Bab 8
UYAINA menolak pintu masuk Luth Fitness Centre diikuti Hamimi dan anak-anak buah mereka di belakang. Manusia-manusia yang berada di dalam premis itu masing-masing memandang pelik ke arah mereka. Pelik sebab ramai sangat. Macam bawak rombongan sekolah.
"Selamat datang," Ummar yang menjadi penyambut tetamu sekaligus penjaga kaunter depan segera menyapa bila Uyaina merapati. Uyaina senyum mesra.
"Hari ni saya datang bawa anak-anak buah saya untuk workout." Beritahu Uyaina. Ummar angguk kepala faham. Semalam lagi Luthfan dah bagitahu dia tentang kedatangan Uyaina dan beberapa orang remaja yang lain ke sini. Usai mengisi butir diri di dalam buku log, Uyaina membawa anak-anak buahnya masuk ke dalam personal female workout area diikuti Hamimi yang berada di belakang sekali.
"Ramai betul. Siapa?" Mala menempel di sebelah Ummar.
"Kalau kau nak tahu, remaja yang ramai-ramai tu atlet bola keranjang negara kita tau. Atlet bawah lapan belas tahun. Yang pakai topi tadi tu jurulatih dia orang. Dia orang semua tu lah yang bakal mengharumkan nama negara kita nanti dalam sukan olimpik atau sukan sea atau apa-apa jenis sukan nanti." Ummar dengan megah memberitahu. Melopong Mala mendengar bicara Ummar. Mata terkebil-kebil.
"Se... semua tu tadi tu, atlet negara kita?"
"Yup! Cantik kan coach dia orang?"
"Eei, mata kau memang pandang coach dia orang aje kan?"
"Orang dah cantik, pandang lah."
Mala menjeling sebelum kembali menyambung kerjanya. Lima belas minit kemudian, Luthfan tiba-tiba muncul di depan kaunter.
"Cik Uyaina dengan yang lain dah sampai ke?" Luthfan menyoal. Laju Ummar angguk kepala dah macam burung belatuk.
"Dah, Encik Luth. Baru lima belas minit lepas." Jawab Ummar. Luthfan dah senyum panjang.
"Okey, thanks!" Luthfan jeling sekilas pintu personal female workout area yang agak terbuka sebelum kaki panjangnya dibawa ke arah pejabat. Namun tak sampai lima langkah, Luthfan berundur kembali mendapatkan Ummar.
"Nanti kalau Cik Uyaina tu keluar, bagitahu saya ASAP ya?"
"O... okey Encik Luth."
Luthfan kembali membawa langkah ke bilik pejabatnya. Tutup sahaja pintu, Ummar dan Mala saling berpandangan.
"Kenapa aku rasa Encik Luth macam syok dekat Cik Uyaina tu eh? Dari semalam lagi dia asyik sebut nama Cik Uyaina tu." Ummar tongkat dagu atas kaunter. Mala angkat bahu tanda tidak tahu. Tak pelik la kalau Encik Luthfan sukakan orang macam Cik Uyaina. Sudah la cantik, seorang jurulatih atlet negara pulak tu. Mesti body Cik Uyaina tu fit sebab selalu workout. Hari-hari keluar peluh. Heh.
KERUSI yang didudukinya itu dipusing ke kiri dan ke kanan. Kaki disilang dengan sebelah tangan memegang iPhone miliknya. Tunak mata hitamnya merenung gambar yang terpampang di dada skrin. Gambar itu dia ambil dari Facebook. Selama ni puas dia cari di media sosial akaun si Uyaina Balqis tapi tak jumpa. Rupanya gadis itu memang tak guna nama sendiri sebagai username media sosial.
Coach.Uya. Itu username Uyaina di instagram. Akaun instagram Uyaina private, jadi dia harus follow request dulu untuk melihat gambar-gambar yang gadis itu post di situ. Sekarang ni dia tengah tunggu aje si Uyaina approve follow request dia.
Dah macam orang angau aje si Luthfan tenung gambar Uyaina di skrin telefon. Betul lah orang cakap, cinta pandang pertama itu sememangnya wujud.
Luthfan tersentak bila gambar Uyaina yang terpampang pada skrin telefon bimbitnya itu berganti dengan panggilan masuk daripada seseorang. Malas-malas Luthfan menjawab panggilan tersebut dengan hati yang tak berapa nak rela.
"Hmmm?" Luthfan gumam saja.
"Luth kat mana?" Irdina, kakak kepada Luthfan menyoal.
"Gym la. Mana lagi?"
"Akak dekat luar ni... dengan El. Akak nak minta tolong sikit, boleh?" berhati-hati Irdina susun ayat. Luthfan menggumam lagi dah macam malas buka mulut. Bila nama Elmira keluar dari mulut Irdina, sumpah Luthfan rasa menyampah tahap ke tujuh. Dia sendiri pelik. Lepas apa yang Elmira tu buat kat dia, umi dan kakaknya itu masih lagi bagi muka dekat perempuan tu. Entah benda baik apa lah yang Elmira dah tunjuk depan mereka berdua sampaikan peristiwa empat tahun lepas lupus dari ingatan mereka.
"Tolong ambilkan Kila dekat..."
"No!" laju Luthfan memintas. Kedengaran helaan panjang dari mulut Irdina.
"Luth, please? Akak dengan El ada dekat spa, tak dapat nak keluar ambilkan Kila dari taska. Luth tolong lah, ya?"
"No! No means no. Luth tak nak! Lagipun, Luth bukan papa dia pun. Akak suruh la si El tu call bekas suami dia minta tolong. Buat anak sama-sama reti, minta tolong suami sendiri tak reti pulak?" tempelak Luthfan, tak suka.
Irdina pandang Elmira yang dah sayu wajahnya.
"Luth, boleh la..."
"Luth tak nak. Akak faham bahasa ke tak? Luth busy, bye." Terus Luthfan putuskan talian. Risau kalau dia berlama-lama begitu, dia akan bertindak kurang ajar dengan kakak sendiri. Luthfan lempar perlahan iPhone atas meja sebelum tangan naik mengurut pelipis. Tak habis-habis nak babitkan dia dengan si Kila tu! Ya, Kila masih kecil dan tak tahu apa-apa. Tapi dia tak mahu Kila ingat dia ni papa dia hanya gara-gara dia sering muncul.
Nak suruh dia ambilkan Kila dekat taska, pulak? Makin seronok lah budak tu nanti panggil dia papa tak berhenti. Rimas!
IRDINA hela nafas panjang.
"Sorry, El. Luth tak nak," telefon bimbit kembali dimasukkan ke dalam beg tangan. Elmira senyum nipis.
"Tak apa lah, Kak Dina. El keluar kejap pergi ambilkan Kila," Elmira capai beg tangan lalu disangkut ke bahu.
"Takpe ke?"
"Takpe la, Kak Dina. Lagipun, dekat aje taska Kila tu. Lagi setengah jam El sampai. Sempat la sebelum sampai turn El,"
Irdina angguk kepala sambil dia menyoroti langkah Elmira keluar daripada spa kecantikan. Elmira bawa langkah laju menuju ke luar pakir kereta. Tangan menggeledah mencari kunci kereta di dalam beg.
"Sorry!"
Elmira angkat kepala bila dia terlanggar seseorang di pintu keluar. Angkat muka, Elmira teguk liur. Wajah Irfan dipandangnya tak berkelip.
"You?" rasa tak terkeluar suara Elmira.
"Buat apa kat sini?" Irfan menyoal pelik. Tak sangka pulak dia boleh berselisihan dengan bekas isterinya di pusat membeli belah ini.
"Ada hal dengan kawan,"
"Kila mana?"
"Taska. I nak pergi ambil dia ni."
"You nampak rushing. Kalau you sibuk, I boleh tolong ambilkan Kila."
"No!"
Irfan kerut dahi bila laju aje Elmira memintas katanya.
"Tak payah. I boleh ambil anak I sendiri."
"Anak kita. Kila tu anak I jugak,"
"Tapi kita dah bercerai, Irfan."
"So, kalau pun kita dah bercerai, Kila bukan anak I lah ya? Hubungan darah I dengan Kila terputus? I tak faham dengan you, El. Kenapa you nak jauhkan I dengan anak I sendiri? Kila tu anak I dan I ni papa dia! I ada hak atas Kila."
"Mahkamah serahkan hak penjagaan Kila dekat I. Bukan dekat you."
"Ya, memang. Hak penjagaan Kila dapat dekat you tapi I boleh jumpa anak I bila-bila masa aje yang I nak. You jangan cuba nak jauhkan Kila daripada I, Elmira." Gigi Irfan bertemu. Geram aje dengan si bekas isteri dia ni. Mereka bercerai secara baik tapi Elmira cuba nak pisahkan dia dengan Kila.
"I got to go," Elmira atur langkah pergi sebelum suara garau Irfan kembali menyapa.
"Hujung minggu depan ni I ambil Kila. I nak spend time dengan anak I,"
Elmira jeling dengan hujung mata sebelum kembali menyambung langkah. Irfan hela nafas panjang. Dia sendiri tak tahu apa masalah si Elmira ni. Teruk sangat ke dia nak bergelar seorang papa sampaikan Elmira tak mahu dia berjumpa dengan Kila? Takkan disebabkan dia ada perempuan lain selepas mereka berkahwin, Elmira mahu jauhkan Kila daripada dia? Irfan mendengus.
TANGAN menekan butang sebelum dia melangkah turun daripada treadmill. Kain tuala dikesat pada leher sambil berjalan ke arah ruangan rehat. Botol air mineral dibuka lalu diteguk rakus menghilangkan dahaga.
"Baru sejam. Dah pancit ke?" Hamimi menyengih. Dia ambil sofa kosong di sisi Uyaina.
"Dahaga lah. Ada lagi sejam, lepastu kita balik." Ujar Uyaina. Setiap hujung minggu dia akan membawa anak-anak buahnya workout di sini selama dua jam. Paling kurang. Asyik workout dekat gelanggang basketball pun bosan jugak hari-hari. Lagipun peralatan workout tak banyak macam dekat dalam gym ni.
Uyaina lempar pandangan ke seluruh ruang personal female workout area. Luas, selesa dan sejuk. Diperhati seorang demi seorang anak buahnya menggunakan peralatan gym di situ. Walaupun masih berusia belasan tahun, masing-masing mempunyai stamina dan otot yang kuat. Angkat dumbell yang seberat tiga kilo itu pun macam angkat dumbell yang beratnya sekilo. Uyaina bangga sendiri dengan pencapaian itu.
Bunyi nada dering iPhone dari dalam beg buat pandangan Uyaina kepada anak-anak buahnya itu tersasar. Tangan dah menyelongkar beg menarik keluar iPhone miliknya. Terpampang nama Zulfan pada skrin. Dahi berkerut. Jarang-jarang sangat lah adik lelakinya itu call.
"Helo?"
"Kak, mak masuk hospital!"
"Apa?!"
Jantung Uyaina dah berdegup kencang. Anak mana aje boleh bertenang kalau menerima panggilan seperti itu? Mak sendiri masuk hospital padahal baru beberapa hari lepas keadaan Puan Mahira sihat-sihat aje.
"Kenapa boleh masuk hospital? Mak sakit apa?"
"Entah la. Kamelia jumpa mak dah terbaring dalam bilik. Doktor cakap, mak terlebih makan dos ubat. Nasib baik Kamelia cepat-cepat call ambulans. Kalau tak..." kata-kata Zulfan terhenti di situ. Uyaina dah tekup mulut dengan sebelah tangan. Terlebih makan dos ubat? Tapi kenapa?
"Hospital mana?"
"HKL, kak."
"Mesej akak mak kena tahan dekat wad mana. Akak pergi sekarang!" Uyaina matikan talian. Buru-buru dia menyumbat barang-barangnya di dalam beg. Sweater dicapai menutup tubuhnya yang cuma dibaluti t-shirt nipis berwarna biru.
"Uya, kenapa?" Hamimi menyoal.
"Mak aku masuk hospital, Mimi. Aku kena pergi sana. Kau tolong bawak budak-budak ni balik eh?"
"O... okey. Hati-hati, Uya. Apa-apa call aku."
Uyaina angguk sebelum buru-buru bawa langkah keluar. Dia mula menghubungi Pak cik Rasol, selaku driver van yang membawa mereka ke sini. Panggilan pertama tak berangkat, Uyaina mendengus. Kalau dia tahu akan ada emergency macam ni, taubat dia akan bawa kereta sendiri datang sini!
"Cik Uyaina?" teguran Luthfan buat Uyaina laju pusing tubuh memandang lelaki itu. Luthfan kerut dahi melihatkan Uyaina yang macam gelisah semacam aje sambil berdiri di luar premisnya.
Uyaina pandang Luthfan sekilas. Sekarang ni dia memang tak ada mood nak senyum ataupun nak menyapa. Dia mahu cepat-cepat ke hospital. Jadi satu masalah pulak bila dia langsung tak download aplikasi Grab. Sudah la teksi pun tak ada kat sini! Ah, ribut!
"Awak okey? Awak tunggu siapa? Nak pergi mana?" Luthfan menyoal, berdiri di sisi gadis itu.
"Saya nak ke HKL. Ada emergency."
"Emergency? Habis, awak tunggu siapa kat sini?"
"Tunggu... entah la. Grab kut," bagai nak tembus mata Uyaina tenung iPhone dekat tangan. Alamak, lembapnya nak download aplikasi Grab pun!
"Tak payah. Saya hantarkan," menonong Luthfan berlalu ke arah Honda Civic miliknya. Uyaina dah berkerut wajah. Bila Luthfan dah buka pintu sambil memandangnya, Uyaina tak tahu mahu bereaksi bagaimana.
"Cepat lah. Awak cakap emergency, kan?"
Otak lekas memberi respon, Uyaina melangkah ke arah kereta milik Luthfan. Tubuh menerobos masuk ke dalam perut kereta sebelum Luthfan memandu tenang membelah jalan raya menuju ke arah hospital. Setengah jam kemudian, pacuan empat roda milik Luthfan memasuki kotak pakir kosong. Mujur ada petak kosong. Rezeki.
Laju Uyaina berlari masuk ke dalam hospital diikuti Luthfan yang mengejar dari belakang. Ramai orang memandangkan sekarang ni memang waktu melawat. Nama wad yang diberitahu Zulfan melalui mesej tadi terus ditujunya. Uyaina termengah-mengah saat tiba di depan pintu wad. Kaki kembali diheret.
"Mak..." Puan Mahira yang terbaring tidak sedarkan diri itu diterpanya. Melihatkan wajah pucat maknya itu, spontan kolam mata Uyaina terasa panas. Tak menunggu lama, setitis air matanya keluar.
"Doktor cakap keadaan mak dah stabil. Mungkin esok atau lusa mak dah boleh balik." Zulfan yang berdiri di hujung kaki katil memberitahu. Uyaina kesat wajah yang basah dengan hujung lengan sweater. Mata dah terarah kepada Zulfan sebelum tunak memandang Kamelia yang diam duduk di kerusi. Wajah gadis berusia empat belas tahun itu kosong.
"Macam mana mak boleh jadi macam ni?" soal Uyaina, perlahan.
"Tak tahu. Adik baru balik sekolah, lepastu adik tengok mak dah tak sedarkan diri. Adik nampak botol ubat dekat sebelah mak." Jawab Kamelia, tak angkat muka. Uyaina gigit bibir bawah.
"Umaira mana?"
"Kerja. Tak balik lagi."
"Abah?"
"Tak tahu pergi mana."
Sungguh Uyaina rasa mahu mengamuk. Rasa mahu memaki hamun lelaki tua itu. Nasib lelaki itu bergelar bapanya. Lelaki yang harus dia hormat kalau dia tak mahu dicop anak derhaka lagi. Uyaina kembali memandang wajah Puan Mahira. Tangan emaknya itu dikucup lama.
"Tapi masa adik balik dari sekolah, adik nampak abah baru keluar rumah. Adik rasa mak dengan abah bergaduh. Sebab barang-barang dalam bilik mak dah berselerak." Kata-kata Kamelia menyentakkan Uyaina. Laju mata merahnya kembali memandang ke arah gadis itu. Gaduh? Kalau gaduh yang menjadi punca Puan Mahira terlantar begini, dia memang tak boleh sabar lagi. Encik Murad memang melampau!
"Selalu abah pergi mana?" Uyaina dah berdiri. Wajah dah berubah tegang.
"Warung Ali belakang lorong." Jawab Kamelia. Tak menunggu lama, Uyaina berlalu pergi. Luthfan terpinga-pinga. Langsung langkah laju Uyaina dikejarnya sebelum belakang siku Uyaina direntap. Tubuh Uyaina sudah menghadap Luthfan.
"Awak nak pergi mana?" soal Luthfan.
"Awak buat apa kat sini?"
"Eh?"
Uyaina tarik lengannya dari pegangan Luthfan. Beberapa saat sel-sel otak Uyaina kembali berhubung. Boleh pulak dia tanya Luthfan buat apa kat sini sedangkan baru beberapa minit lepas dia tumpang kereta lelaki ni. Sudah terang lagi bersuluh, lelaki ni ada kat sini sebab hantar dia.
"Lepas hantar saya kenapa awak ikut saya sampai sini? Kenapa tak balik?" soal Uyaina, sebelah tangan mencekak pinggang. Luthfan angkat bahu.
"Entah. Kaki saya yang pergi gatal ikut awak."
Alamak, jawapan! Uyaina juling mata ke atas. Kaki kembali dibawa pergi dari situ sebelum dia pusing tubuh ke belakang. Luthfan matikan langkah secara tiba-tiba. Nasib dia tak terpeluk Uyaina kat depan.
"Jangan ikut saya!" Uyaina jeling.
"Awak nak pergi mana, Cik Uyaina?" Luthfan menyaingi langkah Uyaina di sebelah.
"None of your business!"
"Bahaya kalau awak pergi sorang-sorang."
"Selama ni memang saya pergi mana pun sorang-sorang. Awak tak payah nak acah-acah caring pulak kat sini." Mata Uyaina meliar bila keluar dari pintu pagar hospital. Tercari-cari kelibat teksi.
"Saya hantarkan. Cakap aje awak nak pergi mana,"
Uyaina fikirkan Luthfan dah tak ikut dia, tapi sangkaannya meleset. Luthfan masih di sini mengekori dia ke mana sahaja sampai la luar kawasan hospital. Uyaina buat tak endah kewujudan Luthfan di sebelah.
"Helo, Cik Uyaina? I'm talking to you." Luthfan petik jari depan wajah Uyaina. Uyaina mendengus.
"Thanks but no thanks, Encik Luth. Saya boleh pergi sendiri naik teksi."
"Tapi teksi kena bayar. Saya hantarkan, ya? Free aje."
"Saya ada duit, Encik Luthfan."
"Saya tak cakap pun yang awak tak ada duit. Tak payah la naik teksi. Naik dengan saya. Saya hantarkan."
"No need."
Luthfan dah mati kutu. Dia tengah ikhlas ni nak tolong, Uyaina pulak menolak. Lebih prefer naik teksi dari naik Honda dia. Baru Luthfan nak buka mulut, tangan Uyaina dah melambai-lambai memanggil teksi. Tak sampai seminit, sebuah teksi dah berhenti di depan. Cepat-cepat Uyaina menerobos masuk. Entah apa yang merasuki Luthfan, tubuhnya juga disumbat masuk ke dalam perut teksi. Mata Uyaina membulat.
"Eh, keluar! Saya yang cop dulu teksi ni!" marah Uyaina bila Luthfan dah duduk dekat sebelah. Luthfan jeling Uyaina.
"Saya nak ikut."
"Eei, tak payah lah! Jangan campur urusan saya!"
"Shhh, diam. Bagitahu uncle ni awak nak ke mana." Luthfan sandar tubuh sambil tangan disilang ke dada. Uyaina rasa nak marah aje sekarang ni tapi bila difikirkan keberadaan mereka sekarang ni, Uyaina matikan niat. Luthfan sembunyi senyuman bila Uyaina memberitahu lokasi yang akan mereka tuju.
Uyaina hela nafas panjang, menjeling Luthfan di sebelah. Menyesalnya dia terima ajakan Luthfan untuk tumpang kereta tadi!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro