Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

9 • Puan Lee Tiada

Hari demi hari berlalu , Seonghwa masih tetap sama . Sikap posesifnya itu malah meluap-luap apabila melihat keakraban Sunjae dengan Hongjoong .

" Papa ! Sunjae dah balik !

Jom kita makan petang dekat laman belakang rumah . "

" Papa Joong , Sunjae sayang papa ! "

" Papa , cantik tak pakaian Sunjae hari ni ? "

" Papa , Sunjae laparlah .

Nak makan masakan papa lah ! " ;

Itu antara jeritan girang anaknya yang berbekas di telinga Seonghwa .

Hari ini , Seonghwa mencuba nasibnya untuk meluangkan masa bersama Sunjae dengan pulang awal dari tempat kerja .

Namun siapa sangka Hongjoong yang kini bekerja sementara di bawah kuasa Keluarga Seonghwa sudah pulang ke rumah terlebih dahulu .

Ya , Seonghwa itu nama saja kerja pejabat namun dialah yang paling sibuk dengan kerja di dalam rumah itu .

Dapat dia lihat Sunjae yang kini sedang tersenyum riang bersebelahan Hongjoong yang sedang duduk di atas kabinet dapur .

" Papa , buatlah lagi .

Buat lagi ! " , katanya teruja .

Hongjoong kemudian turun dari kabinet itu kemudiannya kembali berjalan ala-ala model di laluan dapur itu .

" Ni namanya catwalk , rawr ! "

" Apa pula rawr , meow lah ! Hihihi . " , tawa Sunjae meletus lagi .

Seonghwa yang menyaksikan Hongjoong ber'catwalk' terus terdiam tanpa kata . Kedua-dua belah telinganya sudah memerah dan wajahnya turut membahang .

" Eh , ayah ! Tak sedar pula ayah dah balik .

Ayah ! " , jerit gadis kecil itu sambil berlari masuk ke dalam dakapan Seonghwa .

Hongjoong pula terus kembali ke kuali masakannya dan berpura-pura sibuk .

Malu yang teramat dia rasakan .

.

.

.

" Sunjae sayang , Puan Lee tak ada tau sepanjang dua minggu ni .

Ayah akan upah tukang masak sementara . "

" Ayah , Sunjae dapat nombor satu peperiksaan kali ni ! " , potong anaknya .

" Oh , ya ?

Hebatnya anak ayah ! " , balas Seonghwa lalu membawa Sunjae masuk ke dalam pelukannya.

" Kamu nak apa-apa tak sayang , ayah belikan ? Atau ada apa-apa kamu nak ayah buat untuk kamu ? "

" Ada ! Sunjae nak papa masak sepanjang dua minggu ni !

Tak payahlah cari tukang masak sementara ayah , Papa Joong kan ada .

Lagipun , Papa Joong tak kerja dah sebab kontrak dengan syarikat datuk dah habis ! "

Siapalah Seonghwa untuk menafikan permintaan anaknya itu .

" Boleh , tapi ada satu syarat .

Seminggu ni Sunjae tidur bilik ayah . " , katanya .

Cemburu . Sudah lama Sunjae tidak tidur sendiri . Jika tidak dia ke bilik Hongjoong , Hongjoong pula yang tidur sekali di biliknya .

Pada hakikatnya , most of the time Hongjoonglah yang dipelawa ke bilik Sunjae kerana bilik anak gadis itu lebih luas dan selesa berbanding bilik stor kecil yang Hongjoong duduki .

Sengaja Seonghwa meletakkan itu sebagai syarat kerana dia rindukan celoteh dan dakapan anaknya sebelum tidur .

Namun berbeza dengan kemahuannya , kerja yang dia perlu uruskan kini tak henti-henti berganti ibarat saluran air deras .

Seonghwa hanya mampu pulang ke rumah setelah jam 11:30 malam dan semestinya pada ketika itu Sunjae sudah tertidur .

Sudah tiga hari dia pulang ke rumah dan mendapati bahawa Sunjae sudah tertidur di atas katil biliknya yang berada bertentangan dengan bilik anaknya itu.

Setelah membersihkan diri , perlahan-lahan Seonghwa menuju ke arah anaknya .

Dahi anaknya itu dikucup seketika kemudian didakap anaknya itu erat .

" Ayah dah balik ? " , serak suara Sunjae bersuara .

" Ya sayang. Maafkan ayah selalu sangat sibuk dengan kerja ayah. Ayah sayang kamu. " , katanya lalu kembali mencium pucuk kepala Sunjae .

" Hmm "

Sunjae hanya mampu mengiyakan saja dalam keadaan kantuknya itu .

Kemudian mereka kembali tidur .

" Ayah .. " , panggil Sunjae tiba-tiba

" Ya , sayang . "

" Papa Joong tak balik lagi .

Tadi dia keluar , dia dapat panggilan untuk baiki paip dekat McDonald yang selalu kita pergi tu . "

" Dia naik apa ? "

" Teksi . Dia tak nak Pak Cik Ryu hantarkan sebab nak Pak Cik Ryu teman dan tengok-tengokkan Sunjae . "

" Okay , sayang . Terima kasih sebab beritahu ayah. Sambung tidur ya . " , katanya .

Sebaik sahaja dia sampai ke rumah tadi , Encik Ryu terus meminta diri untuk pulang .

Maksudnya kini hanya ada dia dan Sunjae di rumah . Puan Lee tak ada dua minggu dan orang-orang gaji lain semuanya hanya bekerja sehingga petang .

Hari pula sudah mula hujan .

Petir mula menyambar pantas dan guruh mula berdentum kuat .

Sunjae yang ketakutan itu mula menangis dan memeluk Seonghwa erat .

Setelah beberapa minit , Sunjae mula tertidur lena .

Hujan masih turun dengan lebatnya .

Seonghwa yang mula ingin tertidur itu terjaga kerana bunyi deringan loceng rumahnya .

Hongjoong dah balik .

Kawasan rumah Seonghwa sememangnya besar .

Hongjoong hanya diberikan kunci pendua bagi membuka pagar utama itu sahaja . Namun sesampainya dia di perkerangan rumah , dia perlu menekan loceng supaya pintu utamanya dibuka .

Ketukan demi ketukan sayup-sayup kedengaran . Telefonnya juga berbunyi menandakan bahawa Hongjoong menelefonnya - meminta supaya pintu depan dibuka

Namun hampa . Seonghwa masih dengan hati batunya .

Dibiarkan Hongjoong menghadap tempias hujan yang kuat dan dentuman guruh yang kuat di kawasan tempat letak kereta depan rumahnya .

Hongjoong yang sarat dengan beg-beg alatan baiki paip dan barangan lainnya itu hanya duduk di sudut parking yang paling kurang basah namun tempias kuat hujan lebat itu masih ada .

Malam itu , kawasan rendah lain semuanya telah dinaiki banjir .

Mujur sahaja rumah Seonghwa berada di tanah tinggi .

Namun tetap saja kawasan parking depan rumahnya itu menakung air yang banyak .

Tanpa sedar , Hongjoong menghabiskan malamnya tertidur di situ . Dalam air hujan sejuk yang bertakung di depan rumah Seonghwa .

Hongjoong yang tidak berdaya hanya rebah di situ .

Sebelum Hongjoong pulang , dia sudah tidak bermaya kerana dalam perjalanannya ke sini setelah turun dari teksi , dia disamun dan dipukul .

Setelah merayu untuk dilepaskan dan setelah dia memberikan segala duit , telefon bimbit dan barangan bernilainya yang lain , itu pun jika ada , penyamun itu hanya terus meninggalkannya di tepi jalan .

Mujur sahaja ada peronda malam di kawasan itu yang membantu Hongjoong dan memapahnya pulang .

Hongjoong terus-terusan berkata tidak mengapa kepada peronda itu kerana dia tidak mahu menyusahkan peronda itu . Jadi , petugas itu hanya meninggalkan Hongjoong sendiri sebaik sahaja dia tiba di hadapan pagar rumah Seonghwa .

Kerana itulah Hongjoong hanya rebah dan terus terlena di situ .


.

.

.

Hari ini Seonghwa tersedar awal , jam empat pagi .

Hatinya terasa tidak tenang .

Setelah melakukan rutin pagi , dia terus menuju ke perkerangan rumahnya .

Lencun semuanya kerana hujan lebat semalam .

Perlahan-lahan dia mula mengemas perkerangan rumahnya .

Tong sampah yang terjatuh diangkat , beberapa pasu bunga plastik yang terbaring di lantai dia betulkan dan beberapa perihal lagi .

Sehingga dia terperasan sekujur tubuh yang terbaring di sudut parkingnya .

Tubuh jejaka kecil itu menggigil kesejukan .

Seonghwa yang terkejut itu terus kaku seketika .

Hongjoong !

Aku terlupa .

Kononnya semalam nak biarkan dia sekejap ja .

Dengan pantas , Seonghwa terus bergerak ke arah Hongjoong .

Dapat dia lihat permukaan beg-beg Hongjoong basah bertakungan air .

Wajahnya juga pucat dan luka-luka serta lebam di tubuhnya juga kelihatan masih baru .

Dia kemudiannya mengangkat tubuh kecil milik Hongjoong menuju bilik tetamu .

Pakaian basah kuyupnya itu disalin dengan T-shirt hitam miliknya dan dipakaikan Hongjoong seluar track panjang kerana Hongjoong masih lagi kesejukan .

Dia melirik ke arah jam ; 4:15 pagi .

Tanpa berlengah , dia terus menelefon doktor peribadinya untuk datang ke rumah merawat Hongjoong .

Tak pasal-pasal aku pula kena jaga dia .

" Encik Seonghwa .. " , panggilnya serak dan lemah .

" Hmm . " , sahutnya dingin .

" Saya nak ke tandas . " , halus sahaja suara Hongjoong yang terdengar seakan-akan dia sedang berbisik .

" Kau ni menyusahkanlah . "

Namun setelah berkata begitu , Seonghwa tetap menggendong Hongjoong menuju ke bilik air dalam biliknya itu .

Sepanjang dua hari Hongjoong demam , Seonghwa menempatkannya di bilik tidurnya yang selesa itu kerana senang dia ingin menjenguk dan merawat lelaki kecil itu .

Luka-luka dan lebam di tubuh Hongjoong juga dia pantau .

Rasa serba-salah kian menguasai dirinya .

Andai saja dia tidak bertindak bodoh sebegitu , Hongjoong tidak akan berakhir sebegini .

Hongjoong , semoga cepat sembuh .

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro