Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 34-TERPENJARA

HARI kedua berjalan dengan lancar. Taman tema dibuka pada pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan harga tiket sebanyak 5 syiling emas.

Fakta: 5 syiling bersamaan 50 sen

Pekerja baharu taman tema yang terdiri daripada orang gelandangan, melayan para pengunjung dengan ramah sekali. Aisyah Maisarah sekadar berjalan-jalan di sekitar taman tema itu seraya melihat kekurangan yang tertinggal. Kanak-kanak di situ semuanya kelihatan gembira, membuatkan Aisyah Maisarah tersenyum.

"Macam mana dengan pendapatan hari ni?" tanya Aisyah Maisarah kepada Ayano Hiruka.

"835 ribu orang mengunjung setakat ni. Pendapatan yang kita dapat 4.1 juta syiling emas," jelas Ayano Hiruka dingin.

"Bagus, semuanya seperti dirancang. Malam ni, baru kita bertindak."

"Baik!"

★★★

MEREKA yang dipenjara, berdiam diri sahaja. Faiz Azzudin melihat rakan sebiliknya, Hamashita Natsume.

"Kau tak ada apa-apa rancangan ke nak keluar dari sini?" tanya Faiz Azzudin duduk meringkuk.

"Tak ada, semua senjata kita dah dirampas. Kuasa kita pula dah disekat. Macam mana kita nak keluar?" balas Hamashita Natsume selamba seraya berbaring di atas katil.

Alexander Monroe dan Kai tinggal sebilik, sebelah bilik yang Faiz Azzudin duduk. Kai melihat Alexander Monroe bertafakur.

"Pak cik buat apa?" tanya Kai macam orang dungu.

"Bertafakurlah. Tak nampak lagikah?" balas Alexander Monroe selamba.

Feradossa Anvell tinggal sebilik dengan Minatozaki.

"Do you wanna build a snowman?" kata Feradossa Anvell mendendangkan sebaris lagu.

"Jangan nyanyi boleh, tak!?" kata Minatozaki dingin.

"Baru satu baris aku nyanyi!"

"Suara kau serak! Tak sedap!"

Violet Alexander tinggal berseorangan di dalam sebuah bilik. Hoshiko Friday pula tinggal di bilik berasingan, betul-betul di depan bilik Violet Alexander dengan tangan dan kakinya diikat.

Kalau betullah masa depan tu betul, apakah puak Voodoo akan menjadi lebih kuat nanti? Desis hati Violet Alexander berfikir.

Tiba-tiba, dua orang pengawal memasuki ruang penjara itu. Death Dracula munculkan diri.

"Kau nak buat apa hah?" kata Kai melihat musuh utama muncul.

"Aku takkan apa-apakan kamu semua," kata Death Dracula dengan senyuman sinis.

Pintu bilik Hoshiko Friday dibuka. Death Dracula melangkah masuk ke bilik itu lalu mendekati Hoshiko Friday yang diikat ketat pada dinding.

"Kau nak buat apa dekat aku!!?" kata Hoshiko Friday mula cemas.

"Tak buat apa. Cuma, nak ambil cip dalam perut kamu tu je," kata Death Dracula tersenyum jahat.

Sebilah pisau dikeluarkan.

"Jangan..." Hoshiko Friday kian cemas.

Satu tikaman menusuk ke perut robot itu. Pisau dialihkan dari badan robot itu. Cip dari perut dikeluarkan. Hoshiko Friday serta-merta lemah bagai jasad tak bernyawa. Dia rebah terkulai.

"Terima kasih ya sebab tolong kami yang jahat ni!" ucap Death Dracula dengan nada sindiran.

Death Dracula melangkah keluar dari bilik itu lalu beredar tanpa mempedulikan orang lain.

"Tak guna kau!!" jerit Kai geram.

Violet Alexander melihat tubuh Hoshiko Friday terkaku di dalam bilik. Dia berfikir sesuatu.

Nampaknya, puak Voodoo 2.0 akan muncul. Aku takkan biarkan benda tu berlaku, desis hati Violet Alexander terkenang peristiwa masa hadapan.

Violet Alexander bersiul dengan tenangnya seraya menumpu pada pintu biliknya. Mendengar sahaja siulan itu, pintu bilik itu terbuka dengan sendiri. Violet Alexander melangkah keluar dari biliknya. Alexander Monroe melihat anaknya berjaya keluar dari penjara.

"Violet!" Alexander Monroe kagum dengan kebolehan anaknya.

"Cepat, bebaskan kami!" kata Feradossa Anvell.

"Nanti dulu, aku kena ambil balik cip  dari Death Dracula. Kalau dia pegang benda tu lama-lama,  kemungkinan besar kita tak mampu kalahkan dia. Dan aku tak nak perjuangan Hoshiko jadi sia-sia," terang Violet Alexander.

"Apa?" kata Minatozaki kehairanan.

Violet Alexander memasuki bilik Hoshiko Friday lalu mendukung gadis separuh robot itu. Dia melangkah keluar dari bilik lalu berjalan ke pintu keluar. Dia bersiul lagi. Pintu keluar dibuka.

"Kamu semua tunggu sini. Aku akan balik. Percayalah!"

#vote

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro