Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Danial as Derahim ¹

"Keh Keh Keh Keh Keh!"

"Belah lah! Asal kau kejar aku!? Takde orang lain lagi ke kau nak kejar hah!?" Pekik Danial. Laju kakinya dibawa ke depan tanpa dia tersedar masuk ke dalam hutan. Sudah jauh dari perkampungannya, entah mana dia sekarang.

"Keh Keh Keh Keh"  Hantu langsuir yang terbang di belakangnya masih setia kejar dia dengan seronok.

"Aduh, time time ni otak aku tak ingat satu surah huhuhu. Aku nak minyak wangi Danny!" Danial menjerit sedih.

Bunyi mak langsir tu mengilai dah sebijik macam hantu kak Limah. Danial dah ingat balik dia punya kenangan masa kena attack dengan hantu-hantu di zamannya. Masa tu, dia belum terima minyak pelindung Danny lagi, sebab tu dia boleh tenang.

Tapi tidak sekarang, dia kini tidak ada minyak wangi pelindung tu, doa perjalanan macam tak lut bila dia dah terkentut tengah-tengah hutan.

"Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar." Danial menyorok di salah satu pokok besar dalam hutan tersebut. Menekup wajahnya ke lutut. Tak sanggup kalau diserang oleh makhluk tersebut.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Danial berjalan penuh semangat di pagi hari ke pelabuhan. Setelah buat kira-kira hasil semalam, dia kemudiannya bertolak dari rumah. Ayahnya sudah membawa semua barang dagangan mereka ke pelabuhan seperti biasa.

Teringat pula Tun Isyak berpesan kepadanya malam tadi sebelum pulang, lebih baik pergi dan baliknya berteman.

'Siang-siang ni in Sya Allah, aku selamat.' Gumamnya di dalam hati.

Hari agak mendung, tidak juga cerah mahupun hujan, selesa dan berangin.

Dalam perjalanan, mata Danial melihat sekelilingnya. Kalau ada handphone dekat tangan memang tak terasa perjalanan yang jauh, tapi kalau macam ni dia nak buat ape je doh?

Seram sejuk mula dirasakan. Danial terkumat-kamit baca doa perjalanan. Sampai lupa baca surah pelindung diri.

Sehinggalah matanya tertangkap seseorang di sebalik semak, berbaju lusuh dan sedang mengorek sesuatu di tanah. Tercengang Danial.

Masa tu kepala otak pikir satu je, di hampiri sosok tersebut tanpa takut.
'Ape mak cik ni buat? Ada barang jatuh ke?' Ha, ini yang ade dalam fikiran dia.

"Mak cik, cari apa tu?" Tegur Danial, tak semena-mena sosok itu berhenti. Danial yang masih menunggu sudah mula menghidu bau busuk. Terbuntang mata Danial menyedari sesuatu. Pantas kepala itu berpusing 90° memperlihatkan wajah jodohnya!

"Ouh shit!"

"Keh Keh Keh Keh!"

Danial bukak langkah seribu dah, pagi-pagi dah salah tegur! Lagi-lagi setan penunggu hutan yang pemes! Cik Langsuir!

Danial dah masuk jalan hutan, bertentangan dengan jalan asal ke pelabuhan dek gelabah di kejar mak langsir.

End of clip.

Berbalik masa dia bersembunyi bawah pokok, Danial akhirnya mula bertenang. Memejam mata dan membaca segala surah pelindung diri dan perisai untuknya.

Nak tahu beza surahnya?

Ini adalah surah yang Danny dan Is pernah ajar dia, iaitu ayat seribu dinar.

Danny pernah cakap ayat sebegini sangat berguna untuk pendinding diri sekaligus senjata untuk serang makhluk-makhluk yang cuba mengganggunya. Selalu orang cakap, bagus untuk murah rezeki dan melariskan perniagaan, namun ayat seribu dinar ni jugak adalah surah paling berkesan menghalau makhluk-makhluk itu semua.

Is pula ajar maksud surah ayatul kuris, yang juga antara salah satu surah yang bersenjata dan pelindung untuknya.

"Alhamdulillah, Alhamdulillah. Alhamdulillah." Danial bersyukur saat-saat cemas begini, dia boleh ingat semuanya dalam dia bertenang.

Bunyi hilai tawa mengekek macam orang gila tadi dah berhenti, Danial pandang kiri kanan atas belakang. Tak lupa tengok bawah.

'Okey, Line clear.'

Walaupun banyak makhluk yang dijumpai di hutan sangat pelik bentuk rupanya, dia sebenarnya masih boleh bertenang tapi bukan kalau saat dia salah tegur dan diserang.

Suasana di hutan dilihat, hutan berkabus pelik. Danial sudah menelan air liur yang terasa kesat macam pasir.

"Dah....Aku kat mana pulak ni.." Gumamnya cemas.

Danial kabur pandangan dengan kabus hutan yang pelik menebal. Bahkan siang-siang saat ini masih terang, tapi disebabkan kabus pelik tersebut keadaan hutan agak suram dan..

"Sejuknya."

Danial berjalan meredah hutan, alih-alih dia seakan berpusing tempat sama. Bukan sekali, bukan dua kali, tapi dah berkali-kali. Danial menganggak dia sedang terkurung oleh sesuatu yang tidak nampak dimatanya.

"Assalamualaikum.."

"Allahuakbar!"

Danial terjelepok jatuh ke tanah. Salam dari seorang gadis berkebaya dan berselendang putih di belakangnya buatkan dia terundur-undur takut. Risau depannya bukan manusia. Ya! Dia yakin bukan manusia!

"Tuan hamba tidak menjawab salam patik." Ayu suara itu persis seorang dia kenali. Namun, wajah itu masih tersorok dengan selendang putihnya.

"Wa-Walaikumussalam." Jawab Danial sedikit gagap.

'Ek kejap, setan mana bagi salam. Eh? Ke ada jenis setan bagi salam?' Danial keliru, tapi masih berwaspada.

"Apakah tuan hamba tersesat?"

"Y-Ya, aku kat mana?"

"Hendak keluar?"

"Tolong, aku berpusing tempat yang sama sejak tadi." Danial perlahan-lahan duduk ala Jepun. Mencantumkan kedua-dua tangannya.

Tak kisah sapelah dia minta tolong, janji dia nak keluar dari hutan ni.

"Tuan hamba harus guna Ayat Al-Isra’ 80 dan 81, kemudian melangkah ke arah kanan tuan hamba dengan lima puluh langkah tanpa berpaling ke belakang. In Sya Allah, tuan hamba selamat keluar dari sini."

Danial terkesima, setahunya ia surah yang membantu seseorang masuk dan keluar hutan dalam lindungan-Nya.

Tanpa berkata apa-apa, terus Danial mengamalkan ayat Al-Quran tersebut, sebelum memulai langkah keluar dari hutan sempat dia berterima kasih kepada gadis tersebut.

"Hutan ni? Adakah tempatmu?" Danial berkias ingin tahu.

Gadis itu mengangguk.

"Lekas pergi, sebelum orang lain menemuimu."

Dengan ucapan ' bismillah ', Danial terus melangkah tanpa berpaling lagi.

Sebaik melihat jalan rata di depannya selama beberapa minit perjalanan dalam hutan, akhirnya Danial berjaya keluar dari hutan.

Orang-orang kampung juga kelihatan disana.

"Yes, yes Alhamdulillah! Aku berjaya keluar!" Jerit Danial tidak peduli dengan orang sekeliling yang melihatnya pelik.

Dek penat mengharungi perkara tadi, dia berbaring di atas lantai tanah. Langit jingga ditenung pelik.

'Eh, bukan tadi pagi ke? Asal petang semacam?'

Terus Danial bangkit dari pembaringan, duduk melunjur. Kepalanya terteleng melihat orang kampung masing-masing sudah pulang ke rumah membawa pukat dan jala mahupun barangan mereka.

"Apa jadi ni?"

Danial berdiri mendadak. Langit jingga dilihat. Matahari terlihat sudah terbenam. Masa itulah Danial teringat gadis tadi yang mengatakan dia tersesat ke alam bunian, dia berada di antara alam manusia dan alam bunian. Ada pagar sesat disana supaya manusia tidak masuk sembarangan.

Tidak disangka waktu berjalan pantas sebaik dia keluar di alam tersebut.

Danial kelu seribu bahasa. Kepelikan dan kelogikan membuat otaknya tak berfungsi betul. Sejujurnya dia bersyukur dia keluar selamat dari hutan, tapi kalau anjakan masa macam ni buatkan dia sendiri takut, lepasni memang dia tak berani jalan sorang lagi. Mungkin kena ajak Melati lepas ni. Menyesal tak dengar cakap Tun Isyak, mungkin ada betulnya kena ada peneman semasa perjalanan supaya tak menegur salah orang.

"Ah, aku tak pergi pelabuhan hari ni." Danial dengan muka kosong sudah membayangi otot-otot Salehuddin bertegang urat, semacam WWE punya manusia. Terlupa dengan masalah yang menimpanya tadi.

Mampus.


Bersambung

Bahasa Melayu klasik

Tuan hamba = Tuan/Awak (Panggilan yang menghormati seseorang.)
Lekas = Cepat









Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro