Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

13 • Bercuti II

Hari ini Seonghwa bercadang untuk membawa Sunjae ke pawagam berdekatan .

Mereka menonton filem animasi superhero kanak-kanak yang Sunjae pilih .

Seonghwa menempah tempat paling belakang membolehkannya bergerak bebas tanpa sebarang batasan atau mengganggu penonton lain .

Sepanjang filem ditayangkan , gelak tawa para penonton meletus bersama-sama ketika watak utama tertangkap sedang curi-curi makan ketika mesyuarat tugasan .

Di kemuncak cerita itu , protagonisnya mula melawan banduan-banduan penjara yang membuat rusuhan .

15 minit sebelum filem tamat , penonton disajikan dengan pengorbanan pengasuh wanita protagonis yang begitu memilukan .

Retina mereka merenung skrin itu dalam-dalam .

Telinga Seonghwa menangkap bait-bait dialog-dialog antaranya ;

" Aunty Michelle , sedarlah !

Kenapa aunty sanggup korbankan diri aunty demi Roza ? " ,

Mereka semua sudah berginang air mata.

Sunjae mendakap Seonghwa erat .
Dia yang berada di kerusi tengah itu diangkat oleh Seonghwa untuk duduk di atas pangkuannya .

" Ayah jangan tinggalkan Sunjae .

Sunjae sayang ayah . " , kata anaknya .

Filem itu sememangnya digarap dengan baik sehinggakan ianya mampu menyentuh jiwa Seonghwa sendiri .

" Sunjaeku sayang , ayah tak akan pergi mana-mana . Kamu anak ayah , ayah akan sentiasa jaga kamu sebaiknya . "

Setelah berkata begitu , Seonghwa menoleh ke sisinya , memperlihatkan Hongjoong yang hanya kaku dan merenung ke hadapan .

Pandangan matanya seolah-olah kosong .

" Hongjoong , are you okay ? "

" Oh , yes . Don't worry about me Sir Seonghwa . I'm fine .

Cuma terdiam jugalah sebab tak sangka filem kanak-kanak pun sesedih ini . " , balasnya .

Mereka berdua sama-sama lelaki jadi agak sukar untuk mereka meluahkan emosi dan amat payah bagi mereka untuk menggugurkan air mata .

Namun tetap saja , Seonghwa faham akan perasaan Hongjoong itu .

Tanpa sedar , dia berdiri dan duduk di kerusi Sunjae tadi sambil mendukung Sunjae yang sudah tertidur dalam dakapannya .

Dia menggenggam perlahan tangan Hongjoong di atas penghadang kerusi dan memandang Hongjoong tepat ke matanya kemudian berkata ;

" Hongjoong .

Jangan pernah tinggalkan Sunjae .

Kau ada hak jaga dia .

Jangan pergi jauh , tolong . "

Entah kenapa Seonghwa berkata begitu .

Adakah kerana dia ingin Hongjoong bersamanya ?

Atau dia hanya perlukan Hongjoong untuk membantunya menjaga Sunjae ?

Bukankah dia hanya perlukan seorang peneman untuk menjadi penghidup suasananya sahaja ?

Keliru .

Seonghwa tidak tahu .

Yang dia tahu , dia hanya ingin menyimpan Hongjoong di dalam poketnya .

.

.

.

.

Malam itu mereka meneruskan rencana mereka dengan mengunjungi pameran seni berdekatan .

Setelah selesai berjalan-jalan dan mencuci mata , mereka kembali ke hotel untuk tidur .

Tak lupa juga tangan mereka yang penuh menjijit beg kertas dan plastik-plastik hasil pembelian mereka di sana .

Hongjoong mula berasa serba-salah kerana Seonghwa banyak menghabiskan duitnya ke atas dirinya .

Seonghwa memaksanya memilih jaket baharu , seluar jeans dan beberapa helai sweater baharu .

Malam ini , Sunjae ingin tidur bersama dengan Seonghwa .

Namun anak gadisnya itu tertidur terlebih dahulu akibat keletihan bermain sorok-sorok dan ala-ala gusti dengan Seonghwa tadi .

Seonghwa meletakkan anaknya di atas sofa di ruang tamu , mematikan televisyen , membuka lampu bilik air kemudian menutup lampu utama .

Dia kemudiannya menuju bilik air untuk menjirus badannya seketika .

Kemudian dia hanya keluar dengan memakai sweat pants untuk tidur .

Panas , cuaca kebelakangan ini sememangnya panas .

Tambah pula dengan hujan yang tak turun-turun sehinggakan waktu malam pun terasa bahangnya .

Disebabkan itulah Seonghwa hanya bertelanjang dada kini .

Dia kembali ke sofa besar itu untuk tidur bersama-sama dengan Sunjae di sana kerana katil bilik hotelnya lebih kecil berbanding bilik Hongjoong .

Sebelum sempat punggungnya mendarat di permukaan sofa , Seonghwa memiringkan kepalanya singkat ,

" Eh , aku lupa tutup lampu bilik aku ke tadi ? "

Dengan itu , Seonghwa terus menuju bilik hotelnya dengan niat untuk mematikan lampu .

Namun niatnya terbatal sebaik sahaja kuakan pintunya menampakkan figura seorang lelaki menggemaskan .

" Hongjoong ?

Kau tidur bilik ni ?

Inikan bilik aku ? "

Hongjoong yang sedang menghadap laptopnya di meja kecil itu terus menolehkan kepalanya menghadap Seonghwa setelah dia mematikan laptop itu.

" Ah , Encik Seonghwa .

Malam ni kan Sunjae nak tidur dengan encik , jadi kita tukarlah bilik petang tadi .

Katil bilik saya semalam tu lebih besar sikit , jadi sebab tulah malam ni saya tidur sini .

Encik Seonghwa lupalah tu . " , katanya tenang.

" Oh " , ya bagaimana dia boleh terlupakan hal itu .

Tak pasal-pasal kini dia ibarat seorang penceroboh yang mengganggu privasi orang lain kerana terus menerjah masuk bilik orang .

" Maaf , kononnya nak tutup lampu . Ingatkan aku lupa tutup . "

" Tak apa . Saya pun baru ja selesai seminar online tadi .

Ni nak charge phone sekejap . " , katanya lantas bangkit menuju tepi katilnya untuk mengecas telefon .

Masa seolah-olah bergerak perlahan , mata Seonghwa terus merenung dan memandang Hongjoong antusias .

Hongjoong memakai sweater biru lembut yang dibeli oleh Seonghwa pagi tadi .

Ah comel betul .

Bibirnya terus melakarkan senyuman manis dan pandangan bersinar ketika melihat Hongjoong memakai pakaian pemberiannya .

Namun apa yang kedua-dua mereka tidak perasan ialah cara pemakaian mereka berdua .

Seonghwa yang bertelanjang dada dan Hongjoong yang hanya memakai sweater sahaja .

Gandingan duo yang hebat .

Disebabkan begitu terpana dengan kecomelan Hongjoong di dalam sweater yang dibelinya itu , Seonghwa tidak sedar bahawa Hongjoong hanya memakai sweater itu tanpa seluar .

Sama seperti situasi di dapur rumahnya sebelum ini .

Setelah selesai mengecas telefon , Hongjoong berpaling menghadap Seonghwa semula kerana berasa dirinya direnung oleh lelaki itu .

Namun pandangan matanya beralih kepada pandangan mata Seonghwa yang mendarat ke arah kakinya .

Dia lupa bahawa dia hanya bersweater sahaja .

" Why are you still here ? " , soal Hongjoong halus .

Halus sahaja kedengaran suaranya .

Tatapan Seonghwa itu mampu menggoncang pendiriannya.

" Sir Seonghwa , why are you still here ? " , sekali lagi Hongjoong bertanya dengan begitu halus .

Suaranya lembut dan perlahan kerana malu dengan dirinya sendiri .

Dia terlupa bahawa dia hanya berbaju sahaja namun mujur sahaja pakaiannya menutup sebahagian pehanya .

Tetap sahaja sebahagian peha serta kedua-dua belah betis mulusnya itu terpampang di hadapan Seonghwa .

Secara drastik Seonghwa bergerak ke hadapan .

Suara Hongjoong sememangnya serupa dengan mendiang Herlena .

Wajahnya juga persis Herlena , bekas kekasihnya enam tahun dahulu .

Suara kecil dan mendayu Hongjoong itu tadi mengusik sesuatu dalam jiwanya .

" Hongjoong , tell me .

How can I repay my action so Herlena can forgive me ?

Aku paksa dia , sentuh dia , aku fitnah dia , buang dia , aku rampas anak dia , aku terima kawan baik dia yang khianati dia .

Tell me , Joong .

What should I do now ? " , soalnya .

Dilema , hatinya berkecamuk .

Dia sering menafikan kehadiran Hongjoong dalam masa yang sama dia ingin Hongjoong untuk bersamanya .

Sebaik sahaja kalimatnya berakhir sebelah tangannya terus merangkul pinggang halus milik Hongjoong dan sebelah tangannya lagi diletakkan di belakang kepala Hongjoong .

Suasana berubah tensi .

Seonghwa merenung dalam anak mata indah milik Hongjoong .

Perlahan-lahan tatapannya mendarat di bibir Hongjoong .

" Joong ..

Can I ? "

Hongjoong membuntangkan matanya terkejut .

" No , lepaskan saya Encik Seonghwa !

Encik tak nak ulangi kesalahan encik enam tahun dulu ! " , katanya sambil berusaha meleraikan lingkaran lengan Seonghwa dari tubuhnya .

" Kesalahan ? Aku tak pernah nampak Sunjae tu sebagai satu kesalahan . "

" Encik kena ingat betapa menderitanya mendiang kakak saya akibat perbuatan encik !

Pergi ! Lepasankanlah ! " , katanya .

Cup

Seonghwa hanya mengendahkan kata-kata Hongjoong lantas bibirnya disatukan dengan bibir merah jambu lelaki itu .

Seonghwa menggerakkan bibirnya yang berada di celahan bibir Hongjoong .

Telapak tangannya yang berada di belakang kepala Hongjoong menghalang Hongjoong untuk berpaling ke tempat lain .

Perlahan-lahan Hongjoong mula lemah dengan ciuman tersebut dan akhirnya turut membalas ritma bibir Seonghwa .

Namun perbuatan mereka itu tidak lama kerana tiba-tiba sahaja pintu bilik hotel itu terbuka dan rengekan Sunjae bergema .

Hongjoong yang malu dan terkejut itu terus melompat ke atas katil seterusnya menyelimutkan dirinya .

Menyisakan Seonghwa yang masih berdiri di sisi katil .

" Kenapa sayang ? Mimpi buruk ? " , soalnya

Seonghwa lalu mengangkat anaknya .

" Hmm " , Sunjae menjawab sambil melentokkan kepalanya di bahu Seonghwa

" Ayah janji nak tidur dengan Sunjae . "

" Ya sayang , jom .

Kita tidur ya . " , balasnya sambil mengucup puncak kepala anaknya .

Seonghwa terus berlalu dengan Sunjae yang di dalam dukungannya itu meninggalkan bilik Hongjoong dan kali ini menuju bilik yang betul .

Kejadian tadi biarlah hati mereka berdua sendiri menentukan apakah ia sebenarnya .

Kisseu kisseu ~ >3<

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro