Danny as Daeng ¹
Danny bersiap-siap untuk ke kediaman Tun Isyak. Ini hari pertama dia berkerja tetap. Mastika mendekati memberikan sesuatu. Terpegun seketika Danny melihat gelang yang bergegar tersebut.
"Apa ini?"
"Ini Mastika beli untuk kanda, jaga baik-baik." Ucap Mastika lantas ingin menyarungkannya pada pergelangan tangan Danny.
Namun saat gelang itu menyentuh kulitnya, Danny mengaduh sakit. Lantas menepis pergelangan Mastika dan membuang gelang tersebut. Terpanar Mastika
"Ah panas, panas. Gelang apa kau berikan padaku Mastika? Ia sangat panas!?" Bengang Danny.
"Panas? Kapan gelangnya panas? Sampai hati kanda membuang pemberian Mastika." Mastika sudah beriak sedih, guli-guli mata sudah bergenang terkilan dengan sikap abangnya.
Danny mendadak serba salah. Dia yakin gelang tersebut panas.
"Aaaa, aku hargai pemberian kau. Serahkan padaku." Pinta Danny cuba merampas kembali. Sayangnya Mastika menarik kembali gelang tersebut dan memakainya sendiri.
"Tidak usah, kanda pergilah bekerja. Mastika doakan yang baik-baik saja." Mastika berlalu ke dapur.
"Alamak, merajuk pulak dia ni. Balik ni nak kena beli presents jugak ni." Danny garu kepala tak gatal.
Selepas menitip salam, Danny keluar dengan langkah gelisah. Bukan apa, dia takut sesat. Dia tidak tahu mana kediaman Tun Isyak, sebab itu dia keluar awal dari ini. Kalau-kalau dia boleh bertanya orang lain, dan menunjukkan arah untuknya. Tun Isyak sangat terkenal, tidak mungkin orang tidak tahu.
Semasa dalam perjalanan yang memakan masa, setiap makhluk pelbagai rupa ada di celah-celah hutan. Tidak menganggu. Mereka ni tidaklah hodoh mana, cuma mereka mempunyai pelbagai rupa dan bentuk. Mereka pun tak nak claim diri hodoh. Ye dok?
Sampai di bawah pokok rendang, terlihat cik ponti menghayun kakinya seronok sambil menggulung rambutnya dengan jari jemari runcingnya. Happy nampak. Danny pandang depan terus, tahu dirinya diperhatikan oleh Cik ponti tersebut.
Takde port lain kalau bukan atas pokok je. Diorang suka fly lah katakan. Danny buat muka selamba even jantung dah dup dap dup dap.
Danny tiba di persimpangan, tidak tahu arah tuju namun jalan terus ke depan, Danny terserempak dengan seseorang yang bersongkok. Agak warak orangnya. Mereka berbalas senyuman.
Kabus hitam menyelimuti Ustaz itu diendahkan. Ternampak pak belang. Dia sudah terbiasa melihat orang-orang seperti itu yang mempunyai saka atau pendamping. Danny tidak mahu masuk campur.
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumussalam." Jawab Danny apabila ditegur. Mereka berjalan beriringan. Tidak sangka ustaz itu menegurnya dahulu. Ingat nak mintak tolong.
"Anak muda siapa nama?"
"Daeng pak."
'Kut? Ke aku nak panggil dia pak cik? Muka tak macam tua sangat.'
"Engkau dari kampung seberang?"
Danny mengangguk sahaja.
"Aku Abuya, ustaz di kampung ini." Danny menoleh ke sisi, memang ada perkampungan disana. Danny berhenti. Ke kat situ?
"Maafkan saya, Ustaz tahu dimana rumah Tun Isyak?"
Ustaz Abuya tersenyum.
"Engkau tersesat?"
Danny garu belakang leher. Tersipu-sipu malu, dia mengangguk mengiakan.
"Rumahnya berada di kampung aku. Engkau jalan terus ikut alur sungainya. Rumahnya ada pengawal di pintu masuk."
"Iya? Terima kasih Ustaz, saya pamit dulu." Ucap Danny berhati-hati dengan pertuturannya.
Ustaz Abuya mengangguk dan meneruskan perjalanan yang bertentangan. Mereka berpisah disana.
Ustaz Abuya mengangguk-angguk. Bisikan si saka pak belang yang mengekorinya mengatakan jiwa Danny sangat murni.
"Engkau ingin jiwanya?"
Pak belang mengaum. Siapa tidak suka jiwa yang terlalu beriman. Mengotorkan jiwa itu pasti menyeronokkan.
"Bukan urusan kita belang, anak itu sudah ada musuh lagi kuat dari kita. Jangan menganggu makanan orang lain."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Danny setia ikut arah hilir sungai. Sehinggalah dia tiba disatu kawasan dimana anak-anak dara sedang bermandi manda dan membasuh pakaian mereka. Terbuntang matanya. Terus Danny pergi ke arah bertentangan. Gila kali?
"Aku kena pusing jalan ni. Takkan nak redah hutan?" Danny tersadai sebelah pokok buluh. Nak lalu serba salah.
Tak pasal-pasal kena baling dengan timba. Kalau pakai muka asal dia, mungkin dimaafkan. Tapi muka Daeng tak pasti pulak. Haha.
Tertanya-tanya jugak camna ustaz Abuya lalu tadi. Pakai niat ke?
Takkan main jalan kot. Mesti ada jalan lain.
Danny berpusing-pusing, meredah hutan dan menemui satu jambatan gantung. Lebar senyuman Danny saat ada beberapa budak sedang duduk berhampiran disana dan bermain-main .
Paling pelik, mereka berpakaian serba putih. Sangat bersih. Mungkin anak - anak bangsawan atau pembesar yang sedang melepak.
"Assalamualaikum." Danny sapa salah seorang budak disana.
"Waalaikumussalam." Satu yang menjawab, tapi kesemua tengok dia.
Danny tersenyum janggal.
"Dimana rumah Tun Isyak?"
Mereka saling berpandangan.
"Hujung kampung. Engkau jalan terus dari sini." Ucap salah seorang budak tadi.
Danny mengangguk. Dia berterima kasih selepas itu. Sewaktu hendak sudah melepasi jambatan gantung itu, Danny menoleh kebelakang, hendak melihat budak-budak tadi.
Danny tertelan air liur dan mengangguk sedikit sambil tersenyum. Pandangan budak-budak itu tidak teralih lansung merenung dia.
Siap pakej bawak satu geng pandang dia dengan muka masing-masing tak de riak lansung.
Cepat-cepat Danny pergi dari situ. Meremang badannya. Tak biasa dia berjalan-jalan dalam hutan macam ni. Kalau yang dia tegur tu hantu, mampus lah dia.
"Manusia nampak kita kanda. Bagaimana ini?" Budak perempuan itu, menarik pergelangan tangan abangnya.
"Hairan benar, kita sudah lama bermain disini. Apakah dia punya kemampuan melihat kita?" Hairan si abang.
"Dia bukan orang kampung sini, mungkin datangnya dari kampung seberang." Ucap yang lain pula.
"Engkau ingin memberitahu permaisuri tentang ini Diska?"
"Engkau gila? Kita sudah bermain jauh di alam manusia, kalau pemaisuri tahu, kita akan terkurung. Bukan aku saja, engkau semua juga pasti dimarahi orang tua masing-masing." Diska yang mengetuai kumpulan itu memarahi geram.
"Tapi kanda, dinda takut manusia itu tahu kita bangsa bunian." Adik perempuannya menggenggam tangannya.
"Usah risau, kalau itu terjadi. Kita pergi tempat lain Mawar." Diska mengusap rambut adiknya. Dia tersenyum manis. Kawan-kawannya yang lain sekadar mematuhi Diska, kerana Diska anak pemaisuri.
.
.
.
.
.
.
Danny tersenyum lebar, kali ini dah masuk kawasan kampung. Sana sini ramai manusia. Tak ketinggalan semua sedang menjual pelbagai barangan. Danny ambik kesempatan hendak berbeli juga. Sebab dah buat anak orang merajuk huhu.
Terpegun mata Danny melihat selendang merah menyala di salah satu gerai.
"Cantiknya.."
Penjual semestinya mengeluarkan ayat bodeknya. Danny yang dah biasa dibodek di zaman moden bukanlah jenis Danny yang mudah terpancing.
"Kualiti kain sangat terbaik, serupa bukan orang yang tenun." Danny tersenyum lebar. Dia lantas membeli kain tersebut. Hendak dihadiahkan pada Mastika. Mastika dah ada kebaya merah. Lagi cantik kalau pakai selendang pulak.
Danny tersenyum-senyum. Tak boleh dibayangkan kalau Mastika menjadi gadis tercantik di kampungnya.
Perjalanan diteruskan ke rumah Tun Isyak, setelah ditanya orang-orang disana, dia akhirnya menemui kediaman lelaki tersebut.
Rumah yang dilengkapi para pengawal dan kaya semestinya. Setelah menjelaskan kedatangannya pada pengawal tersebut, Danny dibenarkan masuk dan dibawa ke Tun Isyak.
Tun Isyak yang ketika itu sedang berada di halaman belakang, sedang buat tekan tubi. Danny terpana. Tubuh kekar itu sangat kekar dan mengilap. Tak semena-mena semangat Danny untuk buat badan juga terpancing. Bukan, ia terpengaruh.
"Daeng? Lah, engkau dah sampai. Awal jugak tu."
Danny tersenyum. Sebenarnya, dia selesa dengan pertuturan Tun Isyak yang hampir sama dengannya.
"Patik takut tersesat."
"Oh, mari kita sama-sama bina badan. Engkau pasti lagi tampan dari ini." Ajak Tun Isyak tersengih-sengih seronok.
Danny mengangguk. Akur sahaja memandangkan Tun Isyak itu tuan dia. Menjadi khadam banyak mengajarnya untuk tidak banyak bercakap. Tok penghulu pun sudah awal-awal memesannya untuk menjaga tutur dan tingkah laku.
'Tapi, kenapa Tun Isyak semacam gila-gila. Perangai sebijik macam Is. Aku jadi santai dibuatnya.'
Bersambung
Bahasa Melayu klasik
Kanda = Abang
Dinda = Adik/tersayang
Kapan = Bila
Tidak usah = Tak perlu
Seberang = Kampung di sebelah sungai besar
Pamit = Pergi
Usah risau = Jangan risau
Tampan = Kacak/Handsome
P
atik = Saya
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro