Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 11

ELMIRA muncul di rumah Puan Hayati tengahari itu. Kebetulan Luthfan memang ada di rumah, tak pergi ke gym.

   "Luth, I nak cakap something dengan you." Elmira cepat-cepat menahan bila Lutfhan seperti mahu melarikan diri daripadanya. Luthfan tayang muka bosan.

   "Penting ke? Kalau tak penting I tak nak dengar."

   "Penting bagi I."

   Luthfan jeling sebelum kaki melangkah ke arah kolam renang. Elmira mengekor dari belakang. Belakang tubuh Luthfan dipandang lama. Dulu tubuh itu kurus kerempeng macam tak ada isi tapi sekarang sudah jauh berbeza. Luthfan dah pandai jaga badan sekarang ini. Tubuhnya sedang-sedang saja. Cukup lah orang tahu yang lelaki ini memang rajin workout.

   Lima minit begitu, Elmira masih belum buka mulut. Luthfan merengus.

   "Ingat I dah tak ada kerja lain kut semata-mata nak tunggu you bercakap?" sindir Luthfan. Elmira ramas jemari sendiri.

   "I dengar you nak kahwin. Kak Dina kasi tahu. Betul ke?" soal Elmira.

   "Kalau betul pun kenapa?" jawapan Luthfan buat Elmira terkelu.

   "Si... siapa perempuan tu?"

   "You tak kenal. Tapi yang pasti, dia perempuan yang ada hati budi yang ikhlas. Perempuan yang bukan hipokrit macam you!"

   "Luth!"

   "You ingat selama ni I tak kahwin lagi lepas kita putus dulu, sebab I tak boleh move on daripada you ke? You salah, El. Dalam hati I ni dah ada nama perempuan lain yang berjuta kali lebih baik daripada you."

Tak sedar air mata Elmira mula mengalir keluar. Bila telinga Luthfan mula menangkap bunyi esakan kecil, Luthfan mengeluh bosan. Perempuan, itu aje lah modal dia. Tak habis-habis menangis! Lepastu ulang ayat yang sama. Menyesal.

   "I harap you bahagia dengan perempuan pilihan you, Luth." Tutur Elmira dengan hati yang tak rela. Luthfan gelak kecil.

   "Of course. Malah akan lebih bahagia."

   "Bagus lah." Elmira senyum hambar di belakang Luthfan. Bila tiada respon daripada lelaki itu, Elmira minta pamit. Kalut-kalut dia bawa langkah keluar sebelum bertembung dengan Irdina di muka pintu. Berkerut pelipis Irdina melihat wajah merah Elmira tanda sedang menangis. Elmira pegang bahu Irdina sebelum menyambung langkah.

Irdina bawa langkah ke tepi kolam renang. Luthfan masih berdiri memeluk tubuh di situ.

   "Kenapa El menangis?" soal Irdina.

   "Mana lah Luth tahu." Luthfan menjawab bosan.

   "Tapi El..."

   "Lantak lah dia menangis ke nak apa ke. Yang akak peduli sangat dekat dia tu dah kenapa? Dulu masa Luth menangis macam tu, ada akak peduli ke? Rimas betul." Luthfan jeling seraya berlalu pergi daripada situ. Irdina hela nafas panjang. Empat tahun sudah berlalu, Luthfan masih marah. Masih sakit hati.



"UYA, main bowling jom!" ajakan Hamimi malam itu buat Uyaina berfikir dulu. Bila dah bergolek atas katil ni, memang rasa malas nak bersiap semata-mata nak keluar.

   "Malas la, Mimi."

   "Alah, jom lah. Takkan aku dengan Izham aje kut nak lawan main. Tak best lah,"

   "Izham sekali eh?"

   "Haah. Jom lah, Uya. Kau tak bosan ke hari-hari asyik pegang bola basket tu aje? Sesekali pegang la bola bowling pulak. Jom la, Uya!" Hamimi dah menarik-narik lengan Uyaina atas katil tu. Bersungguh-sungguh dia nak ajak Uyaina berdunia kat luar. Tambahan lagi, dah lama rasanya dia tak keluar jalan-jalan dekat mall dengan Uyaina. Iyalah, sibuk dengan training bola keranjang. Tak lama lagi dah nak berangkat ke Thailand untuk perlawanan persahabatan menentang team Thailand.

   "Belanja aku Baskin Robbins."

   Hamimi juling mata ke atas.

   "Yelah-yelah! Pukul lapan nanti Izham datang ambil,"

   "Kenapa kita tak pergi sendiri aje naik kereta kau?"

   "Aku malas drive. Lagipun, nak jimat minyak kereta. Ah kau, tak payah banyak bunyi la. Bersiap sekarang!" Hamimi jelir lidah sebelum berlari keluar dari bilik tidur Uyaina. Uyaina geleng kepala. Almari dituju sebelum melangkah ke arah bilik air untuk membersihkan diri.



BERJAYA Times Square menjadi pilihan Izham dan Hamimi untuk bermain bowling pada malam itu. Uyaina? Dia ikut aje mana dua merpati sejoli tu heret dia. Langkah kaki dibawa menuju ke aras yang menempatkan Ampang Superbowl.

   "Terpacak apa lagi kat depan ni? Jom lah masuk." Tegur Uyaina bila Izham dan Hamimi buat traffic light kat depan pintu masuk Ampang Superbowl.

   "Tunggu kawan Izham," jawab Hamimi bila Izham sibuk menunduk memegang telefon bimbitnya. Mungkin tengah chat kawan dia tu. Uyaina cuma mengangguk. Tak kisah sebenarnya kalau Izham bawak kawan sebab takkan lah mereka nak main cuma bertiga. Lagipun, macam tak fair aje seekor kumbang dengan dua kuntum bunga, kan?

Sepuluh minit begitu, Uyaina dah mula kebosanan. Kaki dah rasa lenguh sebab lama berdiri. Izham pula dah macam tercari-cari kelibat si kawan. Tak mahu marahkan Izham, tapi rasanya nak marah kawan si Izham tu. Janji pukul berapa ni?

   "Sorry, lambat!" suara yang tiba-tiba muncul itu buat Uyaina laju pusing tubuh. Membulat mata dia pandang lelaki yang kelihatan termengah-mengah sebab berlari. Lelaki itu... eei! Dalam ramai-ramai kawan Izham, kenapa perlu dia?!

Luthfan, bila matanya terpandangkan wajah terkejut Uyaina, automatik dia menyengih. Rindunya dia dekat Uyaina lepas beberapa hari tak jumpa. Hehe.

   "Jom lah masuk." Izham dan Hamimi yang belum mengesan aura negatif di situ langsung melangkah masuk ke dalam pusat bowling itu meninggalkan Luthfan dan Uyaina dekat luar. Uyaina dah tayang muka geram.

   "Hai, Cik Uyaina!" Luthfan menyapa ceria dengan sebelah tangan diangkat konon menyapa. Uyaina jeling.

   "Buat apa kat sini?" dingin Uyaina menyoal.

   "Main bowling lah. Takkan nak makan nasi kandar pulak kat sini." Luthfan berseloroh. Tengok muka masam Uyaina, Luthfan telan liur. Apa tak lawak ke lawak yang dia buat beberapa saat yang lepas?

Uyaina berlalu meninggalkan Luthfan mendapatkan Izham dan Hamimi yang sudah berada di kaunter. Siap mendapatkan kasut yang sesuai, mereka berlalu ke arah lane. Sepanjang permainan, Uyaina langsung tak pedulikan kewujudan Luthfan di situ. Pandang Luthfan pun tak ingin. Sungguh dia tak lupa lagi apa yang Luthfan cakap pada dia tempoh hari.

Jadi isteri saya.

Eh, kalau dia bukan Uyaina Balqis mungkin dia dah terloncat atau dah angau teruk sebab kena lamar abang kacak.  Tapi malangnya, dia adalah Uyaina Balqis. Dan lamaran Luthfan Razin tersangat lah gila dan menyeramkan!

   "Uya, turn kau." Tersentak Uyaina bila Hamimi menegur. Terus Uyaina bangkit mengambil bola yang sesuai sebelum berlalu ke arah lane. Mata difokus memandang pin-pin yang berdiri tegak di hujung lane. Berdiri di tengah-tengah lane, Uyaina lontar bola berat yang dipegangnya itu. Bergolek-golek bola tersebut menuju ke arah pin-pin sebelum...

Strike!

   Uyaina senyum bangga.

   "Berapa kali kau nak strike ni, Uya?" Hamimi dah memuncung. Dari tadi lagi Uyaina asyik bolot strike aje. Entah apa yang Uyaina jampi dekat bola tu sampaikan bola tu boleh bergolek elok menjatuhkan kesemua sepuluh pin tersebut. Hebat betul.

   Uyaina jongket bahu. Tiba giliran Luthfan, Uyaina pandang cara balingan lelaki itu. Balingan pertama Luthfan berjaya menjatuhkan lapan pin. Balingan kedua, bakinya berjaya dijatuhkan dengan mudah. Uyaina tayang muka kosong.

Boleh tahan la Luthfan ni main bowling. Main basketball pun hebat. Teringatkan lagi pasal itu, kepala Uyaina menggeleng laju. Ah, tak nak ingat!

   "Geleng kenapa?" soal Luthfan tiba-tiba. Terkejut Uyaina bila Luthfan dah menempel kat sebelah dia atas bangku itu. Uyaina jeling lantas menjarakkan kedudukan yang Luthfan cipta. Duduk tak boleh jauh-jauh ke macam mana?

   "Ke awak teringat lagi hal tempoh hari?"

   "Hal apa?"

   "Nak saya ingatkan balik ke?"

   "No! Lelaki gila!"

   Luthfan gelak lepas. Rasa kelakar pulak bila Uyaina panggil dia lelaki gila. Lelaki gila yang kacak gitu, kan?

Kedua-duanya diam memandang ke arah Izham dan Hamimi. Mahunya tak memuncung si Hamimi tu bila dari tadi lagi dia tak dapat strike. Asyik dapat spare aje. Itu pun baru beberapa kali. Selebihnya, bola asyik masuk longkang. Kesian, Hamimi. Hahaha!

   Izham pula tak habis-habis memujuk dan mengajar Hamimi cara melontar. Murni sungguh hati pakwe sendiri.

   "Tapi saya serius, Cik Uyaina." Luthfan buka mulut memecah kesepian antara mereka berdua. Uyaina buat tak dengar tapi ekor mata asyik jeling Luthfan kat sebelah. Sungguh dia tak mahu Luthfan bangkitkan hal itu lagi. Dia malu!

   "Saya betul-betul maksudkan apa yang saya cakap pada awak tempoh hari. Jadi iste..."

   "Stop. Kepala awak ada terhantuk dekat mana-mana ke, Encik Luth? Atau awak dah hilang kewarasan sampai nak ajak orang kahwin macam ni. Apa awak ingat saya ni barang dagangan ke?" soal Uyaina, geram.

   "Sebab awak bukan barang dagangan lah saya nak kahwin dengan awak. Jujur, waktu awak selamatkan saya empat tahun lepas, saya rasa saya dah mula sukakan awak. Awak ingat tak apa yang awak cakap masa tu bila saya tanya bila kita akan jumpa balik? Dan awak cakap, bila jodoh mempertemukan kita. Dan sekarang saya rasa waktu itu dah tiba. Jodoh yang mempertemukan kita." Muka Luthfan dah serius. Uyaina lemas. Lagi lemas bila turn game dia belum sampai lagi!

   "Cik Uyaina..."

   "Mimi, aku nak balik!" suara Uyaina sengaja dikuatkan sedikit. Berkerut wajah Hamimi bila Uyaina bertindak menanggalkan kasut dan stoking di kaki. Uyaina ragut beg sebelum berlalu pergi dari situ. Luthfan angkat tangan memberi isyarat kepada Izham. Langkah laju Uyaina dikejar.

   "Wait, wait!" siku Uyaina dipegang sebelum Uyaina merentap kasar. Mencerlung tajam mata Uyaina.

   "Jangan pernah sentuh saya lelaki gila!" Uyaina sambung langkah sehingga lah mereka keluar dari pintu masuk Berjaya Times Square. Sekarang ni Uyaina rasa menyesal gila sebab datang sini dengan Izham dan setuju untuk main bowling. Tak pasal-pasal dia jumpa Luthfan si lelaki mereng kat sini. Nak balik macam mana ni? Dia memang tak sempat nak download aplikasi Grab. Teksi? Tak nampak bayang walaupun kenderaan berpusu-pusu atas jalan raya sekarang ni!

   "Saya hantar awak balik."

   "Jangan harap!" Uyaina gagahkan juga diri untuk download aplikasi Grab. Nak tunggu Izham dengan Hamimi, entah bila mereka berdua tu nak balik. Sekarang ni pukul sepuluh pun belum. Memang tak lah mereka berdua tu nak balik awal.

iPhone Uyaina tiba-tiba dirampas. Membulat matanya memandang Luthfan yang selamba saja ambil telefonnya.

   "Hey, bagi balik telefon saya!" marah Uyaina sambil menadah tangan.

   "Nope. Saya hantar awak balik."

   "Saya tak nak, awak faham bahasa ke tidak?! Nak saya cakap bahasa German ke baru awak nak faham hah? Bagi balik telefon saya sebelum saya jerit kuat-kuat kat sini biar semua orang pandang awak!" Uyaina beri amaran.

Melihatkan cebikan di bibir Luthfan, sumpah Uyaina rasa nak terajang Luthfan sampai ke Eropah.

   Uyaina dah rasa macam hilang sabar. Bila Luthfan nampak agak leka sedikit, Uyaina cuba meragut iPhone di dalam pegangan Luthfan. Namun Lutfhan lagi peka dengan mengangkat tinggi tangannya membuatkan Uyaina terpaksa berjengket. Uyaina tak berputus asa. Terpaksa, leher Luthfan dibelit dengan sebelah tangan sambil sebelah tangan lagi dah tergapai-gapai.

   "Oh, oh. Ada orang cuba nak cabul saya!"

   Bulat mata Uyaina seraya melepaskan rangkulan di leher Luthfan. Dada bidang Luthfan ditolak kasar dengan kedua-dua belah tangan.

   "Lelaki gila! Lelaki biadap! Lelaki tak guna!" habis dimakinya Luthfan gara-gara geram yang bukan sedikit. Luthfan tayang muka tak berperasaan. Dia langsung tak kisah sebenarnya. Iyalah, memang patut pun Uyaina marah dekat dia sekarang ini. Selamba saja rampas telefon orang. Malas nak layan rasa sakit hati, Uyaina berlalu pergi. Dia dah tak kisah kalau Luthfan nak ambil telefon bimbit dia tu. Yang dia kisah sekarang ni adalah dia nak balik. Tapi macam mana? Dia bukannya biasa dengan area sini yang begitu sibuk.

Dua puluh minit berjalan di laluan pejalan kaki, Uyaina pusing ke belakang. Tiada kelibat Luthfan yang mengekorinya. Kereta-kereta yang lalu lalang dijeling. Tak ada teksi mahupun bas yang melintas. Pondok perhentian bas pun dia tak nampak. Sekarang, dia rasa nak menangis. Nak balik tapi tak tahu jalan mana harus dia guna. Telefon bimbitnya, Luthfan dah ambil. Nak patah balik?

   Uyaina hentikan langkah. Patut ke dia patah balik? Iya memang patut kalau dia tak mahu tanggung risiko. Pusing saja tubuh, ada satu susuk tubuh lelaki asing di belakang. Berseluar pendek yang dah lusuh dan tak berbaju. Rambut panjang, misai dan janggut tak bercukur. Uyaina tiba-tiba takut. Orang gila ke ni?

   Uyaina berundur beberapa langkah ke belakang bila lelaki gila itu kian menghampirinya sambil menyeringai sengih. Entah apa yang lelaki gila itu cakapkan, Uyaina tak faham. Cakap bahasa apa? Bila lelaki gila itu mengejar, Uyaina pasang langkah beribu. Memecut dia berlari sambil menjerit.

   "Tolong!" sesekali Uyaina pusing belakang. Lelaki gila itu mengejar sambil bercakap entah apa-apa. Sah orang gila!

Uyaina jatuh terduduk bila dia terlanggarkan seseorang. Punggung terasa perit menghempap lantai konkrit. Angkat kepala, berbalam-balam pandangan Uyaina merenung manusia tersebut. Luthfan!

   Bila Luthfan tunduk menarik lengannya untuk berdiri, Uyaina biarkan saja. Tubuh disorokkan di belakang tubuh tegap Luthfan.

   "Kenapa kejar dia?" Luthfan menyoal tenang. Bagai nak luruh jantung dia bila dia nampak Uyaina berlari dikejar seseorang di belakang. Terus dia berhentikan kereta di bahu jalan sebelum berdiri di tengah laluan. Orang gila itu sengih menayang giginya yang sudah hitam dan cuma tinggal beberapa puntung sahaja.

   "Aku tanya, kenapa kejar dia?" sekali lagi Luthfan menyoal tenang. Orang gila itu geleng kepala dengan sengihan. Luthfan menunduk, konon nak capai batu. Lintang pukang orang gila itu berlari pergi. Takut sangat kalau Luthfan baling batu itu mengenanya. Luthfan hela nafas lega. Terus dia pusing tubuh pandang Uyaina kat belakang.

   "Suka sangat sebut lelaki gila, lelaki gila tadi kan? Tengok, dia dah muncul!" Luthfan pura-pura marah. Uyaina dia tak membalas. Rasa sakit akibat jatuh ditambah lagi dengan penat berlari masih bersisa.

   "Saya hantar awak balik."

   "Tapi..."

   "Diam. Tak payah banyak bunyi, tak payah nak buat keras kepala." Menjeling Luthfan kemudian berlalu ke arah Honda Civic miliknya. Pintu sebelah penumpang dibuka, menggamit Uyaina masuk. Lambat-lambat Uyaina atur langkah. Tak tahu kenapa, akalnya menyuruh dia untuk bertindak begitu. Sedangkan tadi beria-ria dia menolak bila Luthfan nak hantar dia balik. Eh, jilat balik ludah sendiri ke cik kak?

Sepanjang perjalanan pulang, Uyaina kunci mulut. Begitu juga dengan Luthfan. Hujung mata jeling Luthfan yang tenang memandu di sebelah. Luthfan marah dia ke? Eh, tapi tunggu sekejap. Kenapa dia nak kisah kalau lelaki ni marah dia atau tidak? Lelaki ni siapa? Teman lelaki dia ke? Suami jauh sekali. Lelaki ni cuma manusia yang dia tak sengaja kenal! Dan lelaki gi... eh tak boleh sebut. Esok lusa kalau lelaki gila yang betul-betul gila macam tadi muncul macam mana?

   "Dah sampai rumah awak."

   Uyaina tersentak. Terus dia buang pandang ke luar cermin kereta memandang bangunan banglo rumahnya. Macam mana Luthfan boleh tahu kat mana dia tinggal? Seingatnya dia tak ada kasi tahu Luthfan lokasi rumahnya. Ah, mungkin dia tanya Izham. Tak pun Hamimi.

   "Terima kasih." Uyaina tolak pintu kereta. Sebelah kaki dah terjuntai keluar sebelum Luthfan panggil. Uyaina menoleh tanpa riak.

   "Nah, telefon awak. Saya minta maaf." Luthfan hulur iPhone milik Uyaina. Cepat-cepat Uyaina sambut huluran itu lantas segera melangkah keluar. Pintu kereta Luthfan ditutup cermat. Luthfan turunkan cermin kereta.

   "Pergi lah masuk rehat. Selamat malam,"

   Uyaina angguk kepala. Bila kereta Luthfan dah meluncur pergi, Uyaina ketuk kepala sendiri.

   "Malam ni kau betul-betul bikin malu diri sendiri la, Uyaina! Malu-malu!" sambil ketuk kepala sendiri, sambil kaki melangkah masuk ke perkarangan rumah. Sungguh la dia rasa nak putarkan masa balik. Tak mahu terima ajakan Hamimi untuk keluar main bowling. Lepas ni, kalau keluar mana-mana wajib bawak kereta sendiri!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro