14 • Pergi
• Chapter kali ni pendek sikit . 😆
Terima kasih banyak sudi baca hingga bab ni . 😉
.
.
Sepulangnya mereka daripada bercuti , kehidupan mereka masing-masing bergerak lancar dan normal .
Setelah beberapa seminar dalam talian yang Hongjoong sertai , akhirnya kini dia diberikan tawaran untuk menglibatkan diri dalam kursus kemahiran perkimpalan dan mekanikal .
Lulusan kursus kemahiran ini membolehkannya untuk memantapkan lagi skilnya dan juga membenarkannya membina empayar baiki paipnya sendiri .
Namun kursus ini mengambil masa selama tiga bulan dan bakal diadakan di pentas antarabangsa .
Oversea . Kali pertama Hongjoong ke luar negara .
Sememangnya sebelum mengesahkan kehadirannya ke kursus itu , dia berbincang dan meminta izin kepada Seonghwa dahulu kerana Seonghwalah tuan rumahnya kini .
" Boleh .
Aku akan bantu selesaikan urusan pembikinan passport , visa , tiket dan sebagainya .
Tapi ada syarat .
Lepas tiga bulan ,
kau dah ada kelulusan tinggi , mudah untuk kau bekerja semula bukan ? " , ujar Seonghwa
Hongjoong mengangguk .
Seonghwa memasang raut wajah dingin kemudian menyambung ;
" Bagus .
Setelah itu , tolong .
Berhambus dari rumah ni .
Mula hidup baharu kau sendiri . "
Hongjoong tersentak .
Masa bersama yang mereka luangkan tidak bernilaikah di matanya ?
Pengorbanannya , kesetiaannya , kepatuhannya terhadap setiap arahan Seonghwa .
Rasa di balik setiap tatapan mata mereka , isi hati mereka ,
Jadi .. Selama ni ..
Kejanggalan dan atensi yang Seonghwa berikan kepadanya hanyalah palsu semata-mata ?
" Kenapa diam ? Terfikir , aku mainkan kau ?
Ya , betullah jangkaan kau tu .
Aku hanya ambil hati kau supaya kau setuju benarkan Sunjae kembali bawah jagaan aku .
Huh , tak sangka kau sekotor dan semudah itu ya untuk dimanipulasi .
Lagipun , aku tak buat apa-apa pada kau .
Setakat ciuman saja .
Perhatian yang aku berikan pula ?
Semuanya tak membawa apa-apa maksud .
Apa salahnya aku lepas gian sikit .
Well , isteri aku dah tak ada .
Dekat siapa aku nak bermanja ? "
Hongjoong memandang Seonghwa tajam .
Nafasnya menderu laju , sudah tidak teratur .
Geram .
Selama ini semuanya hanya kegembiraan dan keseronokan yang Seonghwa cipta sendiri ?
" Seonghwa . " , panggil Hongjoong .
" Oh , no more Encik Seonghwa now ? Heh . "
" Jangan berani mainkan oranglah !
Bab hati dan perasaan jangan pandang enteng .
Biadab . "
" Yes , baby .
Call me whatever you want .
You're the one who came towards my house door .
Terdesak kan ?
Yelah , orang miskin sama-sama semuanya hina .
Kotor , jijik .
Kaki kikis . "
Sebaik sahaja kata-kata Seonghwa habis , Hongjoong menampar kuat wajahnya .
Pap
Jangan lupakan fakta bahawa Hongjoong juga seorang lelaki .
Dia tidak lemah dan tidak akan berdiam diri dengan lelaki syaitan ini .
Setelah menampar Seonghwa kuat , dia melompat ke atas lelaki itu dan menumbuk rahangnya kuat sehingga mereka berdua terjatuh ke lantai .
Mereka sempat bergelut sebelum Pak Cik Ryu , pemandu peribadi Seonghwa datang dan meleraikan mereka sebaik sahaja terdengar hentakan dan bunyi pergaduhan mereka .
Sebelum mereka terlerai , Hongjoong melayangkan lagi sebuah penumbuk ke rahang Seonghwa dan menghentak kepalanya berkali-kali ke lantai .
" Rasakan !
Iblis macam kau tak layak diberi peluang kedua !
Kalau tahu , dari awal pertemuan aku tumbuk kau bertubi-tubi ! Mendiang kakak mesti suka !
Bukannya kau jaga Sunjae dengan baik pun selama ni ! " , hambur Hongjoong kemudian menumbuk Seonghwa bertubi-tubi tanpa henti .
Awalnya , Seonghwa melawan namun tak dia sangka , lelaki kecil manis di hadapannya ini sungguh kuat dan ekstra apabila dia mengamuk.
Seonghwa mula tidak bermaya .
" Papa Joong !
Jangan ! " , pekik Sunjae tiba-tiba .
Seolah-olah teriakan anak itu menjadi azimat yang mampu membuang jin yang merasuki Hongjoong , Hongjoong berhenti .
Dia memandang kedua-dua belah tangannya yang berlumuran darah itu .
Darah Seonghwa .
Dia kemudiannya mengalihkan pandangannya ke arah Seonghwa yang sudah terbaring tak bermaya itu .
" Sunjae .. Papa tak-- "
" PERGI !
SUNJAE BENCI PAPA !
PAPA MEMANG NAK TINGGALKAN KAMI DARI DULU KAN ,
Kononnya nak ke oversea tiga bulan untuk kursus , tapi sebenarnya papa memang nak tinggalkan kami selama-lamanya pun kan ?
KELUAR ! " ;
Teriak kanak-kanak itu kemudian menangis dan memeluk tubuh bapanya erat .
Seonghwa yang masih separa sedar itu tersenyum sinis ,
Walaupun dalam keadaan begitu , sempat dia berkata ;
" Kau sendiri dengar anak aku nak apa .
Pergi . "
Hongjoong mula mengalirkan air matanya . Tangisannya deras dan tidak putus-putus .
Dia berlari ke biliknya , mengemas segala barangan pentingnya dan keluar dengan alatan baiki paip , telefon dan beberapa barangan yang sempat dia ambil lagi .
Segala barangan pemberian Seonghwa dia tinggalkan .
Ketika dalam perjalanan keluar , Puan Lee sempat memberinya bekal makanan dan minuman secara sorok-sorok .
Tak lupa juga Puan Lee menyodorkan kad debitnya kepada Hongjoong supaya lelaki itu boleh menampung kehidupannya seketika dengan wang milik Puan Lee terlebih dahulu.
Hongjoong hanya mampu berterima kasih , seminimum mungkin duit yang akan dia gunakan daripada kad itu .
Semestinya .
Sesungguhnya jika diberikan pilihan , dia akan menolak kad debit Puan Lee namun sekarang dia terpaksa .
Betul kata Seonghwa , dia terdesak .
Sentiasa .
Dia membuka baju yang dia pakai lantas dia memakai baju lama lusuh miliknya sendiri dan mencampakkan baju mahal itu ke dalam mesin basuh .
Ya , dia akan keluar dari sini sama sebagaimana dia datang ke sini dulu .
Tanpa apa-apa .
Dia hanya ada set baiki paip lamanya yang buruk itu.
Kalau boleh , semuanya dia ingin tinggalkan di sini .
Termasuk kenangannya bersama Sunjae
Tak lupa juga ,
Perasaannya terhadap Seonghwa .
.
.
.
• Y'all , ai sedih . 😭
Ai benci Encik Seonghwa dalam
chapter ni ! 😣
Here some cute Seonghwa untuk mengingati bahawa Seonghwa is the best man , soft boy , every other good things .
• [ctto] ;
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro