Aliya as Sari ²
"How?"
"How aku boleh tersesat ni?" Aliya pandang kiri kanan, jalan bertar kampung masih dilalui tapi dia sekarang sudah tersesat.
"Gelang oh gelang, berilah aku petunjuk pasangan kau berada?" Aliya bergantung harap pada gelang itu. Dia mendirikan gelang itu di atas, tidak lama kemudian, gelang itu bergerak sendiri ke sisi kiri. Menandakan pasangannya ia ada disana.
"Good, disebabkan kau aku sesat." Aliya mengeluh sambil membetulkan selendang putihnya.
Aliya sudah kelaparan, makanan seperti buah-buahan dibekalkan sudah habis dimakan. Perlu ke dia cari kerja? Cakap pasal kerja, dia pakar kemas rumah. Walaupun Danny betul-betul melarang dia kemas. Tak faham dia.
"Mana aku nak cekau duit ni." Aliya berjalan lemah. Dia kelaparan serta kepenatan. Perjalanan yang dirancang betul-betul menguras energinya. Tidak sangka menjadi begitu.
Sebab dah lama jadi hantu, dia kurang pengetahuan nak jalani kehidupan sebagai manusia. Kenapa? Kenapa jadi manusia? Kenapa jadi hantu terus? Eh bukan, dia bunian.
"Tapi aku pun perlu makanan dan rehat." Gumam Aliya terjelepok ke lantai tanah. Dia sudah tak larat lagi nak teruskan perjalanan. Biarlah dia baring seketika dekat jalan tu. Malam-malam macam manusia rasanya takde yang muncul, segala binatang je la.
Samar-samar pandangannya mula kabur. Hanya bunyi derap kaki seseorang menghampiri. Ya, seseorang. Sedang mendukung dia semacam bridal style.
.
.
.
.
.
.
.
Aliya membuka kelopak matanya. Benda pertama dia lihat adalah lelangit pondok yang usang dan boleh dikatakan hanya beralas kain sahaja.
Namun dia cukup selesa diberikan tempat berteduh.
Dia merasa hangat, di sisinya terlihat seorang lelaki sedang duduk di hadapan unggun api.
Berpakaian seperti pengembara. Bukan itu saja, melihat belakangnya saja badan itu sangat tegap. Siapa yang menyelamatkan dia?
Aliya bangun perlahan-lahan, menyandarkan diri di tepi tiang pondok.
"Engkau sudah siuman?"
Pemuda itu menoleh. Melihat wajah itu, Aliya terpukau, dah semacam dari mata turun ke hati, dari hati menjadi..Aherm!
"Ahh Y-Ya. Terima kasih sudah menyelamatkanku." Ucap Aliya tergagap. Dia termalu, berona wajahnya ketika itu. Diselamatkan orang yang kacak sememangnya tuah!
"Mari makan sekali." Ajak pemuda itu.
"Siapa nama kau?" Tanya pemuda itu, dia memberikan bubur dimasaknya itu bersama dengan beberapa ikan bakar. Aliya yang sudah kelaparan beberapa hari pun sudah menganggap itu makanan mewah.
"Nama diberi Sari." Ya, rasanya eloklah tu pakai nama samaran.
Dia senyap. Namun selepas itu dia bertanya lagi, sekaligus buat Aliya terkedu.
"Kenapa mendatangi perkampungan manusia?"
"Ma-Manusia?" Aliya pantas berundur.
Pemuda itu dilihat atas bawah.
Wajahnya putih bersih, hidung sedikit mancung dan mata coklat perang itu sangat memukau kan. Dia sudah termasuk perangkap pemuda cerdik dihadapannya!
"Kau siapa!? Bagaimana kau tahu aku bukan manusia?"
Aliya pantas menjarak diri. Orang kata, muka banyak hensem ni selalu jadi watak jahat. Eh kejap, Danny dan yang lain pun kacak.
'Tapi dia lagi kacak, kalah Ameer aku.' Gumam Aliya sendiri.
"Aku juga bukan manusia." Ucap lelaki itu lalu dengan selamba makan makanannya tanpa pedulikan Aliya yang masih dalam kewaspadaan.
"Jadi, kau ini?" Aliya menutup mulut.
"Ya, aku juga makhluk bunian seperti engkau. Engkau saja tidak tau."
Aliya terkebil-kebil, melihat tiada apa-apa serangan dari pemuda itu. Dia kembali duduk di tempatnya.
"Kenapa engkau ke kampung manusia? Engkau tidak takut menjadi sasaran orang jahat? Engkau secantik begini pasti dieekori dan ditangkap." Ucap pemuda itu buatkan Aliya menunduk kepala. Dah semacam kena marah.
"Aku menutup mukaku agar tidak kelihatan." Ya, dia tahu dia cantik sebab itu dia menutup separuh mukanya dan menampakkan bahagian mata sahaja. Tapi selendangnya putih sudah kotor. Pakai selagi tidak berbau.
"Perkampungan manusia?" Pemuda itu pandang Aliya. Matanya terlihat jernih dan sangat santai. Aliya terpancing.
"Kerna ku mencari sepasang pasangan gelang ini." Aliya cerita tujuannya.
Pemuda itu menatap gelang ditunjuk Aliya.
"Gelang ini bernyawa, sepertinya ia peneman engkau. Dimana kau dapati gelang ini?" Tanya pemuda itu tertarik sambil gosok dagunya meneliti gelang cantik di pergelangan Aliya.
"Ia, dari nenek moyangku sehingga keturunanku." Ujar Aliya berdasarkan ingatan Sari.
"Hm, engkau mencari pasangannya di perkampungan manusia?"
"Ya, dia berada di perkampungan manusia." Ya, itu tujuan dia. Lagipun dia tengah bosan. Tak salah dia mencari tahu tentang kepergian dia ke zaman silam ni.
"Hm, engkau mau mendengar saranku tidak?" Tanyanya sambil tersenyum, Aliya apalagi. Tak boleh tengok muka kacak sikit terus mencair...huhuhu
"Iya? Katakan, jika aku mampu menerimamya." Aliya terpukau. Tanpa sedar berkata memberi harapan.
"Engkau harus menjadi isteriku, kemudian aku ikut membawa engkau ke perkampungan manusia. Bagaimana?"
"......!"
"Sari?"
"Berikan aku masa!"
Aliya terus pandang tempat lain. Dia fikir serius siap dahi dia berlapis-lapis mendengarkan kata-kata pemuda itu. Tak kenal, tapi menawarkan pertolongan. Agak-agaklah!
"Engkau ada sebab tersendiri menghawiniku?" Aliya ingin tahu, dijeling pemuda itu.
"Iya, bagaimana? Aku tahu kesemua tempat kampung ini, termasuk pelabuhan."
"Pelabuhan!?" Aliya tertarik. Dia ni suka cerita klasik zaman lama-lama, gila tak nak pergi!? Tengok kapal besar-besar berlabuh, Pergh!
"Benar, jika engkau tidak berminat anggap saja tadi aku..."
"Lekas pulang ke kampungku, aku hendak kau merisik aku." Aliya tak sabar, tujuan dia memang satu, tapi tujuan kedua dia adalah mengembara! Dah lama jadi hantu, hobinya yang dulu menyakat manusia jadi terkawal dek kehadiran manusia bernama Danny si pemeras, muncul si trouble person macam Is, ditambah kehadiran Danial si low profile dan Khairy, orang baru yang si playboy tapi penakut dengan hantu. Dia dah muak! Seboleh-bolehnya dia tak nak bercampur baur dengan makhluk-makhluk yang menyekat harinya!
"Hahaha, engkau ni tidak sabaran. Kau ini yakin? Kenal lama pun tidak, seharusnya engkau perlu tahu siapa diriku." Ucapnya kali ini bersama senyuman sungging.
Terkedu Aliya, dia sudah melampaui batas! Patutnya dia pergi tanya siapa lelaki tu, ni tak! Terus mintak lelaki ni jadi suami dia semata-mata nak mengembara!
"Hehehe, siapa namamu dan apa pekerjaanmu?" Aliya termalu-malu. Silapnya dia tergesa-gesa.
"Engkau tidak kisah jika aku pemburu?"
"Maksudmu, pemburu haiwan? Pemburu harta karun? Atau pemburu cinta?" Aliya ajak gurau. Dia tertawa selepas itu.
"Ketiga-tiganya." Jawab pemuda itu tersenyum manis. Terkesima Aliya. Nak bagi pickup line, dia pulak kena balik. Satu mukanya sudah berbahang.
"Aku Hendra, semoga kita bisa akrab." Dia tersenyum, sangat manis. Manis seperti gula.
"Sari, hidungmu berdarah." Hendra gelabah tak semena-mena, mencari-cari sesuatu untuk mengelap darah di hidung Aliya yang tidak berhenti mengalir.
Aliya, pulak. Dah kena penangan cinta pertama!
'Oh Hendra, namamu juga sangat hensem.'
"Dia tak sedar ke dia ni handsome sangat." Aliya tersengih-sengih sendiri, pelik Hendra melihatnya.
"Hendra, kenapa engkau memilihku?" Aliya tukar topik, kain pergelangan baju mengelap hidungnya yang berdarah. Hendra sudah berkerut risau.
"Ada tiga sebab. Antaranya aku tidak mahu dipinangkan dengan anak gadis kampungku. Aku tidak suka dengan perilakunya yang sombong dan bongkak kerana cantik. Kedua, kerna aku ingin mengembara ke alam manusia untuk meluaskan ilmuku. Dan ketiga, kerna engkau cantik. Mengalah gadis-gadis di kampungku. Makanya, aku pergunakan engkau untuk menutup mulut keluargaku." Dia serba salah.
Dari dia menerangkan dari awal sehingga akhirnya menjadi perlahan buatkan Aliya terasa sebagai diawang-awangan.
"Lekas merisikku." Aliya terpesona sudah..
"Iya, terima kasih menyahut luahanku." Ucapnya kali ini tersenyum lebar.
"Sama-sama kasih."
Malam itu, Aliya sudah menetapkan sesuatu di dalam hatinya. Sesuatu yang akan mengubah tentang dirinya dan juga sekelilingnya.
'Aku kena bertahan.'
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro