BAB 33-PELAN BAHARU
SEPANJANG 3 hari 2 malam Aisyah Maisarah merangka pelan bandar. Ayano Hiruka melangkah masuk ke bilik lalu ternampak Aisyah Maisarah tidur di atas kerusi dengan kepalanya diletakkan di atas meja.
"Dah tidur?" kata Ayano Hiruka.
Pelan bandar terjatuh dari meja, melayang ke arah Ayano Hiruka laku disambut. Ayano Hiruka melihat pelan bandar itu.
"Pelan bandar apa ni?" kata Ayano Hiruka kehairanan.
"Sasuke-kun... zzz... jangan... zzz... tinggalkan aku... Aishiteru♥!" igau Aisyah Maisarah sampai meleleh air liur.
"Siap mengigau lagi?" Ayano Hiruka hairan.
"NARUTO!!! PERGI KACAU HINATA TU!!! Zzz..." jerit Aisyah Maisarah dalam igauan.
Terkejut beruk Ayano Hiruka dibuatnya. "Opocot mak Rifah!"
Ayano Hiruka mendapat idea nakalnya.
★★★
MATA Aisyah Maisarah dicelik. Dia melihat dirinya terbaring di atas katil. Dia menggosok matanya lalu meregangkan badannya.
"Dah pagi ke?" kata Aisyah Maisarah.
"Dah tengah hari dah pun," balas Ayano Hiruka muncul di sebelah kakaknya.
"Oh, dah tengok pelan bandar yang akak buat tu, tak?"
"Dah. Terasa pelik bila tengok pelan bandar baru tu. Dekat pinggir bandar tu ada apa?"
"Oh! Situ, taman tema. Tempat yang boleh luangkan masa bersama keluarga."
"Oh, begitu!"
"Dah jom! Kita mulakan pelan baharu akak ni!"
Maka, peraturan diubah. Hari cuti hujung minggu ditambah dengan hari Jumaat. Kawasan pertanian diluaskan dan diberi peluang pekerjaan kepada rakyat yang tiada kerjaya. Staf dan barang hospital ditambah. Unit kecemasan dalam ketenteraan diperkenalkan. Kem tentera diperluaskan. Balai polis diubahsuai menjadi ibu pejabat polis. Jalan raya disediakan dengan hanya menggunakan batu lembut (macam gambar bawah ni👇).
Landasan Transit Aliran Ringan atau Light Railway Transit (LRT) disediakan bagi memudahkan penduduk bergerak ke suatu tempat. Sekolah pertama di kota Atlantis dibina. Tadika dan universiti turut dibina. Beberapa orang guru dilantik dari segelintir ilmuwan. Sistem pendidikan diperkenalkan. Kawasan perindustrian dibina bagi memajukan sektor pertanian. Taman tema dibangunkan di pinggir bandar. Aisyah Maisarah melihat perubahan kota Atlantis yang kian maju itu. Metrolantis kelihatan cantik pada waktu malam.
"Sekarang, kota Atlantis dah bertukar menjadi Metrolantis (gabungan Metropolis dan Atlantis)," kata Aisyah Maisarah dengan bangga.
Ayano Hiruka yang berdiri di belakang kakaknya, mula berkata, "Dalam akaun diraja, kita sudah berbelanja melebihi 2.7 bilion syiling emas. Hanya berbaki 1.4 ribu syiling emas."
"Pasal tu, jangan risau! Akak tahu macam mana nak hasilkan pendapatan walaupun sedikit hasil yang bakal kita dapat sebab ada peribahasa, naik macam semut, turun macam ribut."
"Serra nak buat apa?"
"Kita akan bekerja di taman tema."
"Apa?"
★★★
DUA beradik itu bekerja di Taman Tema Metrolantis pada malam itu. Aisyah Maisarah menjadi pengurus taman tersebut sedangkan Ayano Hiruka bekerja sebagai secretary.
"Selamat datang ke Taman Tema Metrolantis!" ucap Aisyah Maisarah melayan para pengunjung.
Masuk hanyalah percuma sebagai pembukaan taman tema untuk kali pertama. Pak cik Fin diupah menjadi pengawal pintu masuk depan taman tema.
"Macam mana, pak cik? Semuanya okey?" kata Aisyah Maisarah ramah.
"Semuanya nampak lancar. Sudah hampir mencecah 1.4 juta pengunjung untuk hari pertama," terang pak cik Fin.
"Hmm..." Aisyah Maisarah memandang adiknya. "Penduduk Metrolantis ada berapa?"
"Dahulu cuma 800 ribu. Sekarang, sudah hampir mencecah 2 juta penduduk," terang Ayano Hiruka.
"Makin berkembang nampaknya."
"Itupun tak termasuk yang gelandangan," tambah Ayano Hiruka.
"Gelandangan? Nampaknya, kena fikir pasal kawasan kediaman juga ni."
★★★
LARUT malam belum masanya untuk mengheningkan suasana Metrolantis. Aisyah Maisarah bersiar-siar di sekitar Metrolantis bersama Ayano Hiruka.
"Mereka selalu tinggal di stesen LRT dan lorong terpencil," pesan Ayano Hiruka.
Mereka berdua melangkah masuk ke kawasan yang dikatakan. Mereka dapat melihat penduduk yang gelandangan. Aisyah Maisarah memerhatikan mereka tidur di tepi sampah.
"Kedai makan masih ada yang terbuka lagi, tak?" tanya Aisyah Maisarah.
"Ada. Ikut adik!" ujar Ayano Hiruka melangkah ke destinasi yang ditetapkan.
Mereka melangkah ke restoran yang dibuka 24 jam. Mereka memasuki restoran itu.
"Tuanku, selamat datang! Kami berbesar hati tuanku dapat kunjung restoran kami," kata pengurus restoran itu.
"Akak nak pesan apa?" tanya Ayano Hiruka.
"Bagi sup rumpai laut 50 mangkuk! Bungkus semuanya," pesan Aisyah Maisarah dengan wajah selamba dan dingin.
"Li... lima puluh mangkuk... sup rumpai laut!!?" kata pengurus restoran itu terkejut.
"Ya."
"Baiklah!" Pengurus restoran itu terus ke dapur, membantu staf yang lain bekerja.
Mujurlah tiada pelanggan pada masa itu.
"Kenapa 50 mangkuk sup rumpai laut?" Ayano Hiruka kehairanan.
"Adalah nanti," balas Aisyah Maisarah mengenyitkan matanya.
★★★
SATU mangkuk sup rumpai laut disediakan kepada seorang gelandangan.
"Nah!" kata Aisyah Maisarah menghulurkan sup rumpai laut.
"Te... terima kasih, tuanku!" ucap lelaki gelandangan itu.
"Tak apa. Apa kata pak cik kerja dekat Taman Tema Metrolantis yang baru dibina tu. Kami perlukan pekerja lagi ni," pujuk Aisyah Maisarah.
"Betulkah? Terima kasih sekali lagi." Lelaki itu bersujud di depan Aisyah Maisarah.
"Dah. Jangan buat macam tu lagi!"
Maka, orang gelandangan yang lain, diberi layanan yang sama oleh Aisyah Maisarah. Baru Ayano Hiruka memahami rancangan kakaknya.
"Sekarang, kita tunggu beberapa hari nanti," kata Aisyah Maisarah tersenyum.
"Untuk apa?" kata Ayano Hiruka tertanya-tanya.
"Misi menyelamat!"
#vote
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro