BAB 42-BERAKHIR
ANAK panah diacu ke arah Death Dracula. Cincin hitam dan cincin putih dipakai dari tadi. Minatozaki memerhati dari puncak Ferris Wheel.
"Inilah dia!" kata Minatozaki terasa gentar.
Faiz Azzudin mengalihkan anak panah ke langit lantas melepaskan anak panah. Semua orang melihat anak panah itu dilancarkan. Aura hitam putih menyelubungi anak panah itu.
"Legenda tu betul!" kata Alexander Monroe tergamam.
Anak panah tadi menusuk melepasi awan. Suasana tiba-tiba kelihatan muram, tiada warna. Hanya hitam putih menguasai dunia. Hujan turun menggantikan kabus sejuk.
"Hhahahahhahahahaha!!!!!!!!" tawa Pahlawan Tiga Serangkai itu.
Death Dracula memandang trio itu.
"Bolehkah kau bunuh kami semua..." soal Ayano Hiruka senyum sinis.
"...sedangkan atmosphera kau tak mampu bunuh..." sambung Aisyah Maisarah dengan senyuman ngeri.
"...apatah lagi exosphera kau tak boleh capai?" kata Faiz Azzudin menghabiskan ayat.
"Layakkah?" kata trio itu serentak dengan senyuman yang sukar ditafsir.
Death Dracula memandang tajam ke arah trio itu. "Aku akan hantar kamu semua ke neraka!!"
Petikan jari dibuat. Semua musuh terus berlari ke arah trio itu, tidak menyerang mereka yang lain.
"Kenapa ni?" kata Feradossa Anvell terpinga-pinga melihat musuh tidak menyerangnya.
Aisyah Maisarah melangkah setapak ke depan. Shuriken dikeluarkan lantas dilempar ke arah Death Dracula. Ayano Hiruka meneruskan combo dengan melepaskan tembakan ke arah musuh dengan raifal milik ayahnya. Death Dracula mengelak serangan itu lalu menepis serangan tangan dari Faiz Azzudin.
"Aku akan hantar kau ke kubur!!" kata Death Dracula geram.
"Jangan risau! Aku dah gali kubur dah," balas Faiz Azzudin tersengih.
Death Dracula ditolak kuat. Dia terus mengelak serangan pedang dari Aisyah Maisarah pula.
"Kau dah bunuh mak aku!! Disebabkan ego, kau sanggup bunuh kawan sendiri!!" kata Aisyah Maisarah geram.
Serangan pedang berjaya ditepis tetapi bukan tendangan. Kepala Death Dracula disepak, macam main sepak takraw, oleh Aisyah Maisarah selaku juara sepak takraw peringkat kebangsaan.
"Ughh!!" keluh Death Dracula menerima penangan padu.
Death Dracula rebah lalu bingkas.
Bang! Sebutir peluru sempat dielak.
Death Dracula melihat Ayano Hiruka memegang shotgun Benelli M4.
Bang! Bang!!
Peluru dielak dengan pantas.
"Thug life🔫!!!" jerit Ayano Hiruka melepaskan tembakan habis-habisan.
Everywhere I go, all I ever seem to hear is
Bang bang! bang bang!
No matter where I go, all I ever seem to see is
Bang bang! bang bang!
Everywhere I go, all I ever seem to hear is
Bang bang! bang bang!
No matter where I go, all I ever seem to see is
Bang bang!
Bang! Bang!
Dr. DRE ft. Knoc-Turn'al & Hittman
"Pengaruh dari Ami sungguhlah!" kata Faiz Azzudin dingin.
Ayano Hiruka menembak secara rambang dengan gilanya. Tentera musuh yang menyerang mereka, dibunuh habis-habisan. Minatozaki menyerang hendap. Hoshiko Friday muncul di sisi Minatozaki dengan jetpack.
"Biar saya tolong!" Hoshiko Friday mengeluarkan machine gun dari tangannya.
Mereka berdua terus berganding bahu menyerang musuh. Mereka yang lain tidak boleh duduk diam.
"Takkanlah kita nak duduk diam sahaja. Kita kena tolong mereka tu," kata Feradossa Anvell kepada rakan seperjuangan.
"Nak tolong macam mana lagi? Mereka tu dah cukup kuat. Kau tak nampak ke?" kata Violet Alexander dingin.
"Maksud aku, kita lawan je tentera musuh kita ni. Mereka bukannya nak apa-apakan kita."
"Kalau macam tu, biar pak cik uruskan," kata Alexander Monroe mengeluarkan kuasanya.
Kuasa cahaya dari tangan muncul lalu dihempuk ke tanah, diserap ke dalam tanah. Tanah di situ terus membeku pergerakan tentera musuh.
"Cepat serang!" ujar Alexander Monroe.
"Baiklah!" Feradossa Anvell mengeluarkan dua bilah pisau belati.
Violet Alexander mengeluarkan seruling kayu lalu memainkan satu secara santai. Rantai besi muncul. Feradossa Anvell meletakkan pisau belatinya di hujung rantai.
"Okey, cun!" kata Feradossa Anvell setelah mengikat pisaunya pada rantai Violet Alexander.
Violet Alexander menarik nafas dalam lalu memainkan satu lagu.
Rantai besi terus menyerang musuh. Pisau pada rantai terus menusuk menembusi dada musuh, diikuti rantai.
Tiga Pahlawan Serangkai tidak habis-habis menyerang Death Dracula. Ayano Hiruka menembak musuhnya. Sebutir peluru langsung tidak terkena pada Faiz Azzudin dan Aisyah Maisarah yang menyerang depan-depan. Faiz Azzudin menumbuk muka Death Dracula manakala Aisyah Maisarah menikam perut musuh sampai tembus ke belakang. Mereka berdua berundur. Ayano Hiruka terus melepaskan tembakan maut. Berkecai badan Death Dracula sebaik menerima peluru shotgun itu.
"Makan peluru ni!!!" jerit Ayano Hiruka tak habis-habis menembak seraya mendekati mayat musuh.
Aisyah Maisarah menghentikan tindakan adiknya. "Dahlah tu. Dia dah mati pun."
Faiz Azzudin menyepak mayat secara perlahan. Tiada reaksi langsung. "Ya, dia dah mati."
Tiba-tiba, semua tentera musuh lesap seperti debu. Mereka yang lain kehairanan.
"Mana mereka pergi?" kata Kai baru bersuara.
Hoshiko Friday kembali ke arah mereka bersama Minatozaki.
"Tengok tu!!" kata Feradossa Anvell menuding jari ke arah Death Dracula.
Semua orang melihat jasad Death Dracula lesap seperti kelip-kelip. Begitu juga dengan jasad Hamashita Natsume dan Rozepa.
"Mak!!!" ujar Aisyah Maisarah mendekati Rozepa.
Rozepa masih lagi bertahan. Dia melihat anaknya. "Aisyah."
"Mak, jangan pergi mak!!" rayu Aisyah Maisarah.
Rozepa mengukirkan senyuman manis. "Jangan menangis tau!"
Dengar sahaja kata-kata itu, Aisyah Maisarah cuba menahan air sebaknya. Senyuman tawar lagi pahit terukir. "Baik, mak!"
Rozepa terus hilang macam debu bercahaya. Tangan Aisyah Maisarah yang menggenggam tangan emaknya tadi, hanya memegang angin kosong. Ayano Hiruka memegang belakang badan kakaknya.
"Bawa bersabar, Serra," kata Ayano Hiruka memujuk.
Mata Ayano Hiruka tertumpu pada jasad Hamashita Natsume yang sudah hilang dari pandangan. Senyuman ceria terpalit di bibir.
"Bersemadi dengan aman ya, ayahanda," ucap Ayano Hiruka tersenyum.
Aisyah Maisarah mendakap tubuh adiknya. Tangisan menguasai diri. Ayano Hiruka terkejut dengan tindakan kakaknya. Dia senyum lalu memeluk tubuh kakaknya. Faiz Azzudin yang melihat dua beradik berpelukan itu terasa terharu. Air mata anak jantan mengalir ke pipi.
"Kenapalah author boleh buat ending macam ni? Nak kata sad ending tak. Nak kata happy ending pun tak juga. Wuuu~" kata Faiz Azzudin menangis.
Maka, peperangan berakhir di situ. Yang sudah mati selamanya pergi tetapi tidak mampu pergi jauh dari hati. Bak kata orang Putih, people will die, but legend never die.
#vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro