. Dia tahu, serangan Sadiq mengenai sisi organ dalamannya. Dia terlalu leka menyerang secara terburu-buru!
"Hahaha." Sadiq lekas bangkit dan menarik kuat pedang tersebut dari bahu Danny, sekali lagi menghayun ingin menikam.
"Engkau harus mati." Gumam Sadiq melebar sinisnya..Pedang mula diangkat tinggi..
Danny memejam mata. Dia berserah pada nasib.
"Slash!"
Seakan terasa darah terpercik di wajah. Seakan terasa dirinya tidak dibunuh, Danny membuka mata.
Tubuh itu jatuh tepat di hadapannya. Wajah itu memaparkan senyuman payah. Tangan itu mencuba menggapainya.
Namun, belum sempat Danny mencapai tangan itu, orang yang berkorban untuknya itu sudah tidak mampu mengangkat tangannya lagi lantas jatuh ke tanah. Danny terhenyak, kepala digeleng laju. Menidakkan perkara yang berlaku ke atasnya. Air matanya lantas mengalir lagi. Bibirnya bergetar tidak mampu menerima hakikat pahit tersebut.
"MASTIKA!!!!!!!!!"
Tubuh kaku Mastika dipaut. Kepala gadis itu dibelai kasar. Mengharap Mastika sempat membisikkan kata-kata terakhir buatnya.
"Kenapa, kenapa Mastika?" Tangisnya melebat disitu juga.
Mestikah tersenyum payah. Wajah itu ditatap lemah.
"Mastika, rindu..kanda..." Bisiknya perlahan. Lalu menghembus nafas terakhir tepat depan mata Danny.
"ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHH." Dia meraung disitu juga, tidak peduli dengan sekelilingnya lagi.
.
.
Hendra menyarung pedang ketiga dan keduanya. Ditangan hanya bersisa satu pedang yang kini berada di leher Wajra.
Wajra yang sudah tidak mampu berlawan, kini berdarah satu badan. Lukanya jelas parah. Hakikatnya dia sudah membangunkan singa yang tidak sepatutnya dia sentuh.
"Aku pernah memberi kesempatan ke atas engkau untuk hidup sebelum ini, tapi kali ini aku harus membunuh engkau." Hendra berkata untuk kali terakhir. Pedangnya diangkat tinggi.
"Tolong, jangan bunuh aku. Aku harus membawa mereka kembali ke zaman asal mereka." Rayu Wajra. Dia tidak sanggup pergi begitu sahaja.
"Usah risau Wajra, biarkan aku menggalas tugas engkau." Ucap Hendra terus menghayun pedang. Tidak memberi kesempatan Wajra berkata lagi.
Tubuh itu akhirnya jatuh ke tanah. Bersisa dengan nafas terakhir, Wajra menangis kesal kerana tidak mampu menggalas tugas terakhir.
.
.
.
Sadiq kewalahan, Danny menggila bersama senjata sakti. Seluruh tanah merekah disana disini menghambat pergerakannya buatkan dia payah mengatur nafas untuk rehat sejenak.
Setelah membunuh wanita yang entah mana datangnya melindungi Danny, pemuda terus itu menjadi gila menyerangnya bertubi-tubi sehingga mampu melukakan dirinya.
"ARGHHHHH!" Kerana serangan Danny yang tidak berhenti itu, akhirnya dia mendapat luka parah di lengan kanannya. Batuan disana sini seakan asyik menerkamnya tanpa berhenti. Dia tahu, dia telah menaikkan amarah lelaki itu.
Entah bagaimana, satu serangan dari jarak jauh. Iaitu pedang yang menderas laju ke arahnya terbang hendak menikam!
Melihat akan hal itu, Sadiq kehilangan keseimbangan. Hendra! Siapa sangka Hendra yang dianggap sekutu selama ini akhirnya menjadi lawan!?
"Celaka!"
Danny apalagi, terus berlari mendapatkan Sadiq yang terpancing dengan serangan Hendra. Segala kudratnya terus memeluk Sadiq.
Pergerakan Sadiq dikunci dengan buah silat. Tali pinggang sakti terus diputuskan sehingga kuasa sakti tidak ampuh lagi buat Sadiq akhirnya.
"ARGHHHHHHHHHH!" Sadiq tidak sempat mengelak. Pedang melayang itu sudah hendak mengenainya!
BUK!
Pedang itu akhirnya berjaya tertacak mengenai jantung. Sekaligus serangan mematikan. Sadiq terkulai jatuh, mati bersama mata terbuka. Kematian yang jelas tidak sempat dielak lagi.
Kematian Sadiq menyebabkan orang-orang disekitar mulai mengakui kekalahan. Manakan tidak, muncul srikandi wanita yang kuat bahkan ditambah dengan mayat-mayat hidup yang keluar dari hutan tiba-tiba menyerang mereka. Jelas kemenangan sementara tadi sudah dirembat lawan begitu saja.
Danny pula terduduk kelelahan. Darah yang mengalir di bahunya masih tidak berhenti. Nafasnya payah tidak teratur lagi. Matanya jelas kosong menatap tanah. Tiada apa lagi yang perlu disampaikan kepada musuh yang kini sudah mati.
Sejora tiba, hanya mendiamkan diri saat Danny melihat sekelilingnya bersama mata redup. Aliya datang dengan air matanya mengalir.
"Danny.." Payah untuk melihat keadaan Danny yang jelas sudah rapuh seadanya. Dia tidak mampu. Tidak mampu memujuk lagi.
Disebalik kemenangan itu, muncul sesosok tubuh lantas memeluk Danny.
"Alhamdulillah, kau selamat Danny." Khairy mengucap syukur. Tangisan jantannya mengalir di situ juga.
Danny perlahan bangkit, luka di tubuhnya tidak dipedulikan. Terus dia mencari satu tubuh yang tidak jauh mereka.
"Ny, Danny. Kau nak kemana?" Khairy mengikut.
Saat tiba di satu tempat, Khairy bungkam. Melihat kematian Is yang akhirnya ditangisi Danny disitu juga.
Esak tangis kedengaran. Tubuh Is dipeluk sayu oleh Danny. Khairy terhenyak duduk ke atas tanah. Air matanya mengalir perlahan saat melihat Hendra pula muncul membawa satu jasad tidak bernyawa.
Danial.
"Ry..Aku, sedih Ry." Danny menggeleng kepala. Air matanya jelas mengalir. Tidak perlu disembunyikan pada Khairy yang turut berduka disebelahnya. Jasad Is dan Danial diletak sebelah menyebelah.
"Kenapa.." Gumam Khairy dalam esak tangisnya. Padahal mereka janji selepas perang itu, bersama untuk mencari jalan pulang.
Danny merapat dengannya. Jelas dia juga tidak suka akan keadaan tersebut.
Suasana mula hening dengan keadaan sekeliling yang juga meratapi jasad-jasad yang sudah tidak bernyawa.
"Khairy, aku pernah janji nak bagitau kau tentang sesuatu bukan?" Soal Danny, mengingatkan Khairy akan sesuatu yang sebelum ini mereka bincangkan.
Khairy berdiam. Cuba mengingat kembali apa yang dijanjikan Danny padanya. Dia tidak faham, kenapa harus sekarang Danny berkata sebegitu saat mereka sedang meratapi jasad Is dan Danial.
"Ingat. Kau berjanji nak bagitau macam mana cara nak balik ke zaman asal kita." Khairy mengesat air matanya. Saat ini, satu-satunya harapan yang masih ada hanyalah Danny. Dia harus kuat. Dia harus buatkan Danny kuat semangat.
"Khairy, aku mintak maaf."
Khairy tercengang. Bukan sebab Danny minta maaf pada dia, tapi sebab dia dipeluk tiba-tiba oleh Danny.
"Ny, kau tak salah." Bisik Khairy. Dia tahu, kematian Is dan Danial sukar untuk dilepaskan. Tetapi, mereka harus kuat semangat. Mereka harus kembali. Kematian mereka bukan salah Danny.
"Danny.." Khairy hendak memanggil.
Namun entah kenapa, dia merasa senak pada dadanya tiba-tiba. Panas dan sejuk dirasakan. Dia, merasa kesakitan. Perlahan-lahan, Danny meleraikan pelukan.
Terlihat jelas Danny mengalirkan air matanya.
Khairy terkedu dalam kesakitan teramat.
Saat ini, dadanya jelas basah dengan darah. Terdapat belati entah dari mana Danny dapatkan.
"Ke-Kenapa Dan..ny." Tersembur darah dari mulutnya. Khairy menatap wajah Danny yang masih menangisinya.
"Satu-satunya untuk kembali ke zaman kita..Adalah mati.."
Khairy tidak membalas. Matanya berburam. Ajalnya sudah sampai disitu juga.
Tubuh itu akhirnya jatuh disambut Danny. Darah pekat mengalir membasahi dirinya.
Danny meraung sepuas-puasnya. Menangisi kematian ketiga-tiga mereka. Tangannya masih menggigil kesejukan setelah membunuh Khairy sendiri.
Raungan hiba kedengaran keseluruh tempat. Sesiapa yang melihat menjadi sayu dan sedih.
Sejora, Aliya, Hendra serta orang-orang disana memerhati pilu. Tidak mampu hendak melakukan apa-apa.
Aliya mendekati suaminya. Air matanya mengalir payah mengangguk memberi isyarat terakhir. Hendra yang mengerti akan hal itu terus mendekati Danny.
"Aku akan menghantar kau pulang." Hendra duduk melutut di hadapan Danny yang masih teresak-esak menangis.
Saat ini, tika ini. Dia sungguh dia takut. Setelah takut kehilangan, dia menjadi takut untuk mati. Ya, dia takut mati!
"Aku janji, ini tidak akan menyakitkan." Lembut Hendra memujuk, menarik lembut tangan Danny dibawa ke pehanya. Lalu bilah pedang di sua meletakkannya di antara nadi tangan Danny.
Danny menarik nafas. Tersedu-sedan dek tangis. Dia takut.
"Danny, selamat tinggal. Aku gembira jumpa kau dan yang lain, sampaikan salam aku pada mereka." Aliya memberi kata-kata terakhirnya. Senyumannya memujuk untuk menenangkan Danny.
Danny tersenyum payah, dia tidak terdaya hendak membalas lagi. Dia penat dan takut.
Dia lantas menatap Hendra. Perlahan mata dikatup, bersama mata terpejam dia mengucapkan salam kali terakhirnya sebagai Perentas waktu.
"Assalamualaikum.."
End
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro