Danny as Daeng
Danny kepenatan. Peluh merenik ke seluruh tubuhnya. Dia kesakitan dalam pada masa yang sama dia lapar.
"Tidak pernah aku melihat engkau sebegitu rajin." Hairan Abit.
"Ni je kerja kita hari-hari?" Danny dengan selambanya baring atas tanah. Kepenatan setelah membersih kuda, membersihkan kandang kuda, buang segala najis kuda dan buat kompos untuk baja.
"Ya.." Abit jawab perlahan. Gaya dan tutur bahasa Daeng baginya agak pelik.
"Lepas ni kita buat apa?" Danny menyoal ingin tahu. Dia kelaparan sangat.
"Dua hari engkau tidak pulang ke rumah." Abit memberitahu. Danny berkerut, pulang? Balik ke?
"Aku, tak ingat." Danny berkata perlahan.
Abit mengeluh.
"Teruk engkau dipukul oleh mereka sampai engkau hilang ingatan sebegini, lebih baik engkau menemui tok dukun. Dia ada penawarnya." Cadang Abit.
Danny mencebik. Dukun? Dulu pun dia pernah kena scam dengan bomoh, nak suruh dia jumpa dukun? Memang tak! Dukun a.k.a bomoh dah jadi musuh terbesar dia!
"Aku hanya nak pulang, kau tunjukkan saja rumahku." Danny berkata berhati-hati dan cuba menguasai beberapa bahasa melayu klasik tersebut.
"Hmm, iyalah."
Petang itu, seperti dijanjikan Abit menghantar Danny ke rumah. Dia berterima kasih kerana Abit membantunya.
Sebaik dia masuk ke rumah kayu kecil yang tak serupa rumah itu, Danny terus ke belakang. Sekadar beberapa timba kosong dan belukar. Danny mengeluh. Macam mana dia nak mandi?
Danny meliar matanya sekeliling.
"Ni bukan rumah dah ni, ni rumah terbiar." Menggeleng kepala Danny. Dia mengemas ruang tamu yang banyak dedaun dan serpih kayu.
Selepas itu, dia hendak keluar mencari sungai. Buat masa sekarang dia harus mengenali dirinya dahulu.
Apa yang dia tahu dia adalah khadam istana. Bekerja membersihkan kandang kuda. Setiap pagi dia kesana. Masuk waktu zuhur dia akan balik.
"Sultan Mansur Shah, zaman mana ek?" Danny keliru. Sejarahnya terhadap Negeri Melaka agak slow. Boleh dikatakan dia jarang bukak buku Sejarah. Tingkatan berapa pun dia dah tak ingat.
Kalau tidak ditanya Abit, sampai sekarang dia tidak tahu dia berada dimana.
Dia tiba di sungai. Tidak jauh juga dengan rumahnya. Timba-timba yang dibawanya diletak sisi sungai dan mengisinya.
Sempat juga dia bermandi manda membersihkan diri. Beberapa makhluk halus disana dipulaukan. Dia tidak mahu berurusan dengan hantu-hantu hutan. Selalunya mereka jenis yang mudah dikawal makhluk iblis.
"Air bersih yang tak tercemar memang terasa segar." Danny gembira.
"Daeng, macam bukan nama orang Islam, jadi macam mana aku nak solat ni?" Danny tergaru belakang leher.
Kesempatan itu, Danny cuba menangkap ikan dengan perangkap bubu yang dia jumpa dirumahnya. Ehem, rumah Daeng.
Perangkap ikan = Bubu.
Mendekat asar, Danny kembali kerumah. Ikan sekadar di bakar. Mujur beras masih ada walaupun sedikit. Dia makan dengan jimatnya.
'Aku kena cari pasar. Gaji hari ni entah cukup ke tidak.' Danny melihat syiling lama di kain kantung kecil. Dia tidak tahu kira. Syiling itu pernah dilihatnya di buku teks.
"Menyesal sekarang aku tak belajar." Danny mengeluh kesal.
Danny tahu dia tidak bermimpi, kesan dari lukanya yang belum sembuh boleh membuktikan bahawa dia memang berada di zaman silam.
Dia tidak tahu apa yang terjadi ke atasnya. Tetapi, penglihatannya ke atas makhluk halus masih sama. Hantu-hantu hutan agak menyeramkan dari biasa.
"Assalamualaikum wbt."
Danny terkejut, sudahlah membayangkan wajah-wajah hodoh di hutan sebentar tadi. Ada pulak yang datang kejutkan imaginasi seramnya.
Danny mengurut dadanya, boleh sakit jantung macam ni.
Suara orang memberi salam di luar rumahnya buat Danny berdebar-debar. Itu bukan suara Abit. Entah siapalah yang datang.
"Waalaikumussalam."
'Alhamdulilah, aku Islam.'
Danny membuka pintu kayu uzur. Di lihat ada seorang pak cik tua sedang tersenyum memandangnya. Siapa?
"Daeng, engkau kemana saja dua hari ni tidak pulang? Kami risau. Mastika mencari engkau."
'Mastika?'
"Saya, kerja di istana." Ya, jawapan itu paling tepat.
"Ha? Engkau sudah mendapat pekerjaan? Alhamdulillah. Nanti aku beritahu Mastika. Dia tinggal bersama kami. Saban waktu dia risau."
"Pak cik siapa?"
Lelaki tua itu terkejut. Tidak dijangka soalan dari Danny a.k.a Daeng.
"Engkau, sudah lupa aku?"
"Maaf pak cik, saya kena pukul teruk. Ingatan saya tak pulih. Itupun Abit yang menghantar saya pulang." Tutur Danny berhati-hati.
Pak tua itu memandangkannya lama. Danny tersenyum janggal, pasti bahasanya agak kekok dan pelik di pendengaran orang tua itu.
"Engkau lupa aku, jadi engkau juga lupa sama Mastika?"
"Ya, maafkan saya." Danny serba salah.
"Mastika, adik engkau. Aku hanya orang tua yang membantu engkau saja." Ucap orang tua itu tanpa memperkenalkan namanya.
"Ini buah, makan." Orang tua itu meletakkan segugus buah rambutan ke sisi pintu.
"Pak cik tunggu." Pinta Danny lantas berlari ke dapur. Dia membawa seperangkap bubu lalu diberikan kepada orang tua itu.
Riak muka orang tua itu cukup terkejut.
"Maafkan tentang tadi, benar saya hilang ingatan. Kalau tidak keberatan, boleh saya ikut pak cik pulang? Saya akan mengambil Mastika kembali." Ujar Danny. Satu bonusnya untuk melihat lebih dalam kampung yang didudukinya itu.
"Lekaslah bersiap. Aku tunggu disini." Orang tua itu kembali senyum. Danny lega.
.
.
.
Kampung agak meriah. Dia tidak menyangka, semakin dalam dia masuk ke kampung, semakin ramai manusia yang dia jumpai. Danny bersyukur di dalam hati. Tidaklah dia merasa sunyi.
Mereka tiba di sebuah rumah yang terlibat sedikit besar. Danny berkerut. Siapa pak cik ni sampai rumah dia sahaja paling besar dari rumah lain?
"Mastika! Kemari, abangmu ada disini." Panggil orang tua itu sedikit menjerit.
"Iya!"
Danny tertelan air liur. Terlihat satu susuk tubuh ramping berbatik cantik, berkebaya pudar tapi menyerlahkan keanggunan dan kejelitaan gadis itu.
'Shit! Dia adik aku ke? Boleh ke tidur dalam satu rumah yang tak ada bilik lansung tu!?' Danny cemas. Dia takut berdua dengan Mastika.
Rumahnya cuma ada dua ruang. Dapur dan ruang tamu. Jadi selama ni mereka tidur kat ruang tamu? Serieslah!?
Pak!
"Kanda! Kemana saja kau pergi!? Aku risau!"
Tak semena-mena Danny dapat penampar percuma. What heck?
'Kanda?' Danny gosok pipinya. Bebelan Mastika diabaikan. Teringat pulak dekat Aliya yang juga pernah bebel. Danny pekakkan telinga sebab dia tak berapa faham apa yang dibising Mastika.
"Tok, terima kasih. Mastika dan kanda Daeng banyak menyusahkan tok." Tutur Mastika lalu menyalami orang tua itu. Semakin tertanya-tanya Danny. Siapa orang tua ini sampai dihormat Mastika sebegitu rupa.
Bahkan, beberapa orang dari dalam rumah itu terlihat sangat menghormati keberadaan lelaki tua siap menjamu mereka minum.
"Tidak mengapa, Daeng juga memberiku ikan." Ucap lelaki tua itu menggosok kepala Danny. Mastika terlihat terkejut. Entah apa yang baru berlaku, Mastika tiba-tiba memeluknya bersama wajah terharu?
Danny tak selesa dipeluk, Mastika ditolak berhati-hati.
"Er, kami pulang dulu tok." Nak tak nak Daeng juga terpaksa memanggil sebutan tok.
"Daeng, malam ini kau senggang?"
"Ha?" Senggang tu apa?
"Tapi." Danny kerling Mastika, risau pulak ditinggal adik Daeng itu.
"Kanda ikut sahaja, nanti Mastika singgah ke rumah tok. Mastika juga ikut bantu mak andam."
Sape pulak mak andam nihhh?
"Iyalah." Danny akur. Baliklah dulu. Nak solat.
Sampai sahaja di rumah, Mastika duduk bersimpuh melihat sekeliling. Danny tersengih.
'Pujilah aku, aku kemas rumah ni tau!' Danny bangga dalam hati.
"Kanda kemana saja dua hari ini? Kenapa kanda tidak khabarkan pada Mastika?"
Dia sudah mula menangis. Menggelabah Danny, nak buat apa weh? Apa pulak salah dia kali ni?
"Er Mastika, aku mencari pekerjaan." Ucap Danny.
"Sekurangnya kanda khabarkan kepadaku!" Bahunya dijadikan tempat pukul. Danny biarkan. Dia pasrah.
'Ni semua salah kau Daeng. Aku jugak yang kena.'
"Mastika, aku perlukan bantuanmu."
Mastika berhenti memukul dan mengesat air matanya. Danny telan air liur. Mastika terlalu dekat.
Danny duduk sedikit jauh.
"Aku hilang ingatan, Abit kata aku kena pukul teruk."
"Apa!?"
'Ya, aku tau kau terkejut. Tapi aku lagi terkejut aku dalam tubuh si Daeng ni.'
"Jadi, untuk beberapa hal kehadapan aku nak kau tolong aku dari perbelanjaan dan makanan. Aku tak pandai masak. Tapi soal pekerjaan aku boleh lakukan." Tutur Danny berhati-hati supaya Mastika faham bahasanya.
Mastika terlihat berkerut. Namun selepas itu dia tersenyum.
"Baik kanda, Mastika akan bantu kanda."
Danny mengucap syukur. Mujurlah dia adik Daeng ni. Buat masa sekarang, pekerjaan rumah dia harus berikan pada Mastika.
Danny memberikan seuncang duitnya pada Mastika.
"Kau pergilah berbelanja barang yang perlu, aku tidak tau ini mencukupi atau tidak." Danny serahkan sekantung duit syiling hasil gajinya.
"Alhamdulillah! Kanda, kalau begini makan sempurnama juga cukup." Mastika menangis terharu. Sekali lagi Danny dipeluk.
"Er, selepas ni kau juga jangan memelukku begini." Danny tolak Mastika perlahan. Tercengang Mastika. Terasa hatinya.
"Kenapa?"
"Aku, tak selesa." Luah Danny bingkas bangun. Dia pergi keluar rumah. Lebih baik membuat sesuatu di sekeliling rumahnya yang berlukar.
Mastika semakin kehairanan. Wajah merah abangnya menjelaskan segalanya bahawa abangnya malu.
"Apakah kanda sudah masuk alam dewasanya?" Mastika melongo, tak lama selepas itu dia tertawa kecil.
Apa yang Danny tidak tahu, Mastika hanya muda setahun darinya. Dan umurnya sebagai Daeng tersangat muda iaitu baru 15 tahun.
'Makin lama aku kat sini, makin power bahasa melayu klasik kau Danny.' Danny tersengih-sengih sendiri di luar rumah. Padahal baru satu hari. Bangga sebab boleh bawak watak Daeng.
Bersambung
Bahasa Melayu klasik
Pulang = Balik
Kanda = Abang
Saban hari = Sepanjang hari
Senggang = masa luang
Timba = Sejenis kayu macam baldi.
Sepurnama = 30 hari/Sebulan
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro