BAB 7-SUICIDE
LANGKAH mereka melepasi sempadan lagi. Sambil berjalan, Faiz Azzudin membaca buku tebal mengenai Tiga Pahlawan Serangkai. Aisyah Maisarah melihat kawasan hutan tebal yang indah di sekelilingnya.
"Cantik juga hutan ni!" puji Aisyah Maisarah kagum.
Faiz Azzudin melihat sekitarnya lalu melihat Aisyah Maisarah berada di depannya. "Kita dekat mana?"
Aisyah Maisarah enggan berpaling muka. "Aokigahara Forest, hutan yang dilaporkan banyak kes bunuh diri. Shah tak fahamlah manusia sekarang. Hutan cantik macam ni dia orang boleh bunuh diri dekat sini?! Hairannya."
Tiba-tiba, satu kelibat terlintas di depan mata mereka berdua. Langkah mereka terhenti.
"Benda apa tadi tu?" kata Faiz Azzudin terpegun.
Aisyah Maisarah mengeluarkan pedangnya, bersedia untuk menghadapi serangan tiba-tiba. Satu anak panah tertusuk ke batang pokok, menjadi tumpuan mereka berdua. Aisyah Maisarah mendongak ke dahan pokok lalu ternampak seorang gadis berbaju labuh ungu. Gadis itu melompat turun dari dahan pokok yang tinggi.
Krakk!!! Bunyi tulang kaki patah jelas kedengaran.
"Auu, sakit tu!" Faiz Azzudin bermasam muka.
Gadis itu bangun berdiri. Tulang-temulang yang patah kedengaran jelas ke gegendang telinga mereka berdua. Dia menghampiri mereka. Aisyah Maisarah bersedia dengan pedangnya.
"Kamu berdua nak ke mana ni?" kata gadis itu semakin dekat dengan mereka.
"Akodessewa," kata Aisyah Maisarah.
Pucat terus wajah gadis. "Kau dah gila ke? Kau nak mati ke? Kau siapa nak jumpa Death Dracula tu?"
"Kami ni Pahlawan Tiga Serangkai. Ada masalah?"
"Pahlawan..." Gadis itu tergelak kecil. "...Tiga Serangkai?? Lawak apa ni? Apa bukti kau?"
Aisyah Maisarah mengambil buku tebal dari tangan suaminya. "Ni buku dari Sedlec Ossuary."
Gadis itu hilang ketawanya.
"Ni pula air dari Teshullo Lake." Aisyah Maisarah menunjukkan botol yang kosong. "Sayangnya, saya dah minum sampai habis."
Faiz Azzudin berdengus.
"Pedang ni pula dari Gonjiam Psychiatric Hospital." Aisyah Maisarah mengacu pedangnya ke hidung gadis itu. "Dan sekarang, kami di Aokigahara Forest."
Gadis itu hilang kata. "Kau... biar benar?"
"Jadi, boleh beri laluan, tak? Atau nak saya pancungkan kepala saudari?"
Gadis itu berganjak ke kanan sedikit, memberi laluan. Aisyah Maisarah dan Faiz Azzudin berjalan melepasi gadis pemanah itu.
"Tapi, kau tahu ke jalan nak ke Akodessewa? Hutan ni tebal. Sekali kau sesat, kau tak boleh keluar," pesan gadis itu.
Langkah Aisyah Maisarah terhenti, diikuti dengan Faiz Azzudin. Aisyah Maisarah memandang gadis itu. Gadis itu berjalan melepasi mereka.
"Mari! Aku tahu jalan pintas," ujar gadis itu. "Cuma nak pesan siap siap. Jalan ni... ada benda pelik sikit."
"Tak apa. Jalan je," balas Aisyah Maisarah bersedia.
Gadis itu mengukirkan senyuman manis. "Saya Minatozaki. Panggil je Mina."
~Info watak~
Minatozaki a.k.a. Mina Era_Purple
- Suka hidup mengasingkan diri dari puaknya sendiri
- Handal memanah
- 3 anak panah dalam panahan
- Kuasanya hanya pada cincin warna yang dipakainya;
# Merah: Kuasa api
# Biru: Kuasa air
# Hijau: Kuasa daun
# Putih: Kuasa salji
# Hitam: Kuasa lohong hitam (kuarantin)
~Back to story~
"Saya Aisyah Maisarah. Ini pula laki saya, Faiz Azzudin."
Muka Minatozaki menjadi pucat mendengar nama mereka. Lagi-lagi nama Aisyah Maisarah.
Aisyah Maisarah? Dia ni kan... Tak mungkin! Desis hati Minatozaki.
★★★
"BETULKAH apa yang bonda dengar ni?" kata seorang permaisuri duduk menghadap cermin.
"Memang benar, bonda! Saya sendiri nampak dengan mata kepala saya sendiri," kata puteri itu berbaring di atas katil seraya bermain pisau dapur milik istana.
"Hmm... Nampaknya, sudah lama kita tidak bertemu dengan kakak kamu tu. Bonda teringin sangat mahu berjumpa dengan dia."
"Apa yang patut saya buat, bonda?"
"Pastikan dia selamat. Kakak kamu tu keras kepala orangnya."
"Baik, bonda. Ayano balik dulu ya. Nanti, ayahanda risau pula."
"Baik, jaga diri!"
Ayano Hiruka, puteri itu bangun dari katil lalu beredar keluar dari bilik bondanya di istana yang terletak di dasar lautan. Tinggallah si bonda di dalam biliknya berseorangan.
"Ice Serra, sampai masa kita akan bertemu lagi," monolog Rozepa, permaisuri itu, tersenyum sinis.
~Info watak~
Rozepa/Ruzaifah
-Bonda kepada Ayano Hiruka dan Aisyah Maisarah
-Ratu puak Mermaid
-Penyayang
-Mahir dalam kendo
-Kuasanya air dan mampu hasilkan tsunami dengan tongkat saktinya.
#vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro