Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 12

"HELO, kak!"

   Berkerut wajah Uyaina menerima panggilan daripada Kamelia tengahari itu. Tak pergi sekolah ke apa budak ni?

   "Hah, kenapa?"

   "Akak, akak kena balik sekarang jugak!"

   "Kenapa?"

   "Abah. Banyak betul dia beli barang. Semuanya branded-branded. Dia belikan untuk mak, Kak Maira, abang, adik. Untuk akak pun abah ada belikan tau!" ujar Kamelia, nada suaranya seperti teruja. Iyalah, siapa aje yang tak teruja bila dapat barang-barang mewah yang branded?

Uyaina letak pen yang dia pegang tadi atas meja.

   "Banyak sangat ke barang yang abah beli?" soal Uyaina.

   "Banyak jugak lah, akak. Akak balik la sekarang!" desak Kamelia.

   "Kejap lagi akak sampai." Putus sahaja talian, laju Uyaina sambar beg sebelum berlari keluar dari ruangan kerjanya. Toyota Camry miliknya itu dipandu laju menuju ke rumah keluarganya. Hampir satu jam pemanduan, keretanya berhenti di depan pagar rumah.

Buru-buru dia masuk ke dalam. Dari luar lagi dia dah dengar suara bising Encik Murad yang tengah bergelak tawa. Uyaina tolak pintu.

Terpacak dia di muka pintu sambil bebola mata dah bergerak-gerak memandang bungkusan barangan yang berselerak di atas lantai ruang tamu. Umaira dan Kamelia masing-masing dah beriak teruja sambil menggayakan dress yang Encik Murad belikan. Melaram habis dua dara sunti itu. Zulfan tak nampak bayang. Puan Mahira duduk di atas sofa dengan wajah kosong. Memang sejak Puan Mahira keluar dari hospital, wanita itu tak banyak cakap. Ekspresi muka memang sama aje. Macam tak ada perasaan. Macam mayat hidup.

   "Eh, Uya. Masuk-masuk! Ni, abah belikan kau kasut baru!" Encik Murad hulur kotak kasut kepada Uyaina. Uyaina menyambut pelik. Tengok jenama daripada kotak, Nike. Kasut di dalam kotak tersebut dibawa keluar.

Parra Nike Air Max. Gila! Harga sepasang kasut ni pun dah mencecah sepuluh ribu ringgit Malaysia kut!

   "Abah! Mana abah dapat duit beli kasut mahal ni?" soal Uyaina, agak kuat. Bagai nak luruh jantung dia bila kasut mahal itu ada dalam tangan. Mana Encik Murad dapat duit banyak-banyak sampaikan mampu beli kasut berharga ribuan ringgit ini? Takkan main judi sampai menang beratus ribu?

   "Ah, kau tak payah la banyak tanya. Kau kena bersyukur sebab abah belikan kau kasut tu. Nak tunggu duit gaji kau, sampai kau mati pun kau tak dapat nak beli. Ambil lah kasut tu. Hadiah untuk kau." Balas Encik Murad. Dia kembali sibuk dengan barang-barang mewah yang dia beli.

Uyaina diam memandang ke arah Umaira dan Kamelia. Encik Murad makin seronok dan giat melayan dua anak gadisnya itu. Mata Uyaina memandang ke arah kotak dan beg-beg kertas yang berselerak. Sungguh semuanya barangan yang dia sendiri tak pernah terfikir akan ada dalam rumah kecil ini.

   "Abah, jujur dengan Uya. Abah ambil mana duit banyak-banyak sampai boleh beli barang semua ni?!" pekik Uyaina. Encik Murad mendengus.

   "Eh, Uyaina. Kau ni tak boleh ke terima aje apa yang aku beli untuk kau? Bersyukur la sikit!"

Uyaina geleng.

   "Uya tak nak ambil barang daripada duit haram!"

   "Eh, aku pakai duit halal lah! Aku tak pakai duit haram! Aku dapat duit ni bukan sebab aku main judi!" balas Encik Murad. Pelipis Uyaina berkerut.

   "Habis? Mana abah dapat duit banyak-banyak? Abah pinjam Ah Long ke?"

   "Tak lah. Aku pinjam duit kawan aku."

   "Kawan mana yang baik sangat pinjamkan abah duit?" soalan Uyaina yang bertubi-tubi itu buat Encik Murad rasa nak meradang. Berdiri lelaki itu rapat di depan Uyaina sebelum jari telunjuk sudah naik menolak dahi gadis itu.

   "Yang kau ni tak habis-habis nak tanya aku kenapa? Dah aku bagi tu, kau terima aje lah. Tak payah la nak acah-acah suci pulak tak terima hasil daripada duit haram lah apa lah. Kau ingat kau tu ahli syurga sangat ke?" soal Encik Murad. Nafas Uyaina turun naik. Terus kotak kasut yang dipegangnya itu dilempar ke lantai. Menonong dia ke arah Umaira dan Kamelia. Tangannya mula menarik-narik dress yang tersarung di tubuh adik-adiknya itu.

   "Buka, buka sekarang! Kau orang jangan pakai baju ni. Entah daripada mana duit yang abah dapat lepastu kau orang pulak pakai. Buang sekarang!" Uyaina dah macam hilang sabar. Umaira menepis kasar tangan Uyaina yang dah menyentuh tubuhnya.

   "Eh, kau dah kenapa?! Baju ni abah belikan untuk kita orang! Yang kau nak dengki kenapa?!" pekik Umaira.

   "Aku bukan dengki. Aku cuma tak nak adik-adik aku pakai baju hasil daripada duit yang tak tahu asal usul!"

   "Punya pasal lah! Yang penting baju ni mahal dan branded. Nak harapkan kau beli dekat kita orang, memang tak lah. Sampai kiamat pun belum tentu!" dengus Umaira. Kamelia cuma diam mengunci mulut. Berbanding dia, mulut Umaira lagi laser dengan kata-kata yang agak pedih didengar.

Uyaina terduduk di atas sofa. Matanya yang mula merah itu menjeling satu persatu barangan di atas lantai. Kalau dikira, rasanya entah berapa puluh ribu Encik Murad habiskan duit dengan membeli barang-barang mahal tu. Kata Encik Murad, dia tak bersyukur. Dia bukannya tak bersyukur tetapi apa yang dia lihat depan matanya sekarang ini adalah melampau. Sudah la tu, duit yang Encik Murad dapat entah daripada mana puncanya. Judi? Ah Long? Kerja haram?

   "Abah ketua keluarga dalam rumah ni. Abah patut jujur dengan kita orang, mana abah dapat duit banyak-banyak sampaikan boleh beli barang semua ni? Uya cuma tahu itu aje abah. Uya tak minta lebih," lirih suara Uyaina.

Encik Murad menjeling.

   "Kau tak payah tahu lah. Yang penting, aku bukan pakai duit haram. Kau ingat abah kau ni teruk sangat ke? Anak derhaka betul kau ni." Encik Murad menyepak kotak kosong sebelum melangkah keluar daripada rumah. Entah apa yang dibebelkan Encik Murad lagi, Uyaina tak dapat tangkap.

   "Acah suci lah perempuan ni!" tempelak Umaira tiba-tiba. Kotak dan beg kertas berisi barangan yang Encik Murad belikan padanya dikaut sebelum langkah dibawa masuk ke dalam bilik. Uyaina diam tak membalas.

   "Adik suka gila baju yang abah beli ni. Jadi, adik akan pakai." Tutur Kamelia pula. Bila semua dah mula meninggalkan ruang tamu, Uyaina toleh memandang Puan Mahira di sisi. Tangan wanita itu dicapai.

   "Uya minta maaf mak."

   Kosong pandangan yang diberikan Puan Mahira. Uyaina peluk tubuh kurus itu dengan sebak yang menggila di dalam dada. Dia betul-betul rindukan Puan Mahira yang dulu. Walaupun dulu Puan Mahira yang paling kuat membebel dan kadang-kadang tutur katanya sinis. Mungkin tidak tahan hidup dengan Encik Murad, mendorong Puan Mahira untuk menjadi seperti ini. Macam mayat hidup.

Uyaina pejam mata.

Ya Allah, bimbing lah keluargaku ke jalan yang lebih baik.



SENYAP di antara mereka berdua walaupun sudah lima belas minit pelayan datang membawa minuman yang dipesan. Izham dah mengeluh bosan. Dia pun tak tahu apa motif Luthfan ajak dia jumpa hari ni.

   "Kau ajak aku jumpa hari ni sebab kau nak aku tenung kau sampai lusa ke macam mana?" soal Izham. Luthfan angkat kepala lalu menyengih.

   "Sebenarnya... aku ada something nak tanya dekat kau." Luthfan betulkan duduk. Gelas yang berbaki separuh lagi minuman sejuk itu ditolak ke tepi. Izham turut melakukan hal yang sama.

   "Aku tahu. Ni mesti pasal Uyaina, kan?"

Luthfan garu kening.

   "Mana kau tahu?"

   "Aku kawan dengan kau sejak kita ada dalam rahim mak kita lagi tahu tak? Malam hari tu, kau ingat aku tak perasan ke cara kau pandang si Uyaina tu? Lepastu, boleh pulak kau buat drama kejar si Uyaina lepastu hantar dia balik. Eh, macam mana kau boleh kenal Uyaina tu? Setahu aku lah, Mimi pernah cakap kat aku yang Uyaina ni memang tak ada kawan lelaki. Susah la nak nampak Uyaina tu dengan mana-mana lelaki. Hidup dia cuma dengan game basketball aje." Terjuih-juih bibir Izham menyoal.

Luthfan sandarkan tubuh pada kerusi.

   "Empat tahun lepas aku ada jumpa dengan dia secara tak sengaja. Masa aku baru lepas putus dengan El. Bertahun-tahun tak jumpa, kali ni baru aku dapat jumpa dia balik. Itu pun sebab dia datang nak daftar jadi member dekat gym aku." Jawab Luthfan. Izham diam menunggu sambungan cerita lelaki itu.

   "Aku tak tahu lah nak cakap macam mana tapi serius... aku dah suka dekat dia. Suka gila." Bicara Luthfan buat Izham ketap kuat bibir bawah. Tak sampai seminit terburai gelak si Izham. Luthfan tayang muka menyampah. Benda tak lawak, okey!

Reda tawa Izham, Luthfan jeling.

   "Serius lah kau sukakan Uyaina tu? Tapi kenapa aku rasa Uyaina tu tak suka dekat kau? Mood dia malam tu memang kelaut wei. Patut lah, rupanya ada kau. Kau lah penyebab muka Uyaina tak mesra langsung malam tu. Tapi kenapa eh dia tak suka kau?"

   "Aku ajak dia kahwin."

   "Apa?!" terjerit Izham gara-gara terkejut. Mujur mereka duduk dekat luar restoran. Kalau duduk dekat dalam, mahu owner restoran tu baling kuali atas kepala. Gara-gara menganggu ketenteraman pelanggan lain!

Luthfan garu lubang telinga dengan jari kelingking. Konon rasa macam nak tercabut gegendang telinga bila Izham keluarkan suara jeritan jantan dia tu.

   "Eh, kau gila ke apa ajak Uyaina tu kahwin? Kau dengan dia dah kenal lama ke?"

   "Tak lah. Aku kenal dia tak sampai sebulan."

   "Dah tu yang kau gelojoh ajak dia kahwin kenapa?"

   "Dah aku suka dekat dia gila-gila, aku ajak lah dia kahwin. Kang kalau dia jumpa lelaki lain, meraung aku! Eei, tak sanggup." Tergeleng-geleng kepala Luthfan. Risau kalau dia lambat susun langkah, Uyaina dah jumpa lelaki lain. Masa tu, dia nak menangis sampai mengalir air mata darah pun tak ada guna.

Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama,

Dia diambil orang!

   "Sumpah kau ni tak reti menyabar. Gelojoh!" sembur Izham. Malunya dia ada kawan gelojoh macam si Lutfhan ni. Tak sabar nak berbini kut!

   "Girlfriend kau tu kawan baik dia kan? Tolong lah aku, Am..." tangan Luthfan dah menggoncang tangan Izham atas meja. Muka merayu habis.

   "Nak tolong apanya? Ah, tak kuasa lah aku. Usaha tangga kejayaan!"

   "Aku tengah usaha lah ni dengan minta pertolongan kau dengan Hamimi tu. Tolong lah aku. Aku betul-betul suka dekat Uyaina tu."

Izham merengus.

   "Desperate kan kau ni?"

   Luthfan angguk selamba. Ya, memang dia desperate pun! Kenapa? Ada masalah?

   Izham tepuk dahi beberapa kali. Boleh gila dia ada kawan macam Luthfan ni. Kalau ada sepuluh orang Luthfan Razin dalam dunia ni, boleh kiamat rasanya. Nak mengurat anak dara orang tapi tak reti.

   "Kau ingat senang ke nak dapat si Uyaina tu? Dia tu, cold heart tahu tak?"

   "Cold heart lagi bagus. Tak ada lah dia nak pandang lelaki lain selain aku, betul tak? Please, Izham? Please..."

Berat nafas dihela Izham.

   "Nanti la aku tanyakan si Hamimi ni."

   "Jangan lah nanti, sekarang lah."

   "Daripada aku tak tolong langsung..."

   "Okey, okey! Bila-bila pun tak apa. Tapi, lebih cepat lebih bagus kan?" sengih si Luthfan macam kerang busuk. Izham jeling tak membalas. Kenapa lah dia boleh ada kawan yang macam ni? Nak marah tapi kawan. Redha aje lah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro