22 • Sunjae (Si Pengacau)
P/S ; YOU ALLLL SAYA BARU TENGOK MV MATZ AAAAA DIWKUSWIOW
• TOMEYYY AND NAMPAK POWER SANGAT DUA2 TU. TAK LUPA JUGA BANYAK SANGAT MAKNA TERSIRAT DALAM MV DAN PEMBIKINAN MV ITU SENDIRIII AAAAAA DJWOOWOW
Chingu.. MATZZZZZjeu
.
.
.
Sunjae tidak tahu sejak bila ia rasakan ini.
Dia sangat sayangkan Seonghwa dan Papa Joongnya.
Dia tak akan biarkan mereka meninggalkannya mahupun pergi jauh darinya.
Namun ..
Perasaan itu sedikit pun tidak membantu Seonghwa mahupun Hongjoong ketika ini.
Kerana mereka ingin bercuti dan meluangkan masa bersama; berdua, lebih tepatnya.
" You don't dare to throw tantrums when I talked very well to you, Sunjae ! " , marahnya ketika anaknya itu mula menangis dan menghentak-hentak meja makan.
" Sunjae sayang.
Where's our kind lil' princess goes ?
Why did you act like this, honey ? " , soal Hongjoong sambil mendekati Sunjae.
" Love, look at me.
You never act like this before.
Park Sunjae is a kind-hearted girl, remember ? " , pujuk Hongjoong lagi.
Kali ini tubuh genit Sunjae dibawa ke dalam dakapannya walaupun anak itu masih meronta-ronta.
" Hey, love..
Dengar cakap Papa.
Kamu tak mahu ayah marah lagi kan sayang ?
Maaf, ayah tak sengaja naikkan suara pada kamu tu. Jom, naik atas kemudian tidur.
We'll talk about this later. "
Perlahan-lahan emosi Sunjae mula reda dalam pelukan Hongjoong.
" Put her to sleep then we'll talk. " , ujar Seonghwa dingin.
Dia sangat tidak suka apabila Hongjoong begitu lembut dengan anaknya. Marahkan saja anaknya itu.
Sebelum ini, Hongjoonglah yang sering mendisiplinkan Sunjae. Ini lain pula jadinya.
.
.
.
Hongjoong duduk di sebelah Seonghwa yang sudah menunggunya.
" We can't leave her .. "
" You don't want to start . "
Hongjoong kembali mengatup mulutnya kerana dia tahu, bertikam lidah dengan Seonghwa itu hanya akan mengundang hasil kelam.
" Park Seonghwa, apa salahnya awak beralah pada Sunjae ?
Dia anak awak. Anak kandung awak lagi !
Normallah kalau orang dah berpasangan, hidup dan rutin mereka sangat berbeza bila dibandingkan dengan orang bujang .
Kita nak bercuti, berdua, ya betul.
Tapi bila ada kekangan macam ni, sampai Sunjae mengamuk macam apa semua tu tadi, sebelum ni juga.
Tak mengapalah, kita bawa saja dia sekali.
Atau kita bawa sekali Puan Lee dan book bilik lagi satu, jagakan Sunjae.
Dia cuma nak nampak kita ada depan mata dia, itu saja. " , leter Hongjoong.
" Kau terlalu manjakan dia. "
" Okay, kalau macam tu.
Awak tak bawa Sunjae sekali, saya tak ikut. Kebetulan seminggu tu sepatutnya saya perlu ada di bengkel tau. "
Seonghwa mengecilkan matanya memandang Hongjoong.
" Ish, fine. "
.
.
" Dah sampai ! " , girang anak kecil itu sambil berlari-lari kecil di persisiran pantai.
Hongjoong yang sedang duduk di pasir hanya memerhati Sunjae yang tidak begitu jauh darinya.
" Ayah, Sunjae nak mandi laut boleh ? "
" Boleh sayang. Sekejap, ayah pakaikan pelampung. C'mere. "
" Ish, sayang ! Habis basah baju ayahlah ! " , marah kecil Seonghwa apabila Sunjae merenjiskan air laut ke kemejanya.
" Ayah tu, kita kan tengah bercuti.
Pakai kemeja kerja, manalah sedap mata memandang . " , jawabnya.
Hongjoong yang kebetulan sedang merakam gelagat mereka tergelak kecil.
" Hahaha, Sunjae sayang, jangan buli ayah.
Nanti dia salin pakaianlah tu, kamu dah lencunkan. Hehe. " , katanya.
Seonghwa hanya menggariskan senyuman kecil.
Tanpa aba-aba, dia menahan lengan kecil milik Hongjoong, merampas telefonnya dan meletakkannya di tepi celah pokok dan memeluk erat tubuh genit itu.
" Eh, awak ni kenapa ? "
Soalan Hongjoong tak dihiraukan, sebaliknya dia terus menceburkan diri mereka berdua ke dalam air.
" Seonghwa ! "
Sunjae yang menyaksikan kegiatan itu menghambur gelaknya kencang .
" Papa Joongie, okay ? " , soalnya prihatin.
" Hmph. ", bunyi Hongjoong kesal dengan nada yang dibuat merajuk.
Seusai mereka bermain air, Sunjae dibawa oleh Hongjoong ke atas semula bagi mengelakkan anak kecil itu kesejukan.
" How about we build some sand-castle ? " , cadangnya.
" Jom ! "
Usah hairan dari mana Sunjae peroleh alatan atau mainan membina istana pasir. Bapanya sendiri sudah cukup kaya, apa-apa keperluan dan kehendak hanya tinggal untuk dibeli sahaja.
Beberapa minit kemudian, Seonghwa datang semula setelah menyalin pakaian.
" Jom sayang, kita tukar pakaian, kemudian makan seafood segar dekat kedai makan persisir pantai sana . "
" Baik ! "
Sedikit pun Hongjoong dan Seonghwa tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dan video kenangan mereka bercuti bersama.
Kali ini, segala sikap kuat berkerjanya Seonghwa tinggalkan di rumah dan percutian ini akan dia luangkan secara berkualiti dengan ahli keluarganya.
.
.
Di sebelah petang pula, mereka menjenguk Mini Zoo yang berada tidak jauh dari resort mereka.
Setelah itu, mereka menuju ke ruang permainan outdoor seperti memanah, menembak dan menjaringkan bola.
Tugas Puan Lee dan Hongjoong ketika ini ialah menjaga Sunjae manakala Seonghwa hanya bertugas menguras wangnya buat si kenit yang mahukan macam-macam.
Tak jadi masalah baginya, memang selama ini dia berkerja sehingga setengah mati hanya untuk keluarganya.
" Puan Lee kalau berkenan apa-apa, silakan ambil. Saya hadiahkan pada puan. Lagipun, dah lama saya tak belikan apa-apa untuk puan. " , kata Seonghwa.
Puan Lee mengangguk. Semestinya akan ada penolakan yang dibuat pada mulanya namun kerana Seonghwa sudah bertegas, dia akhirnya memilih set pinggan mangkuk yang kelihatan mewah dan sungguh berkualiti di kedai cenderahati popular di sana.
Hongjoong kembali memandang ke satu ruangan kedai dengan mata berbinar.
Seonghwa lihat itu, ruangan hardware dan membaiki. Ada beberapa set baiki paip, tiub , tak lupa juga peralatan baiki perkakasan.
" Pilihlah. Aku belikan buat kau. "
" Saya sekarang dah jadi pemilik bengkel tau, lupakah ? Jangan risau, saya ada duit. ", tukasnya.
" Tak mengapa.
Pilih saja, sayang.
Ambil juga beberapa set, boleh kau hadiahkan pada para pekerja di bengkel nanti. " , tegas Seonghwa lagi.
Itulah mereka, yang awalnya saling membenci dan menanam dendam antara satu sama lain namun akhirnya menjalin ikatan duniawi yang masing-masing dahagakan.
.
.
Menjelang senja, mereka bertiga sekali lagi menuju pantai. Namun kali ini mereka hanya berpiknik kecil di sana.
Puan Lee kekal di dalam biliknya kerana katanya sudah tidak larat. Biarlah dia mengumpul tenaga seketika kerana esok mereka akan bersiar-siar lagi.
" Sunjae nak mandi laut lagi ? " , sengaja Hongjoong menyoal mengusik.
" Tak mahuuuuu.
Sejuk .. "
" Itulah, ayah dah pesan tadi jangan lama-lama sangat.
Mujurlah kamu bersin-bersin seketika sahaja tadi. "
" Hehe, maaf ayah.
Maaf Papa.
Terima kasih ayah dan papa sebab sudi bawa Sunjae bercuti sekali !
Sunjae akan belajar rajin-rajin, masuk universiti dan jadi doktor ! Sunjae akan banggakan ayah dan Papa Joongie !
Kemudian Sunjae pula akan bawa ayah dan Papa jalan-jalan ! Hm ! " , ujarnya bersemangat.
" Iya , sayang.
Sunjae our sweetie lil' pie.
Kesayangan kami. " , balas Sunjae.
" Family hug ! " , jerit Sunjae sambil berlari mendakap Ayah dan Papanya.
.
.
Malam pun tiba.
Malam ini mereka memilih untuk berehat dan tidak ke mana-mana kerana seharian penuh tadi mereka sudah berjalan ke sana dan ke mari.
Sunjae sudah tertidur di bilik resort sebelah di bawah pengawasan Puan Lee.
Sementara Seonghwa dan Hongjoong pula ...
Masing-masing sibuk menghadap telefon bagi membalas pesanan dan mengetahui perkembangan tempat kerja masing-masing.
Bercuti apa itu jika sibuk bekerja pula pada sebelah malamnya ?
Hongjoong menghela nafasnya.
Haih, begini rasanya apabila dia seolah-olah ingin berangkat pulang ke bengkel pada ketika itu juga kerana isu pembayaran bil dan kos bekalan yang tidak dapat diuruskan dengan baik ketika ketiadaannya di sana.
Namun mujur sahaja ketua formennya di sana sanggup bersusah payah, menelefon, menunggu dan mencari ke sana ke mari jalan penyelesaian bagi mendapatkan pihak supplier utama dan memeteraikan janji temu bersama mereka pada minggu hadapan.
Tiba-tiba bahu Seonghwa ditepuk perlahan.
" Ya, sayang. Why ? "
" Saya dah selesaikan urusan bengkel.
Hwa lama lagi ? "
" Banyak lagi ni.
Kenapa ya, sayang ? "
" You asked me why ?
Awak kata seminggu ni awak tak akan ada kerja dah. Semuanya pekerja lain yang akan uruskan . " , kesalnya.
" Iya sayang.
Ikutkan sebegitu.
Tapi perihal ini saya sahaja yang boleh selesaikan. Give me 15 minutes.
Ini urusan yang perlu saya perhati ketika saya cuti sakit sebelum ni. "
Namun hampa. Kata-kata Seonghwa itu hanya dibalas dengan deruan angin.
Resort mereka betul-betul berada di sebelah pantai.
Ketika dia baru ingin membalas Hongjoong sudah berbalik menuju balkoni, menyingkap tabir kemudian membuka pintu lut sinar itu luas-luas membiarkan deruan angin pantai nan mendamaikan itu menyapanya.
Seonghwa tetaplah Seonghwa.
Workaholic. Gila kerja.
Malam itu melihatkan langit yang sungguh indah. Ditambah simbahan sinaran bulan serta kelipan bintang-bintang yang mengagumkan.
Indah sungguh ciptaan Tuhan.
Lintas benaknya.
Tanpa dia sedar, dia mula teresak perlahan.
Keputusannya untuk kembali kepada Seonghwa itu memang salah , ya ?
Tiba-tiba sahaja dia mula berfikir yang buruk-buruk.
Seperti mana Tuhan menciptakan matahari yang menerangi siang dan bulan yang menyeri malam.
Sebegitu juga Tuhan menciptakan lelaki sebagai pemimpin yang perkasa melindungi dipasangkan dengan wanita indah yang menyayangi dan hebat bak srikandi.
Ini bukan kali pertama hati Hongjoong terusik sebegini.
Sudah banyak petanda dan fikiran yang terdetik dalam mindanya sebelum ini.
Ini bukan apa yang dia mahu, bukan ?
Dia hanya dikaburi oleh kabut hawa nafsu dan naluri songsangnya sahaja, bukan ?
Perlahan-lahan , Hongjoong terlorot, terduduk di lantai balkoni.
Dadanya sesak. Tubir matanya tak henti-henti memanas. Kepalanya turut berdenyut sama.
Niat awalnya hanya mahu mengambil Sunjae dan menegakkan keadilan buat mendiang kakaknya sahaja.
Namun mengapa dia berakhir mencintai dan berpasangan dengan jejaka yang telah melakukan perbuatan keji pada kakak tersayangnya sebelum ini ?
Ini semua. Salah.
Ah, lagi-lagi dia meragui keputusannya.
Niat awalnya amat murni.
.. dibandingkan dengan hasratnya kini ...
Joong, siapa engkau untuk melawan tetapan Tuhan ?
Kau hanya hamba nan kerdil.
.
.
.
Mungkin, endingnya sedih.
Written on ; 6th January 2024
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro