15 • Oversea
.
.
.
Perasaan dibuang , tak diperlukan , tak diterima .
Sesakit ini kah ?
Mengapa tiada siapa pun pernah memberitahuku bahawa perasaan ini pada akhirnya akan melukakan aku secara drastik dan teruk sekali ?
Jika mereka tidak muncul semula , mungkin aku sudah jadi gelandangan .
.
.
.
Masih ingat Mr. Shim dan Madame Rose ?
Orang kaya yang menyalahkan Hongjoong dahulu atas kegedikan anaknya itu ?
Tuduhan itulah yang membawa Hongjoong kepada situasi sekarang .
Namun mereka kembali untuk membantu dan menyokong Hongjoong untuk melebarkan sayapnya terbang tinggi dalam bidang kemahirannya itu .
Kebetulan ketika Hongjoong berjalan sambil membawa barang-barangnya keluar dari kawasan perumahan mewah itu , sebuah kereta berhenti di sebelahnya .
Niat Mr. Shim dan Madame Rose hanya satu .
Untuk membantu Hongjoong — menebus semula kesalahan mereka berdua .
Sebulan lepas , anaknya itu bersalinkan cucunya.
Madame Rose bersyukur kerana suaminya melarang Sera menggugurkan kandungan itu dahulu kerana kini dialah antara wanita yang paling bahagia kerana dia sangat sayangkan pasangan cucu kembarnya itu .
Siapa sangka .
Takdir berpihak kepada Hongjoong .
Tuhan sayangkan kau , Hongjoong .
Maka jauhilah gay .
( Peringatan ^ )
.
.
.
.
Tiga bulan berlalu dengan pantas .
Hongjoong kini masih melangsungkan pengajiannya di USA .
Dia memilih untuk menyambung kursus pemantapannya di sini untuk beberapa bulan lagi .
Tidak pernah dia jangka , dia , seorang miskin yang hanya membaiki paip mampu menjejakkan kaki di sini .
Mujur sahaja keluarga Shim baik hati untuk menawarkan bantuan kepada Hongjoong .
Segala persiapan Hongjoong untuk penerbangan ke sini dahulu merekalah yang sokong dan sediakan .
Hongjoong rasa sungguh bertuah .
Syukur , terima kasih Tuhan .
Semuanya berjalan lancar atas limpah kurniaMu .
Tak lupa juga , kad debit Puan Lee dahulu dia pulangkan semula menggunakan perkhidmatan pos ke alamat rumah Seonghwa .
Apa khabar ya Sunjae ?
Anak saudaranya yang bijak itu .
Sejak tiga bulan lepas , dia memutuskan segala hubung-kaitnya dengan Seonghwa .
Padan dengan muka lelaki itu .
Rasakan .
.
.
.
.
Sebulan setelah Hongjoong pergi sebelum ini , sempat Puan Lee mengadakan sesi slow talk dengan Seonghwa.
" Encik Seonghwa . " , panggi Puan Lee .
" Saya tahu saya tak ada hak untuk bersuara tapi sejak sebelum Sunjae lahir lagi , saya jaga dia .
Saya kenal dia .
Encik Seonghwa sendiri nampak keadaan sekarang kan ?
Situasi dia , rasa hati dia bagaimana ?
Apa yang jadi sebenarnya , Encik Seonghwa ?
Kenapa sampai bertumbuk dan akhirnya menghalau dia ?
Dia tu baik sangat , semuanya dia usaha sendiri .
Segala pinggan dan baju biasanya dialah yang selesaikan . Dia selalu menolak bantuan saya .
Encik sendiri tahu keadaan dan kesukaran hidupnya .
Campak dia ke mana sekali pun , dia tetap waris dan bapa saudara Sunjae . "
Sebelum ini ada juga Puan Lee cuba membuka hal ini namun ketika itu hati Seonghwa masih panas , habis dihambur dan diamuknya Puan Lee .
Kini , Seonghwa sedar .
Situasi ini harus dia rungkaikan kerana dialah yang mematikan simpulan .
Ego . Ke mana-mana sahaja Seonghwa pergi , nilai egoisnya sentiasa melampaui nilai murni yang sepatutnya diterapkan oleh setiap manusia .
Tak boleh .
Dia tidak boleh sukakan Hongjoong .
Hongjoong itu lelaki , sama sepertinya .
Itu sudah melanggar fitrah .
Tuhan , maafkan aku .
.
.
[ Actually ai yang tulis ni pun ter-deep sekali . 😵 Batasan tetap batasan . 😭 ]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro