Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

16 • Oversea II

Seonghwa memasuki rumah agamnya dengan tergesa-gesa . Dia terus menuju biliknya setelah menolak pelawaan Puan Lee untuk memasakkannya makan tengah hari .

Hari ini sekali lagi , Seonghwa pulang ke rumah ketika masa rehat dua jamnya .

Berlainan dengan pekerja pejabat lain yang mengunjungi kafateria untuk mengisi perut , Seonghwa mengambil masa rehat tengah hari seterusnya pulang ke rumah untuk tidur seketika .

Dia membaringkan dirinya ke atas tilam bilik lama Hongjoong dengan sebuah kemeja-T lama milik lelaki manis itu juga .

Sewaktu Hongjoong pergi , dia tinggalkan segala barangan pemberian Seonghwa di dalam bilik itu.

Sebelum ini pada mulanya Seonghwa sekadar ingin melihat bilik stor lama kecil milik Hongjoong itu namun akhirnya terbuai dengan aroma baju-baju Hongjoong yang ditinggalkan dalam almarinya .

Kini , di sinilah Seonghwa .

Sudah menjadi rutinnya merenungkan kesilapannya semula dengan bertapa di sini , di bilik lama insan yang dia rindui ini .

Masih berbaring di tilam bilik lama Hongjoong sambil meramas kuat pakaian milik Hongjoong . Diletakkan baju itu menutup wajahnya .

Dia rindukan aroma ini .

Aroma itu dia hidu .

Mengingatkannya kepada senyuman manis milik Hongjoong , wajah cerianya , gelak tawanya bersama Sunjae , semuanya .

Namun kini Hongjoong sudah pergi jauh .

Itu yang Seonghwa sendiri inginkan pada mulanya bukan ?

Perlahan-lahan matanya memanas .

Seonghwa mula menangis dan terdiam sendiri .

Sunjae , maafkan ayah .

Ayah rampas punca keceriaan kamu pula kali ini .

Cukuplah kesilapan ayah ke atas ibu kandung kamu dulu .

Herly , maafkan oppa .

Jaeyon , saya akan cuba bahagiakan Sunjae semula .

Hongjoong , pulanglah .

Terlalu banyak perkara yang Seonghwa fikirkan ketika ini .

Puan Lee yang sudah masak dengan habit baharu Seonghwa itu membuka pintu bilik stor lama itu perlahan sambil menuntun dulang yang berisi minuman dan makanan ringkas buat Seonghwa .

" Encik Seonghwa , makan ya .

Dari semalam encik tak makan apa-apa .

Saya naik atas sekejap ya , tengokkan Sunjae .

Tadi lepas dia makan ubat dia terus tidur.  " , katanya kemudian meninggalkan tempat itu .

Itulah corak rutin baharu Sunjae .

Demam , sakit , lesu dan kesepian .

Semuanya akibat kekhilafan Seonghwa .

Dia sendiri tahu bahawa dia tidak dapat menjaga Sunjae dengan baik berseorangan .

Lihat saja sekarang , kerjanya masih tidak putus-putus dan dia masih memilih untuk melaksanakan dan memberikan komitmen semaksimum mungkin ke atas kerjayanya .

Benci .

Bukan sahaja Hongjoong membencinya barangkali Sunjae juga .

Yang pasti kini hanya satu ,

Seonghwa bencikan dirinya sendiri .

Dia rindukan Hongjoong namun tiada apa yang boleh dia lakukan supaya dia boleh menggapai Hongjoong yang berada di sana .

Ego . Dia inginkan Hongjoong .

Namun dia jugalah yang menghalau , menghina dan menyukarkan kehidupan lelaki manis itu sebelum ini .

Dia mahu Hongjoong untuk kekal di sampingnya namun dia tahu bahawa dia tak akan dapat meluangkan masa bersama keluarganya kerana kerjanya .

A mad workaholic .

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro