Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Aliya as Sari ⁴

Setelah meninggalkan kampungnya. Aliya entah kenapa mula merindu. Tetap saja jiwanya masih ingin bermanja dengan maknya.

"Engkau sudah ada aku, kenapa tidak bermanja denganku?" Usik Hendra agak romantik.

Aliya tak terpancing, kalau gadis lain mungkin cair kali. Dia dah biasa tengok drama. Heh..

"Kerna engkau belum jadi suamiku." Ucap Aliya mencebik.

Hendra yang mendengarnya mengangkat kening. Pandai jugak menjawab. Kalau orang lain pasti dah malu sakan.

"Iya? Tunggu saja engkau." Hendra hanya mampu mengugut. Aliya tersenyum sinis, nak tengok dia sepak telur tu? Haip! 18+!

Selama perjalanan menyelusuri hutan, mereka tiba di tengah sungai. Disana ada seseorang bersama perahu kecil.

"Engkau kembali Hendra? Sudah lama tidak melihat engkau. Apa khabar engkau sekarang?" Ucap lelaki tua itu mula bersiap-siap melepas perahu saat mereka masuk ke dalamnya.

"Sihat saja pak, aku membawa bakal isteriku sekali. Sari, kenalnya. Dia pak lebai." Ucap Hendra.

Aliya mengangguk. Faham. Jadi pak lebai ni bertugas menghantar orang ke sungai seberang.

"Dia manusia." Tambah Hendra berbisik. Sekaligus buatkan Sari laju saja mengangguk. Beerti mereka sudah keluar dari perkampungan bunian.

"Dia cantik, seperti bukan manusia saja. Tiada gadis secantik itu di perkampungan seberang ini." Hairan lelaki tua itu, meski matanya sudah rabun, tapi wajah suci putih melepak Sari tersangat jelas.

"Iya, dia gadis yang paling cantik kutemukan. Aku bersyukur." Akui Hendra jujur. Aliya termalu. Dipuji cantik dari si crush jadi lain macam.

Pak Lebai mengangguk sambil tersenyum, dia tumpang gembira. Dia mendayung sehingga sampai ke seberang.

Setelah memberi bayaran, mereka meneruskan perjalanan.

"Jauhkah kampungnya Hendra?" Aliya ingin tahu. Kakinya sudah penat.

"Tidak juga. Tidak kusangka kampung engkau berdekatan dengan kampungku. Jika kita bertolak tadi pagi, sekarang pasti sudah menginjak siang. Jika di alam manusia, tadinya sudah petang."

Aliya terkedu.

"Masanya tidak sama?"

"Engkau tidak tahu? Masa di alam kita dan juga manusia sangat berbeza, jika engkau tidak berada di alam engkau selama seminggu, beerti engkau sudah berada di alam manusia selama dua minggu." Jelas Hendra. Tidak sangka Sari tidak mengetahui tentang itu. Bahkan semua penduduk bunian tahu tentangnya.

"Engkau pula?"

"Aku hampir sempurnama tidak kembali ke kampungku."

Aliya terkelu. Dia terkejut akan hal itu. Jadi selama ni dia merasa cepat berlalu di alam manusia. Dia buat ape je doh!? Tak ke cepat tua?

"Aku ni tua ke? Dia minat aku lagi ke?" Risau Aliya, dia menggumam sendiri. Siap meraba wajah dia, Kut Kut jumpa kedutan ek.

"Ini.."

Aliya menoleh, kini mereka tiba di jambatan gantung. Sangat panjang dan kelam suasana disana.

"Kita sudah tiba, tapi ada jin penunggu disini. Sejak bila ia ada?"

Aliya perasan makhluk seperti ular di atas jambatan itu, melingkar tidur nyenyak. Ada sisa darah sekeliling badannya, saiznya saja sudah buatkan Aliya ketakutan.

"J-Jin?" Aliya menyorok belakang Hendra.

Hendra pula dengan berani mendekati lalu memberi salam penuh tertib dan hormat.

"Apa mahumu manusia?"

"Aku bukan manusia, aku makhluk bunian. Aku ingin guna jambatan ini untuk ke seberang. Perkampunganku disana."

"Oh, engkau makhluk bunian. Ku sangkakan manusia. Masuklah, aku tidak memakan engkau."

"Sejak bila engkau berada disini?" Tanya Hendra ingin tahu.

"Aku menghidu bau manusia istimewa beberapa sepurnama lalu, makanya aku keluar dari sarang dan kembali di sini lagi untuk menunggu manusia itu. Tetapi, ia tidak muncul lagi. Aku hanya menunggu."

"Apa yang engkau lakukan jika bertemu dengannya?"

"Aku ingin menjadi khadamnya. Tuanku sudah mati, makanya aku ingin mencari tuan baru." Luah jin ular itu lalu melingkar tidur kembali.

Hendra dan Aliya melepasi ular itu, buat seketika mereka terselamatkan.

Setelah tiba di kampung Hendra, mereka disambut dengan meriah dan gembira. Aliya kagum dengan suasana tempat itu, ada juga berumah di atas pokok. Semuanya sangat indah. Seakan menyatu dengan alam.

"Kakanda!" Jerit Diska, dia berlari mendapatkan Hendra. Beberapa kawan Diska juga ikut dari belakang.

Aliya terpesona. Wajah budak kecil itu sungguh putih suci. Bukan itu sahaja, berbeza dari kampungnya, penghuni kampung itu mengenakan pakaian putih bersih, Aliya baru menyedari tentang itu.

"Bagaimana keadaan pemaisuri?" Tanya Hendra ingin tahu. Dia menggosok rambut Diska, adik angkatnya.

"Bonda sihat, kakanda lama benar tidak pulang, sudahnya bawa perempuan. Siapa kakak manis itu?" Bisik Diska.

Hendra tersenyum.

"Bakal isteriku."

Diska mendengar terkejut, begitu juga kawan-kawannya. Mereka masing-masing berpandangan.

"Kakanda emang berani melawan bonda ya?" Diska tersenyum mengejek. Hendra pulak mengangkat kening, tersenyum sinis.

"Emang siapa yang mula dulu?"

Diska mencebik, sudahnya dia berpeluk tubuh.

"Bagaimana kakanda masuk ke kampung? Bukankah ada jin ular besar di jambatan gantung itu?" Hairan Diska menukar topik. Pelik.

"Ular? Bagaimana engkau bisa keluar dari kampung Diska?" Curiga Hendra. Diska yang sudah terperangkap dengan soalan sendiri.

"A-Apa maksudmu kanda, orang kampung semua sudah tahu akan itu." Jawab Diska tergagap.

"Ular itu sudah ada sejak sepurnama lalu, engkau melepasinya Hendra?" Muncul sesusuk tubuh cantik bersarung Jubah putih itu, Aliya yang melihat terpesona.

"Ular itu jin penunggu hanya memakan manusia dan juga mencari manusia istimewa untuk menjadi tuannya.  Dia menghidu manusia itu dan menunggu disana." Jelas Hendra lalu mendekati wanita itu. Tangan wanita itu dicium lembut.

"Begitu ceritanya, aku tidak tahu." Wanita itu sudah faham.

Wanita itu mengerling Aliya yang masih terpukau.
"Siapa yang engkau bawa Hendra?" Wanita itu menatapnya tajam.

"Bakal isteriku."

.
.
.
.
.

Suasana agak kekok, Aliya menggunakan segala pengalaman di kehidupan lalu menyembunyikan keberadaan dia. Boleh dikatakan dia hampir tidak wujud antara dua beranak itu.

Hendra mengerling Aliya disisi, sejak Aliya berjumpa bondanya, gadis itu banyak berdiam. Pasti takut dengan aura tegas bondanya.

"Bonda, anakmu sudah pulang bersama bakal isteriku yang seperti dijanjikan." Hendra merenung si wanita itu.

Wanita itu, tetua segala bunian di daerah itu. Pantas sahaja sangat penting dan auranya menegaskan.

"Kenapa bukan gadis di sekitar desa kawasan kampung ini? Apakah dia dari luar kampung ini?" Wanita itu tidak pula menyoal siasat Aliya.

"Iya, dia dari kampung seberang. Namanya Sari."

Wanita itu beralih ke arah Aliya. Aliya mendongak takut. Takut kena sergah tiba-tiba ye ek?

"Aku bondanya Hendra, Surya. Tetua segala desa di kawasan perkampungan ini. Engkau bernama Sari ini, masih dara?"

Terangkat kening Aliya. Masih dara? Memangnya dia dara pun!

"Dia masih dara bonda, jangan memberi pertanyaan yang sukar." Celah Hendra tidak suka.

"Siapa saja tahu, manusia tentu saja mampu melihat mereka tanpa mengena kain mistik." Ucap Surya risau.

"Kain mistik?" Aliya tertarik.

"Kain digunakan penduduk bunian kawasan ini, adalah kain mistik. Kain yang ditenun melalui ulat bulu sutera ajaib. Makanya manusia tidak mampu melihat kami." Jelas Surya.

Aliya terkagum. Siapa saja yang tidak percaya benda-benda ajaib macam tu sekali.

"Engkau, makhluk bunian dari seberang tidak mempunyainya. Tapi berkongsi kawasan dengan manusia, manusia sudah tentu mampu melihat engkau. Dengan wajah cantik sebegini, siapa saja tidak berminat dengan engkau." Jelas Surya yang sebenarnya.

Aliya tersenyum manis.

"Tiada yang terjadi selama adanya Hendra. Sari juga selama membesar di perkampungan, hanya berjumpa seorang manusia tersesat. Membantu keluar dari kawasan kampung kami. Perkampungan kami selamat kerana ada pagar sesat." Cerita Sari.

"Pagar sesat, ia ritual rumit untuk dilakukan, siapa yang memagari kawasanmu?"

"Sari."

Ya, dia sebagai Sari juga memiliki kekuatan istimewa. Mampu mencipta pagar sesat. Kelahirannya membantu penduduk kampung. Disebabkan itu, tiada siapa berani mengusiknya di kampung itu.

Surya terkagum dalam diam. Manakala Hendra terkejut, siapa sangka Sari merupakan seseorang yang penting melindungi kampungnya.

"Hendra, bagaimana dengan wanita ku pilih untukmu sebelum ini?"

Hendra menggeleng kepala.

"Anakanda tidak mahu menjadikan dia sebagai isteri. Anakanda sudah beberapa kali berpesan, dia terlalu angkuh dengan kecantikan yang ada padanya." Luah Hendra tidak suka. Masih sama jawapannya.

Surya mengalih pandang.

"Aku akan memberi syarat buatmu, jika ingin memiliki Hendra, engkau harus ciptakan pagar sesat di seluruh desa serta kampung ini. Setelah itu, aku mengakui engkau sebagai menantuku." Cadang Surya mengejutkan Hendra.

Aliya tersenyum sinis. Dia ingat Sari tak mampu? Ini Sarilah! Bukan Aliya, hehehe.

"Mohon tuanku permaisuri sediakan bahannya hari ini, ritual ini mungkin akan memakan masa lama."

.
.
.
.

Hendra mengetuk pintu bilik Sari. Sejak siang tadi, gadis itu tidak keluar dari bilik. Masih dengan kerjanya. Tugas diberikan bondanya agak keterlaluan!

"Sari." Panggil Hendra perlahan.

Tiada sahutan. Hendra melihat kiri kanan. Tahu tindakannya agak keterlaluan, tapi dia tiada pilihan lain. Hatinya menebal rindu meski baru saja beberapa minit ditinggalkan.

Tak lena tidur malamnya kalau Sari tak cakap apa-apa. Uishhh.

Daun pintu diselak, pintu yang tidak dikunci pantas sahaja dibuka. Sebaik dia masuk, pintu kayu itu dikunci dari dalam.

Si Sari tidur nyenyak membelakanginya di atas katil. Hendra tertelan air liur, tidur Sari sangatlah terbuka bahagian peha dan bahu. Kulit putih mulus bak susu sudah membuat gelora imannya memuncak naik.

Meski dia diakui sangat sempurna dimana-mana mata gadis, hanya Sari mampu membuat nafsu lelakinya naik. Meski pada pertama kali dia menjumpai Sari, hendak saja dirogol gadis itu.

Tapi dia masih waras.

"Sari, engkau tidak mahu makan?" Panggil Hendra, dia menggoyang tubuh itu. Kain baju yang terlondeh di bahu Sari dibetulkan. Betul-betul mencabar keimanan.

"Sari.."

"Hmmm."

"Bangun, jika tidak aku cium engkau." Ugut Hendra geram. Geram tengok bibir warna pink tu. Berdebar hebat dadanya saat Sari sudah berpusing, menghadapnya.

"Hish, aku baru je dapat singnature Taehyung, Sape ganggu aku ni?" Omel Aliya geram sambil garu pipi gatal. Naik tercengang Hendra, entah apa si Sari mimpikan tidak bangun-bangun lagi.

"Toyol? Sari, bangun. Siapa yang engkau mimpikan itu?" Tak tunggu lama, digoyang sekuat hati tubuh Sari. Biar betul-betul macam gempa bumi.

"Hendra?"

Aliya gosok-gosok matanya. Dia kecewa dihadapannya bukan Taehyung tapi Hendra.

"Hmm, mimpi rupanya."

"Siapa toyol yang engkau mimpikan itu." Hendra sedikit cemburu.

"Ah?" Aliya pula tercengang. Toyol? Taehyung dikatakan toyol?

"Dia lelaki yang seperti lelaki yang terkenal di seluruh dunia. Yah, ia cuma mainan mimpi. Makanya engkau tidak perlu runsing." Aliya bangkit bangun dari katil. Hendak mencuci muka di mangkuk air yang disediakan.

"Tetap saja lelaki. Ingat, engkau itu milikku, tatap sepuas mukaku supaya masuk ke dalam mimpi engkau." Hendra mendekati seraya bercekak pinggang.

Aliya tersengih. Dia menggelap mukanya. Seraya berjalan lemah ke arah Hendra.

"Kenapa harus memasukkan engkau di dalam mimpi? Engkau sudah ada di depanku." Goda Aliya mendekatkan wajahnya. Serta merta Hendra terkedu. Siapa sangka Sari seberani itu.

Wajah itu, sangat cantik. Bau harum wangi Sari membuainya. Dia betul-betul sudah terpanar.

Aliya yang menyedari deru nafas Hendra sudah lain macam itu berundur. Jangan cakap Hendra ni mudah tergoda.

"Sari.." Hendra mendekati. Dia sudah diamuk nafsu. Aliya lari, menuju ke pintu. Dia dapat mengagak Hendra sudah tidak membendung nafsunya.

"Lepaskan Hendra, engkau belum menjadi suamiku." Aliya menolak kepala Hendra yang sudah mencium belakang lehernya. Dia tersepit dengan pelukan Hendra!

"Aku tidak tahan Sari."

"Lepaskan!" Jerit Aliya geram. Dengan pantas Aliya menyiku perut Hendra, membuatkan lelaki itu senak. Tak cukup dengan itu, Aliya berpusing menghadap Hendra lantas terus mengangkat kakinya. Tepat kena - ( Yeah u know what I mean )

"Argh!" Hendra jatuh. Sakit di alat sulitnya. Mukanya merah menahan kedua-dua bahagian senak di anggota tubuh.

"Engkau ini tidak sabaran, tunggu aku jadi isterimu. Haish, padahal masa pertama kali kita jumpa tidak pula engkau seperti ini." Aliya sedikit kecewa. Lelaki itu direnung, adakah pilihannya tepat? Tetapi, ini juga lelaki yang melindunginya.

"Maafkan aku Sari, aku disampuk syaitan." Ucap suara itu lemah.

Aliya mencebik. Hendra, Hendra. Sempurnanya engkau, tetap saja ada kelemahannya.


Bersambung







Bahasa Melayu klasik

Runsing = Risau
Mistik = Misteri (Special )
Ajaib = Keajaiban atau kecenderungan ke atas sesuatu yang luar biasa.
Toyol = Sejenis syaitan yang suka mencuri. Mempunyai tuan.
Jin = Makhluk yang juga berasal dari alam lain.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro