Bab 15
PINTU kereta ditutup dan dikunci sebelum tubuh seseorang tiba-tiba berdiri menyekat laluannya. Uyaina angkat kepala dengan kerutan di dahi. Dah lama dia tak jumpa orang tua ni tapi hari ni tiba-tiba pula dia muncul.
"Datuk Razali?" terlepas keluar nama itu dari dua ulas bibir nipis Uyaina. Datuk Razali tarik satu senyuman panjang. Atau lebih tepat lagi, senyuman miang macam ulat bulu terlebih berbulu.
"Long time no see... Cik Uyaina." Datuk Razali kenyit mata. Menyeringai dia pandang wajah tak selesa Uyaina.
"Ada apa Datuk Razali tiba-tiba muncul depan saya ni?" Uyaina menyoal terus.
"Tak ada apa-apa. Kebetulan, I nampak kereta you dekat sini. Itu yang I datang tegur you." Jawab Datuk Razali dengan sebelah tangan menyeluk ke dalam kocek seluar. Uyaina pegang erat tali beg di bahu. Rasa rimas dan tak selesa bila mata galak Datuk Razali dah pandang dia atas bawah seolah-olah tengah scan tubuh dia pulak.
Langsung Uyaina undur beberapa tapak ke belakang.
"Saya sibuk. Kalau Datuk Razali tak ada benda penting nak cakap, saya minta diri dulu."
"Eh, tunggu lah dulu." Bila tangan Datuk Razali tiba-tiba saja mencengkam sikunya dari belakang, Uyaina terus merentap kasar. Wajah benar-benar tak suka dan tak selesa itu ditayang geram.
Menyedari renungan dan tindak balas negatif Uyaina, Datuk Razali angkat tangan sebelah. Tanda maaf kerana menyentuh Uyaina sesuka hati walaupun berlapik. Uyaina mendengus. Orang tua ni memang gatal. Tak sedar lagi kut yang kubur dah memanggil-manggil? Uban atas kepala tu belum cukup kut bagi peringatan bahawa umurnya dah tak panjang? Tsk, tsk, tsk. Sadis.
"You sihat, Cik Uyaina?" soal Datuk Razali.
"Sihat." Sepatah Uyaina menjawab sambil mata meliar ke sekeliling. Tak mahu pandang wajah lelaki tua dekat depan dia sekarang ni. Menyeramkan dan menggelikan. Orang tua tak sedar diri!
"Abah you sihat?"
Langsung bertambah lapisan di dahi Uyaina bila mendengarkan soalan itu. Kenapa tiba-tiba Datuk Razali ni tanya pasal Encik Murad pulak?
Uyaina tak menjawab. Wajah pelik dia tayang.
"Tanya pun tak boleh ke? Rasanya lepas dia ambil duit I, muka dia tu I dah tak nampak dah. Entah dekat mana abah you tu menyorok dengan duit-duit I ya?" Datuk Razali senyum sinis.
"Apa? Abah saya pinjam duit datuk?"
"Tak pinjam. It's more like... a business."
"Berapa banyak?"
"Dalam seratus ribu."
"Apa?!"
Membulat besar mata Uyaina mendengarkan jumlah wang yang Encik Murad dapat daripada Datuk Razali. Seratus ribu? Pastinya bukan amaun yang sedikit. Buat apa abahnya itu mengambil duit sebanyak itu daripada orang kaya ni?
Eh, sekejap. Uyaina teringatkan sesuatu.
Beberapa minggu lepas, Encik Murad ada belikan barang-barang mewah untuk dia dan adik-adik. Itu ke hasil daripada duit Datuk Razali? Seratus ribu itu? Kalau lah betul... Ya Allah!
"Cik Uyaina, are you okay? Jauh termenung?" Datuk Razali petik jari depan wajah Uyaina. Segera Uyaina tersentak.
"Boleh saya tahu business apa yang abah saya buat sampaikan boleh dapat duit sebanyak tu daripada datuk?" serius wajah Uyaina menyoal. Datuk Razali peluk tubuh dengan senyuman misteri yang bergayutan di bibir hitamnya. Tanda merokok.
"You'll know it soon. Mungkin abah you belum kasi tahu you pasal hal tu. Well, remind you seratus ribu tu bukan jumlah yang sikit..."
"Habis tu kenapa datuk bagi jugak duit tu dekat abah saya?"
"Sebab business yang kita orang dah deal."
"Deal? Deal apa?"
Datuk Razali kian merapati Uyaina beberapa tapak ke hadapan. Uyaina berundur sehingga lah tubuhnya tersandar pada pintu kereta. Uyaina kaku. Kalau Datuk Razali ni mara lagi setapak, dia tak teragak-agak nak angkat lututnya.
"Rahsia. Tapi yang pasti..." mata Datuk Razali jatuh memandang ulas bibir merah Uyaina. Direnung lama seperti mahu disentuh ulas bibir itu. Nampak seksi dan sedap.
"I sangat berpuas hati dengan apa yang abah you bagi pada I. Menguntungkan I,"
"Tolong bagi tahu saya, datuk!" kuat suara Uyaina membalas geram. Datuk Razali kembali memandang wajah bersih Uyaina dengan senyuman yang masih belum mahu lekang dari bibirnya.
"Ask your dad. Kalau I kasi tahu you, dah tak surprise jadinya..."
"Datuk Razali!"
"I got to go. Jumpa lagi, Cik Uyaina." Datuk Razali kenyit mata sambil tersengih miang. Uyaina berpaut pada tubuh kereta. Sungguh dia begitu takut dan seram bila berhadapan dengan lelaki seperti Datuk Razali. Renungan dan kata-kata lelaki tua itu penuh dengan makna tersirat yang dia tak faham.
Deal apa yang dimaksudkan Datuk Razali? Business apa? Dan seratus ribu!
LAGU nyanyian daripada The Chainsmokers langsung tidak menghalang akal Uyaina daripada terus memikirkan soal kata-kata Datuk Razali beberapa jam yang lepas. Lagi menyaratkan fikirannya adalah jumlah wang yang Encik Murad pinjam daripada Datuk Razali itu, bukan sedikit. Seratus ribu!
Buat apa Encik Murad ambil wang sebanyak itu daripada Datuk Razali? Sebab nak belikan dia dan adik-adik barangan mewah ke? Sumpah, dia tak pernah minta pun untuk dibelikan barang-barang mewah itu semua! Buang duit!
Button stop pada skrin treadmill disentuh. Perlahan-lahan lariannya di atas benda alah itu kian perlahan. Uyaina cabut earphone yang dia sumbat ke dalam telinga lalu melompat turun daripada treadmill. Kain tuala bersih dibawa mengelap wajah dan leher yang sudah lencun dibasahi peluh.
Mahu terloncat dia ke belakang bila sosok seseorang yang sedang bersandar memeluk tubuh pada pintu masuk ruangan workout itu menyapa pandangannya. Luthfan angkat tangan, menyapa. Uyaina jeling lantas dicapainya botol mineral dalam beg. Diteguknya rakus sehinggakan ada sedikit air yang meleleh keluar dari hujung bibirnya. Menuruni lekuk rahangnya.
"Sorang-sorang workout hari ni?" soal Luthfan. Dia berjalan memasuki ruangan itu sambil kedua-dua belah tangan diseluk masuk ke dalam joggerpants kelabu yang disarungnya. Uyaina kerling dengan hujung mata.
"Hmmm..."
"Mana yang lain?"
"Training."
"Tanpa coach?"
"Why not?"
Luthfan cebik bibir, jongket bahu. Uyaina capai sweater lalu disarung ke tubuhnya yang cuma menyarung jersey berlengan pendek berwarna biru. Barang-barang miliknya disumbat masuk ke dalam beg sebelum digalas atas bahu.
"Excuse me," Uyaina bawa langkah mahu berlalu sebelum Luthfan depa sebelah tangan, menahan.
"Dah nak balik ke?"
Uyaina kerut dahi.
"Kenapa? Awak expect saya nak tidur kat sini ke?" sindiran Uyaina buat Luthfan geleng kepala.
"No, I'm just asking. Wait, kenapa awak asyik nak bercakap sinis dengan saya eh? Teruk sangat ke saya sampai awak tak suka dekat saya?" soal Luthfan, tak tertahan lagi. Entah la, takkan sebab dia ajak Uyaina kahwin, gadis itu terus pangkah dan bencikan dia? Ajak kahwin aje pun!
Uyaina hela nafas berat.
"Tolong lah Encik Luth. Saya penat dan saya nak balik rehat dekat rumah. Kalau Encik Luth tak ada benda penting nak cakap dekat saya, lepaskan saya balik. Saya ada banyak lagi benda nak kena buat daripada duduk dekat sini." Tutur Uyaina, jeling Luthfan sekilas. Dia dah la betul-betul tengah penat ni. Penat fizikal dan mental.
"Saya minta maaf. Saya minta maaf kalau saya buat awak tak selesa, Cik Uyaina. Maaf kalau perbuatan ataupun kata-kata saya sebelum ni menganggu awak. Saya tak ada niat lain, cuma nak berkenalan. Boleh awak maafkan saya? Bagi saya peluang?"
"Peluang apa?"
"Berkawan dengan awak dengan lebih rapat. Maksud saya, lebih..."
"Sorry. Tak berminat. Minta diri dulu,"
"Cik Uyaina..."
Luthfan hela nafas berat bila Uyaina dah laju melangkah keluar daripada ruangan workout ini. Tersandar Luthfan pada peralatan gymnasium di situ sambil mata dipejam erat. Susahnya alahai nak tackle awek!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro