Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Aliya as Sari ⁵

Aliya berpeluk tubuh, tajam matanya menikam tepat pada Hendra yang baru balik. Entah kemana hilang sehari itu.

"Engkau kemana saja Hendra?" Soal Aliya tak puas hati. Dia menceroboh bilik Hendra yang tidak jauh dari biliknya semata-mata nak jumpa Hendra.

"Aku ada pekerjaan Sari." Hendra tersenyum memujuk. Salah dia juga tak bagitau Aliya. Al-maklumlah, dah lama single.

"Berpedang tiga itu, engkau berbuat apa?" Aliya sebenarnya dalam diam cukup kagum dengan senjata tajam milik Hendra, tapi sebagai bakal isteri, dia juga kena tahu pekerjaan bakal suami dia.

"Sudah ku bilang sebelum ini perkerjaan aku itu berburu." Balas Hendra perlahan. Dia mendekat ke arah Aliya. Bahu itu dipaut berhati-hati.

"Usah risau, aku tidak lari. Disini aku kembali sentiasa denganmu."

Aliya mencebik, kau ingat aku cair?

"Lekas kita jumpa bonda, aku sudah memagari seluruh hutan. Tidak mahu aku dengar syarat lain lagi. Hmph!"

Hendra terkejut.

"Engkau sudah memagari semuanya!?" Terkejut Hendra.

"Iya, ia tidaklah sesukar mana. Lekas, kita harus menjadi suami isteri. Aku hendak keluar dari perkampungan ini." Aliya beredar dari situ. Dia tak nak berlama-lama dekat perkampungan keluarga Hendra. Kang tak pasal disuruh itu ini lagi.

Hendra tersenyum lebar. Nak kahwin cepat ni tak takut ke?

.
.
.
.

Di perkampungan bunian itu, suasana meriah dengan majlis pernikahan dua mempelai. Galang bersama isteri dijemput hadir itu merasa gembira dengan masa hadapan anaknya yang cerah.

Dinikahi oleh pemuda tampan, bahkan anak kepada pemaisuri bunian daerah itu sudah cukup berkuasa buatkan hati orang tua Sari bahagia dan lega.

"Kami akan mendoakan kesejahteraan kamu berdua." Dahlia mengucup dahi Sari, mengalir air matanya berpisah dengan anaknya disitu juga.

"Terima kasih mak, Sari akan jaga diri bersama suami Sari. Usah risau ya mak." Pujuk Sari.

Dahlia sekadar mengangguk, dia terlalu sebak untuk melepaskan Sari. Perpisahan yang pasti akan buatkan kedua insan itu saling merindu.

Maka, selesailah majlis pernikahan itu sehingga lewat malamnya. Dua mempelai itu kini sudah berkongsi bilik. Aliya yang tak tau jadi begini, menebalkan muka hendak mandi. Dibiarkan saja Hendra merenungnya dari tadi. Naik takut pun ada.

.
.
.

"Hendra.."

Aliya panggil perlahan, pintu bilik dibuka. Dia masuk saat melihat cahaya suram malap lampu minyak tanah. Beerti Hendra sudah tertidur. Tidak sia-sia dia pergi melepak dengan mak mertua dia tadi.

"Eh.." Di atas katil itu kosong. Aliya dah berdebar. Firasatnya mula merasakan sesuatu yang buruk bakal menimpa.

"Sari.."

Aliya toleh belakang. Dah agak, Hendra belum tidur!

"Engkau belum tidur?"

"Engkau?" Soalan berbalas soalan. Aliya tak tau salahnya dimana. Melihat Hendra sedang mengelap pedangnya dibawah cahaya suram, terlihat seperti pembunuh saja. Dia duduk di kerusi rotan dengan santai.

"Kenapa? Salahkah bicaraku?"

"Kita sudah menjadi suami isteri. Harusnya engkau berbicara hormat denganku." Ucap Hendra tenang. Dia menyimpan pedangnya dalam sarung.

Aliya berundur saat Hendra sudah mulai bangun.

"Seperti perjanjian kita, aku hanya menurut dengan tiga perkara yang engkau inginkan. Sekarang, giliran engkau juga harus membawaku ke perkampungan manusia seperti dijanjikan sebelumnya." Aliya menagih janji. Tampangnya berubah berani.

"Sudah tentu, aku ini tepati janji orangnya. Tetapi, malam ini. Malam pertama kita Sari. Engkau lupa kita berada dimana?" Usik Hendra tersenyum meleret.

Aliya dah agak. Lelaki semua sama je! Tak tunggu lama terus Aliya bukak langkah seribu ke pintu.

Ktang!

Aliya berhenti mendadak. Pedang tajam tercacak di depan pintu.

Deru nafasnya turun naik dek terkejut dengan sebilah pedang yang nyaris mengenainya. Tepat sebelah kepala!

"Engkau gilakah Hendra!? Engkau membunuhku!?"

"Gila? Tidak. Aku hanya tidak mahu melepaskan engkau." Balas Hendra bermain satu lagi pedangnya. Naik risau Aliya jika satu lagi pedang itu melayang ke arahnya.

"Apa yang engkau inginkan Hendra?" Aliya tak tahulah keputusan dia tu betul ke tak menjadikan Hendra itu suami dia. Lelaki itu kejap baik, kejap psycho.

"Hmm, mari. Kita beradu. Besok kita ke perkampungan manusia. Engkau harus menyimpan tenaga." Ucapnya dengan selamba baring. Pedangnya diletak di atas meja.

"Usah risau, aku tidak berencana menyentuh engkau jika tidak bersedia." Ucapnya lagi sedikit perlahan.

Aliya diam. Mencari wajah Hendra yang menyorok membelakangi dia. Kecewakah? Aliya dengan perlahan naik ke katil. Lalu baring sebelah Hendra.

"Maafkan aku Hendra."

.
.
.
.
.
.

Pagi itu, Aliya tersepit. Patutlah semalaman tidurnya tak lena. Badannya kebas ditindih satu tubuh besar itu.

Dia tak tahu nak buat apa dalam keadaan dirinya dipeluk serupa bantal peluk oleh Hendra. Wajah lelaki itu dilihat, hidung mancung bersama kening terletak elok. Kulit agak cerah serta bibir itu juga seksi. Tapi, seksinya dikotori sesuatu bendasing di tepi bibir itu.

'Shit.'

Kepala lelaki itu ditolak. Nak terkejut Aliya tengok air liur basi Hendra.

"Eeeee.." Aliya dah geli geliman. Disebabkan itu, dengan selamba dia tarik kasar rambut lelaki itu.

"Arghh Sari! Lepaskan!" Jerit Hendra tersedar dari tidur lenanya. Sakit wo Sari tarik!

Aliya terus lepas bila Hendra dah sedar. Cepat-cepat Hendra bangkit dan menjauh darinya.

"Pergi mandi, pengotor." Aliya buat muka jijik.

Hendra yang tak faham maksud Sari hanya akur. Masih mamai lagi meski sekarang kepalanya sakit dek Sari bangunkan dia serupa apa.

.
.
.
.
.

Seperti yang dijanjikan, Aliya dan Hendra meninggalkan kampung bunian. Mereka kini sudah di jambatan gantung. Antara dua alam manusia dan bunian.

"Dimana ular itu?" Hairan Aliya, dah takde jaga kat situ ke?

"Sejak dia menghidu aku, dia pergi dari sini. Aku merasakan dia menjumpai tuan baru yang dicarinya. Tidak kusangka aku berpapasan dengan orang istimewa itu." Jelas Hendra. Tempat jin ular itu tidur masih terlihat hangat meski sudah lama ditinggalkan.

"Jin itu bahayakah?"

"Aku tidak tahu, berupa jin ular bukanlah sesuatu yang baik. Mereka bukan Islam." Jelas Hendra.

Aliya mengangguk faham.

Selama perjalanan keluar dari kawasan hutan sesat diciptanya, mereka tiba di sebuah perkampungan manusia. Aliya berhenti sejenak saat gelangnya bergegar hebat. Memberi reaksi luar biasa.

"Kenapa Sari?" Hendra hairan.

"Gelang ini bertindak aneh. Dia seakan-akan ingin menuju ke arah sana." Aliya tunjuk ke arah jalan kecil ke hutan.

"Itu bertentangan hendak ke pelabuhan. Kau sendiri ingin ke sana bukan?" Hendra hendak tahu apa yang kesimpulan Sari.

"Iya, aku teringin ke pelabuhan. Tapi tujuan aku yang sebenarnya mencari pasangan ini. Jika aku ke arah sana, bukankah kita akan lalu sungai besar?"

"Ya.." Sahut Hendra perlahan.

"Engkau mahu ikut tidak?" Aliya tersenyum pujuk. Janji mana? Janji?

"Iya, iya. Aku temani." Hendra mengalah. Dah memang dia sendiri berjanji bersama Sari mencari barang dimaksudkan.

"Sari.."

"Iya?"

"Engkau percaya aku?"

"Aku harus menerima engkau Kerna engkau itu suamiku." Jelas Aliya, sedikit bertolak ansur.

"Sari, engkau kisah tidak jika aku ini penjahat?"

Bersambung








Bahasa Melayu klasik
_

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro