Aliya as Sari ⁶
Lama Aliya menatap gelangnya, batu jed biru itu mula berubah warna ke merah. Naik tercengang Aliya melihat situasi ganjil dihadapinya.
"Kau kenapa? Demam ke?"
Kalaulah boleh gelang tu jawab. Tak tidur malam kang.
"Mana dia ni tak balik-balik?" Aliya mengerut dahi tak puas hati. Unggun api di jolok kasar. Marak api naik ke udara. Malam-malam macam ni, berkhemah dalam hutan memang banyak nyamuk dan unggas.
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumussalam, Hendra!" Aliya ceria kembali. Lantas lelaki itu dipeluk. Dah la tadi dia tertidur kekenyangan, tengok Hendra tak ada buatkan dia tak boleh tidur sorang.
"Engkau ini, baru ku tinggalkan sebentar sudah rindu begini." Usik Hendra buatkan Aliya termalu.
"Hendra, engkau kemana saja?" Aliya tertanya-tanya, kemana Hendra selalu menghilang bersama pedang tiga dibawanya.
"Aku ada pekerjaan, sedang berburu."
"Mana binatang buruan ya?" Aliya jengah kepalanya sisi kiri dan kanan Hendra. Tak da?
"Aku berburu manusia Sari." Hendra mengusap wajah itu lembut, dia takut kehilangan Sari. Maka tidak mahu dia membawa wanita itu ke sarang Sadiq.
"Engkau makan manusia!?" Terkejut Aliya.
"Tidaklah." Hendra tertawa kecil. Alahai, mata besar Aliya yang terkejut terlihat comel.
"Sari, bisakah aku peluk dirimu?"
Aliya terangkat kening, dia tak kisah dipeluk. Memandangkan lelaki tu dah jadi suami dia. Rasanya Hendra tak akan berbuat lebih.
Aliya depangkan tangan.
"Come to mummy."
"Huh?"
Aliya tersengih. Terlebih pulak.
"Mari. Aku hangatkan dirimu."
Hendra tak tunggu lama, terus mendakap tubuh ramping Aliya. Dia tersenyum bahagia.
"Engkau janji padaku harus setia denganku." Pinta Hendra tiba-tiba dalam kesunyian malam di hutan itu.
"Iya, usah risau. Siapa juga hendak curang." Hairan Aliya. Manusia mana dia nak curang?
"Mana tahu, ada saja manusia yang menyukaimu."
Aliya cuba ingat balik kehidupan lampau menjadi hantu, takde manusia suka dia. Is adalah, usik sana usik itu. Sampai sanggup beli baju gaun baru untuk dia. Pantas Aliya menggeleng, asal dia tiber ingat Is?
.
.
.
"Achooom!" Is terbersin, kena Khairy di depannya.
"Woi!"
"Ergh, aku tadi mimpikan Aliya. Apa khabar dia agaknya." Is gosok hidung terasa gatal.
"Dengan hantu pun kau nak rindu ke?" Khairy geleng kepala.
.
.
.
Bunyi dengkur halus buatkan Aliya tersedar dari menung panjangnya.
"Alahai, comelnya dia tidur." Aliya memicit geram hidung suaminya itu.
Hendra di papah masuk ke khemah mereka. Khemah yang hanya memuatkan tubuh mereka berdua. Khemah kain je.
"Hendra, aku lepaskan sepatu ya?" Pinta Aliya. Namun Hendra tak merespon, letih sangat dah tu.
Aliya perlahan buka kasut Hendra. Pakaian serta pedangnya. Kini, tubuh itu menjadi tatapan mata Aliya. Aliya tertelan air liur, six pack!
Aliya mengambil kain lalu dibasahkan. Tubuh itu dilap berhati-hati. Dahla tak mandi, terus tidur pulak tu. Haish.
"Dingin Sari." Hendra menggumam. Beralih posisi membelakanginya. Aliya tersenyum leret, makin mudah dia nak lap badan Hendra.
Kain dibasahkan lagi, dia lap pula bahagian belakang. Buatkan lelaki itu terus bangun memeluknya, tubuh Aliya dibaringkan lalu didakap selamba.
Aliya terkebil-kebil. Tak sampai seminit, dia sudah terkunci pergerakannya oleh Hendra.
"Hendra, lepaskanku."
"Aku kedinginan.*
"Pakaikan pakaiannya." Aliya geram. Tahu pulak sejuk, pakailah baju!
"Aku ingin memelukmu." Sayup suara itu berkata bersama mata terpejam.
'Alahai suara dia, bikin mencair.'
Aliya terpancing. Dia berpusing menatap wajah Hendra. Sungguh dia merasa bertuah dia bersuami saat ini. Terasa bagai mimpi dia boleh menyentuh sesiapa. Termasuklah Hendra.
"Hendra.." Aliya sedikit beremosi. Sungguh, dia tak nak lepaskan lelaki itu. Dia sudah jatuh cinta berat!
"Mmmmmm." Hendra membuka matanya sedikit. Wajah Aliya yang seperti hendak menangis itu dipandang terkejut.
"Ah, ampun Sari! Aku tidak sengaja." Laju je Hendra lepaskan pelukan. Risau pulak Aliya menangis sebab dia peluk Aliya dengan ketat.
"Em.." Aliya perlahan tarik tangan Hendra. Mengembalikan posisi tadi. Hendra terkebil-kebil, Sari dah bersedia?
"Sari?"
"Aku, tidak mahu pulang." Ya, dia tidak mahu jadi hantu. Itulah yang dia inginkan, dia ingin stay dalam tubuh Sari. Dia nak jadi Sari!
"Iya, iya. Aku tidak bawa engkau pulang Sari. Shu shuuu..Sudah, berhenti menangis ya?" Hendra terus memujuk Sari. Kepala Sari ditarik dan diletakkan ke dada bidangnya. Rambut Sari diusap lembut. Dengan spontan dia cium ubun-ubun Sari.
Esakan tadi sudah berhenti. Hendra melihat wajah itu. Sari masih termenung, melihat dadanya?
"Sari, engkau baik saja?"
"Iya, terima kasih." Sari mengeratkan lagi pelukan. Hendra tersenyum, tanda awal Sari menerimanya perlahan.
"Sudah bersedia?"
"Bersedia apa?"
"Buat anak?"
"Hendra!"
"Hahahaha."
.
.
.
.
.
.
Pagi yang dingin itu, Aliya membuka matanya. Lengan Hendra yang berat memeluknya ditolak tepi. Dia bangun perlahan-lahan keluar dari khemah. Dengan mamailnya dia meregangkan tubuh badannya sambil menguap.
"Bukan aku kat concert ke tadi?" Aliya toleh kiri kanan. Lah, mimpi ke?
Aliya mencucuh unggun api. Minyak tanah diambil lalu arang digores kasar menghasilkan api. Dia nak menjerang air.
"Sari.."
Aliya toleh, Hendra duduk bersila di dalam khemah. Menatapnya mamai.
"Iya?"
"Siapa Aliya?"
Aliya terkedu. Macam mana Hendra tahu!?
"Apa yang engkau maksudkan?" Aliya berpura-pura, tidak dipandang wajah Hendra yang masih mamai bangun tidur.
"Hmmmm.." Hendra kembali baring, dia menutup matanya kembali tidur.
"Aku mengigau ke? Takkan sampai bawak ke alam sedar?" Hairan Aliya.
"Argh! Taehyung! I Aliya!"
"Aliya!"
"Your fans!"
"ARGHHHH he see me!"
Aliya geleng kepala laju, tak mungkin dia jerit dalam mimpi macam tu, tak mungkin. Tak pernah dia jerit sampai keluar anak tekak dekat konsert BTS. Semua tu mimpi!
"Jap, berdosa ke mimpi laki lain bila dah bersuami? Aku tak sengaja kan?" Aliya gosok dagu, dikerling Hendra masih tidur.
"Tapi, mengingatkan dia cakap aku ni Aliya rasa seram sejuk pulak badan. Si Aliya tu hantu, aku ni Sari, gadis bunian." Aliya geleng kepala, menggosok-gosok kedua belah lengannya dek merasa seram sejuk. Takut dengan diri sendiri.
Aliya membancuh minuman pagi. Teh kegemaran Hendra dibuat. Selepas itu, barulah dia pergi mandi di tasik berdekatan.
Pakaian digantung di pokok, Aliya melihat kiri kanan memastikan tiada sesiapa yang melihat. Dia yang hanya mengenakan batik tipis cepat-cepat melangkah ke tasik.
Sejuk kakinya saat menginjak lantai tanah tasik. Dia membawa dirinya jauh ke dalam tasik setengah pinggang. Semalam dia ada mandi, tiada apa-apa yang berlaku. Tasik itu selamat untuk mandi.
"Mmmm Su~ri ram ram, su~ ri ram ram ram. Suri ram ku yang manis, oh aduhai Suri ram sayang~ putih cantik dipandang manis~"
Aliya menyanyikan lagu tersebut dengan seronok. Siap menjirus lagi air ke tubuhnya.
"Amboi.."
Aliya toleh, Hendra dari jauh sudah tersenyum-senyum melihat dia. Aliya malu, terus dia merendahkan tubuhnya sehingga menutup dada.
"Engkau kenapa?" Aliya tak suka.
"Kenapa, salahkah aku melihat engkau mandi?"
"Ermmm.." Aliya tak tau nak jawab apa, Hendra tu suami dia. Kang berdosah pulak dia pi jawab kasar.
"Aku juga ingin mandi." Hendra dengan selamba membuka bajunya, terbutang mata Aliya saat melihat Hendra berlari masuk ke dalam tasik.
"Hendra!"
"Apa?" Hendra ketawa, dia terus memercik air ke wajah Aliya yang malu.
"Engkau menjauh dariku." Pinta Aliya perlahan, risau wo Hendra peluk dia dengan dia pakai kain tipis.
"Hehehe." Hendra mendekat, sengaja tak peduli dengan ayat Aliya.
"Hendra, ku bilang menjauh!" Marah Aliya.
"Kenapa harus aku menjauh, aku suamimu." Tegas Hendra. Aliya mati akal. Kini Hendra depan dia, menyentuh lembut wajahnya.
"Aku tahu engkau belum bersedia, usah khuatir." Hendra dengan selamba memercik air ke muka Aliya. Aliya tersentak.
"Hendra!"
"Iya iya hahaha."
Aliya tersenyum suka, suka dengan gurauan suaminya itu.
"Lekas mandi, kita harus ke perkampungan manusia."
"Iya Sari ku yang cantik."
"Apa kau bilang?"
"Bukan engkau menyanyikan lagu tadi? Memuji diri mu sendiri?"
'Alamak, tadi dia dengar aku nyanyi ke? Argh malu!'
"Tidak, sudah. Aku ingin pergi." Aliya malu, dan menapak keluar dari tasik. Dia tak sedar mata Hendra dari tadi merenung dia atas bawah.
"Sari Sari, engkau ini sengajakah?" Hendra toleh tempat lain. Hidungnya berdarah. Kesal.
Bersambung
Bahasa Melayu klasik
Lekas = Cepat
Kedinginan= kesejukan
Pulang = Balik
Sepatu= kasut
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro