PROLOG
KOMPANG dipalu di hadapan rumah Ruzaifah, ibu kandung Aisyah Maisarah. Suasana begitu meriah sekali biarpun diadakan secara sederhana. Ramai juga yang hadir termasuklah Emy Zulkifli dan isterinya, Elizabeth Foxe. Pasangan Arif Hakimi dan Nurul Fadzelin turut hadir bersama Luthman Harith, anak mereka. Faiz Azzudin dan Aisyah Maisarah menjadi raja sehari pada detik itu. Aisyah Maisarah menyuapkan sesudu nasi ke mulut suaminya. Sifat romantik wanita itu masih lagi tersisa.
"Senyum!!!" pinta Puteri Syazwani mengacukan kamera ke arah pasangan pengantin baru itu.
Pasangan pengantin itu memandang wanita itu bersama senyuman manis.
Kechak!!!
GAMBAR digantung pada dinding di ruang tamu. Aisyah Maisarah melihat sekitar rumah baharunya di Shah Alam itu. Rumah itu seperti pernah didiaminya.
"Rumah ni macam..." kata Aisyah Maisarah cuba mengimbas semula kisah lamanya.
"Sayang pernah datang sini," kata Faiz Azzudin berdiri di belakang isterinya itu.
Aisyah Maisarah menoleh ke belakang, memandang suaminya. Secawan teh panas dihulurkan.
"Nah, teh!" ujar Faiz Azzudin mengukirkan senyuman.
Aisyah Maisarah hanya mengambil secawan teh itu tanpa sepatah kata. Dia menghirup sedikit air buatan suaminya itu. Dia melihat wajah suaminya. Faiz Azzudin melirik tajam ke mata isterinya, membuatkan Aisyah Maisarah kurang senang.
"Kenapa abang pandang sayang macam tu? Macam nak telan je," kata Aisyah Maisarah.
"Malam ni, malam Jumaat, kan?" tanya Faiz Azzudin bersahaja.
"Ya, kenapa?"
"Ermm... Ermmm..."
Aisyah Maisarah mengerutkan dahinya. "Apa yang ermm ermm tu?"
"A... Abang..."
"Abang, sayang tak sedia lagi untuk semua ni. Please~"
Faiz Azzudin mengeluh kecil. "Okeylah, abang nak tidur dulu."
Langkah diatur ke tingkat atas. Aisyah Maisarah mengeluh kecil pula.
"Aduh, merajuk pula dia ni!" monolog Aisyah Maisarah.
"Abang!" panggil Aisyah Maisarah.
KOMPUTER riba dibuka. Faiz Azzudin meneruskan kerjanya sebagai penulis. Aisyah Maisarah muncul di muka pintu lalu melangkah masuk ke dalam bilik, menghampiri suaminya. Senyuman palsu terukir di bibir.
"Abang merajuk ke?" kata Aisyah Maisarah tersengih.
"Sayang rasa?" kata Faiz Azzudin, dingin.
Aisyah Maisarah meletakkan air teh di atas meja lalu melabuhkan punggung si atas tilam sebelah suaminya. Dia mendekati suaminya itu. "Sudah-sudahlah tu merajuk. Meh sini!"
Faiz Azzudin sedikit pun tidak mahu berganjak dari tempatnya. Matanya tertumpu pada skrin komputer riba. Aisyah Maisarah mengangkat kening kirinya.
"Abang buat apa tu?" tanya Aisyah Maisarah ingin tahu.
"Tulis novellah. Dah kerja abang," kata Faiz Azzudin, dingin.
"Okey." Aisyah Maisarah mengalaskan kepalanya di atas bantal lalu melihat skrin komputer riba.
"Novel apa tu?" tanya Aisyah Maisarah.
"Tak tahu lagi sebab tak ada idea sekarang ni!" jawab Faiz Azzudin.
Aisyah Maisarah mengangguk tanda faham. "Apa kata, abang tulis novel fantasi pula. Bosanlah kalau asyik novel seram je."
Faiz Azzudin memandang Aisyah Maisarah dengan wajah yang sukar ditafsir. "Kenapa pula?"
"Yalah, kalau novel fantasi, abang boleh tulis mengikut imaginasi daripada fiksyen yang rekaan semata-mata. Lagipun,... cuba fikir macam otaku! Gerenti abang dapat idea banyak!"
"Otaku? Shah tengok anime banyak sangat ke ni?"
"Of course, I am."
"Kalau macam tu, ajar abang nak tulis novel fantasi tu."
Aisyah Maisarah bingkas lalu berkata, "Okey, mula-mula, kita cari bahan dulu. Abang minat cerita seram, kan? Kita ambil dari anime 'Fullmetal Alchemist'. Tak pun 'Blue Exorcist: Kyoto Saga'. Best ooo cerita ni. Lagi-lagi, cerita 'Boruto'. Cerita tu memang 'Kyaaaaaaa!!!!'. Handsome tau Sasuke bila dah besar."
Faiz Azzudin berwajah kosong melihat kerenah isterinya. Aisyah Maisarah mengambil komputer riba dari tangan suaminya.
"Mari! Shah tolong!" kata Aisyah Maisarah.
Jari-jemari wanita itu menaip sesuatu pada papan kekunci komputer riba. Butang 'enter' ditekan. Skrin komputer riba terus memaparkan laman sesawang yang dicari Aisyah Maisarah. Faiz Azzudin melihat laman sesawang tersebut.
"7 freakiest places on the earth? Kenapa Shah buka laman ni?" kata Faiz Azzudin kehairanan.
"Sebab kita boleh mula dari sini," balas Aisyah Maisarah tersengih seraya menuding jari ke arah skrin komputer riba.
Tiba-tiba, satu tangan muncul dari skrin komputer itu lantas menarik tangan Aisyah Maisarah. Terkejut pasangan itu dibuatnya. Aisyah Maisarah ditarik masuk ke alam siber itu.
"Shah!!!" teriak Faiz Azzudin menyambut kaki Aisyah Maisarah.
Serta-merta, Faiz Azzudin turut memasuki alam siber tersebut. Suasana di dalam bilik itu menjadi sepi. Komputer riba itu dibiarkan terpasang dengan laman sesawang '7 Freakiest Places'.
#vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro